Feb 15, 2011

Home » , , » Lagu Maulidur Rasul Yang Menggamit Kenangan..

Lagu Maulidur Rasul Yang Menggamit Kenangan..

Dear readers, nak mitak jasa baik uols klik & like kat SINI (sehingga 15 Feb 2012) dan vote blog saya dengan klik & like kat SINI (sehingga 29 Feb 2012).. Thanks!

Selamat menyambut Hari Maulidur Rasul iaitu hari keputeraan Nabi Muhammad S.A.W yang jatuh pada hari ke 12 pada bulan Rabiul Awal Tahun Gajah iaitu pada hari ini..yeay!!! 

Saya ingat lagi, kalau masa kecik-kecik dulu, kat kampung saya akan diadakan kenduri Maulud, yang lelaki akan berselawat beramai-ramai secara kuat di ruang depan, dan kami pihak perempuan akan selawat selow-selow di dapur.. Habis selawat, makan secara beramai-ramai, memang meriahla.. Dah besar rasanya macam kurang sikit aktivti sebegini, ke sebab saya jarang balik rumah time Maulud? hehe..dah tak ingat.. 

Tapi kalau kat sekolah pulak, memang banyak aktiviti, salah satunya yang tak dapat saya lupakan adalah bernasyid, tak silap siap ada pertandingan tuuu.. Dan nasyid yang selalu dinyanyikan adalah kat bawah ni..



Bila dengar nasyid ni, memang teringatlah zaman sekolah dulu.. Teringat lagi masa dulu kalau nyanyi lagu ni meremang je bulu roma, malah skang ni pon kalau dengar masih meremang.. Nak-nak bila baca kisah Nabi, especially yang saat-saat terakhir sebelum Nabi wafat, Nabi masih risaukan umatnya, betapa dalamnya cinta Nabi kepada umatnya.. Dan bagaimana dengan kita? Betapa dalam cinta kita kepada kekasih Allah ini?



Jadi, jom beramai-ramai kita berselawat ke atas Nabi Junjungan kita, Nabi Muhammad S.A.W sebagai tanda memperingati dan memuliakan hari yang spesel ini..



Juga, jangan lupa juga untuk mengamalkan sunnah Nabi, sebagai tanda menyambung perjuangan Nabi Muhammad S.A.W,  paling tidak meniru akhlak Nabi yang sentiasa tersenyum..

Suka entri ini, meh picit button kat bawah ni:

3 Comments
Comments

3 comments

Feb 15, 2011, 12:57:00 PM

Pelik kan tgk TV3, time Maulidur Rasul n Puasa je byk rancangan agama.. kn bagus kalo hari2 mcm nie.. cik, sy dah letak link blog cik kt blog sy.. kita tukar yew?

Feb 21, 2011, 1:41:00 AM

@ayuni : salam maulidur rasul juga..

@firdaus : saya pon dah letak..thanks..

Jan 27, 2013, 2:05:00 PM

allahummasollialasayyidinamuhammad:)

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...