Feb 27, 2011

Menang Lagi.. Adakah yang terakhir bagi bulan Feb ini?

Salam semua..ngee.. Setelah lama tidak bersiaran, hehe, takdelah lama mana pon, sehari je pon takdek entri terbaru.. Selama ni paling koman pon 1 entri sehari..huhuhu.. Bukan tu aje, blog conway pon turut terabai..hoho.. So not me..haha.. Nak kata malas, tak jugak walaupun mungkin ada sikit-sikit..hakhak.. Selain dari agak busy dengan projek baru, saya baru je siap godek-godek untuk tukar template dan background.. Amacam comey dak? Ngee.. Hampir2 saya nak tukar balik tau, maklumlah dah biasa dengan background yang kosong, bila bercorak ni nampak cam serabut sikit..ngee.. Uols rasa cemana?

Ok, berbalik pada tajuk, sebenarnya dah tahu 2 hari lepas & semalam lagi, tapi sebab takdan nak buat entri..huhu.. First sekali, me adalah one of the winners bagi Pengomen Terbaik bagi contest Ford Fiesta yang dianjurkan oleh bro GTO dan menerima 10 GTO Pointz. Thanks bro coz memilih my komen tu, dan sudi juga informkan pada me. Tahniah juga buat pemenang2 yang lain..


Rasanya tak perlu lagi me perkenalkan sapa GTO ni kan, semua dah kenal.. Cuma me nak gitau yang GTO ni memang suka buat small contest camgini.. Best gak..

Keduanya, me adalah one of the winners bagi Giveaway 1001 Followers Mah@mahu. Thanks adik Ifa yang comel coz sudi maklumkan pada me.. Muahss!! Thanks juga buat penganjur dan juri coz sudi memilih my entry untuk memenangi RM20 + barangan..yeay..sukanya!! Tahniah juga buat pemenang2 yang lain esp Aisha, Mama Zharfan dan Ifa.

Basically, apa yang me buat untuk entri giveaway ni adalah relevan dan bertepatan dengan blog Mah@mahu ni.. Cuma yang me nak tambah kat sini, bro Mady ni suka join conway yang dianjurkan oleh blogger jugak tau.. Jom berkenalan dengan Mady di blognya, MM..



Kliklah sini dulu.. Thanks!!

Suka entri ini, meh picit button kat bawah ni:

Feb 26, 2011

Aigooo.. Kerana marahkan nyamuk..

Nyamuk? Skang ni kat sini takde nyamuk, maklumlah time Winter, mau beku sayap nyamuk kalau terbang.. Tapi kalau time Summer adelah, tapi nyamuk sini tak seligat nyamuk kat Malaysia. Seloww meloww je, kalau dah hinggap ke mana-mana then kita pi nak tepuk dia kan, wat dekk je, langsung tak lari..hoho..

Ok, ok, citer sebenarnya takde kaitan ngan nyamuk pon, itu hanya pepatah yang saya gunakan, nak gitau yang disebabkan saya geram sebab edit html buat hal, akibatnya saya tukar template blog kesayangan saya ini.. Dan akibatnya, saya lupa nak print screen buat kenang-kenangan..huhuhu 

credit

Kesnya, saya nak buang coding Mangga Ads di template, coz saya paste di template, bukan di widget, sekali bila tekan button save template tu tak jadi apa-apa, tekan preview pon takleh.. Owwhh, sungguh geram hingga terus ringan je tangan saya tukar template terus..hohoho.. Walaupun niat nak tukar template tu memang ada sebelum ni (sebab kes takleh taruk scroll kat popular post & blog archive), tapi takdela secepat ini dan terlupa pulak nak print screen..

Ha, edit html uols ada prob tak? Dahla kat dashboard sekejap ada paparan kat reading list sekejap menghilang..huhuhu.. Btw, amacam ngan template baru ni, ok tak? Ke template lama lagi cun?


Kliklah sini dulu.. Thanks!!



Suka entri ini, meh picit button kat bawah ni:

Feb 25, 2011

Doa Ketika Sakit & Doa Untuk Kesihatan

Doa kesehatan diri
Allaahumma ‘aafinii fii badanii, Allaahumma ‘aafinii fi sam’I, Allaahumma ‘aafinii fii bashari. Allaahumma innii ‘auudzubika minal kufri wal faqri. Allaahumma innii ‘auudzubika min ‘azaabil qabri. Laa ilaaha illaa anta.

Ertinya :
“Ya Allah, sembuhkanlah badanku. Ya Allah, sembuhkanlah pendengaranku. Ya Allah, sembuhkanlah penglihatanku. Ya Allah, sesungguhnya aku berllindung kepadaMu dari kekafiran dan kefakiran. Ya Allah, aku berlindung kepadaMu dari sisa kubur. Tiada Tuhan selain Engkau”
(H.R. Abu Daud dan Al Hakim)


Doa sakit badan
Bismillaah (3x)
A ‘uudzu billaahi wa qudratihi min syarri maa ajidu wa uhaadiru. Wa a’uudzu bi’izzatillaahi wa qudratihi min syarri maa ajidu wa uhaadiru (7x)

Ertinya :
“Dengan nama Allah, aku berlindung kepada Allah dan kekuasaanNya dari keburukan yang aku rasakan dan kutakuti. Dan aku berlindung dengan kekuatan kekuasaan Allah dari kejelekan yang aku rasakan dan kuatirkan”
(H.R. Muslim dan Malik)


Doa Nabi Ayyub A.S
Innii massaniidhdhurru wa anta arhamurraahimin, wa annii massaniisysyaithaanu bi nushbin wa ‘adzaabin

Ertinya :
“(Ya Allah), sesungguhnya penyakit telah menimpaku, sedangkan Engkau adalah Yang Maha Penyayang di antara para penyayang. (Ya Allah), sesungguhnya setan telah menggangguku dengan kepayahan dan siksaan”
(Q.S Al Anbiya’, 21:83 dan Shaad, 38:41)


Doa luka atau penyakit bernanah
Bismillaahi turbatu ardhina biriiqati ba’dhiinaa yasyfi saqiimunaa biidzni rabbinaa

Ertinya :
“Dengan nama Allah, dengan debu-debu tanah (yang kami ambil ini) dan kain pembersih luka yang kami miliki, sembuh penyakit kami ini dengan izin Tuhan kami”
(H.R. Muslim)


Doa penyakit demam
Bismillaahil kabiir, na’uudzu billaahil ‘azhim min syarri kulli ‘irqin naa’arin wa min syarri harrinaar

Ertinya :
“Dengan nama Allah Yang Maha Besar, kami berlindung kepada Allah Yang Maha Agung dari kejahatan seluruh urat yang kecapaian dan dari kejahatan api neraka yang sangat panas”
(H.R. Hakim)


Doa ketika sakit bengkak
Allaahumma mushaghghiral kabiir wa mukabbirashshaghiir, maabi

Ertinya :
“Ya Allah yang mengecilkan segala yang besar dan membesarkan segala yang kecil, kecilkanlah apa yang ada padaku ini”
(H.R. Al Hakim)


Doa mohon diberikan kesihatan
Yaa Hayyun yaa Qayyun birahmatika istaghiitsu, ashlih lii sya’nii kullahu wa laa takilnii ilaa nafsi tharfata ‘ainii wa laa ilaa ahadin minan naas

Ertinya :
“Wahai Dzat yang Maha Hidup dan Maha Kekal, hanya dengan kasihMu aku bermohon pertolongan. Sehatkanlah seluruh kondisiku, jangan Engkau biarkan mata ini menangis, dan jangan Engkau biarkan aku bergantung kepada siapapun”
(H.R. Ath Tabrani)


Doa setelah operasi
Allaahumma ighfir lanaa warhamnaa wardha ‘annaa wataqabbal minnaa wa adkhilnaal jannata wa najjinaa minan naar wa ashlih lanaa sya’nanaa kullahu

Ertinya :
“Ya Allah, ampunilah kami, sayangilah kami, ridhailah kami, terimalah kami, dan masukkanlah kami ke dalam surgaMu. Selamatkan kami dari api neraka dan perbaikilah seluruh kondisi tubuh kami”
(H.R. Abu Daud dan Ibnu Majah)


Doa meminum ubat
Bismillaahi asysyaafi, bismillaahi al kaafii, bismillaahi al mu’aafi. Bismillaahi alladzii laa yadhurru ma’asmihi syaiun fii al ardhi wa laa fii as samaai wa huwa as samii’ul ‘aliim

Ertinya :
“Dengan nama Allah Yang Maha Menyembuhkan, dengan nama Allah Yang Maha Mencukupi, dan dengan nama Allah Yang Maha Memaafkan. Dengan nama Allah yang tidak akan memberi mudharat sedikitpun, baik yang di bumi maupun yang di langit. Dialah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.


Doa penyakit mata
Allaahumma matti’nii bi basharii waj’alhul waaritsa minnii wa arinii fil ‘aduwwi tsa’rii wan-shurnii ‘alaa man zhalamanii

Ertinya:
“Ya Allah, berilah aku kenyamanan dengan penglihatanku ini dan jadikanlah hal serupa kepada ahli warisku. Berikanlah pembalasan kepada orang yang memusuhiku dan menangkanlah aku atas orang yang berbuat zhalim”
(H.R. Al Hakim)


Doa mengatasi kemandulan
Bismillaahirrahmaanirrahiim. Rabbi laa tadzarnii fardan wa anta khairul-waaritsiin

Ertinya :
Dengan nama allah Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Wahai Tuhanku, janganlah Engkau biarkan aku sendirian dan Engkau adalah sebaik-baik pewaris”
(Q.S. Al Anbiyaa’ 21:89)

sumber : http://indah77.multiply.com/journal/item/27 yang diambil dari buku “Rahasia Kesembuhan – Meretas Kesembuhan dengan Doa dan Ikhtiar” karangan dr. H. Hanny Ronosulistyo, Sp.OG(K), MM. 

Doa orang yang sedang sakit

p/s : Pada masa saya buat entri ini, kami sekeluarga demam.. Tapi Zahra maintain je aktif walaupun hidung sokseksoksek.. Mamanya pulak yang manja ngengada agak tak larat.. Cuba search doa-doa, tapi jumpa yang ni paling menarik, tapi sayang takde dalam bentuk ayat Jawi..





Kliklah sini dulu.. Thanks!!

Suka entri ini, meh picit button kat bawah ni:

Alamak.. Kemana pergi bloglist kesayanganku?

 ~Entri melekat~

Ayoyo, amma, appa.. Habis semua bloglist kenkawan hilang kat blog ni.. Bukan tu je, yang fresh entries tu pon tak menjadi..nak kena alter balik codingnya..huhu..

Ni mesti kes saya bertukar ke domain sendiri, amacam ok tak nama domain ni? Ngee.. Ntah cemana semalam saya terasa nak tukar ke cikpuanhady.com, tapi dah tak sempat sebab penganjur dah daftarkan nama ini (sebab saya dah inform nak ceritaindahkami.com..huhu) Takpola, dah rezeki kami bersama ceritaindahkami.com..

Jadi dengan ini, saya berharap sesangat, yang mana link exchange dengan saya, dapatlah kiranya tinggalkan url blog uols kat kotak komen di entri ini.. Dan juga kalau ada mana-mana blog yang sebelum ni saya terlepas pandang, yang dah letak blog saya ni kat bloglist uols, tapi blog uols takde pon kat bloglist saya sebelum ni, gitau aja.. Dengan sepantas kilat saya akan taruk..hihihi..



Kliklah sini dulu.. Thanks!!

Suka entri ini, meh picit button kat bawah ni:

Yeayy.. Dapat kukis & kupon Domino!!

Wahh, tengok tajuk kat atas tu yang buat tak sabar nak balik nih.. Kat sini ada jugak Domino's Pizza, tapi tak pernahlah pulak nak mengusha.. Paham-paham ajelah, kalau usha pon buat menyeksa diri je, mesti banyak yang tak boleh makan.. Baik buat sendiri, lagi best, leh letak macam-macam, tu pon kalau rajin..huwahuwa..

Ok, buka-buka je lappy hari ni, terperasan mesej dari kak Fadzillah dan fa10, gitau yang me bertuah dalam Lucky is Rezeki Giveaway. Wahh, tak sangka me bertuah dalam cabutan undi, menang hadiah utama pulak tu, iaitu Kukis KakInaKL yang glamer tu.. Thanks to both of you coz sudi maklumkan pada me, maklumlah lately agak busy ngan  domain baru dan projek baru (apakah projek tu..akan diwar-warkan nanti..ngee), dan thanks juga buat puan penganjur aka Azlina coz sudi sediakan hadiah yang beshh ni.. Muahss berbijik-bijik.. Tahniah juga buat pemenang2 yang lain..

my lucky number..^_*

Kenal ngan Azlina ni dah lama, masa dia anjurkan contest pertamanya, tapi masa tu takde rezeki me.. Sehinggalah dah peknan, Azlina turut mengaktifkan diri dalam join contest dan giveaway.. Cayolah dear.. Sweet je Azlina ni uolsss, jom berkenalan dengan Azlina di blognya, Here I Come Angelina..

Yang keduanya, ingat lagi tak entri Lucky, Finalis dan Top 16? Walaupun me tak berjaya memenangi Saatku Milikmu Contest, tapi puan penganjur aka MJ sudi bagi hadiah juga kepada semua yang tersenarai dalam Top 16. Thanks dear for the coupon, suka aii tauuu.. Tahniah juga buat pemenang2 yang lain..


Rasanya semua dah kenal ngan MJ kan.. Maklumlah suka buat contest dan giveaway, malah suka juga join conway dan selalu menang jugak ni.. Kecil molek je orangnya ni.. MJ baru je kehilangan neneknya yang tersayang.. Jom sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah.. Jom jenguk MJ di blognya, Celoteh MJ.



Kliklah sini dulu.. Thanks!!

Suka entri ini, meh picit button kat bawah ni:

Feb 24, 2011

Psssttt.. Nak tanya ni..

Salam semua..ngee.. Entri fresh dari ladang ni.. Biasanya semua autopublish je.. Kali ni terpaksa hold dulu yang di autopublish coz ada satu pertanyaan yang berlegar-legar di kotak pemikiran..(eceh..ayatttt..)

Kalaulah saya tukar template kan, semua wigdet kat sidebar akan hilang ek, especially list blog kenkawan dengan widget top commenters ngan top members? Nak kena back up dulu ek data-data tu semua? Kalau yang lain saya tak kisah sangat, yang tiga kat atas tu je la..

Maklumlah, saya tak pernah bertukar template or background setelah saya selesai setup satu-satu blog tu..haha..sikitnyer malas rajin nak menukar template or background..ngeee.. Tapi oleh kerana dah berdomain sendiri ni, nak-nak pulak bloglistnya hilang, sebelum saya letakkan balik blog kenkawan yang link exchange dengan saya dan hilang sekali lagi akibat saya menukar template, baik saya make sure awal-awal..

Jadi, uols yang biasa tukar template ni, widget-widget kat atas tu akan hilang ek bilamana kita tukar template? Kalau hilang, uols backup cemana ek, copy satu2 link blog dan save kat notepad kah?


p/s : Arini snow turun..wihhhuuu...



Kliklah sini dulu.. Thanks!!

Suka entri ini, meh picit button kat bawah ni:

Belle Amies of Day 2

Kalau sebelum ni saya dah memperkenalkan Belle Amies of Day 1 iaitu Deqlis, kali ni saya nak memperkenalkan lagi bukan sorang, tapi dua orang yang bertuah bagi segmen Belle of The Day..

Based on random.org yang dilakukan di entri ini, yang bertuah seterusnya adalah Ina Nazir.. Masa awal-awal saya masuk blog kak Ina ni, blognya belum dimakeupkan sepenuhnya lagi, tapi skang dah ada bunga-bunga dah..ngee.. Blog saya jugak yang belum revamp lagi..huhu.. Tak silap saya, follower blog kak Ina pon makin meningkat.. Tahniah..


Kak Ina pon kekadang suka jugak join contest ni, nak-nak bila dilanda angin pus-pus..ngee.. Paling saya suka entrinya yang bertajuk Macam mana berbekalkan RM50 sebulan, kak Ina boleh belajar kat U.. Kalau uols pi kat blog kak Ina, bacalah entri tu, memang boleh muhasabah diri sekejap..huhu.. Jom berkenalan dengan kak Ina di blognya, Ina Nazir..

Insan yang bertuah seterusnya adalah Ummi Soffiyah.. Saya harap gambar dan link yang saya tunjukkan ni betul lah ek, sebabnya bila tengok kat dashboard followers aka Belle Amies bagi blog ini, tak keluar link blog.. Ni pon saya dapat link sebab Ummi ada join Cute Baby with a Book Contest..

Gambar keluarga Ummi bersama Mejar Faiz..waahh..bestnya..

Ha, kalau nak tahu, kak Ummi ni dah ada 3 heroes and 1 princess, namanya Zahirah Sofiyyah yang sangat comel dan buat masa ni, the one and only princess dalam family.. Mesti jadi gegurl kesayangan ni.. Kak Ummi pon suka join ga & contest tau, dan dah banyak juga memenangi conway ni.. Jom berkenalan dengan kak Ummi di blognya, Ummi Sofiyyah..



Kliklah sini dulu.. Thanks!!

Suka entri ini, meh picit button kat bawah ni:

Feb 23, 2011

Ceritaindahkami.com atau cikpuanhady.com?

Hehehe..thanks buat yang sudi bagi cadangan nama domain bagi blog ini.. Memang sangat saya hargai.. Maklumlah saya bukannya reti sangat bab-bab nak berdomain ni..ngee.. Dapat domain ni pon macam bulan jatuh ke riba, bukan saya sendiri yang pi register dan bayar walaupun jauh dalam hati terdetik gak nak ada domain sendiri..

belum memasang angan-angan lagi untuk menjadi pro..huhu..

Sememangnya agak pening jugak nak bagi nama apa, sebabnya blog ini adalah blog saya dan Mr. Hadi.. Pulak tu nak kena cek dah ada yang ambil ke belum, (nak cek leh klik sini..) tu belum kira dengan nak cek quality of domain name (nak cek leh klik sini..) Hakhak.. Last-last saya main lat-ta-li-lat aje..huhuhu..

Agak-agak kan, pas kita dah register nama domain tu, leh tukar lagi tak ke nama domain lain? Muahaha..



Kliklah sini dulu.. Thanks!!

Suka entri ini, meh picit button kat bawah ni:

[KAMIKAZE] Jom Skodeng 30 Blogger Sporting

Yiihaaa, kali ni saya mahu menyertai segmen yang dibawakan oleh erk Kamikaze.. Sebagai tanda menyokong segmen yang dibuat oleh blogger-blogger lain.. 

Kalau uols juga mahu join, klik sini laju-laju kay.. Saya nak tag semua follower aka Belle Amies untuk memeriahkan blog segmen ini.. Sebelum tu, meh saya nak gitau pasal blog ni.. Tak silap masa awal-awal saya kenal ngan blog ni, background dan headernya lain, skang dah berubah.. Bagus jugak kan makeover blog ni, takdelah asyik sama je.. Bilalah saya mau revamp blog ni..huhuhu.. Tapi pada pandangan saya, saya lebih sukakan warna background sidebar dan background entry berlainan warna, paling tidak pon ada line yang memisahkan antara sidebar ngan entri.. Itu jelah, yang lain semua dah ok..



Kliklah sini dulu.. Thanks!!

Suka entri ini, meh picit button kat bawah ni:

Feb 22, 2011

Tutorial Membuat Scroll Box di Bloglist & Html Widget

Mahu memperkemaskan lagi blog dengan memasang scroll up & down pada list blog yang berjela-jela? Kalu uols perasan, kat my bloglist ada scroll box ni. Malangnya kat popular post dan feedjit tak menjadi, taktau nape. Tapi kat blog Ma Belle Conway, feedjit ngan popular post boleh je letak scroll box. Mungkin berkaitan dengan template dan coding skin ni..huhu.. Tutorial ni tidak applicable pada blog archive (tunggu next entriii..)

1st skali, uols kena dapatkan id widget yang ingin diletak scroll box. Cemane nak dapat id ni? Pi kat dashboard, klik design, pilih page elements. Kat sidebar hangpa ada list2 widget. Klik edit bloglist widget (contoh widget yang ingin diletak scrollbox), hangpa cari widgetId kat atas tu.. biasanya dia duk last skali, cam gambar ni..

id widget ni ialah BlogList1

Dah dapat id tu, hangpa replace kat coding ni di tulisan kaler merah tu.. *sila copy betui2 coz aritu saya gi memandai dekatkan dot dengan BlogList1 trus tak jadi..* Pastekan dulu coding ni di notepad/word or mana-mana yang menyenangkan uols.. Yang kaler hijau tu, uols leh adjust mengikut ketinggian yang uols mahu..

#BlogList1 .widget-content{
height:200px; width:auto;
overflow:auto;
}

Pastu, uols gi kat Edit Html, tick bahagian Expand Widget Templates, dan dengan menggunakan Control + F, search ]]> macam kat bawah ni.. 


Dah jumpa ]]>, maka bolehla uols amik coding dari 1st step tadi dan paste di atas kod ]]>. Di atas yer, bukan di bawah..hihihi.. Buatla kat widget2 lain yang uols nak bagi pendek sket.. 



Kliklah sini dulu.. Thanks!!

Suka entri ini, meh picit button kat bawah ni:

Zahra dan Token Car

Hehehe..1st sekali, btol ke benda alah ni dipanggil token car? Ke sesedap rasa saya je memanggilnya token car? Agagaga.. Takpe, yang penting, uols dapat tangkap maksud token car tu kan? Ngee...

salah satu port fav Zahra bila ke shopping mall..

Saya pon dah tak ingat, sejak bila Zahra sukakan token car ni, ataupun bagaimana Zahra boleh suka betul ngan token car ni, kalau nampak aje mesti berlari-terkedek-kedek nak masuk-ataupun-duduk dalam token car ni.. Adakah kami yang mengajarnya ataupun Zahra sendiri yang jatuh suka? Hohoho..dah mengalami short term memory..

tengok tu, seronok tengok skrin kat heli ni, ada heli bergerak..kekadang skrin tu on walau tak masuk duit

Tiap kali pi shopping mall, memang tak sahlah kalau tak lepak sekejap kat token car ni, bagi dia duduk dan main-main kat dalam tu.. Nasib baik Zahra tak kisah token car tu gerak ke tak, yang penting dapat duduk kat dalam.. Kalau tak, mau kopak duit abahnya..hehehe.. Ke sebab tak pandai minta bagi gerak lagi? Agagaga..  Kat sini ada 2 slot, boleh taruk CHF1 dan CHF2, rasanya kalau CHF2 tu lamalah sikit geraknya..

lagi satu fav Zahra..kalau pasang ni, mengekek-ngekek gelak sebab suka..

Anak-anak uols cemana, mesti suka kan ngan token car ni? Hohoho, kekadang tu kalau ajak turun takmo turun selagi tak puas duk godek-godek token car tu..



Kliklah sini dulu.. Thanks!!

Suka entri ini, meh picit button kat bawah ni:

Feb 21, 2011

Saya Nak Join Entry dalam Yuyu Zulaikha


Yeayyy, kali ni saya nak join segmen yang dibuat oleh adik comel ni.. Harap-harap sempatlah ni.. Mestilah saya nak join segmen ini, mana tau dapat memfemeskan blog ini macam blog Yuyu jugak..hehehe.. Ok, saya serius.. Tujuannya adalah untuk memperkenalkan blog picisan ini.. Harap-harap terpilihlah nanti..ngee.. Kalau uols nak join jugak, klik sini laju-laju..



Kliklah sini dulu.. Thanks!!


Suka entri ini, meh picit button kat bawah ni:

Teka & Menangi Hadiah FM Portugal

Assalamualaikum semua.. Kali ni saya nak buat small giveaway.. Hadiahnya adalah FM Portugal, nak tak? Ok, kalau nak senang je caranya.. Yang penting, uols ada alamat Malaysia..ngee..

1. Uols usha Top 5 Cute Baby with a Book (klik link tersebut), dan teka siapakah yang bakal memenangi tempat pertama dan kedua berdasarkan gambar dan slogan para peserta

2. Dah usha, tinggalkan komen di entri ini seperti berikut

1st Winner : Peserta X
2nd Winner : Peserta Y
link blog uols

3. Hanya boleh meneka sekali sahaja dan pemenang ditentukan dengan jawapan yang tepat untuk kedua-dua jawapan. Kalau ramai meneka dengan tepat, akan menggunakan khidmat random.org. Hanya seorang pemenang yang dicari.. Coz FM tu hanya ada 1 je..

4. Nak follow ke tidak, suka hatilah.. Yang penting, uols aware dengan keputusan yang akan diumumkan nanti. Kalau ramai yang meneka dengan tepat dan uols adalah pemenang, saya takkan hubungi.. To be fair to others yang meneka dengan betul.. Tapi kalau sorang je yang mengena, then saya akan konteklah..

5. Giveaway ini berlangsung sehingga keputusan akhir Cute Baby with a Book Contest diumumkan, dan sekiranya tiada peneka yang meneka dengan tepat sedangkan lagi 1-2 hari keputusan akan dikeluarkan, mungkin saya akan memberi peluang kali kedua untuk meneka sekali lagi..

Ok, itu aje.. selamat berteka teki..ngee..


p/s : Kalau sudi, bagilah sekali cadangan untuk nama domain kami nanti..ngee..



Kliklah sini dulu.. Thanks!!



Suka entri ini, meh picit button kat bawah ni:

Ada cadangan nama domain yang best tak?

Berikutan dengan entri Lagi Kemenangan di Bulan Februari, saya mendapat domain percuma selama setahun.. Wah, tak sangka yang akhirnya saya akan mempunyai domain sendiri..

credit

Tapi, skang ni saya konpius pulak, nak bagi nama apa.. Dalam fikiran saya sekarang ni adalah ceritaindahkami.com, tapi ada jugak terbaca yang seeloknya nama domain ni tak lebih dari 10 huruf.. Adakah perlu dipendekkan kepada ceritakami.com? Ataupun nama yang lain?

Uols ada cadangan tak?



Kliklah sini dulu.. Thanks!!

Suka entri ini, meh picit button kat bawah ni:

Feb 20, 2011

Lagi kemenangan di bulan Februari..

Alhamdulillah, murah rezeki bulan Februari ni.. Pertamanya, me bertuah dalam Giveaway Kongsi Pendapat Anda Sebagai Isteri. Terima kasih buat puan penganjur aka Mrs Bubu coz sudi maklumkan pada me.. Yang buat me blushing sekali, entrinya yang dibuat untuk mengumumkan pemenang..hikhik.. Rasa macam jejak kasih pon yer.. Jelas terpampang gambar me..hehehe.. Terima kasih Mrs Bubu for this lovely entry.. Agaknya apelah hadiahnya ek? ngee..


Mrs Bubu ni rupanya muda lagi dari me, tapi dah ada anak dua..cayolah dear.. Skang ni 1st daughternya, Eirdiena demam, harap-harapnya bukan demam denggilah.. Semoga Eirdiena cepat sembuh.. Jom berkenalan dengan Ummi Khairiah di blognya, Mrs Bubu..

Keduanya, me adalah salah seorang penerima cenderamata bagi Baby & Me Shopping Style Contest. Yeay, walaupun me tidak memenangi hadiah utama dan saguhati, puan penganjur aka Nia sudi bagi cenderamata.. Sukanya.. Cenderamata ape ek? Hihihi.. Tahniah juga buat pemenang2 utama, saguhati dan cenderamata. Yang menang ni kebanyakkannya adalah geng-geng yang suka join conway..


Kalau nak tahu Nia ni pon suka join contest gak ni.. Dan dah banyak kali pon anjurkan giveaway dan contest ni.. Tapi yang sebelum ni me takdek rezeki.. Alhamdulillah, kali ni ada jugak rezeki..hihi.. Jom berkenalan dengan Nia di Baby & Me..

Last sekali, me adalah pemenang utama bagi Contest Tips Unik untuk Qalish.com : Aktiviti Menarik & Simple untuk Merangsang Anak Bijak. Wihhuu.. Thanks buat juri dan penganjur coz sudi memilih my entry tu untuk memenangi busha yang sangat comey dan domain untuk setahun.. Wah,wahh.. Pasni blog ni akan ada domain sendirilah.. Nak bagi nama ape, uols ada cadangan tak? Tahniah juga buat pemenang-pemenang yang lain..


Jangan terkejut tengok print screen tu, untuk GA tu tak dapat nak masukkan coz berbentuk video.. Tak silap empunyer Qalish.com ni, dulunya sebelum berdomain sendiri, menggunakan sumpit2u.blogspot kan? Hehehe.. Tahniah sebab dah habis pantang.. Amacam besh tak bergelar parents? Ngee.. Jom berkenalan dengan Qalish.com..



Kliklah sini dulu.. Thanks!!

Suka entri ini, meh picit button kat bawah ni:

Feb 19, 2011

Yang bestnya mengenai obesi, khasnya Switzerland

Setelah beberapa entri saya berkongsi mengenai tujuan sebenar kami berada di sini dan living expenses (part 1 & part 2) di sini, kali ni saya nak berkongsi mengenai perkara yang menarik dan best apabila bermastautin di obesi, especially di Swiss.

1. Negara bermusim dan weather tidak extreme cool dan extreme panas
Rasanya semua negara 4 musim memang menarik kan, sebabnya setiap musim ada kelainan dan keunikannya tersendiri. Memang tertunggu-tunggu setiap musim, bila dah Winter boleh main snow, bila dah rasa sejuk tu mulalah rindukan musim Summer.. Bila musim Spring pulak, boleh tengok bunga-bunga yang cantik dan semestinya bila musim Autumn, daun-daun menjadi pelbagai warna.. 

view masa Autumn.. I loike!!
syoknyer Zahra baring atas snow..

Malah, kalau kat Swiss ni every month rasa kelainannya, baik dari segi weather dan tempoh waktu siang dan malam.. Dan yang lagi best, weather kat Lausanne tak extreme, maksudnya bila sejuk tu, takdelah sampai tasik pon menjadi beku, tak macam kat Wisconsin, US. Suhu paling sejuk pon tak melebihi -7C. Kalau time Summer pon, suhu tak melebihi 30C, tak macam masa saya gi Takamatsu, Jepun pada bulan 8 (peak Summer), perghh..berpeluh sampai basah serkup aka anak tudung.. Tapi tu mungkin sebab saya banyak berjalan..ngeee..


2. Tempatnya nampak bersih, kemas dan classy
Ok, ni adalah pendapat Mr Hadi.. Even Renens, the cheapest town in Switzerland is still better than any other small cities in Europe yang pernah kami pergi, contohnya Postdam (Germany), Sintra (Portugal). Kalau ikutkan dengan tempat yang pernah kami lawati, rasanya Swiss ni lagi nampak bersih. But still, bagi saya tak cukup bersih Swiss ni..ahaks..coz kat Lausanne tu banyak je putung2 rokok kat atas jalan..

sebahagian city of Lausanne
view dari apartment lama kami di Renens

Lagi apa yang best mengenai Swiss ni akan disambung next entri.. Coz malam ni kena tidur awal, esok which is hari ni by the time entri ni publish, saya, Mr Hadi, Zahra & Waheeda akan berjimba-jimba ke Lyon, France..ngeee.. Happy weekends everyone..



Kliklah sini dulu.. Thanks!!

Suka entri ini, meh picit button kat bawah ni:

Feb 18, 2011

SAYA JOIN BLOGLIST YUYU ZULAIKHA

Yiihaaa, kali ni dengan sepantas kilatnya saya mahu menyertai Bloglist Yuyu Zulaikha.. Saya memang suka masuk bloglist nih, tak kisahlah blog baru ataupun blog lama.. 

Kalau ada yang nak exchange bloglist dengan saya pon boleh saja, let me know kat box komen yer, kalau kat shoutbox takut saya terlepas pandang pulak.. Dan kalau ada yang dah letak blog baru saya ni kat bloglist uols, tapi blog uols takde pon kat bloglist saya, gitau aja.. Dengan sepantas kilat saya akan taruk..hihihi..

Ok, saya dah lari dari tajuk.. Kalau uols juga mahu join, klik sini laju-laju kay.. Sebelum tu, meh saya nak gitau apa yang saya suka dan berkenan sangat kat blog ni.. First time tengok header, fuhyoo, simple tapi comeynyerrr, nak jugak boleh? Ngee.. Pastu kemas je layout blog ni ha.. Sedappp je tengok..




Kliklah sini dulu.. Thanks!!


Suka entri ini, meh picit button kat bawah ni:

JOM SERTAI BLOGLIST IR @ BLOG LEBAH

Yiihaaa, kali ni dengan sepantas kilatnya saya mahu menyertai Bloglist IR.. Saya memang suka masuk bloglist nih, tak kisahlah blog baru ataupun blog lama.. 

Kalau ada yang nak exchange bloglist dengan saya pon boleh saja, let me know kat box komen yer, kalau kat shoutbox takut saya terlepas pandang pulak.. Dan kalau ada yang dah letak blog baru saya ni kat bloglist uols, tapi blog uols takde pon kat bloglist saya, gitau aja.. Dengan sepantas kilat saya akan taruk..hihihi..

Ok, saya dah lari dari tajuk.. Kalau uols juga mahu join, klik sini laju-laju kay.. Sebelum tu, meh saya nak gitau pasal blog IR ni.. Pandangan pertama mengenai blog ni, perghhh, menariknya singkatan nama blog nih, IR tu, memang menjadi impian sejak bergelar engineering student lagi, tapi taktaulah akan tercapai ke tidak..hahaha.. Mengenai entri pula, saya suka godek-godek entri berkenaan dengan tips, maklumlah banyak lagi yang saya perlu pelajari..ecehhh.. Antara yang disukai adalah tips meningkatkan trafik blog..



Suka entri ini, meh picit button kat bawah ni:

Lucky & Lucky & Lucky lagi..ngeee

Hehehe..sila abaikan tajuk yang ntahapeape itu.. Nak letak Triple Lucky, tapi sebab dah pernah guna jadi cam tak syok nak guna lagi.. Dan takde maksud untuk menunjuk ke hape, sebabnya me ni jarang sesangat lucky, kekadang aje ade luck dalam cabutan bertuah ni..

1st sekali, me terperasan mesej dari Aanie aka Mama Adam yang gitau me bertuah dalam 1st Giveaway Kami Melita.. Yeayy, thanks dear coz maklumkan pada me.. Muahss!! Terima kasih juga buat hubby Ieta yang telah mencabut nombor dan nama me.. Thanks juga buat Ieta coz sudi anjurkan ga ni, agaknya apelah hadiah yang bakal diterima? Ngee.. Tahniah juga buat pemenang2 yang lain especially Mama Adam yang menang 1st prize..


Kalau nak tau, Ieta ni pon suka join contest dan giveaway.. Welcome to the club dear.. Memang seronok join conway ni, lagi seronok kalau menang..ngee.. Jom berkenalan dengan Ieta di Contest Puan Ieta..

Keduanya, me terperasan mesej dari kak Fadz & penganjur Senang & Menang with Puteri Katek yang me bertuah dalam giveaway ini.. Thanks to both of you coz sudi maklumkan pada me.. Muahss berbijik-bijik.. Thanks juga buat Puteri Katek di atas hadiah frame yang comel tu.. Tahniah juga buat nanakimie dan bakal pemenang yang lain..


Kalau nak tahu, blog Puteri Katek pernah di'feature'kan dalam blog BA..Ha, jangan tak tau..hehehe.. Mesti ada yang tertanya-tanya apakah maksud katek tu kan? Kalau nak tahu, jomlah bertanya kat empunya blog Puteri Katek..

Last sekali, tak sangka tekaan me mengena untuk Working Anniversary GA yang dianjurkan oleh Puan Stoberi. Thanks dear for the lovely brooch.. Tahniah juga buat pemenang2 yang lain.. Rasanya semua dah kenal ngan Puan Stoberi aka Reen yang glamer dengan trademark entrynya mesti bermula dengan PASAL.. Hehehe.. Tapi jangan salah sangka, Reen bukan suka cari pasal tau.. Baik orangnya ni.. Jom berkenalan dengan Reen di blognya, Dunia PuanStoberi..




Kliklah sini dulu.. Thanks!!



Suka entri ini, meh picit button kat bawah ni:

Feb 17, 2011

Part 3 | Lagi pasal LIVING EXPENSES di Swiss

Sebelum saya bercerita lebey panjang, entri Kami & Swiss | Nak Tau Living Cost dirujuk, ok, sila rujuk dahulu.. Saya tunggu uols sebelum bercerita..hehhe.. Ok, dah siap baca? Sungguh tak aci kalau saya tak gitau yang harga sewa rumah tu merangkumi elektrik, air dan internet yang lajunya 5Mb/s (uols kalau nak cek internet speedtest leh gi website http://www.speedtest.net/)

itulah apt. kami..ni view dari EPFL

Dan rumah ini dilengkapi dengan microwave, dishwasher (yang ni paling best, agak h'over' tak kalau balik Malaysia nanti nak cari dishwasher satu..ahakss..mau bil letrik riban-riban nanti), oven, peti ais macam saya gitau kat entri Our New House ni.. Tapii..ha, ada tapinya.. Saya lupa yang rate CHF1440 = RM4533 (CHF1=RM3.15) itu adalah rate spesel untuk student, kalau ikutkan rate asal lebey CHF2K..hohoho..

masa awal-awal pindah.. Zahra masih kecik lagi..

Habis part rumah, saya nak clarify pasal transport di Swiss ni.. Actually ada half fare card tau, card ni boleh guna untuk train, metro, kapal dan apa-apa ajelah pengangkutan awam kat Swiss ni under company yang sama except teksi. Normally uols dapat 50% off dari harga tiket sebenar tak kiralah uols nak duk 1st class or 2nd class. Sesapa je pon boleh beli di mana-mana kaunter train station. So kalau uols datang sini let say seminggu ke, dan nak berjimba-jimba secara sakan, belilah half fare card ni, memang berbaloi-baloi.. Nak tau maklumat lanjut leh layari http://www.sbb.ch/en/.

dalam train, 2nd class..

Pastu, saya nak share pasal health insurans pula.. Saya rasa kat mana-mana negara maju memang mahal insurans kan, tapi rasanya Swiss ni antara yang  termahal. Kesnya bila Mr. Hadi hantar borang kat IPT, depa terkejut, mahal seihh compare ngan tempat-tempat lain yang diorang pernah proses, padahal ni adalah pakej yang paling murah, untuk student rate..hohoho..  Tapi sebab insurans ditanggung, tak rasa sangatla..ngee.. 

Tapi yang tak bestnya, untuk dewasa, kalau kita gi klinik or beli ubat, kita still kena bayar sehinggalah jumlah rawatan per year melebihi CHF300, then baru boleh claim dengan insurans company..huhu.. Tapi untuk Swiss citizen, diorang free coz mungkin sebab diorang guna pakej standard which is yang mahal gilass.. Untuk bayi dan kanak-kanak (tak sure sampai umur berapa) pulak, hanya perlu bayar 10% dari jumlah rawatan..hohoho.. 

Swisscare adalah insurans untuk student

Part health, klinik dan rawatan ni yang buat saya jeles betul ngan Mama Zharfan, fa10 orang2 kat UK, diorang free je untuk kos rawatan ni..huhuhu.. Takpela, rezeki masing-masing kan.. Cumanya kat sini dapat child allowance..hehhe, sekurang-kurangnya dapatlah jugak cover kos rawatan untuk Zahra..( Budak kan selalu kena check up, satu check up biasa dalam CHF100++ gitewww)

Every year, kena renew permit for each member.. Yer, kat Swiss ni lain sikit, ada permit nak kena renew every year, nak kena bayar CHF90 untuk dewasa, CHF60 (i think..tak surela..ngee) untuk kanak-kanak.. Yang ni guna duit sendiri, tak leh claim (or Mr Hadi tak pernah tanya ek..agagaga..) Ni bukan tax tau, tax lain pulak.. Pasal tax me dunno..wahahha.. Maklumlah, tak keje kan, malas nak ambil tau..ngee.. 

credit

Lagi, ape ek? Ermm, saya sambung nantilah pulak.. Mungkin mengenai ke'best'an duk sini pulak.. Asyik pasal living cost je, abes berkerut dahi uols, tak pasal-pasal ada kedut..wahaha.. Choww..


Kliklah sini dulu.. Thanks!!


Suka entri ini, meh picit button kat bawah ni:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...