Mar 22, 2011

Home » , , , , » Jenjalan hari kedua di Scotland, UK

Jenjalan hari kedua di Scotland, UK

Kalau ikut perancangan asal, pada hari kedua, kami mahu ke Edinburgh, mahu pusing-pusing ibu negeri dan bandar kedua terbesar di Scotland, tapi oleh kerana hujan dan snow, maka kami terpaksa ubah plan untuk window shopping di Livingston Designer Outlet.

Birthday gal yang seronok bermain salji walaupun snow tengah turun ala-ala hujan..
Nampak tak snow turun, tapi bila jatuh kat bawah jadi air.. Tak cukup sejuk kot..huhu..

Tapi sebelum tu, kami guna jalan dalam (bukan highway) untuk tengok countryside view dan singgah jap di Stirling, untuk tengok Stirling Castle sebelum memborong secara sakan di outlet..muahaha.. Yang menariknya kat Stirling ni, kebanyakan rumah kat sini diperbuat dari batu bata yang besar tu.. Unik dan cantik, tapi sayang kami tak ambil gambar.. Bak kata Mr Hadi, mental picture je.. Hampess..

View sepanjang jalan, memutih aje..
Macam black and white kan..

Sesampai je kat Livingston Designer Outlet, apa lagi dengan segera kami mengusha GAP dan Clarks.. Maklumlah kat Swiss, rasanya takde outlet GAP dan Clarks.. Sempatlah juga memborong barangan yang sale tu..ekekeke.. Dahla harga outlet, sale lagi, memang berbaloi.. Kalau uols nak datang sini, jangan lupa untuk sign up di website Livingston Designer Outlet dan menikmati 10% off.. Kat sini pon ada kedai Ashokashak, Indian food tapi halal. Sayangnya kami perasan selepas dah lunch..hohoho..

View dari luar.. Memang besau outlet ni..
Pencinta cokolat.. Memang tak sah kalau tak singgah.. Maklumlah kat Swiss takde Cadbury ni.. kalau tak silap..
bergambar dengan teksi yang unik sebelum sambung meronda..

Kalau dari segi harga, yang dapat kami compare adalah Levi's, coz kat Swiss ni pon ada outlet (i think..) Macam saya tengok, kat Livingston ada offer, buy 2 jeans dengan harga GBP60 (for certain jeans yang each harga GBP45) Kalau convert ke CHF pon, baru CHF90 untuk 2 helai jeans Levi's. Memang murah dari Swiss coz kat sini paling murah jeans Levi's yang pernah jumpa adalah CHF70 untuk sehelai. Memang berbaloi.. Tapi kalau convert ke RM, GBP30 = RM150, kira lebey kurang cam harga kat Malaysia, ke lagi mahal? Agagaga.. 

Lepas tu kami singgah ASDA, perghh.. Memang syoklah, sangat murah dan macam-macam pilihan. Bayangkan strawberi kat ASDA, GBP1, kalau convert baru CHF1.50, mana nak dapat kat Swiss ni? Yang sale pon dah CHF2.50.. Memang shopping heavenlah kat UK ni..agagaga.. Baju budak-budak kat sini boleh dapat GBP2 kalau ada sale, kalau convert baru CHF3, hoho.. Memang murahhh.. Kat Swiss yang sale pon baru CHF6..huhuhu.. Tapi kalau convert ke RM, GBP2 = RM10, rasanya kat Malaysia boleh dapat baju yang lagi murah kot.. Lainlah kalau yang berjenama tu mungkinlah lagi murah kat UK ni.. Oh lupa nak gitau, baju GAP yang kami tengok tu, Made in Malaysia.. Jauh betul baju tu travel, yang kat Malaysia pulak, Made in mane ek?

Sangat besar supermarket ni.. Tutup pukul 10 malam, sangat best!!
Beria Mr Hadi mengusha barang-barang kat ASDA ni..memang banyak pilihan..
Pelbagai ready made celebration cake yang lawa-lawa pulak tu..


Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Kliklah sini dulu.. Thanks!!

Suka entri ini, meh picit button kat bawah ni:

5 Comments
Comments

5 comments

Mar 23, 2011, 2:43:00 AM

UK memang shopping heaven wooo :) me memang puas ati shopping2 :)

Mar 23, 2011, 11:46:00 AM

bestnyer jenjalan..tgk salji tue pun dah rasa sejuk sampai ke tulang..hehehehhe

Mar 23, 2011, 3:49:00 PM

mak aih, besarnya supermarket...
bestnya shopping....baju GAP tu made in msia eh??hehe...hebat...

Mar 28, 2011, 11:57:00 PM

@to all : memang syok..

Anonymous
Mar 29, 2011, 7:14:00 AM

setuju, setuju... mknn kat sini murah!
masa gi swiss tahu lps tu.. terasa la juga duit keluar mcm air... heheh

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...