May 26, 2011

Home » , , , » Happy 3rd Anniversary | Eh..eh.. 3 tahun suda.. ^_*

Happy 3rd Anniversary | Eh..eh.. 3 tahun suda.. ^_*

Hehehe, kalau nak ikutkan exact datenya, hari ni dah 3 tahun 2 hari..kuikuikui.. Kes takdan nak jenguk blog dan mengupdate, kira acilah lambat 2 hari baru buat post ni..ekekke..

Wah..sedar tak sedar dah 3 tahun kami berkongsi hidup.. Rasanya baru semalam kami mengikat janji untuk sama-sama melayari bahtera di depan tok kadi. Sungguh cepat masa berlalu, sedar tak sedar benih cinta kami sudahpun bergelar toddler (dah ready nak ada adik ke? ekeke..) Umur pon dan nak masuk era 30an..hohoho.. Tapi masih jauh lagi perjalanan kami, masih banyak lagi yang kami perlu harungi bersama..

Buat kekandaku, meh hayati puisi khas yang adinda kopipes dari sini..
Pernikahan ataupun perkahwinan,
Menyingkap tabir rahsia,
Isteri yang kamu nikahi,
Tidaklah semulia Khadijah,
Tidaklah setakwa Aisyah,
Pun tidak setabah Fatimah,
Justeru Isteri hanyalah wanita akhir zaman,
Yang punya cita-cita,
Menjadi solehah …….
 Pernikahan ataupun Perkahwinan,
Mengajar kita kewajiban bersama,
Isteri menjadi tanah, Kamu langit penaungnya,
Isteri ladang tanaman, Kamu pemagarnya,
Isteri kiasan ternakan, Kamu gembalanya,
Isteri adalah murid, Kamu mursyidnya,

Isteri bagaikan anak kecil,
Kamu tempat bermanjanya,
Saat Isteri menjadi madu,
Kamu teguklah sepuasnya,
Seketika Isteri menjadi racun,
Kamulah penawar bisanya,
Seandainya Isteri tulang yang bengkok, berhatilah meluruskannya…
Pernikahan ataupun Perkahwinan,
Menginsafkan kita perlunya iman dan takwa,
Untuk belajar meniti sabar dan redha,
Kerana miliki isteri yang tak sehebat mana,
Justeru Kamu akan tersentak dari alpa,
Kamu bukanlah Rasulullah,
Pun bukanlah Saidina Ali Karamaullahhuwajah,
Cuma suami akhir zaman,
Yang berusaha menjadi soleh…..

Semoga cinta dan kasih sayang antara kita akan mekar selamanya. Dan semoga ikatan perkahwinan ini dirahmati dan diberkatiNya.. Untuk suamiku yang dicintai, thank you for being a wonderful husband, for being an amazing dad..


Suka entri ini, meh picit button kat bawah ni:

7 Comments
Comments

7 comments

May 26, 2011, 3:24:00 PM

happy anniversary..
semoga berbahagia selalu dengan suami dan anak tercinta yer..
ramai nyer rakan blogger sambut anniversary..

May 26, 2011, 4:51:00 PM

wah!!!puisi yg sgt puitis

HAPPY 3RD ANNIVERSARY!!!SMOGA KEKAL BAHAGIA HINGGA KE AKHIR HAYAT

cute mum: rsa'y ramai blogger smbut anniversary sbb musim knuri kot time nih.kn nk cuti sek...

May 26, 2011, 5:43:00 PM

epy 3rd aniversary sis!moga bahagia slalu:)

May 26, 2011, 6:55:00 PM

hepi 3rd anniversary ya. rasanya da ucap utk 3 blogger da.
ni mesti thn 2008 dulu cuti sekolah time tu kan. teheheheh.

Tkpe.. sy akan mengikut juga pada bln 12 nati.

Takpe.. number is a just figure. Saya da masuk 3 series 2 thn lps da.. ilek je lagi ni. teheheheh :D

May 26, 2011, 7:38:00 PM

Tahniah yer kak has..
happy anniversary..semoga kekal bahgia sampai hujung nyawa...semoga terus menjadi keluarga yg sakinah,,insya allah...
semoga mendapat baby lagi...:)
heheh...banyak semoga nyer...semoga happy selalu ya!!!! loVe frm AiDa..<3

May 27, 2011, 9:02:00 AM

tahniah.. dan semoga berbahagia selaluuu :D

Jul 6, 2011, 6:56:00 PM

@to all : terima kasih..semoga doa dan wish uols dimakbulkan..ngee

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...