Normally, kalau Hari Ibu ni biasanya para ibu (ke saya je?) akan berangan akan dapat rileks-rileks dan keluar makan kat tempat yang besh-besh..hahaha.. Tapi dek kerana duk kat Swiss ni, kalau makan kat kuar mahu ongkosnya sama cam makan kat rumah 5 hari.. Nak-nak pulak, elaun Mr Hadi cukup-cukup aje, maka lagi afdal kalau makan-makan besh kat umah aje dari air tangan sendiri..hohoho
Tapi kali ni, yang main coursenya adalah air tangan Mr. Hadi..kuikuikui.. Nak tau dak apa main course kami? Ekekeke.. Spaghetti Bolognese..ngee.. My fav.. Oleh kerana terlalu sedap dan excited untuk makan, kami lupa untuk amik gambo..kuang kuang kuang.. So, saya tepek gambar dari google aje ler..hoho..
sebijik cam gini ler.. |
Dan untuk dessert, saya telah berhempas pulas membuat Oreo cheesecake..ekekek.. Awal-awal nak buat cheesecake kosong, tapi kerana masa pi Itali aritu kami telah memborong banyak biskut oreo (maklumlah murah kat sana + ada promosi), daripada duk terbiar selama 2 bulan (coz pasni kami akan balik Malaysia) tu yang sekali lagi membuat Oreo Cheesecake.. Nak tengok tak dessert kami yang sudah pasti menjilat garfu ni? Ekekeke..
Amacam, ok dak? Ekekeke.. |
Tapi siriyes, makan hasil tangan sendiri lagi puas hati dari makan kat luar sebenar, fully ikut citarasa sendiri.. Kalau jiran depan apartment kami ni, diorang siap makan lunch kat luar (kat taman rumah depa) macam barbeku pulak, tapi lunch tau. Sebab skang ni weather tak sejuk kan. Menarik juga, tengoklah cemana nanti.. Kot-kot kami dilanda angin makan kat luar rumah, depan taman kami ni..ekeke
Cumernye, makan hasil tangan sendiri ni, ambil masa & tenaga la sikit...ekekek.. Tapi, besh jugak kalau dapat makan kat luar kan, takyah nak bersilat kat dapur, yer dak? ekeke.. Apa aktiviti uols pada hari Ibu semalam?
Suka entri ini, meh picit button kat bawah ni: