Wahhh.. akhirnya saat yang ditunggu-tunggu hampir tiba, kurang dari 24 jam je lagi..ngee.. Mesti semua calon yang telah menduduki peperiksaan SPM tak lena tidur, makan tak kenyang kan? Ke ada yang tak berdebar langsung?
Oh ya, keputusan SPM bagi tahun 2010 akan diumumkan jam 9 pagi pada 23 Mac dan semua calon boleh mendapatkan keputusan di sekolah masing-masing jam 10 pagi pada hari yang sama. Calon persendirian pula akan dimaklumkan melalui pos, atau mereka boleh menghubungi Jabatan Pelajaran Negeri, tempat mereka mendaftar sebelum ini.
Kenyataan itu menyebut Kementerian turut memperkenalkan perkhidmatan semakan keputusan SPM melalui mySMS di talian 15888, mulai tahun ini. Perkhidmatan itu akan diaktifkan mulai 10 pagi Rabu ini dan ditamatkan pada 12 tengah malam hari yang sama. - BERNAMA
Hehehe.. teringat pulak 13 tahun yang lepas..opss, sudah lama rasanya..hohoho.. Ingatan pon samar-samar aje.. Oleh kerana sekolah saya kat Perak, maka terpaksalah saya bermalam di Perak sana.. Ingat lagi, malam sebelum keputusan keluar, bukan tak lena tidur, sebaliknya sampai termimpi-mimpi..hohoh..dashyat betul.. Maklumlah, dolu-dolu saya suka letak target, jadi macam teruja jugaklah nak tahu sampai ke tak targetnya.. Nak-nak lagi bila result percubaan tak berapa nak mencapai target..hohoho..
Apapun, saya ucapkan all the best untuk semua calon SPM 2010 dan tahniah kerana uols dah berjaya melepasi satu tahap.. Dan di depan uols skang ni, adalah jalan untuk uols memilih dan membuat keputusan yang agak besar dalam hidup uols sama ada untuk menceburkan diri dalam satu-satu bidang.. Fikir masak-masak dan cuba dapatkan seberapa banyak input mengenai bidang-bidang yang uols ingin ceburi tu nanti..
Bagi saya, minat dalam satu-satu bidang tu agak penting, tapi bak kata pepatah, tak kenal maka tak cinta..agaga.. Sebab tulah uols kena selidik betul-betul adakah menepati citarasa uols, paling tidak ada bibit-bibit suka ngan bidang tersebut.. Lainlah kalau uols ni memang tak kisah, boleh je masuk mana-mana bidang, then oklah.. Yang penting kena ada kesungguhan dan adaptasi.. Chaiyok-chaiyok..ngee..
p/s : Tetiba miss giler saat mengambil slip periksa dan berpelukan ngan kenkawan..huhu.. Terpancar wajah keriangan masing-masing.. Oh, windu banget kat ex-510, kelas yang unik dengan classmates yang memang beshh.. Jom buat reunion, jom!!
Suka entri ini, meh picit button kat bawah ni: