May 3, 2011

Home » » ceritaindahkami.com Menerjah Cute Mum - My Cute Little Diary

ceritaindahkami.com Menerjah Cute Mum - My Cute Little Diary

Segmen terjah bersama ceritaindahkami.com sudahpun bermula, dan kali ini kita terjah dulu peserta pertama iaitu Cute Mum - My Cute Little Diary.

First sekali, nama blog ni memang menarik, memang catchy.. Dan kalau tengokkan blog ni memang dah comey, header pon cung, dan berseri dengan kaler purple sebagai tema warna blog ini.. 


Cuma, kalau diikutkan apa yang saya pernah terbaca, seeloknya sidebar berada dibelah kanan. Ini kerana proses loading akan bermula dari atas, kiri dan akhir sekali sebelah kanan. Jadi, kalau ada gambar yang bersaiz agak besar di sidebar kiri, ataupun iklan Nuffnang di sebelah kiri, sedikit sebanyak akan menambahkan masa loading blog.

Tapi kalau ikutkan masa saya buka blog Cute Mum dengan internet selaju kura-kura ni, ok aje.. Tapi taktaulah kalau dengan internet selaju siput sedut cemana pulak..hehehe.. Kalau ikutkan saya pon berkenan ada sidebar kiri dan kanan ni, nampak comel je.. Mungkin kalau Cute Mum nak ubah pon, letak blog badge, post terkini, komen terkini, popular post dan check it out kat sebelah kiri, yang mana yang servernya dari blog Cute Mum sendiri.. Macam iklan Nuffnang tu better letak belah kanan sebab servernya bukan dari blog Cute Mum. Tapi itu ikut Cute Mum lah, ini cadangan aje..ngee..


Lagi, kalau nak nampak lebih kemas, Cute Mum boleh letak scroll box di Blog Archive, sebab saya tahu Cute Mum ni seorang blogger tegar, sebulan mahu lebih seratus entri. Jadi bila dah nak dekat tengah bulan, mesti Blog Archive akan melorot panjang ke bawah. Sama juga untuk bloglist Mesti Baca, bila ditekan tunjuk semua, akan melorot sampai ke bawah. Jadi, kalau Cute Mum takmo melorot sampai ke bawah, pasang aje scroll box, mesti nampak lagi kemas macam blog saya..wakakak.. Ok, saya guwau je, tapi tang pasang scroll box tu highly recommended.. Lagi best kalau Cute Mum boleh pecahkan kepada dua bloglist, mungkin untuk lelaki dan perempuan atau ikut suka Cute Mum la..hehe..

Cemana nak pasang scroll box kat Blog Archive dan Bloglist? Cute Mum boleh tengok kat entri kat bawah ni di bahagian Tutorial..



Widget yang saya rasa tak perlu ada adalah poll Nuffnang, kerana selain dari menambah berat untuk loading, kepentingannya agak kurang bagi satu2 blog (pendek kata tak dapat income pon dari poll ni), unless kalau Cute Mum memang nak tahu result polling. Tapi serasa saya Cute Mum boleh buat sendiri poll guna feature blogspot..

Rasanya itu aje ler kot yang boleh saya review pasal blog Cute Mum, yang lain memang dah tip top.. Meh kita tengok 2 entri terbaik bagi blog Cute Mum - My Cute Little Diary yang juga merupakan seorang yang tegar dalam join contest dan giveaway..

 
 

Suka entri ini, meh picit button kat bawah ni:

6 Comments
Comments

6 comments

May 3, 2011, 9:03:00 PM

Myra pun selalu singgah blog Cute Mum nie.. Suka baca cerita2 dia dan Dania :)

May 4, 2011, 7:29:00 AM

betul juga tu kak.. better letak sidebar sebelah kiri ;)

May 4, 2011, 9:26:00 AM

tq review.. semua yang cikpuanhady kata tue memang betul.. cute mum memang ada niat nak ubah lepas nie..

1. nak buat 1 side bar jer.. tapi nak kene upah orang balik.. tak reti nak buat sendiri.. huhu..

2. pasal scroll box tue nak buat, tapi hari tue tak jadi.. takper.. nanti try lagi..

3. yang pasal blog list tue memang nak rombak selepas nie sempena ulang tahun pertama blog nie..

4. widget pool nuffnang tue akan dibuang selepas nie..

tq yer sebab tolong menambahbaik blog nie..

May 4, 2011, 10:14:00 AM

cuba tegok blog cute mum..
dah ikut semua tue..
tapi nak buang pool nuffnang camner yer?

May 4, 2011, 11:09:00 PM

@mj ; kan..kan..suka je lepak kat blog cute mum ni..

@dni : betul..betul..

@cute mum : jap me gi skodeng..aritu masa letak iklan, cute mum ada klik yes ke kat poll?

May 6, 2011, 5:24:00 PM

betui semunya :)

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...