Mar 16, 2011

Home » , » Part 2 | All about Zahra

Part 2 | All about Zahra

Kali ni mama nak sambung lagi entri mengenai perkembangan Zahra sejak lahir hinggalah setahun, kali ni dari 7 bulan hingga 12 bulan.. Coz kat entri Part 1 | All About Zahra dah cover dari sebulan hingga 6 bulan..

aksi cuba merangkak, tapi tak gerak..kuikuikui..
7th Months
Skang ni Zahra suka sangat explore kat tempat-tempat yang baru dan misteri (pada sudut pandangan Zahra la..) termasuklah tempat wayar dan plug..Aisshh.. Selain tu, Zahra dah boleh duduk dan dari meniarap ke duduk ke meniarap. Zahra juga dah pandai pose dalam position merangkak tapi belum boleh merangkak lagi, acah je dulu..hoho.. Zahra juga baru nak tumbuh gigi, 2 batang kat bawah..

8th Months
Genap 8 bulan Zahra berjaya merangkak even kura-kura lagi laju..hohoho.. But then, makin lama makin cekap Zahra merangkak, habis semua ceruk Zahra pi jelajah terutamanya ke toilet dan dapur. Zahra juga suka berdiri dengan bergantung kepada meja dan kerusi untuk bangun. Jadi, kegemaran terbarunya adalah mencapai apa jua yang berada di depan mata di atas meja dan membuangnya ke bawah..hohoho.. Gigi belah atas pon baru nak tumbuh, tapi satu je, belah kanan. Nampak gayanya agak besar, mungkinkah bakal menjadi gigi kapak? Kuikuikui..

sila abaikan meja yang agak bersepah..ngee
9th Months
Perkembangan Zahra masa 9 bulan ni, dah berjaya berdiri kat mana-mana jua termasuklah bergantung di dinding mahupun pintu.. Zahra juga suka menawaf meja, jadi kalau letak benda kat mana-mana bahagian meja pon Zahra dah boleh ambil.. Selain tu, kegemaran terbaru Zahra adalah bermain sambil berguling, tak kiralah sambil meniarap atau menelentang.. Gigi kapak yang kedua dah pon tumbuh di belah atas, so skang ni Zahra dah ada 4 batang gigi.

10th Months
Skang ni Zahra suka main tepuk-tepuk tangan. Kalau dulu time Mama ajar tepuk tangan, Zahra akan mengeraskan tangan. Selain tu, Zahra juga suka main bola dan main kejar-kejar.. Zahra juga dah boleh berdiri tanpa pegang kat mana-mana, tapi paling lama pon 1-2 minit aje.. Zahra juga boleh dipimpin satu tangan aje walaupun kekadang tu terbabas jugak. Zahra juga dah pandai turun sendiri dari sofa, tapi katil Zahra belum cuba lagi..

Sambil tengok tv..
11th Months
Kegemaran terbaru Zahra adalah she love to point at any objects that interest her.. Selain tu, Zahra juga suka tengok dari celah kangkangnya sendiri. Zahra juga dah pandai menyelak baju mama bilamana dia mahu mamam. Kadang-kadang Zahra akan kiss perut Mama.. oww, so sweet!! Gigi Zahra yang ke-5 pon baru je tumbuh di belah kanan atas (skang ni suka sangat mengetap sebab gatal..huhuhu) Selain tu, Zahra juga dah pandai wave bila mama gitau bye-bye or au revoir (bahasa French for bye bye) dan suka sangat memanjat sofa, coffe table, bed table dan sudah pandai turun dari katil.. Zahra juga dah boleh menapak 2-3 langkah dan masih berusaha untuk menapak lebih jauh walaupun takut-takut lagi..

12th Months
Menjelang umur setahun, Zahra dah pandai menggeleng kepala jika takmau sesuatu dan juga pandai bagi barang jika diminta oleh abah dan mama. Selain tu, Zahra dah pandai angkat tangan jika ditanya sesuatu, i.e siapa Nuryn Zahra, siapa budak comel, siapa yang buat ni.. Gigi ke 6, di bahagian belah atas juga dah tumbuh, so skang ni Zahra ada 4 batang gigi di belah atas, 2 batang di belah bawah. Kegemaran terbaru, Zahra suka menolak dan menarik kerusi.
p/s : Sekejap je kan anak-anak membesar, sedar-sedar dah setahun pon, dan kini dah 2 tahun pon.. Rasa macam baru je lagi duk berhempas pulas meneran..kikiki.. Kekadang rasa biarlah mereka stay kecik dan dibawah ketiak sokmo, tetapi kekadang terasa nak mereka cepat-cepat membesar.. Uols cemana, pernah tak rasa cam gini?


Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Kliklah sini dulu.. Thanks!!


Suka entri ini, meh picit button kat bawah ni:

4 Comments
Comments

4 comments

Mar 16, 2011, 9:34:00 AM

seronoknya tengok anak2 membesar ;)

Mar 17, 2011, 12:26:00 AM

kdg terasa kejapnya masa berlalu...

Mar 18, 2011, 1:07:00 PM

salam has,
masa kecik, memang seronok tgok tahap pembesarannya, pandai merangkak,berdiri n bertatih.

Bila besar lagi seronok, anak2 boleh dijadikan kawan, tmpt mengadu bila ada masalah,kdg2 boleh bbincang beri pdgn bila ada masalah! Apa2pun, anugerah Allah ini paling bharga bagi kita:)

Mar 25, 2011, 1:40:00 AM

@to all : kan,kan..memang kejap je masa berlalu..

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...