Yiihaa, kali ni saya sambung edisi menerjah pula, setelah menerjah puanbeeDOTcom, kali ni tibalah giliran Bicara Hati untuk digodek-godek, direview oleh saya..ngee
Saya suka dengan warna tema blog ini, nampak jelas mana satu sidebar dan entry. Header pon ok, sesuai dengan nama blog, cumanya mungkin boleh dipercantikkan lagi.. (ewaahhh..padahal header blog saya ni pon ntahapeape lagi ni..kekeke)
Cumanya, sebagaimana yang saya review blog Cute Mum, sebaiknya sidebar berada di sebelah kanan entry, ini kerana proses loading akan bermula dari atas, kiri dan akhir sekali sebelah kanan. Jadi, kalau ada gambar yang bersaiz agak besar di sidebar kiri, ataupun bloglist di sebelah kiri, sedikit sebanyak akan menambahkan masa loading blog.
Lagi, kalau nak nampak lebih kemas, Nadiah boleh letak scroll box di Blog Archive, jadi bila entri bagi satu-satu bulan tu banyak, Blog Archive takkan melorot panjang ke bawah. Tapi based on jumlah entri beberapa bulan lepas, kalau tak letak scroll box pon ok aje..ngee. Tapi untuk semua bloglist saya syorkan pasang scroll box, mesti nampak lagi kemas bila ditunjukkan semua.. Malah Nadiah tak perlu lagi untuk tick button show 10, sebaliknya jika ada scroll box, Nadiah bleh tunjuk semua senarai bloglist.
Cemana nak pasang scroll box kat Blog Archive dan Bloglist? Nadiah boleh tengok kat entri kat bawah ni di bahagian Tutorial..
Suka entri ini, meh picit button kat bawah ni: