Feb 9, 2011

Home » , » Pakaian Lama & Terpakai | Uols buat apa ek?

Pakaian Lama & Terpakai | Uols buat apa ek?

Sebenarnya, saya tengah dalam dua ni.. Sama ada nak buang ataupun dermakan baju-baju tersebut.. Oh ya, pakaian lama dan terpakai yang saya maksudkan di sini adalah pakaian harian bayi dan kanak-kanak. Maklumlah, bayi dan kanak-kanak kan cepat membesar, lepas setahun dah banyak baju yang tak boleh pakai. Even sesetengah tu, tak sampai setahun pakai dah tak muat..

Kalau baju untuk jenjalan mungkin masih elok dan nampak baru sebab tak dipakai hari-hari.. Yang tu takde masalah, tapi yang buat saya dalam dua ni, adalah pakaian yang dipakai hari-hari, yang dah ala-ala lusuh dan sesetengahnya ada kesan tompok-tompok akibat tumpahan makanan (biasanya cokolat..) yang bila dibasuh tak tanggal, tapi masih elok, tak koyak dan masih boleh dipakai..

credit

Mungkin ada yang akan simpan untuk anak-anak seterusnya, tapi permasalahan di sini, let say, takmo dah disimpan ataupun takkan ada anak-anak seterusnya ataupun anak-anak tersebut tidak mahu memakai baju kakak @ abangnya, so uols buat ape ek dengan pakaian tersebut?

Bagi saya, nak buang sayang sebab baju tu masih elok lagi, boleh dipakai lagi. Lainlah kalau dah koyak rabak jawabnya yang tu memang dibuanglah.. Tapi kalau nak bagi kat orang, macam segan sebab baju tu dah lusuh, pulak tu sesetengahnya ada kesan-kesan tompokan. Cemana ek? Adakah uols akan buang baju-baju tersebut ataupun uols akan dermakan baju-baju tersebut pada yang memerlukan? Apa yang uols buat ek ngan baju-baju lama anak uols?



Kliklah sini dulu.. Thanks!!



Suka entri ini, meh picit button kat bawah ni:

6 Comments
Comments

6 comments

Feb 9, 2011, 11:49:00 PM

Recycle sudah kak. Hehe.. Nak bagi orang, kena bagi barang-barang yang elok n barang yang kita paling sayang. =)

Feb 10, 2011, 2:22:00 AM

bee simpan jer..sayang nk buang ..lgpun ank bertingkat2 semua gurl kan..

Feb 10, 2011, 10:24:00 AM

kalau lusuh sgt, recycle je...
tp kalau elok lagi, bg kat org susah dan miskin...mesti dia happy....:)

Feb 10, 2011, 11:05:00 PM

@to all : thanks di atas cadangan..

Feb 10, 2011, 11:34:00 PM

kakyong tak pernah buang.. anak2 pakai kdg2 sampai koyak.. yg dr Fikri pun masih ade yg Aliya pakai.. ada baju yg Aliya tak muat pakai masa dia umur 7-8 bulan, sbb masa tu bdn semangat. & skrg masih lagi boleh pakai sbb dah makin keding...

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...