Feb 12, 2011

Home » , , » Pendedahan Eksklusif | Swiss & Kami..^_*

Pendedahan Eksklusif | Swiss & Kami..^_*

Hehehe, mungkin ramai yang tak tahu apa tujuan sebenar kami bermastautin di bumi Swiss ni.. Ataupun mungkin juga ada yang tak tahu skang ni kami berada di bumi Swiss.. Maklumlah saya kurang bercerita mengenai kehidupan kami di Swiss ni..

pertama kali jejak kaki di bumi Swiss & menaiki tren Swiss : muka Mr Hadi yang penat sebab 12 jam atas flight + angkat 2 beg besau + 1 beg medium sorang-sorang..ngeee.. Zahra jugak yang ceria..hehe..

Sebenarnya, saya mengikut Mr Hadi yang melanjutkan Pengajian Habis Darjah di EPFL.. Dah setahun 4 bulan kami kat sini, kiranya dah merasa keempat-empat musim di sini, tapi masih banyak lagi tempat dan perkara yang kami taktau mengenai Swiss ni, especially sayalah. Sebab utamanya, saya terperap duk kat rumah..hehehe.. Dah namanya surirumah sepenuh masa, sepenuh masalah saya kat rumah..ngee..

Sebab keduanya, kalau tengok tv Swiss, saya tak faham, sebab utamanya, main language kat sini adalah  bahasa French, diikuti bahasa German aka Allamand dan bahasa Itali. Itulah uniknya Swiss ni. Kalau nak tahu, kalau uols pi kat sesetengah tempat tu ataupun kat sini dikenali sebagai canton (kalau tempat kita dipanggil negeri) dan bahasa yang digunakan kat canton tersebut adalah German, tetiba uols cakap French dengan diorang, diorang tak berapa faham.. Dan sebaliknya kalau kita pi canton yang cakap French, tetiba kita cakap bahasa German, diorang akan ternganga sebab tak paham juga, walaupun satu negara..hehehe..

ha sudah..sorang cakap German, sorang cakap French..

Kenapa sambung belajar kat sini? Nape tak pi UK ke, US ke, Aussie ke, NZ ke, tempat yang English speaking? Uiss, soalan cepu emas tu, kalau ikutkan saya, memang saya prefer pi ke negara tersebut, tapi nak buat cemana, yang nak belajarnya, Mr Hadi, bukan saya.. Dan hati Mr Hadi ada pada EPFL dan saya..hehehe nak nyelit gak tu.. 

Dah puas saya mandrem, duk hasut-hasut gitau nanti tak best sebab kat Swiss ni tak ramai orang Malaysian especially orang Melayu macam kat UK, pastu nak kena belajar bahasa French lagi.. Hmm, hampess, masuk telinga kanan, keluar telinga kiri.. Lagi nak pi ada bila saya gitau pasal bahasa tu, sebab Mr Hadi ni dah jatuh chenta pada bahasa French ni, dan saya juga..hahaha.. Kekononnya, kat Malaysia nanti, bila nak mengumpat talk benda2 yang secret depan orang, leh cakap bahasa French supaya orang tu tak dapat tangkap apa yang kita cakap.. Hahaha, hanya angan-angan sebab sampai skang saya tak mahir-mahir lagi bahasa French..

kami kat Lausanne yer..ngee..

Best ke duk Swiss ni? Tak susah ke pi kat tempat yang non-English speaking? Ha, yang tu nanti saya akan story mory di lain episod..ngeee.. Selamat berhujung minggu..

p/s : Kat bawah ni ada 2 entri yang saya buat dulu, masa mula-mula sampai sini..ngee..mind the language, maklumla baru-baru berblogging, banyak short form diguna tapi takdelah macam bahasa EewwW..ngee



p/s/s : Mama Adam, dah terjawabkan soalan u dear..hehehe..



Kliklah sini dulu.. Thanks!!



Suka entri ini, meh picit button kat bawah ni:

13 Comments
Comments

13 comments

Feb 12, 2011, 12:59:00 PM

waahh besnya. teringin gak nk pegi sana :)

Feb 12, 2011, 1:09:00 PM

http://nadiacontest.blogspot.com/2011/02/cabutan-bertuah-bernilai-rm100x4.html

akak ndia tag nih :)

Feb 12, 2011, 1:55:00 PM

tq has for this entry
me pun tertanya2 gak selama ni hehe ingatkan ur hubby keje kat swiss ke apa kan hehe

me dh click ur HB :)

Feb 12, 2011, 1:56:00 PM

menarik ni kalau tahu cerita orang kat oversea..teringin nak gi mane2 luar negara..=)

Feb 12, 2011, 4:01:00 PM

akak..
bestnye..
lamenye dok situ..
xrindu rumah kampung ke??
raye best x sambut kat sane?

Feb 12, 2011, 8:43:00 PM

seronok la kan..satu sbb dpt jadi surirumah, satu lagi dpt duk negara org.
brpa thn lagi kat sana??

Feb 12, 2011, 9:06:00 PM

as salam

setia bersama suami tercinta ...


Jom Baca dan Komen--senarai nama pemenang 1st contest bila saya mati by sissyira

Feb 13, 2011, 12:02:00 AM

tapi..bila nk abis dan balik mesia..
hihi...

Feb 13, 2011, 6:45:00 PM

kakyong selama ni ingat u & husband both sambung belajar... ;)

dah klik HB kat sini

Feb 15, 2011, 1:02:00 AM

@to all : hehe..akan dijawab dengan next entri..hihi..

Feb 16, 2011, 11:38:00 AM

Pengajian Habis Darjah ye kak..hehee.. translation yg baik.. :)

Bestnyer dapat p negara orang dan belajar bahasa baru.. :)

Akak jg guru Swiss dan Germany la kat blog nie :)

Feb 17, 2011, 12:22:00 AM

sye pon nak g sne~~!!! huhuhuhuh

Feb 18, 2011, 8:24:00 AM

saya pernah juga pergi Swiss .. lebih tepat ke Luzern ... merasa jugalah naik gunung Titlis. ada beberapa entri saya buat sebelum ini.

dari Luzern kami naik kenderaan darat ke Constanz, German melalui Aarau.

Memang negara Swiss cukup indah .. padanlah banyak cerita Hindustan shooting kat sini.

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...