Mar 30, 2011

Home » , , , » Beli Belah Sambil Beramal

Beli Belah Sambil Beramal

Kali ni saya nak promote dua blog yang menjual pelbagai produk yang menarik pada harga yang berpatutan. Jemput jengah kedua-dua blog ini sekiranya ada yang menarik perhatian uols. Sambil membeli belah, uols dapat membantu meringankan beban dua blogger ini yang mengalami dugaan dan ujian sekarang ini..

http://scentsnsecrets.blogspot.com/

Blog Scents and Secrets ni bukan sahaja ada perfume dan beg berjenama, malah turut menjual set pinggan mangkuk jenama Corelle yang memang menjadi kegilaan para ibu dan wanita sekalian..hehehe.. 


Selain itu, terdapat juga handbag berjenama, antaranya Coach yang sememangnya menjadi idaman kalbu saya..hehehe.. Confirm harga yang dijual lagi murah dari butik-butik kat Malaysia tu..opss..


Dan kenapa saya kata uols boleh membeli belah sambil beramal? Ini kerana Ana aka empunya blog Scents and Secrets ni tengah mengumpul dana melalui jualan di blogshopnya ini untuk  menampung pembedahan jantung puterinya yang tersayang, Rayhan Sophia pada bulan September 2011 ini, iaitu yang terakhir setelah berjaya mengharungi 3 pembedahan.. 

Rayhan Sophia masa awal kelahiran
Sophia yang kini membesar dengan aktif

Kalau uols nak sedekah aje tanpa membeli barang pon boleh aja.. Untuk makluman lanjut, uols boleh menjengah blogshop Ana di Scents and Secrets.. Kalau uols nak baca kisah pasal Sophia, klik aje under label My Buah Hati.

Blog kedua ialah blog yang tak asing lagi iaitu blog KakYong's Shoppe yang menjual susu kambing Higoat,, sphyru Coffee, pakaian kanak-kanak seperti busha legging dan rompers serta cloth diapers, sememangnya dengan harga yang sangat berpatutan..

http://kakyongshoppe.blogspot.com/


Dan sekarang ni, kak yong tengah membuat jualan penghabisan stok, memang harga runtuhla uols. Rugi kalau tak rebut peluang keemasan ni..


Selain tu, kak Yong juga ada menerima tempahan design header, watermark, signature, pendek kata kalau uols nak make over blog, serah ajelah kat kak Yong, pasti hasilnya nanti uols tersengih sampai ke telinga..hehehe.. Oh ya, nak tau kenapa saya kata uols boleh membeli belah di KakYong's Shoppe sambil beramal? Ni saya paste dari blog kak Yong..

Kami sebenarnya amat2 perlukan cash.. sekurang2 nya RM1k lagi untuk settlekan ansuran rumah yang sudah 3 bulan tertunggak.. biarlah ibu rahsiakan jumlah yang sebenarnya..

actually sejak dari tahun lepas lagi, kami akan terima surat dari peguam 2 bulan sekali menuntut bayaran instalment yang tertunggak.. kalo kurang dari 2 bulan, bank takkan antor surat peguam. 

hati jadi semakin sedih dan riso sekiranya bank tarik rumah kami ni.. Sad smile dulu ibu riso jugak.. tapi tidak serisau kali ini..

Owh, jangan salah faham.. ibu bukan nak minta kome sedekah duit kat ibu.. tapi nak mintak tolong kome… beli produk yang ade di Kakyong’s shoppe..

Kalau uols nak bersedekah pon boleh aja, dan kalau uols nak memanjang-manjangkan entri ini pon sangat-sangat dialu-alukan.. Untuk makluman lanjut, boleh layari blog KakYong's Shoppe.


~Bantu membantu amalan mulia~


Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Kliklah sini dulu.. Thanks!!


Suka entri ini, meh picit button kat bawah ni:

4 Comments
Comments

4 comments

Mar 30, 2011, 8:34:00 AM

has bagus buat entry nih bee tk karang ayat lagi cuma tampal banner kak yong jer

Mar 30, 2011, 9:59:00 AM

sedihnye... sob2x.. jom support!!

Mar 30, 2011, 11:20:00 AM

InsyaAllah dni jengah nanti :)

Mar 30, 2011, 10:20:00 PM

@to all : sama-sama membantu..

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...