Ngee.. Dengan muka tak malunya saya nak join segmen ni pulak.. Walaupun saya bukan blogger yang sedang belajar di luar negara, tapi kira masuk kategori jugaklah kan sebabnya saya skang ni berada di luar Malaysia..
Oh ya, saya skang ni berada di Lausanne, Swiss kerana mengikut encik suami aka Mr Hadi yang sedang berhempas pulas menuntut Pengajian Habis Darjahnya di EPFL.. Saya jugak yang syok, goyang-goyang kaki kat rumah sambil menternak lemak..agagaga.. Takdelah, jadi suri rumah dan mama kepada kanak-kanak ribena ni pon penat dan penin juga, malah jadual kerjanya mengalahkan orang study, dari celik mata sampaila tutup mata.. Eh..eh, terlupa pulak, saya baru je bergelar pelajar 3/168 masa, coz saya ada ambil kelas bahasa French kat EPFL.. Tapi kelas 3 jam seminggu je.. Best uols belajar bahasa French ni, sampai terbelit-belit lidah nak cakap..wahaha.. Nak tau lebih lanjut, leh tengok entri
Pendedahan Eksklusif | Swiss & Kami.
|
Kami yang jauh beribu-ribu batu tapi dekat di hati.. |
Kenangan manis ek? Hmm.. Ape ek? Agagaga.. Ha, ada..ada, yang ni kira manis jugaklah, actually lebih kepada teruja, iaitu pertama kali jamah snow.. Sanggup jamah dengan bare hand tu..kuikuikui.. Jakun katakan.. Perasaan masa 1st time jamah tu, perghh, syoknyaa sebab snow masa tu sangat gebu, mulus, lembut, pendek kata tak samalah ngan klon-snow-dalam-peti-ais tu..ngee.. Dan bila snow yang agak lebat, kami boleh main sled secara sakan..ngee.. Apa itu sled? Leh rujuk entri S
yoknya Main Sled!! Lagi, uols boleh tengok entri
Yang best mengenai obesi, khasnya Switzerland, tu kira manis jugakla..
|
over betui anak mama ni noksss.. |
Kenangan pahit pulok? Ermm.. First time tak pulang beraya beb bersama keluarga dan sanak saudara..wohoho.. Mau banjir satu rumah di pagi raya hari tu, tapi sib baiklah ada Mr Hadi dan Zahra..huhu.. Kalau saya sensorang kat sini, mau pagi-pagi raya tu cari tiket untuk balik kampung (cakap cam muroh je tiket nak balik..) Dan kena biasakan tahun-tahun akan datang berkemungkinan besau tak balik beraya.. Lagi satu ni, takdelah pahit, tapi tersangatlah tak best.. Windu bebenau kat masakan dan makanan Malaysia.. Kalau tak, takkanlah saya buat entri
Rindu Merindu.. Kalau rasa nak makan Nasi Lemak Kampung Baru, terpaksalah buat sendiri walaupun rasanya macam Kampung Saint Sulpice aje.. Lainlah kalau saya terer masak cam
CMG kan, nak makan Pengat Labu Cha Cha, setel.. Ni tak, hanya mampu tengok gambo aje lerrr..
|
Raya 2010 - huhu..muka nampak happy tapi hati, sapalah yang tau..huhu |
Kata-kata khas dari saya buat pelajar yang bakal menyambung pelajaran ke luar negara? Eceh.. rasa cam poyo pulak kata-kata khas.. Takdelah khas mana, cumenyer buat yang mahu belajar ke luar negara, jangan takut dan jangan risau, yang penting selidiki dulu tempat belajar yang ingin disambung tu dari segi kualiti dan pengiktirafan dari Malaysia dan kautlah seberapa banyak yang boleh ilmu dan pengalaman di luar negara dan cuba terapkan nilai positif yang didapati sepanjang berada di luar negara apabila pulang ke tanah air nanti. Walaupun hujan emas di negara orang, hujan batu di negara sendiri, lebih baik di negara sendiri, apa kata kita bawak balik emas dari negara orang ke negara kita dan membangunkan negara kita agar sama-sama dapat hujan emas..ngeee.. Salam perantauan dari kami sekeluarga..
Oh, buat kenkawan yang kat over
the sea tu jom sama-sama memeriahkan segmen BA ni.. Klik
sini laju-laju..
Suka entri ini, meh picit button kat bawah ni: