Selamat Hari Lahir.. Selamat Hari Lahir.. Selamat Hari Lahir to Nuryn Zahra.. Selamat Hari Lahir..
Selamat Hari Lahir yang ke-2 buat anakanda yang terchenta, Nuryn Zahra.. Wah..wahh, dah besar dah anak dara mama dan abah ni.. Dah boleh berdikari ni nampaknya..hehe.. Mana tidaknya, skang ni baju dan seluar nak pakai sendiri, takmo dipakaikan dah..
Mama dan abah sangat bersyukur ke hadrat Illahi kerana dikurniakan Zahra sebagai permata hati kami yang comel lagi bijak, yang sentiasa menceriakan hidup kami, dan semoga kami dapat menjaga dan mendidik amanah yang diberikanNya ini dengan sebaik yang mungkin.
Buat Zahra, mama dan abah doakan agar Zahra membesar dengan sihat, cerdas dan cergas, menjadi anak yang solehah dan mencapai kejayaan di dunia dan akhirat..
Pantun khas untuk anakku, Nuryn Zahra
Wahai anakku, permata hatiku.. Comel pulak tu.. ;p
Keletahmu memang mencuit jiwa nuraniku.. Kekadang menguji perasaanku.. ;p
Tanpamu, kurang berserilah duniaku.. Juga kurang sepahlah rumah tanpamu.. ;p
Dikau adalah kesayanganku.. I love u!!
Wahai anakku, jiwa nuraniku
Semoga membesar dengan sihat, cerdas dan kuat
Moga-moga menjadi anak yang solehah, itu doaku
Dan juga berjaya di dunia dan akhirat
Mama dan Abah sayang Zahra!!
p/s : Hehe, oleh kerana skang ni kami kat Scotland, maka birthday party untuk Zahra terpaksa ditangguh sehingga kami pulang nanti.. Masih mencari-cari idea, nak buat kek ape ek? Uols ada cadangan dak?