May 30, 2011

ceritaindahkami.com Menerjah M.a.m.a A.d.a.m

Yiihaa, kali ni saya sambung edisi menerjah pula, setelah menerjah Aida Nasirah Punya Story, kali ni tibalah giliran blog Mama Adam untuk digodek-godek, direview oleh saya..ngee.. Peserta terakhir ni..

Nama blog memang catchy, sekaligus memang dah tau blog ini kepunyaan Mama Adam. Saya suka dengan warna tema blog ini, nampak jelas mana satu sidebar dan entry. Header pon comel sangat. Ceria gitew.. I loikee.. 


Actually, tak banyak yang saya boleh komen, sebab blog Mama Adam ni dah cukup comey dah, dari segi widget, semua dah tip top.. Cume, kalau yang boleh saya nak syorkan pon, mungkin part sebelah shoutbox tu, agak kosong sedikit. Mungkin Aanie boleh letak labels ataupun perbesarkan shoutbox tu bagi memenuhi ruang di sebelah tepi. Kalau nak letak labels, saya syorkan Aanie letak scroll box.


Dan mungkin Aanie boleh buat sesuatu dengan gambar-gambar Adam kat sidebar tu, supaya seimbang dengan sidebar sebelah tepi tu, samaada Aanie letak scroll box ataupun mungkin letak juga gambar Adam di sidebar lagi satu. Tapi yang ni takdela penting sangat, cuma nak bagi nampak lagi kemas dan cantik je.. Kalau tak ubah pon ok aje..ngee..

Rasanya itu aje ler kot yang boleh saya review pasal blog Mama Adam, yang lain memang dah tip top sangat dah.. Maklumlah Mama Adam ni memang prihatin pasal appearance blog ni..ngeee.. Meh kita tengok 2 entri terbaik bagi blog M.a.m.a A.d.a.m yang juga merupakan seorang yang tegar dalam join contest dan giveaway..

p/s : Dah pon habis sesi terjah menerjah bab pertama ni.. Tangan dah gatal nak buat segmen baru pulak ni.. Ada idea tak nak buat segmen ape? Ngee..


Nak cari handbag LV, Longchamp, souvenir? Klik SINI

Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Kliklah sini dulu.. Thanks!!

Suka entri ini, meh picit button kat bawah ni:

Ujian Pap Smear | Uols pernah buat?

Hehehe, kali ni pasal kewanitaan pulak iaitu mengenai ujian Pap Smear.. Yang lelaki, nak ambil tahu pon boleh, mana tahu suatu hari nanti memerlukan  ilmu pengetahuan ni untuk diceritakan pada isteri ke kann..ngee..

credit

Apakah itu ujian Pap Smear?
Ujian Pap Smear adalah ujian saringan bagi mengesan kanser serviks peringkat awal. Ianya diantara ujian saringan yang terbukti boleh menyelamatkan nyawa.

Apa itu serviks?
Serviks adalah pangkal rahim. Sebelum menjadi kanser, serviks menunjukkan perubahan di dalam sel-selnya yang merupakan peringkat pra-kanser. Peringkat awal ini mengambil masa beberapa tahun sebelum ia bertukar kepada kanser serviks dan pap smear boleh mengesannya peringkat ini dengan mudah.

Siapakah yang perlukan ujian Pap ?
Setiap wanita yang pernah mangadakan hubungan seks perlu menjalani ujian Pap terutamanya:
    • Mereka memulakan hubungan seks pada usia < 18 tahun
    • Mereka yang mempunyai pasangan seks berbilang.
    • Pasangan seks wanita tersebut atau suami yang mempunyai ramai pasangan seks.
    • Mereka yang mempunyai Jangkitan kuman HPV (agen penyebab kanser)
    • Perokok
    • Tidak pernah/lebih 3 tahun tidak melakukan ujian Pap Smear.
Bagaimanakah ujian Pap Smear dilakukan?
Pemeriksaan faraj akan dilakukan dengan mengunakan speculum. Kawasan dalaman faraj dan serviks akan dilihat dengan mata kasar. Setiap ketidaknormalan akan diperiksa dengan teliti. Dengan mengunakan kayu kayu kecil (spatula) sel-sel pada bahagian serviks akan diambil dan akan dismear pada permukaan slaid. Slaid ini kemudiannya dihantar ke makmal untuk diproses sebelum dibuat pemeriksaan mikroskopik.

Bilakah waktu yang sesuai untuk ujian Pap Smear dilakukan?
Ujian mudah ini boleh dilakukan pada bila-bila masa anda tidak didatangi haid kerana sel darah merah boleh mengganggu pemeriksaan mikroskopik. Sebolehknya elakkan hubungan seks pada malam sebelumnya. 

credit : KPMC Puchong

Ha, bercakap pasal ni, saya tak pernah buat ujian. Kenapa? Hmm, kalau nak kira banyak alasannya, antaranya lepas kahwin, takdan berapa bulan dah pregnant, pastu mai Swiss pulak, nak buat kat Swiss segan kalau-kalau dapat doc atau nurse lelaki, jawabnya balik ni baru nak buat..agagaga.. Tapi sebenarnya masih takut-takut dan segan lagi ni..agagaga.. Maklumlah, walaupun nurse or doc perempuan yang cek, still segan gak kan..agaga.. Masa beranak haritu lain, sebab dah sakit kan, tak kesah dah..

Tapi nak tak nak, kena buat jugak kan, lagipun ni melibatkan kesihatan diri kan.. Takkan kerana segan, kita nak compromise our health kan, lebih baik mencegah daripada berubat..huhu.. Dan mintak jauhlah daripada penyakit kanser ni kan.. Antara pembunuh utama wanita masa kini ni..huhu..

Uols pernah buat ujian Pap Smear ni? Mehla share kat sini, sakit tak? Agagaga.. Kalau ikutkan yang saya kopipes sebahagian isi dari sini, ianya tidak menyakitkan, tapi nakler jugak tahu pengalaman uols kan..
Pap smear tidak menakutkan! Tidak juga menyakitkan atau boleh mengakibatkan pendarahan jika pesakit mengikut arahan daripada doktor ketika menjalani ujian. Perasaan malu tidak seharusnya timbul dan dibuang dengan segera jika inginkan jangka hayat anda berpanjangan.

Lazimnya doktor atau pembantunya akan memberi tunjuk ajar sebelum ujian dijalankan. Dari segi kedudukan, persediaan perasaan, turun naik nafas dan sebagainya akan diberitahu supaya pesakit akan dapat menjalani ujian ini dengan selesa. Jika pesakit mengikut arahan ujian boleh dilakukan hanya untuk beberapa minit sahaja.

p/s : Dalam mode berdebar nak buat test ni.. Padahal tak buat appointment lagi..agagaga.. Sapa yang pernah buat kat JB ataupun Kelate, mehla suggest hospital mana yang besh untuk buat ujian ni..agaga


Nak mitak jasa baik klik like kat SINI.. Thanks ^_* 

Nak cari handbag LV, Longchamp, souvenir? Klik SINI

Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Kliklah sini dulu.. Thanks!!

Suka entri ini, meh picit button kat bawah ni:

Yeayy.. Belle dapat Double BE!!

Alhamdulillah.. Murah rezeki blog Belle bulan May ini.. Semoga terus diperbanyakkan rezeki (err..ni ayat berbaur tamak ke?agagaga..) Saya juga pasti, ramai blog kenkawan yang murah rezeki di bulan May ini kan, dengar2nya ramai juga yang menerima BE dari Nuffnang, ada yang pertama kali (err..kalu nak kira saya pun baru je lagi merasa BE ni..pertama kali merasa BE bulan ni la jugak.. Tak cayer, tengok sini..) Ada yang makin bertambah-tambah list BEnya, alhamdulillah.. Semoga kita sama-sama berusaha dan terus berusaha untuk meningkatkan usaha dalam berblogging ni..

Ha, nak tau penaja mana yang bermurah hati nak bagi BE kat blog Belle ini? Semestinya dari Nokia dan Perodua, dan juga Nuffang. Terima kasih kerana mempercayai blog ini, dan sememangnya saya adalah pengguna produk Nokia dari dulu lagi, dan kereta Myvi putih adalah my 2nd ayang..ngee.. Sudilah kiranya menerima pantun dua kerat dari me..

Terima kasih daun keladi
Lain kali, berilah lagi..


A million thanks juga buat Belle visitors yang sering berkunjung ke sini, dan memberi sokongan pada blog Belle ini.. A million thanks juga pada yang sudi klik ads di blog Belle ini.. Muahss berbijik-bijik kat uols..

Alang-alang saya buat entri ni, saya nak selitkan sekali Alexa ranking bagi blog ni. Dah lama tak menempek kat sini, sejak saya bertukar kepada domain. Last sekali saya cek Alexa ranking ni, pada bulan 2, masa tu masih berdomain blogspot lagi.. Moh skodeng jap rank blog ni setelah berdomain ni..miahaha..
Amacam, ok ke rank blog ni yang berusia 3 bulan (kalau campur masa berdomain blogspot dulu,  dah 5 bulan lorr..)?


Nak cari handbag LV, Longchamp, souvenir? Klik SINI

Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Kliklah sini dulu.. Thanks!!

Suka entri ini, meh picit button kat bawah ni:

May 29, 2011

American Idol Finale 2011 | Antara Persembahan dan Sketsa yang Best

Hehehe, walaupun tirai American Idol Finale 2011 dahpon melabuhkan tirai pada Jumaat lepas, tapi saya nak share juga antara persembahan dan sketsa yang best bagi finale kali ini, sekaligus melengkapkan koleksi American Idol 2011 saya yang meliputi persembahan Pia Toscano, James Durbin yang besh dan Casey Abrams pon tak kurang hebatnyaHaley Reinhart yang awesome dan persembahan duet yang besh.. 

Meh kita tengok persembahan pertama yang menarik perhatian saya..hehehe.. Semestinyalah saya muatkan persembahan Haley, saya kan peminat tegar Haley..agaga.. Sweet sangat tengok Haley nyanyi dan menari bersama Tony Bennet..


Video kedua ni pulak, sketsa antara Casey, James dan Pia mengenai Most Shocking Moment..heheh.. Siriyes lawak, especially part Casey cakap It's like, hey, you suck, and then, oh you know what, we'll give you another chance. Oh no, you suck again, dan juga tetiba part Pia datang..hahaha

 
Yang ni adalah persembahan Marc Anthony, diiringi dengan tarian JLo.. Teringat balik lagu Marc Anthony yang besh dolu-dolu, antaranya My Baby You.. Perghh.. Memang dengar banyak kali pon tak puas.. Oh ya, sweet je tengok JLo dan Marco ni..hehhe


Dan yang last ni, adalah video yang paling saya suka dan tak puas dengar..hohoh.. Siapa lagi kalau bukan persembahan Steven Tyler, Dream On.. Sangat best, arrangement ala-ala orkestra, tapi sayang, sekejap sangat. Cari kat utube pon, takde audio dan quality yang best...


Ada lagi tau sketsa yang best, especially yang dia tunjuk part-part kelakar bagi Randy, JLO dan Steven Tyler. Uols carilah..ekekek.. Nak letak kat sini nanti panjang berjela pula.. Uols type aje funny segmen American Idol Finale 2011. Apapun, tahniah buat Scotty yang berjaya merangkul gelaran American Idol 2011 dan buat kesemua peserta Top 13 American Idol kali ni.. 


p/s : Tak sangka Scotty bercouple dengan Lauren, patutlah masa Finale tu mesra semacam..ekeke.. Agak-agak Casey ngan Haley couple gak ke?


Nak cari handbag LV, Longchamp, souvenir? Klik SINI

Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Kliklah sini dulu.. Thanks!!

Suka entri ini, meh picit button kat bawah ni:

May 28, 2011

Video Maharaja Lawak Minggu 9 | Yang Kelakar Habis Jambu, Sepah, Jozan, R2.. Nabil?

Ngeee.. Walaupun pada awalnya saya hanya nak tunjuk 3 kumpulan yang terbaik, tapi dek kerana Sepah, Jozan dan R2 di level yang sama, iaitu di level yang kedua, jadi tak dapekla saya nak tunjuk Top 3..ngeee..

Bagi saya, Minggu 9 ni yang kelakar habis adalah Jambu.. Seriyes boleh tegang urat perut sebab gelak tak berenti-renti.. Sangat kacip aka ngam betul dengan Acong.. Dan yang kurengg tapi kelakar gak adalah Nabil. Saya suka part yang lawak spontan tu, bab tersingkir tu..ekekeke.. Meh kita layan lawak diorang bersama tetamu undangan..






Minggu ni Balas terkeluar, agak-agak minggu depan siapa yang akan terkeluar, adakah Nabil? Hoho..  Oh ya, untuk Minggu 10, apa tugasan diorang ek? Agak-agak kali ni siapa  pulak yang menyerlah? Ngee..


Nak cari handbag LV, Longchamp, souvenir? Klik SINI

Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Kliklah sini dulu.. Thanks!!

Suka entri ini, meh picit button kat bawah ni:

May 26, 2011

Happy 3rd Anniversary | Eh..eh.. 3 tahun suda.. ^_*

Hehehe, kalau nak ikutkan exact datenya, hari ni dah 3 tahun 2 hari..kuikuikui.. Kes takdan nak jenguk blog dan mengupdate, kira acilah lambat 2 hari baru buat post ni..ekekke..

Wah..sedar tak sedar dah 3 tahun kami berkongsi hidup.. Rasanya baru semalam kami mengikat janji untuk sama-sama melayari bahtera di depan tok kadi. Sungguh cepat masa berlalu, sedar tak sedar benih cinta kami sudahpun bergelar toddler (dah ready nak ada adik ke? ekeke..) Umur pon dan nak masuk era 30an..hohoho.. Tapi masih jauh lagi perjalanan kami, masih banyak lagi yang kami perlu harungi bersama..

Buat kekandaku, meh hayati puisi khas yang adinda kopipes dari sini..
Pernikahan ataupun perkahwinan,
Menyingkap tabir rahsia,
Isteri yang kamu nikahi,
Tidaklah semulia Khadijah,
Tidaklah setakwa Aisyah,
Pun tidak setabah Fatimah,
Justeru Isteri hanyalah wanita akhir zaman,
Yang punya cita-cita,
Menjadi solehah …….
 Pernikahan ataupun Perkahwinan,
Mengajar kita kewajiban bersama,
Isteri menjadi tanah, Kamu langit penaungnya,
Isteri ladang tanaman, Kamu pemagarnya,
Isteri kiasan ternakan, Kamu gembalanya,
Isteri adalah murid, Kamu mursyidnya,

Isteri bagaikan anak kecil,
Kamu tempat bermanjanya,
Saat Isteri menjadi madu,
Kamu teguklah sepuasnya,
Seketika Isteri menjadi racun,
Kamulah penawar bisanya,
Seandainya Isteri tulang yang bengkok, berhatilah meluruskannya…
Pernikahan ataupun Perkahwinan,
Menginsafkan kita perlunya iman dan takwa,
Untuk belajar meniti sabar dan redha,
Kerana miliki isteri yang tak sehebat mana,
Justeru Kamu akan tersentak dari alpa,
Kamu bukanlah Rasulullah,
Pun bukanlah Saidina Ali Karamaullahhuwajah,
Cuma suami akhir zaman,
Yang berusaha menjadi soleh…..

Semoga cinta dan kasih sayang antara kita akan mekar selamanya. Dan semoga ikatan perkahwinan ini dirahmati dan diberkatiNya.. Untuk suamiku yang dicintai, thank you for being a wonderful husband, for being an amazing dad..


Suka entri ini, meh picit button kat bawah ni:

Perhatian buat Semua Peserta Ma Belle Shoppe Giveaway

Thanks buat uols yang sudi join Ma Belle Shoppe Giveaway. Akhirnya setel jugak saya update senarai nama beserta dengan tekaan uols..hohoh.. Maklumlah kena cek satu-satu, agak penin dan memakan masa juga..huhuhu.. Lenkali takmo buat syarat-syarat sunat lagi dah, banyak koje, tapi sebenarnya nak bagi peluang yang lebih buat uols yang lebih rajin..hehehe.. Dan juga nak bagi kelebihan buat kenkawan yang support saya dan blog Belle ni..hehehe.. 

Meh cek senarai tu kat SINI, kot-kot saya ada tersilap type ke.. Juga ada beberapa peserta yang masih ada extra tekaan, uols diberi masa sehingga hari Sabtu, 28hb Mei ini jam 8 malam waktu Malaysia dan selepas itu, sebarang perubahan tidak akan dilayan..ngee..

InsyaAllah, saya akan maklumkan nama pemenang-pemenang pada hari Ahad atau Isnin.. Sebab hari Selasa tu, kami dah naik flight.. Maka, kalau takde aral melintang, paling lewat hari Isninlah, tapi untuk hanya perancangan saya.. Bukan ape, senang, bila sampai Malaysia nanti, dah kurang jetlag, saya dah boleh pos terus, tak gitu? Agagaga..

Oh ya, buat uols yang datang memeriahkan blog ini dengan komen-komen uols, dan yang tinggal jejak kat sini, nanti bila saya dah free, saya akan berblogwalking ke blog uols ek.. Takdan skang ni..hohoh.. Semalam satu entri tak sempat update, yang giveaway dan contest pon saya tak sempat nak cek..huhuh.. Till then, semoga uols ceria di pagi Khamis ni..


Nak cari handbag LV, Longchamp, souvenir? Klik SINI

Kliklah sini dulu.. Thanks!!

Suka entri ini, meh picit button kat bawah ni:

May 24, 2011

Senarai Tempat Makan yang Best di KL & Selangor | Mana lagi best ek?

Hehehe, hari ni hari KL dan Selangor..ecece.. Jangan mare ek.. Tapi saya rasa, cam nak bergathering juga di JB & Kelate nanti, alang-alang dah balik kan.. Takat ni yang saya dapat recall (maklumlah dalam kepala ni sarat ngan hal ehwal nak balik..huhu), Ayu dan Ekin di JB, lagi sape ye? Huwahuwa.. Kalau kat Kelate, ada Dni, ada Suzie.. Jom main bowling kat KB Megamall nak? Saya tak pernah try lagi main kat situ.. Dedulu ada plan ngan adik beradik, tapi tak kesampaian..hohoh..

terliur suda..
Back to the title, setelah saya duk usha-usha tempat makan ni, tersangatlah banyak tempat makan yang best kat KL & Selangor ni, sedangkan masa dan hari kami kat KL ni kejap aje.. Mungkin dalam 5-6 hari je.. So terpaksalah pilih antara senarai yang kat bawah ni, yang mana mesti pergi.. Dan yang lain tu, mungkin tahun-tahun akan datang lorr.. Dan minta pendapat uols yang pernah pi kat tempat makan kat bawah ni, untuk suggestkan yang mana sangat mesti pergi..ekekek.. Kalau ada tempat lain yang tak tersenarai pon, boleh juga suggestkan kat kotak komen ni..

Ayam penyet yang paling best

Satay yang paling best


Restoran atau masakan Thai yang paling best
Hehehe.. Kalau nengokkan list tempat yang kami nak pi ni, banyaknya tempat makan..wakaka.. Punyerlah nak cover balik 2 tahun tak dapat merasa makanan kat Malaysia..kuikuikui.. Jangan segan-segan untuk mengundi yer.. Kalau nak suggestkan tempat lain pon boleh je..


Nak mitak jasa baik klik like kat SINI.. Thanks ^_*

Longchamp New Year Sale, Klik SINI

Kliklah sini dulu.. Thanks!!

Suka entri ini, meh picit button kat bawah ni:

Buat Blogger di KL & Selangor | Set la ni gathering pada 12hb di KLCC, jam berapa?

Tu dia tajuk..agagaga.. Kira aci la ek.. Saya tak sempat nak fikir lelama tajuk, dah dekat nak balik Malaysia ni, rasa macam tak cukup tangan pulak..huhuhu.. Ni pon tengah berhempas pulas update senarai nama dan tekaan yang join Ma Belle Shoppe Giveaway hari tu.. Sabor yer yanggg... Nama peserta dah complete, yang belum completenya adalah tekaan..huhuh..

Berbalik kepada tajuk, kira jadila ni yer, gathering kita pada 12hb Jun bersamaan hari Ahad di KLCC. Mahu buat jam berapa ni, pagi ke petang? Ekeke.. Kalau nak buat petang pon ok aje, kot-kot pagi nak kemas rumah ke ape kan.. So puan penganjur rasmi adalah Cute Mum la ni yer? Ekeke.. Nana ada bagi cadangan nak buat potluck, nak senaraikan siapa bawa apa ke or main bawak je, ke cemana? 

Oh ya, kebetulan pulak Geng Hot Mama Blogger pon ada buat gathering juga, pada hari yang sama, jam 4 petang di Tasik Titiwangsa, tak silap saya.. So, uols rasa nak sekali harung ngan gathering ni ke, asing-asing (coz me tau Cute Mum adalah ahli GHMB) Saya tak kisah aje, mana-mana yang uols rasa sesuai dan selesa, sebab ni pon suka-suka aje, mahu berkenalan dengan lebih rapat di luar dunia blogging..ekekeke..

Saja nak tunjuk gambar kami jenjalan kat KLCC, 2 tahun yang lepas (bulan 7, 2009)..hehehe.. Ntah Zahra ingat lagi ke dak..agagaga.. Yang pasti, habis terlocor ayaq liuq tengok air pancut tu..

Kat taman mainan
tu dia..melopong mulut..tengok ape taktau..
KLCC, July 2009 & Zahra is 4 months old..
Nak cari handbag LV, Longchamp, souvenir? Klik SINI

Nak ke 1 Utama pada 29hb Mei (Ahad) dari 9pagi & menangi hadiah wang tunai RM15K, KLIK SINI.

Kliklah sini dulu.. Thanks!!

Suka entri ini, meh picit button kat bawah ni:

May 23, 2011

Sila Baca | Status Halal Secret Recipe & Puratos

Perrghh, semasa berblogwalking, ternampak ada entri pasal Status Halal Secret Recipe.. Cepat-cepat saya klik, maklumlah balik ni dah memasang angan-angan untuk mentekadarah di SR ni.. Tempat makan favorite kitorang ni..

Rupa-rupanya ada penemuan DNA babi dalam bahan ramuan Syarikat Puratos Malaysia Sdn Bhd.  Maklumat lanjut boleh klik SINI. Dan sebenarnya takde kaitan dengan syarikat Secret Recipe pon sebenarnya (kalau pemahaman saya salah, tulun betulkan), kebetulan nama produk tersebut Talento Brownies & Cake Concentrate Secret Recipe, menggunakan Brand Puratos dan dikeluarkan oleh Syarikat Puratos, bukannya syarikat SR (dan rasanya takde pon produk ni kat SR, dan kalau uols perhatikan, kek SR dia guna bahan dari SR sendiri, bukan puratos), kalau uols search kat SINI (kat maklumat carian tu uols boleh type puratos dan secret recipe, perhatikan syarikat pengeluar). Tapi yang saya concern adalah, banyak produk dari Puratos, contohnya Carrefour Sweet Bun  pon guna bahan dari Puratos jugak. 

Yang weols perlu berhati-hati skang ni adalah apa sahaja produk dari Syarikat Puratos Malaysia Sdn Bhd, mungkin bahan buat kek, mungkin roti keluaran Puratos, muffin dan banyak lagi, uols boleh tengok kat SINI (setelah type Puratos kat maklumat carian, uols tekan image under syarikat, akan keluar list produk dari Puratos). Oh ya, Syarikat Lucky Food Processing Sdn Bhd. pon telah ditarik sijil halalnya. Maklumat lanjut boleh klik sini..

updated : Kat bawah ni adalah pernyataan dari facebook Secret Recipe.
p/s : Pheww.. berdebar sekejap..


Nak cari handbag LV, Longchamp, souvenir? Klik SINI

Nak test drive Proton Exora & menangi hadiah wang tunai RM6K, KLIK SINI.

Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Kliklah sini dulu.. Thanks!!

Suka entri ini, meh picit button kat bawah ni:

Mesti Baca | Bahaya Seorang Blogger

Semasa duk berblogwalking, saya terperasan ada satu entri mengenai risiko dan bahaya menjadi seorang blogger. Seram tak dengar? Huhuhu, jangan main-main, silap tulis entri, kita berisiko untuk disaman. Meh kita tengok jenis-jenis entri yang boleh mendatangkan risiko untuk disaman..huhuhu.. Ni saya kopipes aje ni..

credit
Suka untuk saya kongsikan sebuah jurnal akademik bertajuk “BLOGGING – ARE YOU EXPOSING YOURSELF TO LEGAL LIABILITIES?” yang ditulis oleh Sabrina Mohamed Hashim, Peguambela dan Peguamcara di Abdul Raman Saad & Associates.
Menurut beliau, perkembangan Internet di Malaysia telah menyebabkan penulis blog (blogger) bertambah dan mereka ini terdedah kepada risiko perundangan sivil dan criminal seperti:
  1. Hak Cipta (Copyright)
  2. Tanda Dagangan (Trademark)
  3. Fitnah (Defamation)
  4. Hasutan (Sedition)
1. Hak Cipta
Hak cipta digunakan untuk melindungi hasil kerja seseorang sama ada bertulis, lisan atau visual dan bertujuan untuk mengekalkan keaslian daripada disalin tanpa kebenaran. Perlindungan hak cipta merangkumi kerja-kerja yang berikut:
  • (A) karya sastera, seperti karya tulis, novel, kod sumber dalam program komputer dan laman web dan kandungan dalam pengeluaran multimedia;
  • (B) karya muzik dan dramatik, seperti skor muzik, drama, dan skrip televisyen;
  • (C) karya seni, seperti gambar, patung dan imej, dan
  • (D) rakaman suara dan filem, seperti filem (seluloid tradisional dan pelbagai format video), nota, kaset dan CD muzik, drama atau ceramah. 
Beliau menegaskan bahawa membuat posting berkaitan gambar, rekabentuk, gambar produk yang dilindungi oleh hak cipta adalah tidak dibenarkan sama sekali. Perkara yang sama berlaku apabila pemilik blog menawarkan rakaman suara dan fail audio yang boleh dimuat turun, pastikan tidak melanggar hak cipta fail tersebut. Beliau turut menggariskan beberapa syarat untuk menulis posting agar tidak melanggar hak cipta.
  1. Cipta gambar, grafik, kod dan perkataan sendiri.
  2. Gunakan lesen hak cipta yang dibenarkan dalam skop yang telah dipersetujui
  3. Gunakan gambar percuma di Internet selagi tidak melanggar terma yang digariskan oleh pemilik asal.
2. Tanda Dagangan
Tanda dagangan memberi hak kepada pemilik cap dagangan untuk mengelakkan orang lain menggunakan logo, slogan atau identiti mereka untuk tujuan lain atau mengelirukan pengguna.
Para blogger dikira menyalahgunakan tanda dagangan apabila menggunakan logo atau identiti pemilik tanda dagangan lalu dibawa ke laman web lain, bukannya laman web rasmi pemilik tandan dagangan. Perkara ini boleh menyebabkan kekeliruan pengguna. Oleh yang demikian, pemilik blog mestilah menulis penafian bahawa laman blog mereka tidak mempunyai kaitan secara langsung dengan identiti yang dibawa oleh penulis dalam tulisan mereka.

3. Fitnah
Akta Fitnah 1957 (Defamation Act 1957) diperkenalkan untuk membendung bahan cetak dan penyiaran daripada melakukan fitnah dalam penerbitan mereka. Fitnah yang dibuat oleh penulis terhadap seseorang sehingga merosakkan reputasinya terbahagi kepada bentuk tulisan atau lisan. Dalam penulisan blog, akta ini tidak boleh disesuaikan kerana hanya digubal untuk penerbitan buku dan penyiaran. Namun para penulis blog haruslah berhati-hati ketika menulis berita agar tidak memfitnah pihak lain.

4. Hasutan
Penulisan blog yang menjurus kepada penyebaran maklumat yang tidak benar, tidak lengkap atau mengelirukan mengenai perkara-perkara sensitif seperti perkauman dan keagamaan atau kandungan yang boleh menimbulkan kebencian dan penghinaan terhadap kerajaan atau penguasa. Penulis boleh dikenakan tindakan dalam Akta Hasutan 1948 sekiranya tulisan mereka di’quote’ di dalam akhbar atau buku seperti yang berlaku kepada Raja Petra.

Sumber dari Adam Roslan, dan untuk maklumat lanjut uols boleh klik link tersebut. Sebab tu lah, dalam penulisan dan juga dalam berblogging, tak boleh main sedap tangan je..hohoh.. 

Tapi kan, yang saya risau bebenau ni, saya kan suka je kongsi video-video youtube ni, nak-nak saya ada wat segmen Mari Belajar Bahasa French, kekadang tu saya suka share lagu-lagu yang saya suka contohnya American Idol 2011 ni, video persembahan terbaik Maharaja Lawak setiap minggu (yang ni paling saya seriau sebab baru-baru ni kan Astro tarik balik balik video kat Youtube) Bukan apa, saya ni suka ulang tayang kalau benda tu best, so bila dah dicompile dalam blog ni, senang, takyah nak mencari kat youtube dan tak membuang masa untuk search..huhuuhu..


p/s : Teringat kat blog Ma Belle Conway, saya ada share link untuk download cerita (tapi dah lama tak diupdate), tapi tu link kami sendiri yang upload.. Tu pon tak boleh ek? Uwaa..


Nak cari handbag LV, Longchamp, souvenir? Klik SINI

Nak test drive Proton Exora & menangi hadiah wang tunai RM6K, KLIK SINI.

Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Kliklah sini dulu.. Thanks!!

Suka entri ini, meh picit button kat bawah ni:

May 22, 2011

American Idol 2011 | Video Persembahan Haley Reinhart yang Best

Oleh kerana saya ada share video-video persembahan Pia Toscano, James Durbin yang besh dan Casey Abrams pon tak kurang hebatnya bagi saya untuk American Idol 2011 kali ini, jadi tak sah kalau saya tak share video my other favorite contestant, which is Haley Reinhart.. Yeay, saya peminat tegar Haley Reinhart..hohoho..

Memang sedey masa dia terkeluar masa Top 3 tu, maklumlah saya target dia akan ke final, nak-nak pulak, saya tak puas lagi tengok persembahan dia, tapi nak buat cemana.. Saya suka suaranya yang ala-ala bluey dan raspy bila growling tu.. Kalau ikutkan, almost semua lagu yang Haley nyanyi best, kalau nak letak semua kat sini banyak sangat nanti, so saya pilih yang terbaik dari yang terbaik..heheh







Kalau uols nak tahu, bermula dari Haley nyanyi lagu Rolling in The Deep, dari situlah saya mula kenal dengan Adele dan jatuh cinta dengan lagu ni, siriyes, memang besh. Malah ada yang komen versi Haley lagi besh.. Memang tak puaslah dengar Haley nyanyi, dengar banyak kali pon tak puas..hehehe..

Now dah tinggal Lauren ngan Scotty untuk finale, agak kurang bersemangat untuk tengok..huhu.. Sukala Mr Hadi sebab peserta favnya ada kat finale nanti.. Agak-agak, siapa yang bakal membawa pulang title American Idol? Saya rasa mungkin Lauren..ngeee


p/s : Mari kita sedekahkan Al-Fatihah buat semua mangsa tanah runtuh di Rumah Anak Yatim At Taqwa Batu 14, Hulu Langat dan Allahyarhamah Seniwati Mahyon Ismail. Semoga roh mereka dicucuri rahmat. Salam takziah juga buat keluarga Allahyarhamah.


Nak cari handbag LV, Longchamp, souvenir? Klik SINI

Nak test drive Proton Exora & menangi hadiah wang tunai RM6K, KLIK SINI.

Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Kliklah sini dulu.. Thanks!!

Suka entri ini, meh picit button kat bawah ni:

May 21, 2011

Video Maharaja Lawak Minggu 8 | Sepah, Jambu, Jozan dan Nabil kurang best & R2 kembali menyengat?

Hehehe..sesekali nak letak tajuk kontroversi.. Kontroversi ke? Ekekeke.. Wahh.. Wahh, rupanya minggu ni takde tema yer, ikut kreativiti masing-masing.. Dan kumpulan R2 telah diundi masuk. Dan ada yang nak Amir diundi masuk? Agagaga..

Back to the title, bagi saya, lawak Sepah, Jambu dan Jozan kurang best kalau dibandingkan minggu lepas iaitu Minggu 7, tu bagi sayalah.. Kalau minggu lepas, boleh kata sepanjang masa saya gelak,  takdan nak bagi rehat mulut. Tapi kali ni tersangkut-sangkut sikit gelaknya. tapi lawak diorang memang tetap boleh buat saya gelak.. Bagi saya paling best sekali minggu ni adalah Sepah..ngee.. Uols tengok ajelah gelagat diorang minggu ni..






Agak sedey jugakla Nabil makin kurang menyengat. Yang saya nampak ada potensi nak menang skang ni adalah Sepah dan Jambu, especially Sepah makin lama makin best. Jozan tak konsisten, kekadang besh, kekadang so-so. Untuk Minggu 9, apa tugasan diorang ek? Agak-agak kali ni siapa  pulak yang menyerlah dan siapa pula yang keluar? Ngee..


Nak cari handbag LV, Longchamp, souvenir? Klik SINI

Nak test drive Proton Exora & menangi hadiah wang tunai RM6K, KLIK SINI.

Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Kliklah sini dulu.. Thanks!!

Suka entri ini, meh picit button kat bawah ni:

Berkenan Betul dengan Kek Pertunangan Khairul Fahmi Che Mat dan Elia

Serius, memang saya berkenan dengan kek pertunangan Khairul Fahmi Che Mat dan Elia ni, unik dan lain dari yang lain. Tak pernah nampak lagi cenggini rupa kek tunang.. Owhh, I loikee..  Rasa cam sayang nak makan pon yer, kalau boleh nak frame gitew..

Kelassss kan..
Kasi zoom sikit..
Wahh, I loikke..

Bukan tu aje, saya suka gak gambar Elia kat tepi tingkap tu, macam ada seribu makna gitew.. Dan konsepnya bertemakan ala-ala arabian night giteww, nicee..

Setia menanti putera impian
Erin, pengapit pon comey juga..

Semoga Elia dan Fahmi kekal bahagia dan cepat-cepat ke jinjang pelamin pula.. Nanti boleh saya wish cepat-cepat dapat baby yang comel pula..ngee..


Sumber : kataartis.com (kat situ lagi banyak gambar Pertunangan Khairul Fahmi Che Mat dan Elia)


p/s : Wahh, bila tengok majlis tunang skang ni, rasa  macam majlis tunang saya dolu-dolu tersangatlah sempoi. (memang sempoi pon). Arggh, rasa cam nak bertunang balik, boleh gitew? Agagaga..


Nak cari handbag LV, Longchamp, souvenir? Klik SINI

Nak test drive Proton Exora & menangi hadiah wang tunai RM6K, KLIK SINI.

Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Kliklah sini dulu.. Thanks!!

Suka entri ini, meh picit button kat bawah ni:

May 20, 2011

Mari Sedekahkan Al-Fatihah

Salam semua.. Buka-buka blog pagi ni, ternampak entri dari sahabat blogger, Aisha aka Adyshariz yang gitau dia dan keluarganya tengah berkabung di atas pemergian arwah adik iparnya secara tiba-tiba.

Memang saya sangat-sangat terkejut sebab takde angin, takde apa kan, sebab lately Aisha jarang dapat update blog sebab busy dengan persiapan majlis kahwin adiknya dan juga tuntuan kerja. Tup tup bila nampak entri camgini, memang terpana sekejap. Semoga adik Aisha tabah menghadapi dugaan ini, dan juga buat semua keluarga Aisha & arwah. 

Juga, di kalangan blogger, iaitu empunya blog Telordibasuh, telah kembali ke rahmatullah akibat jangkitan paru-paru pada usia 25 tahun. Sebelum ni, saya ada terbaca di blog kenkawan yang gitau arwah masuk wad, tapi Allah lebih menyayangi arwah. Semoga keluarga arwah tabah menghadapinya. 

Semoga kedua-dua roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman. Al Fatihah..


p/s : Terasa insaf sekejap, bila-bila je Allah boleh tarik nikmat hidup..Persoalannya, sudah bersediakah kita?


Nak buah tangan dari Swiss? Meh join Ma Belle Shoppe Giveaway - 20 Mei 2011

Nak test drive Proton Exora & menangi hadiah wang tunai RM6K, KLIK SINI.

Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Kliklah sini dulu.. Thanks!!

Suka entri ini, meh picit button kat bawah ni:

Triple Plus One BE!

Setelah sekian lama blog saya tidak mendapat BE dari Nuffnang, akhirnya dapat juga BE, bukan 1, bukan 2, tapi 3 + 1 BE.. Yeayyy, ni yang buat makin sayang kat Nuffnang ni.. Oh ya, kenapa 3 + 1 BE, nape tak cakap 4 je terus, kan senang?

err..ni bukan saya yer..

Senangnya dalam hati
Dapat tiga + satu BE
 Terima kasih en. Nuffy
Jangan lupa beri lagi


Sebabnya semalam saya perasan ada 3 ketul BE, tapi takdan nak buat entri lagi, tapi kali ni, bila saya nak buat entri, tengok-tengok bertambah satu lagi.. Tu yang jadi 3 + 1 tu..ekekeke.. Oh ya, kalau ikutkan blog personal dapat 3 je BE, 1 BE lagi tu blogshop, Ma Belle Shoppe. Kalau nak tahu, lama jugaklah blog saya tidak dikunjungi BE, ermm, bila ek (punyerlah lama sampai tak ingat kan..) Tak silap saya, 1st cash out hujung bulan 1 haritu, lepas tu terus tak dapat BE dah.. Tapi itu blog lamalah, which is Ma Belle Conway (dulu-dulu my blog personal, skang dah jadi khas untuk conway). Blog ni saya mula pasang Nuffnang hujung bulan 2 tak silap.. 

Kiranya nak dekat 3 bulan jugakla blog saya takde BE..huhuh.. Apapun, saya berterima kasih buat Nuffnang, Nippon Paint, YTL YES dan ADT Home Security kerana mempercayai blog ini dan sudi beriklan di blog Belle ini..


p/s : A million thanks juga buat Belle visitors yang sering berkunjung ke sini, dan memberi sokongan pada blog Belle ini.. A million thanks juga pada yang sudi klik ads di blog Belle ini.. Muahss berbijik-bijik kat uols..


Suka entri ini, meh picit button kat bawah ni:

Hari Terakhir untuk MBS Giveaway

Meh, sapa belum join Ma Belle Shoppe Giveaway dan berpeluang untuk memenangi souvenir dari Swiss berupa Fridge Magnet, uols masih ada beberapa jam je lagi sebelum giveaway ini ditutup pada jam 11.59 malam nanti (waktu Malaysia).

Ada yang pening ek dengan giveaway ini? Kalau pening, uols boleh rujuk contoh penyertaan kat SINI, kalau tak faham juga boleh tanya.. No sweat.. Kalau tekaan uols tidak tepat atau paling hampir (pendek kata tak menang dalam teka-teki), uols masih berpeluang untuk menang dalam cabutan bertuah. Jadi, apa tunggu lagi, klik SINI laju-laju untuk join Ma Belle Shoppe Giveaway..

Antara souvenir yang dijual

Untuk senarai nama, uols boleh klik SINI, tapi saya belum habis update lagi tu..hehehe.. Maklumlah kena cek satu-satu, agak penin dan memakan masa juga..huhuhu.. Lenkali takmo buat syarat-syarat sunat lagi dah, banyak koje, tapi sebenarnya nak bagi peluang yang lebih buat uols yang lebih rajin..hehehe.. Dan juga nak bagi kelebihan buat kenkawan yang support saya dan blog Belle ni..hehehe.. 

Memang besh buat giveaway ni, malah skang ni saya dah ada idea untuk next giveaway.. haha, entah bila pulak dapat buat, nak tunggu saya balik Malaysia sekali lagi taktaulah bila pulak, mungkin kalau buat giveaway masa saya kat Swiss ni, hadiahnya berupa cash aje ler (tu pon kalau balik ni dapat setelkan urusan bank dan setup online banking) Takpon kalau ada yang sudi untuk sponsor dan mahu saya jadi penganjur, no hal.. Bak kata pepatah, kecil tapak tangan, nyiru saya tadahkan..ekekek

Dan kalau ada yang berkenan dengan souvenir-souvenir dan beg-beg yang comel lote yang terdapat di blog Ma Belle Shoppe,  jangan tunggu lama-lama because tarikh tutup untuk pre-order adalah pada 25hb Mei ini.. Yang speselnya pre-order kali ini, uols dapat jimat shipping cost dari Swiss, coz kami akan balik Malaysia awal June ini.. Jadi barang-barang uols akan dibawa oleh kami sendiri.. Meh jemput mencuci mata di blogshop kami, Ma Belle Shoppe..

Antara jenama yang dijual

Suka entri ini, meh picit button kat bawah ni:

Wihhuu.. Me Dapat Sarung Handphone yang Comel.. ^_*

Buat kenkawan blogger yang berada di KL & Selangor, jangan lupa baca ENTRY INI tau, dan sudi-sudikanlah menawarkan diri untuk jadi organizer..ekekeke.. Kalau tak, boleh je me jadi organizer pon, takde hal, cuma takut kalut dan tak sempat nak update bloglah bila sampai Malaysia nanti..

Bee dah berkenan dah, untuk beriadah kat KLCC sambil bawak anak-anak mandi kat KLCC pool..hehe.. Kalau ada yang nak bagi cadangan lain, me ok je kalau semua setuju.. Oh ya, berkenaan dengan tajuk kat atas tu, me adalah salah seorang pemenang dalam Suka Suka GA Mama Rayyan. Thanks buat puan penganjur aka Mama Rayyan yang sudi bagi sarung handphone yang kiut tu kat me, sebagai peserta terakhir. Tahniah juga buat Cute Mum dan pemenang-pemenang yang lain.



Rasanya semua dah kenal ngan Mama Rayyan kan, suka join contest dan giveaway juga ni, dan dah banyak kali pon menang ni.. Oh ya, kalau nak tahu sapa 4 peserta yang bertuah, meh usha kat blog Cheritera Contest & GA Mama Rayyan..


Nak buah tangan dari Swiss? Meh join Ma Belle Shoppe Giveaway - 20 Mei 2011

Nak test drive Proton Exora & menangi hadiah wang tunai RM6K, KLIK SINI.

Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Kliklah sini dulu.. Thanks!!


 

Suka entri ini, meh picit button kat bawah ni:

Segmen Bloglist AbgTeror | Tanah Tumpah Darahku

Yiihaaa, kali ni dengan sepantas kilatnya saya mahu menyertai Bloglist AbgTeror. Saya memang suka masuk bloglist nih, tak kisahlah blog baru ataupun blog lama.. 

Kalau ada yang nak exchange bloglist dengan saya pon boleh saja, let me know kat box komen yer, kalau kat shoutbox takut saya terlepas pandang pulak.. Dan kalau ada yang dah letak blog baru saya ni kat bloglist uols, tapi blog uols takde pon kat bloglist saya, gitau aja.. Dengan sepantas kilat saya akan taruk..hihihi..

Ok, saya dah lari dari tajuk.. Kalau uols juga mahu join, klik sini laju-laju kay.. Tapi sebelum tu, ada beberapa soalan yang menarik, yang perlu dijawab..

Di mana anda dilahirkan?
Saya dilahirkan di rumah, iaitu di Kampung Atas Pinggir, Pasir Mas, Kelantan

Di mana anda dibesarkan?
Semestinyalah saya dibesarkan di kampung halaman, tanah tumpah darahku yang tercinta, iaitu di Pasir Mas juga..hehehe

Negeri pilihan anda untuk dimasukkan ke dalam senarai bloglist?
Mestilah negeri Kelantan Darul Naim

Ceritakan sedikit mengapa anda memilih negeri tersebut?
Walaupun saya tak dapat stay kat negeri kesayangan saya ni akibat tuntutan kerja, dan walaupun mungkin saya lebih arif selok belok negeri lain, tapi hati saya tetap berada di kampung halaman. Saya memang rindukan suasana kampung yang menjadi tempat permainan masa kecil-kecil dahulu.


Suka entri ini, meh picit button kat bawah ni:

May 19, 2011

Demam American Idol 2011 | Video Duet yang Best

Hahaha, jangan taktau makin lama makin kuat pengaruh American Idol ni kat saya dan Mr Hadi, especially saya la. Kami memang akan rekod setiap kali persembahan American Idol, termasuklah yang result punya, dan kami akan ulang tayang, especially bila time makan atau bila takde cerita besh..hoho..

Dan baru-baru ni, lepas dikejutkan dengan berita James Durbin kena keluar, membuatkan saya dengar balik persembahan-persembahan Casey, James dan Haley yang lepas-lepas, termasuklah persembahan dari peserta lain yang besh-besh.. Of courselah sejak James takde, I'm rooting for Haley, but then again it's not under my control, it's America's voice..huhu.. Tapi saya suka juga Lauren, then baru Scotty..hahaha

Apapun, meh enjoy video-video duet antara Casey dan Haley, serta duet dari Lauren dan Scotty yang tersangatlah besh ini.. Memang sangat ngam diorang duet ni.. Tak sabar nak dengar lagu duet diorang yang lain pulak..ekekeke..





Serius, dengar banyak kali pon tak muak..hohooh.. Duet Casey ngan Haley memang saya suka giler, rasa macam depa jamming together, and sangat matching. Best je dengar diorang growling, suara Haley yang serak bluey dan Casey yang suka buat d-d-d thing, improvise lagu buatkan lagi besh dengar.. Duet Scotty ngan Lauren pulak, sangat sedap didengar, sangat match walau sorang tu suara ala-ala base dan sorang lagi lunak merdu..

Siapa favorite uols bagi season 10 American Idol kali ni?


p/s : Ala-ala thrill jugak nak tengok persembahan malam nanti, dan result keesokkannya..huhu.. 


Nak buah tangan dari Swiss? Meh join Ma Belle Shoppe Giveaway - 20 Mei 2011

Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Kliklah sini dulu.. Thanks!!

 

Suka entri ini, meh picit button kat bawah ni:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...