Pada hari keempat, kami plan untuk ronda-ronda Edinburgh, tapi sebelum tu kami singgah jap kat St Andrews setelah mencuci mata sepanjang perjalanan dari Dundee sehingga ke St Andrews.
Oleh kerana Swiss ni takde beach, maka teringin jugakla kami menikmati desiran ombak di East Coast Scotland iaitu di St Andrews yang indah ini.. Rumah-rumah kat sini pon cun jugak..
di pantai St Andrews |
ololo.. mak dan anak duk layan blues kat tepi pantai.. |
tak sah kalau tak sentuh air.. |
Sesampai di Edinburgh, kami pusing-pusing di Old Town dan New Town. Yang uniknya kat sini, semua bas kat sini double decker, tak perasan lagi bas yang setingkat, seingat kamilah.. Maklumlah kat swiss takkan jumpa bas double decker, yang ada dua bas bersambung aka double bus.
di Old Town Edinburgh |
di St. Andrews Square |
masih di square..nampak dak ada bunga-bunga dah mula tumbuh? |
Edinburgh Castle yang tak sempat nak masuk..huhu |
Bergambar depan Disney's store, maklumlah kat Swiss takde rasanya.. |
Restoran yang menarik perhatian kami.. |
Royal Scottish Academy.. |
Yang bestnya kat sini, ada KFC halal.. Wah..wahh, seronoklah Mr Hadi yang dah lama kepingin makan ayam KFC. Kat Swiss ni, usahkan KFC halal, KFC yang tak halal pon takde.. Kiranya, 1st time jugakla kami dapat merasa krushem yang memang sodap sampai menjilat straw ni...
KFC Halal di Edindurgh |
Zahra yang tengah syok minum Krushem Strawberry Cheesecake |
Hajat di hati mau berjumpa dengan fa10, tapi dek kerana hari sudah malam, ala-ala seganla pulak nak menyinggah rumah fa10 memalam..huhu.. Next entri saya kongsikan mengenai bandar Glasgow, bandar terbesar di Scotland..
Suka entri ini, meh picit button kat bawah ni: