Wahh.. sekejap je masa berlalu, winter dah pon melabuhkan tirainya (hoho..no more snow..tak dapeklah nak bersled dah..), tapi skang ni bunga-bunga kecil dah mula tumbuh di padang-padang.. Dan tak lama lagi, akan menyerikan lagi padang-padang tu dengan warna-warni bunga.. Yang bestnya, time Spring ni, bunganya akan bersilih ganti.. Mungkin 2 minggu ni, ada bunga warna purple, 2 minggu akan datang bunga warna kuning pulak tumbuh..
Jom layan gambar yang kami ambil pada Spring yang lepas aka pada tahun lepas la..hehehe.. Untuk tahun ni belum sempat berposing-posing lagi (macam bunga dah banyak je bunyinyer..)
Macam bunga sakura kan? |
Kasi close up sikit.. |
Ha, pokok bunga kat atas ni, akan bertukar-tukar warna tau.. Tak surelah warna mana dulu, seingat saya ada 3 warna, putih, pink dan brown gitu.. Yang brown tu bila dah nak abih Spring.. Kami ambil gambar ni pon masa otw nak keluar jenjalan, dari EPFL nak ke metro station.. Gambar kat bawah ni pulak, diambil sebab mahu join contest..kuikui.. Kebetulan terjumpa taman bunga ros yang pelbagai warna, tapi agak rugilah coz kami pi tu dah nak habis Spring.
Amboi amboi..kecik2 dah pandai cium bunga.. |
Terlebih exposure daaa.. |
Hati-hati..ada duri tu sayang.. |
Alang-alang buat entri ni, nak selitkanlah aksi-aksi Zahra bersama munge-munge ros..hihihi.. Cam biasa, posing ni kes nak join contest jugak..hihihi.. Mamanyer yang giler contest, Zahra yang menjadi mangsa berposing di bawah sinaran mentari..kuikuikui.. Oh ya, nama taman ni Vallee de La Jeunesse yang penuh ngan bunga-bunga ros yang bermacam-macam warna.. Layanzz..
Jangan taktau taman kat atas ni dekat aje ngan cemetery, dan ramai pulak tu yang beriadah kat sini, ada yang bawak anak-anak, ada yang berjoging, berbasikal dan tak kurang juga yang berposing..hehe.. Memang wangilah taman ni, penuh dengan bunga ros kan, sedap je menghirup udara kat sini.. Kat bawah ni pulak gambar bunga yang kami ambil semasa trip ke Neuchatel, Swiss.. Nak tahu full stori leh tengok entri Jalan-jalan Cari Pasal..
warna warni..bunga apa taktau..hehe |
olololo..kiutnyer dier..geram nak petik..ekekeke |
Kalau nak kira, kat Swiss ni tak selawa UK time Spring (UK kan lagi penuh ngan munge-munge..), setakat ni saya tak jumpa lagi taman bunga yang secomey UK, tapi tulah, kami ni bukannya arif sangat pasal Swiss ni.. Waheeda yang baru je sampai sini dah banyak tahu tempat2 yang menarik kat Swiss ni, dan dia ada gitau ada satu taman bunga yang cun melecun kat Swiss ni, tak ingat dah kat mana..hohoho.. Nanti nak kena skodeng jugak ni..
p/s : Uols suka bunga ape ek? Kalau saya, ikut kategori, dari segi cun, suka bunga lily , tulip dan daisy, kalau dari segi wangi pulak, bunga lain..muahaha.. Ke ada yang tak suka bunga gaks? Muahaha..
Kliklah sini dulu.. Thanks!!
Suka entri ini, meh picit button kat bawah ni: