Pada hari kelima, kami mencuci mata di
Glasgow, Scotland. Sebelum tu, kami singgah di
Loch Lomond untuk menikmati keindahan tasik terbesar di UK yang sememangnya terkenal dengan pelancongan dan pernah dimasukkan dalam lagu.
|
bermain dengan belon dulu sebelum bergerak.. |
|
penuh dengan biri-biri, sebijik macam Shaun the Sheep.. |
|
di Loch Lomond |
Sepanjang perjalanan tu, memang penuhlah dengan biri-biri dan jarang sangat nampak lembu, berbeza dengan Swiss yang boleh nampak lembu di mana-mana aje di area countryside. No wonderlah ada rancangan kartun Shaun the Sheep dari UK, and guess what, biri-birinya sebijik sejibung, warna badan putih sebab bulunya, tapi muka, kaki dan tangan berwarna hitam.
Seterusnya, setelah puas mencuci mata di Loch Lomond, kami meneruskan perjalanan ke Glasgow. Kami singgah jap taman yang berdekatan dengan University of Glasgow iaitu Kelvingrove Park. Kat sini, Zahra dapat melepas perasaanya untuk bermain sepuas-puasnya (puas ke?) di taman permainan kanak-kanak. Selepas tu, kami singgah jap Kelvingrove Art Gallery and Muzium, dah free untuk masuk kan..ekekeke..
|
Kelvingrove Park |
|
bunga-bunga dah mula tumbuh menandakan Spring baru bermula.. |
|
Nice dak? |
|
dalam Kelvingrove Art Gallery and Museum |
|
depan muzium |
Then kami berlegar-legar sekejap di bandar Glasgow, tapi tak lama pastu hujan turun rintik-rintik membuatkan kami terpaksa mencuci mata di
St Enoch Centre, one of the UK's top shopping destination outside London. Selepas tu kami pi dinner di Nando's yang halal di sini... Oww, sungguh jeles dengan orang Scotland, KFC Halal ada, Nando's Halal pon ada, memang syoklah..
|
dalam St Enoch Centre |
|
dalam Nando's di Glasgow |
Even kami makan kat Nando's pon, kalau convert ke CHF, lagi murah makan luar kat Glasgow compare dengan makan luar kat Swiss ni. Tapi kalau convert ke RM, memang ridiculouslah coz kat Malaysia rasanya dalam RM50-RM70 aje.. Sedangkan kat sini kalau convert lebih dari RM100.. Oleh kerana kami tukar duit CHF ke GBP, jadi rasa memang murahlah..
Suka entri ini, meh picit button kat bawah ni: