Feb 10, 2011

Home » , , , , » Isu iframe traffic aka junk traffic | Halalkah?

Isu iframe traffic aka junk traffic | Halalkah?

Salam..wahh..kecoh betul dunia blogging.. Baru je haritu setel pasal auto-blogwalking, skang timbul pulak iframe traffic..hohoho.. Inilah rencah dunia blogging, semakin meriah, semakin pedas!! Ahaks..

Ok, sebenarnya iframe traffic ni dah lama, tapi mungkin sebab baru-baru ni ramai yang offer bagi backlink cum iframe traffic dan ramai pulak yang teruja dengan traffic blognya yang melambung-lambung tinggi, tidak seperti sebelum2 ni yang ala-ala suam kuku je..hohoho.. Maka, banyaklah yang tertanya-tanya mengenai hal ini, lalu timbullah kes iframe traffic nih..

perghh..dashyat btol trafiknyer..

Dan saya bukanlah pakar dalam coding html ni, dan saya tak pastilah mengenai backlink cum iframe trafik ni sebenarnya mencuri trafik ke tidak.. Itu bergantung kepada blogger2 yang handle program sebegini.. Itu saya takmo sentuh sebab saya tak mengkaji pon, dan kalau saya kaji pon belum tentu saya paham..wahaha..

Tapi yang saya tak setujunya dan merasa ditipu, yer saya pernah kena, apabila saya join satu segmen ni (segmen blog, bukan backlink nih..dah lama pon, tahun lepas lagi..), memerlukan saya letak bannernya.. Style saya, saya copy image tu dan paste ikut coding yang biasa saya guna.. Sekali penganjur ni datang gitau yang saya kena letak banner dengan menggunakan codingnya.. Padahal sama je, nampak gak banner dia. Tapi saya turutkan juga.. Berbulan-bulan selepas itu, masa saya tengah online, tetiba saya terperasan kat blog saya leh nampak blog dia, dari situ saya dah tau yang blog dia mendapat trafik blog saya secara senyap-senyap (sebab dia tak gitau pon..).. Patutlah blognya sentiasa ramai orang..hohoho.. Kes macam ni saya tak setuju, kiranya ditipu dalam diam..

good or not good?

Yang kes backlink cum iframe traffic ni, bagi saya, kalau win-win situation takde masalah, contohnya ko share trafik aku, aku share trafik ko.. Tu takde hal.. Tapi kalau kes yang dia share trafik kita 24 jam, tapi kita share trafik dia mungkin sejam dua, tu yang tak best tuh..hohoh.. Itu tidak adil namanya.. Kalau aku hanya share traffik dari ko hanya sejam dua, biarlah ko pun share trafik aku sejam dua.. Benda ni biarlah dua-dua dapat merasa.. 

Pasal nak join iframe traffic ni ikut selera masing-masinglah, ada yang inginkan trafik mencanak tinggi tanpa kesah ada orang belek-belek ke tak blognya, yang penting UV tinggi ataupun ada yang lebih pentingkan orang datang dan baca entrinya, kalau tak baca pon at least scan entri-entrinya, mana tahu kot2 berminat untuk baca walaupun UV ala-ala suam kuku gitew..

'bersih'kah duit yang diterima?
Tapi yang menjadi persoalan adalah, mengenai pengiraan pendapatan dari ads company yang melibatkan unique visitor.. Yang buat saya tertanya-tanya adakah advertiser tak kisah mengenai hal ini? Ataupun sekiranya diketahui oleh advertiser, blog2 yang terlibat akan dibanned (hohoho..yang ni paling tak best sekali..)? Adakah iframe traffic = junk traffic (hasil google MZ) dikira sebagai fraud traffic?

Sekiranya dikira sebagai fraud traffic, yang menjadi persoalan BESAR sekali adalah, apakah hasil pendapatan yang diterima itu dikategorikan sebagai HARAM, sama macam fraud click (bagi kes earning dikira melalui cpc)? Jangan main-main, better mendapat penjelasan yang kukuh dari orang yang berpengetahuan dalam hal ini.. Agak-agak, ada yang leh tulung jawabkan dak?


p/s : Oh ya, nak baca mengenai isu iframe traffic ni leh gi blog DJ, penerangan yang jelas dan lengkap dengan entri-entri dari blogger lain..

p/s/s : Update terbaru : email dari Nuffnang, iframe traffic is AGAINST NUFFNANG POLICY and mana2 blog yg generate traffic via iframe akan diblacklisted once Nuffnang discover. Sumber dari Mama Zharfan. So, saya rasa untuk ads company yang lain pon mestilah sama cam Nuffnang jugak kan..



Kliklah sini dulu.. Thanks!!

Suka entri ini, meh picit button kat bawah ni:

10 Comments
Comments

10 comments

Feb 10, 2011, 9:10:00 PM

wow..
mmg hangat la pasal ni kan?
scc pown ak reti la benda2 ni..
huhuhu

Feb 10, 2011, 10:50:00 PM

org yg terer i.t. + bab2 coding ni memang boleh buat mcm2 heheh

Feb 10, 2011, 10:54:00 PM

tak faham jugak nih !

Feb 10, 2011, 11:21:00 PM

thanks sebab share link sini :D

Feb 11, 2011, 2:27:00 AM

AKAK NADIA XPAHAM LAH APA MAKSD DGN IFRAME NIH :D
MACM BLOG REVIEW TUH BUKAN EK HOHOHO

Feb 11, 2011, 7:52:00 AM

kecoh betul kes ni kan... tapi yg mintak copy banner tu memang ngadalah kan. share trafik tak pe lagi. dibuatnya trafik kita di ambik...mmmm..

Feb 11, 2011, 8:03:00 AM

dunia blogging ni dah makin kotor..semua nak popular cepat, semua nak kaya cepat..bosan dah

Feb 11, 2011, 8:44:00 AM

ari tu pun sy hampir nak join....tp x jadi sb bila sy letak dia punya banner, template sy berubah...habis gadjet semua berterabur....

so, sy pk mgkn ada kepelikan di sini...terus buang...hehehe...

Feb 11, 2011, 11:55:00 PM

@to all : kena muhasabah balik, berblogging ni untuk apa sebenarnya..

Feb 27, 2011, 5:14:00 PM

*****Tapi yang saya tak setujunya dan merasa ditipu, yer saya pernah kena, apabila saya join satu segmen ni (segmen blog, bukan backlink nih..dah lama pon, tahun lepas lagi..), memerlukan saya letak bannernya.. Style saya, saya copy image tu dan paste ikut coding yang biasa saya guna.. Sekali penganjur ni datang gitau yang saya kena letak banner dengan menggunakan codingnya.. Padahal sama je, nampak gak banner dia. Tapi saya turutkan juga.. Berbulan-bulan selepas itu, masa saya tengah online, tetiba saya terperasan kat blog saya leh nampak blog dia, dari situ saya dah tau yang blog dia mendapat trafik blog saya secara senyap-senyap (sebab dia tak gitau pon..).. Patutlah blognya sentiasa ramai orang..hohoho..*****

Kes ni sama dengan Yied... Hoho... Rasanya kenal dengan blogger tu... Jiwa K_cau kan?

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...