Feb 3, 2012

Home » , , , , » Tanda Tanda Awal Kehamilan

Tanda Tanda Awal Kehamilan

Hehe.. Sempena dengan entri WW13 | Alhamdulillah, saya nak share ngan uols tanda-tanda awal kehamilan yang saya rujuk khas dari BabyCenter (saya memang suka ngan website ni, boleh rujuk dari pregnant sampailah anak dah besar), dari AlamHamil.com dan juga dari yang saya alami semasa mengandungkan Zahra dan juga untuk kali kedua ini, insyaAllah.. Tak semua yang tersenarai saya alami, dan mungkin ada tanda yang uols alami, tapi takde dalam senarai ni..
1. Kembung perut dan kerapkali rasa lapar - juga terjadi pada orang yang tidak hamil tetapi lebih kerap terjadi pada awal kehamilan. Jangan bergantung sepenuhnya kepada tanda ini tetapi sekiranya ia berlaku disamping tanda-tanda kehamilan yang lain, bersiap-sedialah untuk membilang hari anda. (masa ngandungkan Zahra, saya tak ingatlah pulak tanda2 ni, coz takde tercatat pon kat entri Bermulanya Episod Baru. Tapi rasanya, sepanjang saya ngandungkan Zahra, tengok makanan aje berselera..haha, especially buah.. Habis sekilo saya makan sorang..huhu.. Tapi untuk yang 2nd ni, nak kata kembung tu tak kembung, tapi kerap buang angin dari biasa..haha.. Dan awal-awal mengandung memang rasa cepat lapar dari biasa.. Pelik gak saya, tetiba start minggu tu berkreuuukk bunyi perut, padahal minggu2 sebelumnya rileks aje tak proper breakfast..hehe..)

2. Deria bau lebih sensitif - sesetengah bau anda akan merasa sedap untuk dihidu, manakala sesetengah bau meloyakan. (Hmm, untuk Zahra masa awal-awal mengandung, yang saya notice adalah tiap kali pee pee ada bau sikit, yang tak pernah bau masa tak pregnant.. Bila dah pertengahan ke ek, saya suka betul bau perfume.. Sedaaapp gitu.. Pastu dari segi peberet food, selama ni yang saya mesti makan udang bnyk giler, kekadang siap songlap dari pinggan Mr Hadi, tapi sejak pregnantkan Zahra, siap bagi my udang kepada Mr. Hadi..hehe.. Untuk kali kedua ni, sama juga cam Zahra, pee pee ada bau sikit, tu yang boleh syak preggy tu, even masa tu belum missed period lagi, tapi kali ni kekadang bau kekadang tak..haha..cemana tu? Pastu satu lagi, tiap kali hubby masak, dari jauh saya dapat hidu bau yang kuat, siap terkeluar ayat, sedapnya bauu.. Padahal sebelum2 ni tak pernah pon keluar ayat camgitu.. Takat ni, alhamdulillah, takde lagi bau yang meloyakan..hoho..)

3. Pening kepala, rasa loya dan muntah - Sekiranya anda bernasib baik, morning sickness ini tidak akan menyerang, kecuali selepas beberapa minggu hamil. Tetapi segelintir wanita akan mula merasa mual dan rasa luar biasa pada lidah walaupun cuma selepas beberapa hari mengandung. (Masa ngandungkan Zahra, tak pastilah pula bulan kedua atau bulan ketiga (kalau ikut entri 3rd Month, bermula bulan ketiga baru mula rasa mual & muntah), yang pasti bukan masa awal-awal waktu ngandung, tiap kali nak gosok gigi mesti rasa ala-ala mual sikit.. Tang muntah tu pulak, kalau saya makan bnyk2, pastu terus baring, kompom muntah..hehe.. Yang second ni, setakat ni alhamdulillah, tak rasa apa-apa lagi, harapnya berkekalanlah..hehehe.. Doakan yer..)

4. Kerap membuang air kecil - Sekiranya janin sudah mula terbentuk dan rahim yang semakin membesar mula menekan pundi kencing anda, anda akan mersa kerap untuk buang air. (Kalau uols tengok penerangan kat BabyCenter, seawal 6 minggu ada yang mengalami tanda ini. Tapi rasanya saya masa Zahra dan yang kedua ini, biasa aje.. Ke sebab kurang minum air? Haha.. Kantoi.. Tapi masa Zahra, bila dah makin lama, 3rd trimester barangkali, makin kerap..hoho..standardlah tu.. Orang kata, kalau yang kerap bebenor buang air kecil tu tandanya rambut baby lebat yer? Zahra dulu lebat sangat, skang kurang sikit..hoho..)

5. Cepat penat dan merasa tidak bermaya - Rasa seperti tiada tenaga sepanjang masa? Hormon yang dikeluarkan di masa awal kehamilan boleh membuatkan anda berasa letih dengan cepat. Rasa letih dan tidak bermaya adalah sesuatu yang kerap terjadi di awal kehamilan. (Hmm.. Masa Zahra tak ingatlah pulak, rasanya ok je kot, malah lagi ligat ada masa awal 3 bulan mengandung sampai bleeding..haha.. Cuma rasa lenguh-lenguh kat pinggang tu adalah, sama jugak ngan skang ni.. Kekadang aje rasa lenguh.. )

6. Sakit dan tegang buah dada - Sekiranya anda mengandung, buah dada anda akan menjadi semakin sakit pada sentuhan, agak serupa dengan ketidakselesaan yang terjadi pada buah dada anda sebelum haid. Apabila badan sudah menjadi biasa dengan kejadian hormon ini, kesakitan akibat ketegangan akan menjadi semakin berkurangan. (Ha, masa Zahra dulu saya ada alami bengkak sikit tang B, cam sakit gitu bila sentuh, tapi skang ni cam kekadang je rasa.. Adakah sebab B ku dah tak semontok dulu? Heheh..)

7. Perubahan pada warna di sekeliling payudara - Sekiranya kulit disekitar puting anda menjadi kehitaman, kemungkinan anda sudah pun beberapa minggu mengandung. Walaubagaimanpun, ia juga terjadi disebabkan oleh ketidakseimbangan hormon tidak berkaitan dengan kehamilan atau disebabkan kandungan yang terdahulu. (Rasanya takde kot masa awal-awal mengandungkan Zahra dulu, bila dah nak dekat akhir-akhir kot baru notice makin gelap, yang pasti pas beranak tu memang gelap..haha.. Yang kali ni pon cam biasa aje kot, yang pasti lagi cerah dari pas beranak..hehehe..)

8. Pendarahan implantasi & senak pada ari-ari - Lebih kurang 8 hari selepas ovulasi, anda mungkin akan mengalami sedkit pendarahan dari faraj dan senak pada ari-ari akibat dari implantasi. Anda juga mungkin mengalami keadaan yang sama semasa pada sekitar masa anda sepatutnya datang haid hari pertama (Hmm, masa awal-awal ngandungkan Zahra takde rasa kot, coz takde tercatat pon kat entri Bermulanya Episod Baru. Tapi kali ni, ada rasa sedikit tidak selesa masa awal-awal preggy, skang ni rasanya dah tak rasa kot, except, kali ni boleh detect pulak perut main membesar/meninggi.. Konpius jugak, takkan baru 5 minggu dah naik perut kan, tapi mungkin sebab pernah peknen, tu yang rahim dah tak sekuncup dolu2 yer..huhu..)

9. Suhu asas badan tinggi berpanjangan - Sekiranya anda memang sedang membuat pemerhatian dengan mengambil suhu badan asas anda setiap pagi, anda akan mendapati paras susu badan secara konsisten melebihi paras asas sejak dari hari pertama ia naik. (Haha, yang ni tidaklah notice masa awal-awal mengandung, sebab tak rajin untuk ukur, baik Zahra mahupun yang skang ni, rasa cam biasa aje.. Tapi bila dah pertengahan pregnantkan Zahra tu, memang sedikit panas dari biasa, Mr. Hady pon tegur)

10. Missed Period - Sekiranya haid anda teratur sebelumnya dan sekarang ia sudah lewat beberapa hari. Inilah masanya untuk anda menjalani ujian air kencing untuk kehamilan. (Haha, yang kes Zahra ni, sebab terlambat datang haid la, lambat dari biasa, tak pernah2 lagi selambat itu, tu yang ala-ala syak dan buat test tu.. Tapi kali ni, saya dapat detect awal, sebelum tarikh period lagi, sebabnya dah alami tanda 1 & 2. Tapi masa tu 51% lah coz seminggu lagi nak period..)

11. Ujian air kencing yang positif - Sekiranya anda sudah beberapa hari ketinggalan haid dan terdapat 2 jaluran pada ujian air kencing, kemungkinan besar anda sudah mengandung. Jumpalah doktor untuk kepastian. (Hehe, bila ingat first time amik test ni (test sendiri dulu..), kelakar pulak rasanya. Maklumlah, satu jaluran clear, satu lagi tak berapa nak clear cam yang 1st tu (sayang kami tak amik gambar), siap call tanya membe lagi yang tengah pregnant masa tu.. Nak tau lebih lanjut leh tengok entri INI. Esoknya baru gi jumpa doktor dan buat test.. Yang kali ni pon ada kisah tersendiri jugak tau.. Pelbagai emosi rasa, sedikit kecewa, gembira tak terkata dan lepas tu confuse.. Nanti akan saya kongsikan di lain entri.. Sampai skang ni masih tak senang duduk actually, walaupun dah seminggu lebih melepasi tarikh period, sebabnya 14 Feb ni baru dapat jumpa doktor..)

Kalau uols ada mana-mana tanda 1-10, cubalah buat pregnant test, mana tahu kan hasilnya positif.. Dan kalaupun hasilnya tak positif, jangan putus asa, cuba lagi selepas tarikh sepatutnya period (sekiranya mengambil ujian sebelum waktu period)


p/s : Uols yang pernah dan tengah mengandung skang ni, ada tak alami tanda-tanda selain dari kat atas ni, cuba kongsi sikit..


Jom singgah ke :
 
Klik aje banner, nak difeaturekan kat sini, klik SINI

Jom join Double GA, ada 15 hadiah menarik, Klik SINI

Nak tau cantik ke tak artwork dari Budak Nakal, Klik SINI

Nak tahu uols menjalani gaya hidup sihat, Klik SINI 

Suka ambil gambar atau bergambar, Klik SINI & Menangi RM2K

Nak cari trendy hijab, muslimah attire, babykids wear, Klik SINI

Longchamp New Year Sale,  Click HERE

Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Kliklah sini dulu.. Thanks!!

Suka entri ini, meh picit button kat bawah ni:

24 Comments
Comments

24 comments

Feb 3, 2012, 10:43:00 AM

thanks 4 sharing this..
cheqna boleh take note =)

Feb 3, 2012, 12:41:00 PM

paling teruk masa pregant kan aqil
msuk ara..
selamba lagi pergi keje bwk motor sendiri smpai 6 bulan stgh
org tua anto naik keta once dia paksa.
ahahaha

Feb 3, 2012, 1:39:00 PM

semua tanda dah ada kecuali yang test....huhu...

Feb 3, 2012, 5:22:00 PM

byk tanda2 tu yg kena dgn KC masa KC pregnant dulu.

Feb 3, 2012, 9:27:00 PM

kakyong dulu masa awal pregnant bila petang jer keletihan tahap gaban.. muntah tu tak ade.. tp bab makan tu lepas masuk bulan ke 4 jer.. mendesup jer selera nya.. & x suka makan masin2 @ masam2..

& masa pregnant no2 & 3, kuat makan buah tembikai.. perut jad besor.. org tua kata kembor air.. memang ia pun air ketuban banyak sangat.. lepas doktor pecahkan pun.. lepas dah bersalin pun masih byk lagi air ketuban yg keluor..

Feb 4, 2012, 4:13:00 AM

saya dulu masa awal mengandung memang kerap kali kencing dan selera bertambah-tambah besarnya. Mungkin sebab tu kepekatan hemo sentiasa tinggi dan tak mudah letih. Tapi syukurlah sepanjang awal mengandung, kesihatan saya tak terlalu banyak terjejas. Sepanjang mengandung juga, saya tak pernah merasa loya atau makan buah asam... :)

Feb 4, 2012, 12:18:00 PM

dah lupa camner tau mengandung..yang ingat selalunya period tak datang

Feb 4, 2012, 2:07:00 PM

bagus info ni..kita pon selalu tgk kat baby centre..tapi smpi skrg lom ada rezki lagi...

Feb 6, 2012, 11:14:00 PM

@cheqna hihi..sama2..

Feb 6, 2012, 11:15:00 PM

@Sidratul Muntaha tu la, org kata kalau peknen boboy, teruk sikit alahannya.. mmg ganaz tu bawak moto ngan prot boyot lagi..

Feb 8, 2012, 10:38:00 AM

hehe.. ni yang rasa tak sabar nak ada baby ni,
akak jaga diri baik2 :)

Feb 9, 2012, 1:12:00 AM

askum


Mula2 jer hilang selera makan tapi lepas saya test ... dan result POSITIVE, terus selera dtg balik sbb happy sgt... hahaha

Feb 16, 2012, 3:42:00 AM

@mama hani apa lagi dear, buatlah test..

Feb 16, 2012, 3:48:00 AM

@kakchik@ella bestkan bila peknen..

Feb 16, 2012, 3:50:00 AM

@kakyong bestnya takde muntah, harap2 saya pon camtu..

Feb 16, 2012, 4:14:00 AM

@Mama Murai waa..sangat best tu tak merasa loya langsung..

Feb 16, 2012, 4:20:00 AM

@kak ina kl kak ina lagilah banyak pengalaman..

Feb 16, 2012, 4:23:00 AM

@ekinashikin kita doakan moga2 ekin cepat peknen..amin..

Mar 16, 2012, 12:29:00 PM

salam....

sy baru kawin disember 2011....pd bulan januari 2012, sy pregnant...tp hanya sebulan je dh gugur....sedih sgt...ms mula tu, saya kerap sgt buang air kecil....breast sy bengkak, bertukar warna, ari2 sy sakit setiap hari...selera makan bertambah...badan rs tak sedap je...


tp utk bulan ni, period sy dah lewat dlm 8 hari...selalunya kitaran haid sy 19-24 hari...tp kali ni dh 35 hari...sy target sy pregnant....bdn rs tak sedap je....suhu bdn naik kadang2....kepala pening, penggang sengal2....ari2 sy sakit setiap hari(mcm nk period), tp satu je yg saya tak alami-kerap buang air kecil....ms yg pregnant mula2 dulu kerap sgt buang air smp sy menyampah tengok tandas...:)

ada tak sesiapa yg alami spt saya? tanda lain dah ada kecuali kerap buang air kecil je yg takde....adakah ini normal?

adakah ini disebabkan kesan drp sy pergi berurut slps keguguran dl?

hati ni runsing, musykil...tp dlm ms yg sm hati sy berbunga2 sb sy rs sy pregnant....

Apr 18, 2012, 8:40:00 AM

askm,sis...

last piriod sy 24march lpas,utk bulan ni x dtg ag la...tp sy dah ada tnda2 yg mcm sis tlis kat ats tu..rs pening kdg2 mcm nak pitam, mual, klu gosok gigi msti nak muntah,rs berdenyut2 kat ari2,pastu cepat lth tau nak tdo ja...

utk pngetahuan sis,ms ank sulong, dlu pun sy ada rs mcm ni,tmbah2 ag rs bdn x seimbang mcm berat sebelah ja,pastu gosok gigi muntah..
sy ingt nak wt pregnant test sndri tp rs mcm awl ag...

Aug 14, 2012, 6:14:00 PM

Assalamualaikum....
salam perkenalan daripada sheila..
suka baca blog ni, heee
suami kita berdua sama nama lah..
hehehehe

*selamat menjalani ibadah puasa ye*

Mar 11, 2013, 1:37:00 PM

assalamualaikum kak Saya ada keputihan la kak ,lepas tu selera saya bertambah ,tak pulak rasa loya cuma letih mcm len tuu saya tak pasti pregnant atau tak pregnant so macam macam tak tahu , info yang akak bgi serba sedikit membantu saya terima kasih

Aug 6, 2014, 10:35:00 AM

Salam kenal. :)
wana dulu time pregnant kan Maisarah just nampak 2 tanda, iaitu period delay 1 minggu dr tarikh sepatutnya sebab cycle period memang sentiasa tepat dan rasa mengah bila naik tangga. pelik juga sebab mengah, selalunya tak rasa cmtu. then cek, buat confirmation dengan 3 jenis kit..heee..kit yg dibeli dgn kit lab.hihi.alhamdulillah :) bagi yang masih lagi berusaha tu, teruskan berusaha. Maisarah pun bulan 10 ni masuk 4 tahun, so kita tunggu ujung bulan ni untuk any good news tentang adik baru :)

Anonymous
May 6, 2015, 3:59:00 AM

Salam sis..sy missed period dh 2 minggu lebih..but bila buat urine pregnancy test..negative je..perut ada rse kejang..selalu penat bila baik tangga walau satu tingkat..kdg2 loya dan berselera bila malam..asyik lapar je..adakah keputusan urine pregnancy test yg dibeli di kedai tu 100% result dia blh dipercayai??

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...