Feb 2, 2011

Home » , , » Tentang Salam dan As Salam

Tentang Salam dan As Salam

Mungkin ramai yang dah tahu mengenai perkara ini.. Tapi saya nak kongsikan juga, manalah tahu masih ada yang was-was sama ada boleh guna salam ataupun tidak.. Ini kerana sebelum-sebelum ni saya pernah terbaca yang salam boleh digunakan, sebaliknya a'kum ataupun as'kum yang tak boleh guna. Tetapi, sejak dua menjak nih, bila banyak blog memaparkan entri gitau yang salam tak boleh guna beserta bukti-bukti yang agak meyakinkan, menyebabkan saya menjadi was-was nak guna salam apabila berblogwalking mahupun bersmsing (betapa kuatnya pengaruh blog..agaggaga..)

Tetapi apabila Ustaz Love menjelas dengan lengkap mengenai hal ini membuatkan saya yakin kembali untuk gunakan salam.. Berikut adalah yang saya kopipes sebahagian dari entri Ustaz Love mengenai Salam dan As Salam..

Cumanya, Ustaz Love nak menjelaskan tentang keharusan menggunakan singkatan salam itu dengan “salam” atau “as-salam”.. mana yg betul dan mana yg salah?
Sebenarnya kedua2nya boleh digunakan.. kerana ia juga merupakan maksud singkatan kepada “assalamualaikum”.. jika dipertikaikan dgn mengatakan hanya “as-salam” saja boleh digunakan, maka ianya masih ada ruang hujahan di situ.. kerana “salam” dan “as-salam” itu masih lagi mewakili singkatan kepada lafaz “assalamualaikum”.
Lafaz “assalamualaikum” sabit (disandarkan) daripada hadis Nabi s.a.w. Maka secara kebiasaannya, kita boleh mengambil “as salam” sbg lafaz singkatan dan meninggalkan “alaikum”. Sedangkan lafaz “salamun alaikum” (takde alif lam – as-salam) juga terdapat dalam al-Quran surah ar-Ra’d : 24
Selamat sejahteralah kamu berpanjangan, disebabkan kesabaran kamu. Maka amatlah baiknya balasan amal kamu di dunia dahulu.

Kalimah selamat sejahtera itu menggunakan lafaz سَلاَمٌ عَلَيْكُم (salamun alaikum) dan bukan “assalamualaikum”. Ini memberi maksud, sama ada menggunakan “assalamualaikum” atau “salamun alaikum” dan singkatan “as-salam bagi assalamualaikum” atau “salam bagi singkatan salamun alaikum”.. kedua2nya adalah harus digunakan. Ini menurut pendapat Imam Abu Hasan al-Wahidi.. tetapi menurut pendapat Imam Nawawi, “assalamualaikum” itu lebih utama..
Jadi tiada masalah nak gunakan singkatan as-salam mahupun salam yg mewakili kedua2 cara memberi salam itu.. kalau penulisan Braille (utk org buta), lagi la.. guna titik2 je.. tapi ia tetap simbol yg mewakili “assalamualaikum”.. kalau org bisu pula, guna isyarat tangan je utk lafaz salam.. makna itu yg lebih penting..
Sebab itu, dalam hal ni, kita jangan terlalu gopoh.. sbb benda ni bukan sesuatu yg besar… Cumanya, kalau ianya ada kaitan dgn sesuatu yg tak elok, maka lebih baik kita tak gunakan.. sbb sadd az-zariah (menutup jalan keburukan).. cthnya lafaz2 gantian assalamualaikum spt ass (punggung), askum (tatau apa makna), kum (hantu kum kum), akum (ada kaitan dgn Yahudi ke apa ntah), as (singkatan nama penyanyi Feminin, Asfarina) dsb..
Maka itu, nak guna “as-salam” ke, “salam” ke.. kedua2nya masih lagi menepati singkatan yg mewakili “assalamualaikum”.. tapi, yg terbaik adalah “assalamualaikum”.. yg lebih terbaik “assalamualaikum warahmatullah”.. yg lagi paling sangat terbaik “assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh”

Jadi, saya harap dengan penerangan yang jelas ini dapat membantu rakan-rakan yang lain, yang mengalami nasib yang sama dengan saya.. Jangan biarkan hidup uols diselubungi misteri.. Sekian, salam..



Kliklah sini dulu.. Thanks!!

Suka entri ini, meh picit button kat bawah ni:

4 Comments
Comments

4 comments

Feb 3, 2011, 12:20:00 AM

thanx has share pasal ni...xtau lak pasal ni....
sy dah lama x guna a'kum or akum tu...

p/s: kelakar la ustaz tu..hahaha..

Feb 3, 2011, 5:12:00 AM

salam

perkong)sian yang menarik ni =)

Feb 3, 2011, 11:52:00 PM

@aanie : ha'ah ustaz ni memang kelakar..

@syira : thanks dear..

Feb 18, 2011, 8:28:00 AM

terima kasih share ngan kita..kita pun ambik fakta ustaz zawaai yg kawan share kat FB..

klik hb skali

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...