Ha, actually ada satu benda saya nak share ngan uols, berkaitan dengan kecantikanlah juga, lama dah duk berhajat nak share, tapi asyik tak sempat je nak ambil gambar.. Takpe, yang tu kita story kemudian. Kali ni saya nak share dulu Petua Kecantikan dari Pn. Yasmin Siddik yang merupakan Perunding Kecantikan dari Positive Grooming. Ni pon saya jumpa masa berblogwalking ni, tertarik lalu nak share ngan uols.
credit |
Meh kita tengok apa petuanya..
1. Bangun pagi jam 5.30 pagi, jangan terus bangun, tetapi mengiring ke kiri/kanan dan tekan tapak tangan ke tilam (jika mengiring ke kanan tekan tapak tangan kiri, begitulah sebaliknya) dan bangun perlahan-lahan. Lunjurkan kaki dan bongkok ke depan dan cuba capai jari kaki dengan menghulurkan tangan. Buat beberapa senaman ringan. (Err..5.30 pagi? Masih belum berjaya.. Masa zaman anak dara dulu pernahla jugak buat senaman ringkas sebelum tidur dan bangun dari tidur, tapi skang..errrr!!)
2. Minum segelas air masak dan baca Al-Fatihah dahulu dan minum. Selepas mandi dan Solat Subuh, minum segelas lagi dan baca Al-Fatihah dahulu sebelum minum dan sebelum pergi kerja (minum 3 gelas sebelah pagi) Insyallah, puan-puan akan mendapat merasa segar dan bertenaga. (Pernah dengar juga elok minum air sebelum gosok gigi, tapi errrr!!!)
3. Bagi wanita yang berumur 35 tahun ke atas, selepas mencuci muka dan memakai toner, sebelum memakai pelambab, sapukan SERUM dahulu supaya liang-liang roma tidak terbuka luas. Apabila makan, makan satu senduk nasi sahaja dan lebihkan sayur-sayuran hijau. (Belum 35 lagi..hahahahampeh..baekk, nak awet muda punya pasal..)
4. Semasa Period, hari pertama hingga kedua mandi dengan air suam dan minum air suam. Sepanjang period, jangan minum air bergas, kopi, nescafe, teh dan jangan makan benda-benda sejuk seperti: kekacang, sayur menjalar, kobis, terung, taugeh, peria, bayam, kangkong, makanan laut, bawal hitam, ikan kembong, ikan terubuk. (Err..taktau pulak.. Tapi sejak duk sini memang selalu mandi air suam, nak-nak musim sejuk.. Air ais dah lama tak minum, sejak duk sini.. Air suam pon jarang..hohoho)
5. Jika perut berasa lapar, makan buah-buah yang manis. (Ermm, pisang, epal, strawberi dan anggur tu kira buah manis ke?ngeee..)
6. Dalam seminggu makan ayam/daging, 2 kali sahaja, lebihkan makan ikan. (Hmm, yang ni macam terlebih je.. Maklumler Mr Hadi hantu ayam..hohoho.. Tapi kami amalkan tak campur lauk darat dan laut..)
Untuk Part 2, nanti saya sambung ek.. Amacam? Uols ada amalkan tak petua-petua kat atas ni? Hohohoh..
Sumber : Belog Kiter
Nak buah tangan dari Swiss? Meh join Ma Belle Shoppe Giveaway - 20 Mei 2011
Suka entri ini, meh picit button kat bawah ni: