Kalau ikutkan saya nak jugak letak Jozan, Man dan Balas, tapi nak buat cemana, saya hanya boleh pilih 3 yang terbaik sahaja, dan bagi saya, tiga yang terbaik minggu ni adalah Jambu, Sepah dan Nabil.. Tapi kan, tapi kan, saya tak dapat nak decide, sape yang berada di tangga pertama, kedua ataupun ketiga.. Sebabnya kenapa? Masing-masing best dengan cara yang tersendiri..
Yang Jambu takyah cakaplah, dari Minggu 4 lagi saya suka diorang punyer silent comedy, Sepah pulak setiap bait-bait diorang memang kelakau, besh je dia sambung ayat, contohnya itu pepatah pepatung..wahaha.. Nabil pulak, takyah cakaplah, paling suka part GBS tu..wakaka.. Meh layan lawak depa minggu ni..
Wahh, ni yang buat tak sabar nak tengok minggu depan pulak.. Maklumlah, cabaran next week adalah Silent Comedy, bayangkan kumpulan Sepah nak buat lawak cemana? Sebab kalau ikutkan yang Minggu ni, every word Sepah cakap kelakau..hehehe.. Untuk minggu ni, uols suka sape?
p/s : Hari ni buatpe, pi jalan ke lepak rumah je?
Suka entri ini, meh picit button kat bawah ni: