May 8, 2011

Home » , » Selamat Hari Ibu

Selamat Hari Ibu



Kebetulan Suisse menyambut Hari Ibu sama dengan Malaysia.. Jadi kurang kepelikan di situ sekiranya saya membuat entri ini.. (neway, Hari untuk Ibu kan tak semestinya hanya disambut hari ini sahaja, malah bagus kalau dirai setiap hari..!!!)

Semoga mama menjadi mama yang terbaik untuk Zahra

Walaupun saya baru dua tahun jagung bergelar ibu (tapi Zahra ditrain panggil saya mama), masih cetek ilmu di dada, pengalaman pon x seberapa, tapi itu tak bermakna saya tidak mengerti dan sedar betapa besarnya kasih sayang, pengorbanan dan jasa yang dicurahkan oleh mek kepada kami adik beradik, apatah lagi kepada saya sebagai anak bongsunya yang sudah pasti lagi banyak karenahnya. 

Mek, engkaulah ratu hatiku..

Jua kepada mok (ibu mertuaku....), yang mendidik en. Suami saya, bersama 6 adik beradiknya yang lain, yang sanggup mengorbankan karier demi menumpukan sepenuh perhatian untuk membesarkan anak. Tidak lupa juga buat Mak Mang, yang sudi menyayangi, mengasihi dan menjaga saya bagaikan anak sendiri, walaupun kami tiada pertalian darah.

Terima kasih mok..

Sesungguhnya, tiada intan berlian atas muka bumi ini yang boleh digunakan untuk membalas setiap titik keringat yang ditumpahkan oleh mereka, para ibu yang sanggup bersekang mata, memerah idea dan tenaga bagi menyediakan yang terbaik untuk anak mereka.. Jua bukan mereka mengharap timbunan emas dan permata yang dihulurkan, tetapi ingatan tulus ikhlas dan doa dari anak yang soleh/solehah..




Selamat Hari Ibu buat mek, mok, mak mang, buat diriku (hahaha..nak masukkan jugak..), kakak2ku, sahabat2ku yang bakal/sudah menjadi ibu dan semua ibu di seluruh pelusuk dunia.. Buat ibu-ibu muda seperti saya, semoga hari ini menaikkan semangat lagi supaya kita menjadi ibu yang mithali/terbaik untuk anak-anak generasi akan datang..





Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Kliklah sini dulu.. Thanks!!


Suka entri ini, meh picit button kat bawah ni:

6 Comments
Comments

6 comments

May 8, 2011, 11:46:00 AM

selamat hari ibu...

May 8, 2011, 4:14:00 PM

Selamat hari ibu Has.. anagk bongsu rupanya.. ;)

p/s
ntah bila la nak siap projek make-over blog Has ni... hrp sabor yer... tuan badan tgh mood ke laut.. :p

n3 terbaru kakyong
Majlis resepsi Zed Zaidi dan Natalia
BEN ASHAARI GEGAR BLOG MAY 2011
Dapat coklat sempena hari ibu

May 8, 2011, 4:28:00 PM

salam....selamat hari ibu buat mama zahra =)

May 8, 2011, 11:20:00 PM

selamat hari ibu! :)

Anonymous
May 9, 2011, 7:15:00 AM

selamat hari ibu juga..

May 10, 2011, 10:46:00 PM

@aanie, nadiah, fa10 : selamat hari ibu juga utk aanie, nadiah, fa10..

@kakyong : selamat hari ibu kakyong..takpe, take ur time..saya tak kisah..ngee..

@syira : thanks dear..

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...