Dear readers, nak mitak jasa baik uols klik & like kat SINI (sehingga 15 Feb 2012).. Thanks!
Kalau sebelum ni saya dah berkongsi mengenai kelebihan dan kekurangan masing-masing di Part 1 dan Part 2, kali ni tiba masanya untuk saya menyentuh mengenai kemasyukan $$$ bagi setiap ads company ini.. Dan saya pasti, perkara ini yang memainkan peranan yang besar dalam memilih ads company..
Jadi, uols rasa yang mana paling masyuk? Nak berteka teki dak? Agagaga, peel orang suka join contest..kuikuikui.. Ok, bagi saya masyuk tak masyuk bergantung kepada trafik satu-satu blog dan kalau Nuffnang, blognya ada berapa BE.. Wohohoho, keciwa dak ngan statement tu, tak menjawab soalan kan? Agagaga.. Tapi siriyes, itulah yang menjadi variable dalam menentukan masyuk ke tak masyuk ads company bagi blog uols..
credit |
Nak cakap pasal masyuk tak masyuk ni, memang susah, because bergantung pada performance blog tersebut dan kalau Nuffnang pulak, ada satu lagi variable iaitu ada BE ke takde.. Meh saya berkongsi mengenai earning blog Ma Belle Conway, yang dulunya berstatus Gliterrati Nuffnangers. Kalau diikutkan, saya mula pasang iklan Nuffnang pada bulan 9/2011 dan mula mendapat BE pada bulan 11/2010 dan buat cash out buat pertama kalinya pada akhir bulan 1/2011 dengan jumlah RM159.91. Trafik masa tu dalam 100-200 UV sehari rasanya. Sejak cash out, blog tu tak dapat BE dah..huhuhu, earningnya RM0 (juga takde hasil dari klik-klik..) sehinggalah pada..ermm..bile ek saya madukan dengan Advertlets dan Mangga Ads, bulan 2 kot, sebab geram meh.. Trafik ok, tapi sebab takde BE, takdek earning.
Yang bestnya mengenai Advertlets dan Mangga Ads, asalkan ada trafik, uols akan mendapat earning, walaupun takde orang klik. Yer, semua hasil earning yang uols tengok pagi Pendapatan Advertlets dan Mangga Ads bagi bulan December dan Januari, adalah hasil dari trafik semata-mata, dan bukannya hasil dari klik (takde orang klik ads kat blog ni..hoho) Tapi yang kurang bestnya, jumlah earningnya tak semasyuk BE Nuffnang. Sebab tulah, Nuffnang ni, kalau dapat BE, memang best, memang masyuk, tapi persoalannya, akan dapatkah BE atau lagi tepat, berapa lama baru dapat BE? hohoho.. Sebabnya sampai skang blog saya tak dapat-dapat BE sejak cash out hari tu..
Ok, kalau uols tengok Pendapatan Advertlets dan Mangga Ads bagi bulan December dan Januari, kat situ boleh saya rumuskan Advertlets lagi masyuk dari Mangga Ads coz tafik yang sama, tapi jumlah earning yang berbeza, dan memang agak ketara perbezaannya. Tapi tak ramai yang berani nak join Advertlets ni, coz ada ura-ura mengatakan yang susah nak dapat cek bila dah cash out nanti.. Sejauh mana kebenaran tu, saya tak tau, sebab tulah saya memasang angan-angan untuk biarkan Advertlets ni running sampai boleh cash dan tengok betul ke tak betul ura-ura tersebut..
earning setakat ini bagi Advertlets |
earning setakat ini bagi Mangga Ads |
So kesimpulan saya, kalau takde BE, memang Advertlets dan Mangga Ads lagi masyuk, based on trafik uols lah, lagi tinggi, lagi masyuk. Tapi kalau ada BE, walaupun seketul BE, saya rasa earning BE Nuffnang lagi masyuk..
Lagi satu, mengenai minimum untuk cash out. Yang ni pon Nuffnang best, coz bila dah RM50, uols dah boleh cash out, takyah nak tunggu lelama. Tapi Advertlets dan Mangga Ads, kalau tak silap saya kena tunggu RM100 baru boleh cashout.. Bagi blog saya yang trafik tak berapa nak masyuk ni, ala-ala berjanggutlah jugak nak tunggu RM100 tu..hohoho
p/s : Nanti saya kongsikan, kenapa saya masih setia ngan Nuffnang di blog ini dan blogshop saya, Ma Belle Shoppe, walaupun setakat ni masih takde BE dan kekadang tu terasa gatal tangan nak madukan Nuffnang..hehehe..
Nak insentif tunai, Klik SINI
Nak cari trendy hijab, muslimah attire, babykids wear, Klik SINI
Longchamp New Year Sale, Klik SINI
Suka entri ini, meh picit button kat bawah ni: