Feb 17, 2011

Home » , , , » Part 3 | Lagi pasal LIVING EXPENSES di Swiss

Part 3 | Lagi pasal LIVING EXPENSES di Swiss

Sebelum saya bercerita lebey panjang, entri Kami & Swiss | Nak Tau Living Cost dirujuk, ok, sila rujuk dahulu.. Saya tunggu uols sebelum bercerita..hehhe.. Ok, dah siap baca? Sungguh tak aci kalau saya tak gitau yang harga sewa rumah tu merangkumi elektrik, air dan internet yang lajunya 5Mb/s (uols kalau nak cek internet speedtest leh gi website http://www.speedtest.net/)

itulah apt. kami..ni view dari EPFL

Dan rumah ini dilengkapi dengan microwave, dishwasher (yang ni paling best, agak h'over' tak kalau balik Malaysia nanti nak cari dishwasher satu..ahakss..mau bil letrik riban-riban nanti), oven, peti ais macam saya gitau kat entri Our New House ni.. Tapii..ha, ada tapinya.. Saya lupa yang rate CHF1440 = RM4533 (CHF1=RM3.15) itu adalah rate spesel untuk student, kalau ikutkan rate asal lebey CHF2K..hohoho..

masa awal-awal pindah.. Zahra masih kecik lagi..

Habis part rumah, saya nak clarify pasal transport di Swiss ni.. Actually ada half fare card tau, card ni boleh guna untuk train, metro, kapal dan apa-apa ajelah pengangkutan awam kat Swiss ni under company yang sama except teksi. Normally uols dapat 50% off dari harga tiket sebenar tak kiralah uols nak duk 1st class or 2nd class. Sesapa je pon boleh beli di mana-mana kaunter train station. So kalau uols datang sini let say seminggu ke, dan nak berjimba-jimba secara sakan, belilah half fare card ni, memang berbaloi-baloi.. Nak tau maklumat lanjut leh layari http://www.sbb.ch/en/.

dalam train, 2nd class..

Pastu, saya nak share pasal health insurans pula.. Saya rasa kat mana-mana negara maju memang mahal insurans kan, tapi rasanya Swiss ni antara yang  termahal. Kesnya bila Mr. Hadi hantar borang kat IPT, depa terkejut, mahal seihh compare ngan tempat-tempat lain yang diorang pernah proses, padahal ni adalah pakej yang paling murah, untuk student rate..hohoho..  Tapi sebab insurans ditanggung, tak rasa sangatla..ngee.. 

Tapi yang tak bestnya, untuk dewasa, kalau kita gi klinik or beli ubat, kita still kena bayar sehinggalah jumlah rawatan per year melebihi CHF300, then baru boleh claim dengan insurans company..huhu.. Tapi untuk Swiss citizen, diorang free coz mungkin sebab diorang guna pakej standard which is yang mahal gilass.. Untuk bayi dan kanak-kanak (tak sure sampai umur berapa) pulak, hanya perlu bayar 10% dari jumlah rawatan..hohoho.. 

Swisscare adalah insurans untuk student

Part health, klinik dan rawatan ni yang buat saya jeles betul ngan Mama Zharfan, fa10 orang2 kat UK, diorang free je untuk kos rawatan ni..huhuhu.. Takpela, rezeki masing-masing kan.. Cumanya kat sini dapat child allowance..hehhe, sekurang-kurangnya dapatlah jugak cover kos rawatan untuk Zahra..( Budak kan selalu kena check up, satu check up biasa dalam CHF100++ gitewww)

Every year, kena renew permit for each member.. Yer, kat Swiss ni lain sikit, ada permit nak kena renew every year, nak kena bayar CHF90 untuk dewasa, CHF60 (i think..tak surela..ngee) untuk kanak-kanak.. Yang ni guna duit sendiri, tak leh claim (or Mr Hadi tak pernah tanya ek..agagaga..) Ni bukan tax tau, tax lain pulak.. Pasal tax me dunno..wahahha.. Maklumlah, tak keje kan, malas nak ambil tau..ngee.. 

credit

Lagi, ape ek? Ermm, saya sambung nantilah pulak.. Mungkin mengenai ke'best'an duk sini pulak.. Asyik pasal living cost je, abes berkerut dahi uols, tak pasal-pasal ada kedut..wahaha.. Choww..


Kliklah sini dulu.. Thanks!!


Suka entri ini, meh picit button kat bawah ni:

3 Comments
Comments

3 comments

Feb 17, 2011, 10:14:00 PM

mahal sungguh kos kehidupan di sana.. eerrrrkk ngeri...

Feb 18, 2011, 12:12:00 AM

mahal nyer...syukur lah jd rakyat ,malaysia :)

Feb 22, 2011, 12:44:00 AM

@to all : memang mahal, tapi sesuailah kot dgn gaji yg mereka terima..huhu

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...