Mar 31, 2011

Tiba-tiba persoalan mengenai nak bagi adik kat Zahra muncul..eh..eh..

Perghhh.. Soalan cepu emas betul tu..ekeke.. Memang takleh nak jawablah, sebabnya kekadang terasa dah tibalah masanya untuk Zahra ada adik..eh..eh.. Tetiba kekadang terasa macam nantilah dulu..eh..erk.. Memang dolu-dolu targetnya bila Zahra dah 2 tahun, mulalah nak bersiap sedia untuk menjadi mak buyung lagi..ecece..boleh main target-target pulak..

Tapi itu dulu, semasa berada di tanahair.. Bolehlah.. Siap plan nak berpantang sendiri lagi time anak kedua (koya tak ingat..) Tapi skang ni, bila duk negara orang macam 50-50 pulak.. Satunya, jauh dari parents dan sanak saudara, huhuhu, sape yang nak jaga saya? Sila baca dengan gaya manja..kuangkuangkuang.. Duanya, Mr Hadi busy ngan Pengajian Habis Darjah nya yang macam tak habis-habis walaupun dari pagi sampailah malam..hohoho.. Sape mahu 'manjakan' saya masa pantang, sape yang mahu take care adik Zahra yang baru lahir? Dahla kat sini agak susah untuk Zahra masuk kindergarten, queue panjang gitewww.. kalau pengasuh tu mungkin senanglah kottt..

ololo..kecik-kecik dah pandai muncong mulot yer..

Awww, takleh imaginelah, ngan ada baby kecik lagi, nak manage Zahra yang tengah aktif lagi..hohoho.. Nak ajak my mother pon, kesian kat my father yang sememangnya dah tua dan takleh travel..hohoho.. Jadinya, bila ditanya dengan my classmate, takmo give birth ke kat sini, terkedu sekejap.. kuikuikui..

Tapi bila fikir, usia pon makin meningkat, anak baru sorang je (koyanye nak 4 orang, 2 girl, 2 boys, kekononnya berpasang-pasanglah..sila jangan layan sangat..agagaga), rasa macam dah tiba masanya..hohoho.. Kesian Zahra takde partner untuk buli..wahaha.. Tengok kenkawan kat obesi (antaranya Nadiah dari Bicara Hati, tahniah dear) rileks je give birth dan berpantang sendiri.. Tapi kat sana ramai orang Malaysia kan..huhu.. Apa pendapat uols, bagi adik ke hold dulu? Agagaga..


Kita merancang, Allah juga merancang, dan yang pasti perancangan Allah adalah yang lebih sempurna dan terbaik. Kita hanya merancang dan Allah penentu segalanya.


p/s : Masih tak faham ape itu 23cm..hohoho..


Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Kliklah sini dulu.. Thanks!!

Suka entri ini, meh picit button kat bawah ni:

Part 2 | Let's Learn French.. It's Fun and Sexy..Hohoho

Ok, bermula dari It's Fun dan seterusnya tu adalah penambah rasa aje..hehehe.. Leh tercetus idea nak buat tajuk camgitu pon sebab masa duk search video learn French, terbaca komen readers kat bawah video tu, ramai yang kata bahasa French ni bahasa romantik dan sexy giteww..hohoho.. Komen mak? Tunggu mak terer dulu nokss, baru mak boleh komen, seksi ke seksa..kuangkuangkuang..

Kalau minggu lepas, kita dah belajar ABC dan 123..hehehe.. Cam budak tadika pulak belajar ABC, tapi jangan main-main, lain tau sebutannya, nak-nak 123 tu..hohoho.. Sampai skang saya nak kena rujuk buku untuk pronounce..agagaga.. Kali ni saya nak share ngan uols cara-cara nak greet dalam bahasa French..


Kay, video kat atas ni adalah simple greetings yang uols boleh belajar. Macam bahasa-bahasa yang lain jugak, ada informal dan formal. Bila duk cari video ni, teringat pulak crite Mr. Bean's Holiday, part conversation ngan waitress atas train tu, part yang dia jawab Oui (yes) dengan Non (no) tu dah betul dah.. Bila waitress tu puji dia cakap good in French, dia reply gracias.. Memang gelak guling2lah kitorang sebabnya gracias tu bahasa Sepanyol, should be Merci.. Ok, sebelum saya melalut, meh tengok video yang kedua, yang memperkenalkan a few verbs..




Video yang ketiga ni bagi yang nak belajar bahasa French dengan lebih jauh lagi..hehehe.. Cumenyer, lamalah sikit dan sedikit lambat coz dia tunggu uols untuk sebut the words.. Dan yang paling bestnya, video kat bawah ni.. Video nilah yang mencetuskan idea untuk saya buat tajuk sebegitu rupa.. Sebabnya nape? Suara teacher ni seksi maaaa...hohoho.. Bukan mak yang cakap, commenter kat video ni yang cakap..ahaks..



Kay, itu aje buat minggu ni.. Hope uols enjoy belajar French ni, macam saya juga.. Ada yang tak faham dak? Ekekeke..


 Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Kliklah sini dulu.. Thanks!!




Suka entri ini, meh picit button kat bawah ni:

Mar 30, 2011

DECO DECO BENG BENG BOONG

Yiihaaa, kali ni dengan sepantas kilatnya saya mahu menyertai Segmen Deco Deco Beng Beng Boong yang dianjurkan oleh Ben Ashaari. Ha, mesti uols tertanya-tanya kan, segmen deco apa ni, deco rumah ke? Ekeke.. Bukan, tapi deco deco blog.. Kiranya macam review blog, cun ke tak cun, apa yang boleh diperbaiki untuk bagi nampak blog tu lagi menarik..
 
Dari segmen review nilah kita boleh tahu kelebihan dan kekurangan blog kita.. Jadi buat semua yang berkunjung, feel free untuk puji (ececece..agak perasan di siteww) dan menghentam yang mana patut dan yang perlu diperbaiki..ngee.. Aii tak kisah uols..

Ok, kalau uols juga mahu join, klik sini laju-laju kay..




Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Kliklah sini dulu.. Thanks!!

Suka entri ini, meh picit button kat bawah ni:

Perhatian buat semua follower Notre Belle Histoire aka Belle Amies

Buat semua follower blog Notre Belle Histoire aka Belle Amies yang saya terlepas pandang ataupun belum berkesempatan untuk follow balik, sudi-sudikanlah untuk tinggalkan link uols di entri ini untuk  saya pi blog uols dan follow blog uols..

credit

Sejak balik dari bercuti haritu, saya dah lost track blog mana yang belum follow lagi..hohoho.. Jadi, jangan segan-segan nak tinggalkan link blog uols ek, kang nanti ada yang terasa sebab saya tak follow balik. Bukan sebab saya takmo follow, tapi kes terlepas pandang, takpon bila tengok kat profile, takde link blog uols. Jadi susah saya nak pi blog uols dan follow. Kalau uols nak tahu samaada link blog uols terpapar ke tak, leh cekidaout ngan klik profile sendiri.. Kalau takde, dan uols nak bagi nampak link blog uols, leh tengok tutorial di entri Buat Kenkawan Kesayangan Belle..

Selain tu, kalau uols nak bertukar-tukar link, leh juga tinggalkan link blog uols kat entri ini dan saya akan masukkan blog uols mengikut kategori, under femmes (wanita) ataupun hommes (lelaki). Jangan lupa untuk masukkan my blog di bloglist uols juga..ngee.. Dan kalau ada yang dah letak blog saya ni kat bloglist uols, tapi blog uols takde pon kat bloglist saya, gitau aja.. Dengan sepantas kilat saya akan taruk..hihihi.. Tambah-tambah pulak, bloglist saya hilang kes bertukar domain baru-baru ni..

Kay, tu aje nak bagitau.. Selamat berehat di malam Khamis ini.. Ada cerita menarik kat tv kah malam ni? 


Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Kliklah sini dulu.. Thanks!!

Suka entri ini, meh picit button kat bawah ni:

Part 3 | Perbandingan antara Nuffnang, Mangga Ads dan Advertlets

Dear readers, nak mitak jasa baik uols klik & like kat SINI (sehingga 15 Feb 2012).. Thanks!

Kalau sebelum ni saya dah berkongsi mengenai kelebihan dan kekurangan masing-masing di Part 1 dan Part 2, kali ni tiba masanya untuk saya menyentuh mengenai kemasyukan $$$ bagi setiap ads company ini.. Dan saya pasti, perkara ini yang memainkan peranan yang besar dalam memilih ads company..

Jadi, uols rasa yang mana paling masyuk? Nak berteka teki dak? Agagaga, peel orang suka join contest..kuikuikui.. Ok, bagi saya masyuk tak masyuk bergantung kepada trafik satu-satu blog dan kalau Nuffnang, blognya ada berapa BE.. Wohohoho, keciwa dak ngan statement tu, tak menjawab soalan kan? Agagaga.. Tapi siriyes, itulah yang menjadi variable dalam menentukan masyuk ke tak masyuk ads company bagi blog uols..

credit

Nak cakap pasal masyuk tak masyuk ni, memang susah, because bergantung pada performance blog tersebut dan kalau Nuffnang pulak, ada satu lagi variable iaitu ada BE ke takde.. Meh saya berkongsi mengenai earning blog Ma Belle Conway, yang dulunya berstatus Gliterrati Nuffnangers. Kalau diikutkan, saya mula pasang iklan Nuffnang pada bulan 9/2011 dan mula mendapat BE pada bulan 11/2010 dan buat cash out buat pertama kalinya pada akhir bulan 1/2011 dengan jumlah RM159.91. Trafik masa tu dalam 100-200 UV sehari rasanya. Sejak cash out, blog tu tak dapat BE dah..huhuhu, earningnya RM0 (juga takde hasil dari klik-klik..) sehinggalah pada..ermm..bile ek saya madukan dengan Advertlets dan Mangga Ads, bulan 2 kot, sebab geram meh.. Trafik ok, tapi sebab takde BE, takdek earning.

Yang bestnya mengenai Advertlets dan Mangga Ads, asalkan ada trafik, uols akan mendapat earning, walaupun takde orang klik. Yer, semua hasil earning yang uols tengok pagi Pendapatan Advertlets dan Mangga Ads bagi bulan December dan Januari, adalah hasil dari trafik semata-mata, dan bukannya hasil dari klik (takde orang klik ads kat blog ni..hoho) Tapi yang kurang bestnya, jumlah earningnya tak semasyuk BE Nuffnang. Sebab tulah, Nuffnang ni, kalau dapat BE, memang best, memang masyuk, tapi persoalannya, akan dapatkah BE atau lagi tepat, berapa lama baru dapat BE? hohoho.. Sebabnya sampai skang blog saya tak dapat-dapat BE sejak cash out hari tu..

Ok, kalau uols tengok Pendapatan Advertlets dan Mangga Ads bagi bulan December dan Januari, kat situ boleh saya rumuskan Advertlets lagi masyuk dari Mangga Ads coz tafik yang sama, tapi jumlah earning yang berbeza, dan memang agak ketara perbezaannya. Tapi tak ramai yang berani nak join Advertlets ni, coz ada ura-ura mengatakan yang susah nak dapat cek bila dah cash out nanti.. Sejauh mana kebenaran tu, saya tak tau, sebab tulah saya memasang angan-angan untuk biarkan Advertlets ni running sampai boleh cash dan tengok betul ke tak betul ura-ura tersebut..

earning setakat ini bagi Advertlets
earning setakat ini bagi Mangga Ads

So kesimpulan saya, kalau takde BE, memang Advertlets dan Mangga Ads lagi masyuk, based on trafik uols lah, lagi tinggi, lagi masyuk. Tapi kalau ada BE, walaupun seketul BE, saya rasa earning BE Nuffnang lagi masyuk..

Lagi satu, mengenai minimum untuk cash out. Yang ni pon Nuffnang best, coz bila dah RM50, uols dah boleh cash out, takyah nak tunggu lelama. Tapi Advertlets dan Mangga Ads, kalau tak silap saya kena tunggu RM100 baru boleh cashout.. Bagi blog saya yang trafik tak berapa nak masyuk ni, ala-ala berjanggutlah jugak nak tunggu RM100 tu..hohoho


p/s : Nanti saya kongsikan, kenapa saya masih setia ngan Nuffnang di blog ini dan blogshop saya, Ma Belle Shoppe, walaupun setakat ni masih takde BE dan kekadang tu terasa gatal tangan nak madukan Nuffnang..hehehe..


Nak mitak jasa baik uols klik like kat SINI.. Thanks!

Nak insentif tunai, Klik SINI 

Nak cari trendy hijab, muslimah attire, babykids wear, Klik SINI

Longchamp New Year Sale,  Klik SINI

Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Kliklah sini dulu.. Thanks!!

Suka entri ini, meh picit button kat bawah ni:

Beli Belah Sambil Beramal

Kali ni saya nak promote dua blog yang menjual pelbagai produk yang menarik pada harga yang berpatutan. Jemput jengah kedua-dua blog ini sekiranya ada yang menarik perhatian uols. Sambil membeli belah, uols dapat membantu meringankan beban dua blogger ini yang mengalami dugaan dan ujian sekarang ini..

http://scentsnsecrets.blogspot.com/

Blog Scents and Secrets ni bukan sahaja ada perfume dan beg berjenama, malah turut menjual set pinggan mangkuk jenama Corelle yang memang menjadi kegilaan para ibu dan wanita sekalian..hehehe.. 


Selain itu, terdapat juga handbag berjenama, antaranya Coach yang sememangnya menjadi idaman kalbu saya..hehehe.. Confirm harga yang dijual lagi murah dari butik-butik kat Malaysia tu..opss..


Dan kenapa saya kata uols boleh membeli belah sambil beramal? Ini kerana Ana aka empunya blog Scents and Secrets ni tengah mengumpul dana melalui jualan di blogshopnya ini untuk  menampung pembedahan jantung puterinya yang tersayang, Rayhan Sophia pada bulan September 2011 ini, iaitu yang terakhir setelah berjaya mengharungi 3 pembedahan.. 

Rayhan Sophia masa awal kelahiran
Sophia yang kini membesar dengan aktif

Kalau uols nak sedekah aje tanpa membeli barang pon boleh aja.. Untuk makluman lanjut, uols boleh menjengah blogshop Ana di Scents and Secrets.. Kalau uols nak baca kisah pasal Sophia, klik aje under label My Buah Hati.

Blog kedua ialah blog yang tak asing lagi iaitu blog KakYong's Shoppe yang menjual susu kambing Higoat,, sphyru Coffee, pakaian kanak-kanak seperti busha legging dan rompers serta cloth diapers, sememangnya dengan harga yang sangat berpatutan..

http://kakyongshoppe.blogspot.com/


Dan sekarang ni, kak yong tengah membuat jualan penghabisan stok, memang harga runtuhla uols. Rugi kalau tak rebut peluang keemasan ni..


Selain tu, kak Yong juga ada menerima tempahan design header, watermark, signature, pendek kata kalau uols nak make over blog, serah ajelah kat kak Yong, pasti hasilnya nanti uols tersengih sampai ke telinga..hehehe.. Oh ya, nak tau kenapa saya kata uols boleh membeli belah di KakYong's Shoppe sambil beramal? Ni saya paste dari blog kak Yong..

Kami sebenarnya amat2 perlukan cash.. sekurang2 nya RM1k lagi untuk settlekan ansuran rumah yang sudah 3 bulan tertunggak.. biarlah ibu rahsiakan jumlah yang sebenarnya..

actually sejak dari tahun lepas lagi, kami akan terima surat dari peguam 2 bulan sekali menuntut bayaran instalment yang tertunggak.. kalo kurang dari 2 bulan, bank takkan antor surat peguam. 

hati jadi semakin sedih dan riso sekiranya bank tarik rumah kami ni.. Sad smile dulu ibu riso jugak.. tapi tidak serisau kali ini..

Owh, jangan salah faham.. ibu bukan nak minta kome sedekah duit kat ibu.. tapi nak mintak tolong kome… beli produk yang ade di Kakyong’s shoppe..

Kalau uols nak bersedekah pon boleh aja, dan kalau uols nak memanjang-manjangkan entri ini pon sangat-sangat dialu-alukan.. Untuk makluman lanjut, boleh layari blog KakYong's Shoppe.


~Bantu membantu amalan mulia~


Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Kliklah sini dulu.. Thanks!!


Suka entri ini, meh picit button kat bawah ni:

Mar 29, 2011

Jalan Jalan di Glasgow, Scotland

Pada hari kelima, kami mencuci mata di Glasgow, Scotland. Sebelum tu, kami singgah di Loch Lomond untuk menikmati keindahan tasik terbesar di UK yang sememangnya terkenal dengan pelancongan dan pernah dimasukkan dalam lagu.

bermain dengan belon dulu sebelum bergerak..
penuh dengan biri-biri, sebijik macam Shaun the Sheep..
di Loch Lomond

Sepanjang perjalanan tu, memang penuhlah dengan biri-biri dan jarang sangat nampak lembu, berbeza dengan Swiss yang boleh nampak lembu di mana-mana aje di area countryside. No wonderlah ada rancangan kartun Shaun the Sheep dari UK, and guess what, biri-birinya sebijik sejibung, warna badan putih sebab bulunya, tapi muka, kaki dan tangan berwarna hitam.

Shaun the Sheep

Seterusnya, setelah puas mencuci mata di Loch Lomond, kami meneruskan perjalanan ke Glasgow. Kami singgah jap taman yang berdekatan dengan University of Glasgow iaitu Kelvingrove Park. Kat sini, Zahra dapat melepas perasaanya untuk bermain sepuas-puasnya (puas ke?) di taman permainan kanak-kanak. Selepas tu, kami singgah jap Kelvingrove Art Gallery and Muzium, dah free untuk masuk kan..ekekeke..

Kelvingrove Park
bunga-bunga dah mula tumbuh menandakan Spring baru bermula..
Nice dak?
dalam Kelvingrove Art Gallery and Museum
depan muzium

Then kami berlegar-legar sekejap di bandar Glasgow, tapi tak lama pastu hujan turun rintik-rintik membuatkan kami terpaksa mencuci mata di St Enoch Centre, one of the UK's top shopping destination outside London. Selepas tu kami pi dinner di Nando's yang halal di sini... Oww, sungguh jeles dengan orang Scotland, KFC Halal ada, Nando's Halal pon ada, memang syoklah..

dalam St Enoch Centre
dalam Nando's di Glasgow

Even kami makan kat Nando's pon, kalau convert ke CHF, lagi murah makan luar kat Glasgow compare dengan makan luar kat Swiss ni. Tapi kalau convert ke RM, memang ridiculouslah coz kat Malaysia rasanya dalam RM50-RM70 aje.. Sedangkan kat sini kalau convert lebih dari RM100.. Oleh kerana kami tukar duit CHF ke GBP, jadi rasa memang murahlah.. 


Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Kliklah sini dulu.. Thanks!!

Suka entri ini, meh picit button kat bawah ni:

Antara Saat Yang Paling Best

Salam uols.. Amacam petang-petang Selasa ni, bagi yang bekerja adakah sedikit mengantuk? ekeke.. Bagi yang duk kat rumah pulak adakah tengah berpencak silat dengan anak-anak? Hehe.. Ha, kalau uols tengok tajuk kat atas tu, apa yang uols terfikirkan ek?

Hehehe..sebenarnya, entri tu berkait rapat dengan gambar-gambar kat bawah ni.. Bagi saya, antara saat yang paling best dan menenangkan jiwa adalah apabila melihat raut wajah anak-anak yang tersangatlah innocent ketika tidur.. Rasa macam, aduhai..suci sungguh, kalaulah sebelum tidur tadi termarah anak, mesti rasa sebak dan sedih sebab memarahi mereka, nak-nak yang masih kecil lagi. Dan juga, bila tengok wajah mereka yang tengah syok tidur, boleh hilang sekejap rasa resah gelisah dalam hati, kan? Kalau uols tengah nak naik angin ke, rasa kurang sabar ke, cepat2 la tatap muka anak2 uols yang tengah tdo tu..(yang takde anak, cari anak org lain..ngeh ngeh ngeh..) Mesti hilang perasaan tu, diganti pulak ngan perasaan yang mendamaikan & penuh kasih sayang..

Kekadang rasa nak cobit-cobit dan geget-geget sebab geram akan kecomelan mereka..hehe..Meh layan jap piccas Zahra tengah tidur..

Baru 15 hari ni.. Tdo ala-ala senyum..
Tudia..dalam tdo pon leh wat buih..
Dalam 17 hari, dah pandai tdo ngiring sambil mulot ternganga..hohoho
ecece..tdo pon nak pose tangan kat mulot jugak tu..
tdo sambil jelirkan lidah..
tdo sambil tonggek!!! tak tahan..
duduk pon leh tdo jugak..nak tau cerita leh tgk kat sampai tertdo..

Apakah motif entri ini? Selain daripada mengabadikan kenangan terindah ini, maklumlah kami jarang bebenau ambil gambar Zahra masa tidur mahupun nanges, nak gitau yang skang ni Zahra dah jarang tidur petang, nampak gaya masa untuk berblogging semakin kurangla coz masa tidur Zahra di siang hari pon dah berkurang..huhuhu.. 


Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Kliklah sini dulu.. Thanks!!

Suka entri ini, meh picit button kat bawah ni:

Me Dapat Cash RM10..^_*

Hehehe.. RM10 pon nak kecoh kepochi, lainlah kalau dapat RM100 ke, RM1000 ke, barulah yer nak kecoh satu dunia..hehehehe.. Tak kira gaks, nak kecoh gaks, walaupun mungkin takdela satu dunia pon yang tau.. Bukan senang nak dapat RM10 kan, nak-nak orang yang bagi..kekeke.. Lagilah rasa syiokkk..

Oh ya, me dapat RM10 ni sebab me adalah salah seorang pemenang saguhati bagi contest Ulang Tahun Pertama Matahariku. Thanks buat penganjur coz sudi maklumkan pada me mengenai kemenangan ini dan sudi menukarkan hadiah berupa top up kepada cash. Tahniah juga buat Nana, Myra Jay dan Aisha.



Kalau tak silap me, empunya blog Matahariku ni adalah seorang cikgu. Banyak perkongsian yang menarik di blog ini, antaranya mengenai pendidikan, mutiara kata dan kesihatan. Jadi apa tunggu lagi, jom berkenalan dengan Matahariku..


Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Kliklah sini dulu.. Thanks!!

Suka entri ini, meh picit button kat bawah ni:

Mar 28, 2011

Hajat di hati mau buat Oreo Cheesecake | Apa ek yang boleh ganti gelatin?

Tu dia..tajuk dah macam entri dah..kuikuikui.. Macam biasalah kes taktau nak letak tajuk apa.. Sebetulnya saya nak buat kek, sempena birthday Zahra yang ke-2..hohoho, pastu tercetuslah idea untuk buat oreo cheesecake, sebab mamanya memang peminat no 1 orea dan cheesecake..kuikui..boleh gitu?

credit

Jadi, nak tanyalah kat uols ni, ade tak bahan lain yang boleh ganti gelatin untuk buat cheesecake ni?  Kot2lah uols tahu kan, takpon ada resepi cheesecake tanpa gunakan gelatin. Tak kisah bukan oreo pon, ape-ape cheesecake pon boleh. Dah puas search, semua resepi yang saya jumpa mesti ada gelatin..huhuhu.. Sini mana nak jumpa gelatin yang halal..hohoho..

Setau saya gelatin ni digunakan untuk bagi kek tu keras sikit, kalau terkurang taruk gelatin, cheesecake tu nanti akan lembik, payah nanti nak potong. Kalau takde bahan lain yang boleh ganti gelatin, nampak gayanya terpaksa tukar plan lah.. Mahu buat kek apa ek sempena birthday Zahra ni?


Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Kliklah sini dulu.. Thanks!!

Suka entri ini, meh picit button kat bawah ni:

Wihhuuu.. It's Spring Again..

Wahh.. sekejap je masa berlalu, winter dah pon melabuhkan tirainya (hoho..no more snow..tak dapeklah nak bersled dah..), tapi skang ni bunga-bunga kecil dah mula tumbuh di padang-padang.. Dan tak lama lagi, akan menyerikan lagi padang-padang tu dengan warna-warni bunga.. Yang bestnya, time Spring ni, bunganya akan bersilih ganti.. Mungkin 2 minggu ni, ada bunga warna purple, 2 minggu akan datang bunga warna kuning pulak tumbuh..

Jom layan gambar yang kami ambil pada Spring yang lepas aka pada tahun lepas la..hehehe.. Untuk tahun ni belum sempat berposing-posing lagi (macam bunga dah banyak je bunyinyer..)

Macam bunga sakura kan?
Kasi close up sikit..

Ha, pokok bunga kat atas ni, akan bertukar-tukar warna tau.. Tak surelah warna mana dulu, seingat saya ada 3 warna, putih, pink dan brown gitu.. Yang brown tu bila dah nak abih Spring.. Kami ambil  gambar ni pon masa otw nak keluar jenjalan, dari EPFL nak ke metro station.. Gambar kat bawah ni pulak, diambil sebab mahu join contest..kuikui.. Kebetulan terjumpa taman bunga ros yang pelbagai warna, tapi agak rugilah coz kami pi tu dah nak habis Spring. 
Amboi amboi..kecik2 dah pandai cium bunga..
Terlebih exposure daaa..
Hati-hati..ada duri tu sayang..
Alang-alang buat entri ni, nak selitkanlah aksi-aksi Zahra bersama munge-munge ros..hihihi.. Cam biasa, posing ni kes nak join contest jugak..hihihi.. Mamanyer yang giler contest, Zahra yang menjadi mangsa berposing di bawah sinaran mentari..kuikuikui.. Oh ya, nama taman ni Vallee de La Jeunesse yang penuh ngan bunga-bunga ros yang bermacam-macam warna.. Layanzz..


Jangan taktau taman kat atas ni dekat aje ngan cemetery, dan ramai pulak tu yang beriadah kat sini, ada yang bawak anak-anak, ada yang berjoging, berbasikal dan tak kurang juga yang berposing..hehe.. Memang wangilah taman ni, penuh dengan bunga ros kan, sedap je menghirup udara kat sini.. Kat bawah ni pulak gambar bunga yang kami ambil semasa trip ke Neuchatel, Swiss.. Nak tahu full stori leh tengok entri Jalan-jalan Cari Pasal..

warna warni..bunga apa taktau..hehe
olololo..kiutnyer dier..geram nak petik..ekekeke

Kalau nak kira, kat Swiss ni tak selawa UK time Spring (UK kan lagi penuh ngan munge-munge..), setakat ni saya tak jumpa lagi taman bunga yang secomey UK, tapi tulah, kami ni bukannya arif sangat pasal Swiss ni.. Waheeda yang baru je sampai sini dah banyak tahu tempat2 yang menarik kat Swiss ni, dan dia ada gitau ada satu taman bunga yang cun melecun kat Swiss ni, tak ingat dah kat mana..hohoho.. Nanti nak kena skodeng jugak ni..


p/s : Uols suka bunga ape ek? Kalau saya, ikut kategori, dari segi cun, suka bunga lily , tulip dan daisy, kalau dari segi wangi pulak, bunga lain..muahaha.. Ke ada yang tak suka bunga gaks? Muahaha..

 Kliklah sini dulu.. Thanks!!

Suka entri ini, meh picit button kat bawah ni:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...