May 23, 2011

Home » , , , » Sila Baca | Status Halal Secret Recipe & Puratos

Sila Baca | Status Halal Secret Recipe & Puratos

Perrghh, semasa berblogwalking, ternampak ada entri pasal Status Halal Secret Recipe.. Cepat-cepat saya klik, maklumlah balik ni dah memasang angan-angan untuk mentekadarah di SR ni.. Tempat makan favorite kitorang ni..

Rupa-rupanya ada penemuan DNA babi dalam bahan ramuan Syarikat Puratos Malaysia Sdn Bhd.  Maklumat lanjut boleh klik SINI. Dan sebenarnya takde kaitan dengan syarikat Secret Recipe pon sebenarnya (kalau pemahaman saya salah, tulun betulkan), kebetulan nama produk tersebut Talento Brownies & Cake Concentrate Secret Recipe, menggunakan Brand Puratos dan dikeluarkan oleh Syarikat Puratos, bukannya syarikat SR (dan rasanya takde pon produk ni kat SR, dan kalau uols perhatikan, kek SR dia guna bahan dari SR sendiri, bukan puratos), kalau uols search kat SINI (kat maklumat carian tu uols boleh type puratos dan secret recipe, perhatikan syarikat pengeluar). Tapi yang saya concern adalah, banyak produk dari Puratos, contohnya Carrefour Sweet Bun  pon guna bahan dari Puratos jugak. 

Yang weols perlu berhati-hati skang ni adalah apa sahaja produk dari Syarikat Puratos Malaysia Sdn Bhd, mungkin bahan buat kek, mungkin roti keluaran Puratos, muffin dan banyak lagi, uols boleh tengok kat SINI (setelah type Puratos kat maklumat carian, uols tekan image under syarikat, akan keluar list produk dari Puratos). Oh ya, Syarikat Lucky Food Processing Sdn Bhd. pon telah ditarik sijil halalnya. Maklumat lanjut boleh klik sini..

updated : Kat bawah ni adalah pernyataan dari facebook Secret Recipe.
p/s : Pheww.. berdebar sekejap..


Nak cari handbag LV, Longchamp, souvenir? Klik SINI

Nak test drive Proton Exora & menangi hadiah wang tunai RM6K, KLIK SINI.

Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Kliklah sini dulu.. Thanks!!

Suka entri ini, meh picit button kat bawah ni:

10 Comments
Comments

10 comments

May 23, 2011, 3:47:00 PM

cepat betul tersebar berita nie..
berdebar jugak..dah jd darah daging dah SR nie..

May 23, 2011, 4:09:00 PM

kan betul bias.
siyes la...
it's about the ingredient.
not the brand.
aku dulu,last 3 years bila dah reti baking.mmg sgt berat hati nak guna powder milk tu...
rasanya..
bukan setakat sr jer la..
king's pun ade guna ingredient ni..
lagi klu perasan,kek blackforest dia pernh terasa masam gile sbb maybe ade rum.
my SIL bekas asst chef dulu before convert.
mgm dia bgthu,rata2 kek klu letak benda segini - sekian.
especially hotel kitchen.

May 23, 2011, 6:54:00 PM

suspens jap heheh

Anonymous
May 23, 2011, 7:20:00 PM

secret recipe memang tidak halal. dia guna puratos punya bahan

TALENTO BROWNIES CONCENTRATE SECRET RECIPE
BRAND: PURATOS
-PURATOS MALAYSIA SDN. BHD.

TALENTO CAKE CONCENTRATE SECRET RECIPE
BRAND: PURATOS
-PURATOS MALAYSIA SDN. BHD.

rujuk :http://www.halal.gov.my/ehalal/index.php?ty=directory&type=P&cari=secret%20recipe

May 23, 2011, 7:52:00 PM

@anon : TALENTO BROWNIES CONCENTRATE SECRET RECIPE tu nama produk, bukannya kek dari SR. Ramai yang silap faham sebab nampak ada Secret Recipe, itu bukan produk dari syarikat SR. Kalau search setiap produk dari SR ni, takdepon produk TALENTO BROWNIES CONCENTRATE SECRET RECIPE ni..

May 24, 2011, 9:58:00 AM

adeih, macam2 la kan...kena selidik dan paham betul2...

May 24, 2011, 2:31:00 PM

buat risau jer baca blog2 yg suke letak cite2 pasal halal & x halal nie sesuka hati. Lenkali baca btol2 paham dulu kesahnye baru bleh cite. sedangkan jakim pon x cakap yg Secret recipe tu x halal. TQ cikpuanhady sbb memberi penerangan

May 25, 2011, 2:54:00 PM

sy rasa anda semua salah faham dan terkeliru... dr apa yg sy selidik sendiri, kenyataan halal jakim merujuk kepada 2 jenis produk yg permohonan halalnya ditolak... maksudnya produk yg baru dipohon cop halal.... produk yg dinyatakan dlm halal jakim is WHOLE MILK POWDER & WHOLE EGG POWDER.. dan syarikat yg memohon cop halal is PURATOS MALAYSIA SDN BHD. tp dlm blog² yg disebarkan tertera nama produk berbeza... TALENTO BROWNIES CONCENTRATE SECRET RECIPE & TALENTO CAKE CONCENTRATE SECRET RECIPE ... concentrate yg sy faham dlm industri bakery ni ialah sejenis syrup seperti coklat yg berada dlm botol n tuang ketika ingin menggunakan. sedangkan WHOLE MILK POWDER & WHOLE EGG POWDER adalah sejenis produk berupa tepung. lg meragukan apabila blog2 tersebut merujuk kepada direktori halal jakim. mereka tau xdirektori tu tuk apa?? bukan kah utk pengguna memeriksa produk2 atau syarikat yg mempunyai status halal?? apa kata anda semua cuba menggunakan direktori halal tersebut dan cuba search menggunakan keyword CARLSBERG. ada kelar ka tidak? tidak mungkin sebab carlsberg tidak halal. makanya klu permohonan tersebut tidak diluluskan, tidak akan dimasukkan dlm direktori.

sy harap anda semua faham dan jgn mudah terpedaya dgn apa yg blogger2 smpikan. jika kita kurang yakin, rujuk la pada badan yg bertanggungjawab. assalamualaikum semua.

May 26, 2011, 12:03:00 PM

bagus sharing ni has..

kakyong link kan ur n3 ni ke bbrp blog yg buat n3 melulu pasal SR tu...


n3 terbaru kakyong
Comelnya cik Misi ni…
Review Nora Elena episod 5
Bila si dara kecil dah mula pandai make-up

Jul 5, 2011, 9:38:00 PM

@to all : tulah, menda ni nak kena baca betul-betul..

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...