Feb 14, 2011

Home » , , , » Part 2 : Kami & Swiss | Nak tahu living cost kat sini?

Part 2 : Kami & Swiss | Nak tahu living cost kat sini?

Aritu dah story mory reason kenapa kami berhijrah ke bumi Swiss ni, kali ni nak citer berapa lama kami akan stay kat sini dan living cost kat sini..huhuhu..

Oleh kerana kat EPFL ni program lepasan siswazahnya 4 tahun (1 year untuk courses dan 3 years untuk research), maka 4 tahunlah kami akan bermastautin kat sini..hoho.. Lamer kan? Ada lagi 3 tahunlah kami kat sini..huhuhu.. Rindu kat tanahair takyah cakaplah coz sejak datang sini tak balik-balik lagi.. Maklumlah, baru-baru ni kami cek tiket maunyer RM4000 sorang untuk pergi dan balik, perghh, kalau tiga orang? Tapi takkan nak tunggu habis belajar baru balik kan..ngeee..

Living cost kat sini pulak? Hmm.. Kalau ikut apa yang dicatat kat website ni, Swiss adalah salah satu negara yang paling mahal di Eropah selepas Norway, Denmark dan Finland..hoho.. Memang pon, kalau nak tau harga rumah yang kami stay skang ni CHF1440, 1 bilik tapi furnished la.. Kalau yang tak furnished, murah lagi harganya.. Kalau nak tengok details pasal rumah ni, leh tengok kat entri Our New House, kat situ pon ada catatan mengenai harga rumah yang pernah kami duduki..

wahai en. JPA yang baek hati, takmo naikkan elaun kami kah?hehe..

Dari segi groceries pulak, untuk seminggu shopping biasanya kami habis CHF100, lebih kurang la.. tu hanya beli makanan harianlah tu, tak termasuk shopping baju or kasut or kehendak yer..hehehe..  Biasanya kami beli kat Migros dan Coop (Migros lagi murah dari Coop). Kalau Manor dengan Globus tu tempat class sikit, harga pon lagi class la.. Full harga bagi makanan-makanan kat sini boleh rujuk entri Groceries oo Groceries.. Tapi kalau time sale bestlah, nak-nak kalau dapat 50% dan 75% (yang 75% ni biasanya baju), memang harga tak mark up.. Sebab saya suka usha-usha harga barang ni..hehehe

kat Migros..

Dari segi transport pulak, kat Lausanne ni tak payah pakai kereta pon boleh survive, bas dan metro banyak dan sangat punctual.. Tapi harganya sedikit mahal compare (leh rujuk entri ini untuk tahu details harga) dengan tempat-tempat yang pernah kami lawati, contohnya kat Spain, Paris dan Portugal sebab kat tempat ni ada sediakan day pass yang sangat menjimatkan.. Kalau pakai kereta pula, insurannya lagi mahal dari harga kereta..hohoho..

Pendek kata, habis gaji dan elaunlah duduk kat sini..hohoho.. Tapi tu kes untuk student macam kami. Tapi rasanya siapa yang bekerja kat sini lumayanlah coz gaji kat sini agak tinggi.. Dan dengar-dengar dari rakyat Malaysia yang dihantar bekerja kat sini, memang masyuk sebab dapat elaun dari Malaysia lagi, gaji kat sini pon tinggi, siap boleh bawak balik kereta baru tu.. Bukan kereta biasa-biasa..hehe..

Ok, nanti saya sambung lagi citer pasal life kami kat Swiss ni.. Selamat hari Isnin dan chaiyok-chaiyok bagi yang bekerja.. Jangan biarkan anda dilanda monday bluessss..hehehe..



Kliklah sini dulu.. Thanks!!


Suka entri ini, meh picit button kat bawah ni:

10 Comments
Comments

10 comments

Feb 14, 2011, 11:55:00 AM

sbb tu masa I study kat germany & spain dulu, i x mampu nak ke swiss..since mahal transportnya. nsb baik merasa gak jl2n ke France & Italy masa study kat sana dulu2

Feb 14, 2011, 12:30:00 PM

umangaih..umah sewa je 1440..haih mmg tinggi la living cost kan..ur hubby pn study ke? bestnye dpt peluang study overseas..merasa dok neagara org..especially negara maju :) bole la kirim FM ni..ekekeke;D

Feb 14, 2011, 1:36:00 PM

lebih kurang jer dgn UK, ie elaun tu cukup utk survive--memang tu pun purposenya--so those yg keje part time, memang travel/holiday tak hengat lah heheh me sbb my family tak dpt elaun (me under split phd course), so mr hubby wajib keje utk sara anak2 and himself--so weolls kais bln mkn bln jugak lah adesss

Feb 14, 2011, 1:36:00 PM

me dh click HB!

Feb 14, 2011, 8:52:00 PM

waaaaa....mcm best! =)

Feb 15, 2011, 12:20:00 AM

kakyong singgah klik HB.. brp yer kadar rate CHF tu dgn RM? (kes malas nak check exchange rate)..

Feb 15, 2011, 12:27:00 AM

sy x penah terfikir nak stay oversea sb tau takkan blh hidup...hehe...kena tabah sgt2..huhu...

Feb 15, 2011, 7:23:00 AM

terima kasih kerana selongkar entri lama saya. saya dah letak blog ini di dalam blog list saya.

Feb 15, 2011, 9:26:00 AM

salam

bila nak merasa pergi ke sana ni..hehe

Feb 18, 2011, 2:03:00 AM

@to all : standardlah kos idup kat negara maju..huhu

@suziey : hihi..boleh aje..

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...