Sebenarnya saya dalam dua, nak join ke tak join.. Bukan kerana tak berminat, sangat berminat tetapi ada was-was.. Satunya, sebab saya rasa blog ni tak banyak mana berkongsi cerita mengenai our lovely daughter Nuryn Zahra dan masih belum berkongsi mengenai hal-hal parenting..
Bukan kerana tidak mahu berkongsi, tetapi sebelum blog ini diwujudkan, saya telah membuat blog khas untuk Zahra dan bakal-bakal adiknya nanti di blog
Our Precious dan hal-hal berkaitan parenting di blog
All About Parenting. Belum ada masa untuk pindahkan semua data di blog tersebut ke blog ini.. Reason kedua, kenapa saya was-was, sebab saya tidak menggunakan nama Mama Zahra ke, or Shuweet Mom ke, macam kenkawan yang lain, dan ini bukan bermakna saya tidak bangga menjadi seorang mama kepada Zahra dan bakal adik-adiknya nanti.. Reason kenapa saya tidak menggunakan Mama Zahra takut-takut nanti adik Zahra kecik hati pulak coz guna Mama Zahra bukan Mama 'adik', walaupun ikut tradisi Arab, mak dan bapak biasa dipanggil Ummu 'nama anak pertama'. Dan belog pertama saya, iaitu
Ma Belle Histoire aka Ma Belle Conway telah wujud sebelum saya bergelar ibu lagi, malah sebelum bergelar isteri lagi..
|
anugerah terindah dalam hidup saya.. |
Ketiganya, saya juga berminat untuk join kategori lain yang berkaitan dengan blog ini, takut-takut kalau dah join yang ni takleh join yang lain pulak..ngee.. Tapi, oleh kerana tangan saya ringan je hari ni untuk join, maka saya join aje ler..hakhak..
Mengenai diri saya, uols boleh cekidaut entri
Nama Saya Cik Puan Hady, kat situ ada serba sedikit story pasal saya.. Dan mengenai kenangan manis dan
pahit sukar bergelar ibu, dan harapan terhadap anak boleh rujuk entri
Love Forever.. Kata-kata khas buat encik Suami aka Mr. Hadi.. Hmm.. Biarlah rahsia..wahaha..boleh gitew? Pendek kata, saya bertuah mendapat suami sepertinya..
Manakala nasihat untuk adik-adik di luar sana yang bakal bergelar ibu, lengkapkan diri dengan ilmu-ilmu parenting terutamanya mengenai breastfeeding seperti yang saya berkongsi di entri
My Bling Moment | Breastfeeding, dan juga peringatan untuk saya sendiri dan bakal-bakal ibu seperti entri
Naluri Keibuanku Tersentuh.
Oh ya, kalau uols nak join juga, jom klik
sini laju-laju..
Suka entri ini, meh picit button kat bawah ni: