Dec 30, 2011

Segmen rerama berterbangan - Jan 2012

Dah lama rasanya saya tak join mana-mana segmen, maklumler, baru nak aktif berblog balik.. Lagi pulak, asyik tak nyempat je nak mengarang.. Oleh kerana segmen ni simple aje, takyah nak mengarang panjang-panjang, pulak tu tersangatlah menarik, tu yang terjoin juga tu..hehehe..

Sebagai syarat untuk join, saya kena gitau 5 fakta mengenai diri ataupon blog.. Ha, kalau nak tahu pasal blog, boleh aje klik About Us, dah saya cerita dari A-Z dah..hehe.. Kali ni saya nak cerita pasal saya la, tapi bukan 5, tapi 10..heheh.. Layanzz..


Ok, kalau uols juga mahu join segmen ni, klik banner kat bawah ni laju-laju kay..



Nak tahu rahsia awet muda, Klik SINI

Nak insentif tunai, Klik SINI 

Nak cari handbag LV, Longchamp, souvenir? Klik SINI

Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Kliklah sini dulu.. Thanks!!

Suka entri ini, meh picit button kat bawah ni:

Dec 29, 2011

Spontaneous Thursday | 500 + 1 tahun 8 hari + Revamp Blog

Hehe.. Tu diaaa, panjang betul tajuk, nama pon spontaneous kan..ahaks.. Tu yang secara spontan membuat tajuk camgitu, lagipon malas nak pikir lama-lama, haha..

First sekali, blog Belle ni dahpon mencapai 500 orang Belle Amies aka follower bagi blog Notre Belle Histoire ni.. Hihihi, me tersangatlah suka, sebabnya mencapai jugak target untuk tengok nombor 500 ni sebelum tahun 2012 menjelma..hihi.. Thanks buat uols yang sudi menjadi Belle Amies..


Keduanya, sedar tak sedar, dah 1 tahun 8 hari usia blog ini..hahaha.. Punyerla syok berblog (ke syok bersantai? haha..) sampai tak perasan yang blog ni dahpon terlepas dari celebrate 1st Anniversary..hohoho.. Tapi kalau ikutkan tarikh mula berdomain, belum pon sampai 1 tahun lagi, bulan 2 nanti, mungkin tanggal pada 24hb, genaplan setahun domain ceritaindahkami.com bernafas di alam blogging..hehehe.. So nak amik yang mana satu ni, pada tarikh blog ini diwujudkan, ataupun pada tarikh berdomain?

Last sekali, tetiba rasa cam nak revamplah blog kesayangan ni sempena tahun baru.. Agak2 nak revamp ape yer? Apa yang pendapat uols, nak revamp background ke, template ke, ke header? Haha..

Sebelum me undur diri, me nak wish to uols, semoga ceria di pagi Khamis ni and to all Belle Amies, silent reader (ade ke..ahaks) dan juga blogger dan bukan blogger yang bertandang ke blog Belle ini, 

jutaan terima kasih saya ucapi
next time, datanglah lagi


Nak tahu rahsia awet muda, Klik SINI

Nak insentif tunai, Klik SINI 

Nak cari handbag LV, Longchamp, souvenir? Klik SINI

Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Kliklah sini dulu.. Thanks!!

Suka entri ini, meh picit button kat bawah ni:

Dec 28, 2011

Belle of October & November

Ha, kalau hari tu, me dah share nga uols Belle of August & September (juga ada beberapa pindaan mengenai Belle of The Month), kali ni me nak share ngan uols Belle of October & November pula.. Macam yang saya gitau hari tu, yang kat sidebar skang ni adalah bloglist untuk bulan September, October & November. Me akan kekalkan bloglist ni sampai bulan 1 lah, sebab sekejap sangat kalau sampai Dec aje kan.. 

Cuma skang baru sempat me buat entri khas untuk Belle of October & Belle of November, serta Senarai Bloglist Belle of October & Belle of November.. Jom kita tengok siapa yang bertuah itewww..


credit

Berikut adalah Top 3 bagi pengomen tegar bagi blog Notre Belle Histoire bagi bulan Oktober dan Top 3 dari carta Top Referral dari Google Analytics, dan mereka yang awesome adalah..

Carta Paling Kuat Ngomen dijuarai oleh :
  1. Sarah
  2. Fieda
  3. Ayne
 Carta Paling Kuat Skodeng dijuarai oleh :
  1. Myra Jay
  2. Ustaz Love
  3. Cikgu Dahlia

Kat bawah ni pulak adalah Top 3 bagi pengomen tegar bagi blog Notre Belle Histoire bagi bulan November  dan Top 3 dari carta Top Referral dari Google Analytics, dan mereka yang awesome itu adalah..

Carta Paling Kuat Ngomen dijuarai oleh :
  1. eB ezrin
  2. Myra Jay
  3. Elissmie
 Carta Paling Kuat Skodeng dijuarai oleh :
  1. Ain
  2. Anies
  3. Myra Jay
 
Tahniah buat Sarah kerana berjaya dinobatkan crown of Belle of October.. Rasanya Sarah ni agak baru berkecimpung dalam dunia blogging, jom melawat Sarah di blognya, Inilah Ceritaku. Ada informasi pasal shopping di Langkawi tau..haha..
 
oleh kerana blognya tiada header, me letak gambar profile, harap diizinkan..huhu
 
Tahniah juga buat eB, yang juga berjaya merangkul gelaran Belle of November.. Semua dah kenal ngan eB kan, comey betul gambar yang eB amik & edit kan.. Jom usha eB di blognya, Ten Little Fingers.
 
me cilok header, takpe kan eB..ngee
Tahniah sekali lagi buat yang tersenarai dan jutaan terima kasih buat uols kerana turut memeriahkan blog Notre Belle Histoire dengan komen2 yang memang de' best lah, dan tanpa jemu melepak di blog Notre Belle Histoire.. Muahss berbijik-bijik kat uols.. Sayang uols ketat-ketat la..agagaga..


p/s : Oh ya, bagi yang keliru kenapa ada bloglist khas ini, dan kenapa mereka ini yang terpilih, tak lain tak bukan sebagai salah satu cara menghargai Belle Amies. Bagi yang ingin tersenarai dalam bloglist blog Belle ini, saya ada 2 lagi bloglist untuk Wanita dan Lelaki, khas bagi yang link exchange dengan blog Belle ini, yang penting my blog kat main blog uols sebagaimana ur blog tersenarai kat my main blog..

 
Having body & muscle aches? Need solutions? Click HERE

Nak tahu rahsia awet muda, Klik SINI

Nak insentif tunai, Klik SINI 
 
Nak tahu cara & gaya hidup sihat, Klik SINI

Nak cari handbag LV, Longchamp, souvenir? Klik SINI

Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Kliklah sini dulu.. Thanks!!

Suka entri ini, meh picit button kat bawah ni:

WW8 | Holiday Mood

Haha, jangan salah sangka yang kami skang ni dalam/tengah/akan pi jenjalan ke mana-mana seperti tahun lepas (kami terbang ke Lisbon) ataupun 2 tahun lepas (kami tengok Xmas di Spain). Sebaliknya, kami berholiday di rumah sahaja.. Dan holiday mood yang dimaksudkan adalah seperti di bawah..hehe

holiday dari membuat kerja (en.suami kerja studinyer, saya kerja rumah..haha)

Layan movie sampai lebam..hahaha

Maklumlah, ada 3 series yang nak kena habiskan Merlin, Chuck ngan The Vampire Diaries. Time cuti nilah baru leh layan, kalau tak, memanjang je en. suami bz.. Uols buat apa cuti-cuti cam gini, jenjalan ke lepak kat umah?


Having body & muscle aches? Need solutions? Click HERE

Nak tahu rahsia awet muda, Klik SINI

Nak insentif tunai, Klik SINI 
 
Nak tahu cara & gaya hidup sihat, Klik SINI

Nak cari handbag LV, Longchamp, souvenir? Klik SINI

Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Kliklah sini dulu.. Thanks!!

Suka entri ini, meh picit button kat bawah ni:

Dec 27, 2011

Mungkinkah Rezeki Terakhir di tahun 2011?

Yeayy, tak sangka masih ada rezeki dalam bidang CGL sebelum tahun 2011 melabuhkan tirainya..hehehe.. Sekejap je kan, dah nak masuk tahun 2012 dah pon.. Masih ada lagi azam 2011 yang belum tercapai..huhu.. Takpo, kita renew untuk tahun akan datang ni..hehe

Berbalik kepada tajuk, 1st me adalah salah seorang yang bertuah dalam GA Jom Join Sempena Pengaktifan Link Baru dan thanks buat penganjur aka Elyies yang sudi memaklumkan mengenai kemenangan ini.. Harap2nya dapatlah FM Brunei tu..ngee.. Tahniah juga buat pemenang2 yang lain..


Dulu, Elyies ada blogspot, tapi skang dah tukar ke domain sendiri, tu yang dia buat GA ni.. Makin cantik blog Elyies. Me doakan semoga bisnes Elyies semakin berkembang dan semoga tercapai apa yang dicitakan.. Jom usha Elyies di blog barunya, PB Corset by Elyies Azlin.

2nd, me juga adalah salah seorang yang bertuah dalam 2nd GA by Adeq Yoe, sekaligus memenangi hadiah berupa cursor yang chomey.. Me dah tempah dah nak lagu mana..hehehe.. Tahniah juga buat pemenang yang lain..

My lucky number

Untuk pengetahuan uols, adeq Yoe ni ada membuat tempahan edit blog, ha, jadi kalau uols ada rasa nak edit blog ke, atau nak ubah layout blog dan juga background sempena tahun baru akan datang ni, leh cekidout di blognya, Story of Budak Jambu.

Last sekali, me adalah salah seorang yang bertuah dalam Korean Giveaway, anjuran Nureen, sekaligus memenangi FM dari Korea tu..waa besh banget..hehehe.. Maklumlah, nak gi Korea belum mampu, dapat FM pon dah happy.. Tahniah juga buat pemenang yang lain..

comel betul ellesya ni..

Kalau nak tahu, puan penganjur aka Nureen ni pon suka join contest & giveaway gaks.. Malah, suka juga anjurkan CGL ni.. Rasanya ni 1st time kot me bertuah dalam GA yang Nureen anjurkan. Kalau uols nak cekidout GA & contest yang latest, leh gak tengok kat My Luvly Family in da Contest & Giveaway.


Nak insentif tunai, Klik SINI 

Nak tahu cara & gaya hidup sihat, Klik SINI

Nak cari handbag LV, Longchamp, souvenir? Klik SINI

Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Kliklah sini dulu.. Thanks!!

Suka entri ini, meh picit button kat bawah ni:

Dec 26, 2011

Tot School | Letter Aa Part 2

Hehehe, kali ni saya nak sambung Part 2 bagi Tot School | Letter Aa. Biasanya saya buat by week, contohnya minggu lepas, khas untuk Letter Aa sahaja. Minggu ni sambung dengan huruf Bb pula.. 


Kalau minggu lepas, saya tunjuk hasil yang Zahra warna, lepas aktiviti tersebut, saya bagi Zahra gunting ikut petak, sebagai latihan untuk fine motor..

Lepas tu, kami buat aktivit tampal menampal pulak.. Yang ni saya dah siap-siap gunting, hanya bagi Zahra letak gam, dan tampal mengikut huruf.


Untuk aktiviti ni, uols boleh download kat blog Love My Life, kat sini pon banyak homeschool activities yang menarik, tapi saya amik yang mana sesuai ngan Zahra ajela..


Aktiviti menggunakan paint brush ni pon saya amik dari blog Love My life juga, cuma saya ubah, instead of lacing, saya bagi Zahra warnakan huruf a ni.. Hasilnya, cam kat bawah ni.. Oh ya, kalau uols nak buat craft Aa for Apple ni, leh klik sini.

abaikan tulisan mamanyer yang tak cun tu..dah lama tak menulis guna pen, asyik guna keyboard aje..hahaha..

Aktivti last ni, yang template Aa tu saya ambil dari sini. Yang pattern recognition tu tak silap saya amik dari blog Love My Life. Zahra memang suka main playdough ni, memula ingat nak buat sendiri, tapi sebab tak tahan lama, pulak tu mamanya tak berapa rajin + abahnya pon sudi aje nak menaja, apa lagi, beli aje ler..hehe..


Itu aje ler aktiviti untuk Letter Aa, ade gaks yang saya tak ambil gambar, maklumlah, kekadang bila dah syok tu, dah lupa dah nak amik. Kalau uols tahu mana-mana link homeschool ataupun tot school yang menarik, meh share kat sini.. Till then, jumpa lagi di segmen Tot School..hehhe


p/s : Tetiba rasa cam nak jadikan hari Isnin, hari Tot School di blog ni..ngee.. Tapi cane ni, skang ni Zahra baru di huruf C, tu pon baru nak start..


Wanna be a star in Yuna's music video, Click HERE

Nak insentif tunai, Klik SINI 

Nak tahu cara & gaya hidup sihat, Klik SINI

Nak cari handbag LV, Longchamp, souvenir? Klik SINI

Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Kliklah sini dulu.. Thanks!!

Suka entri ini, meh picit button kat bawah ni:

Dec 23, 2011

Tutorial Letak Facebook Like Button di Entri Blog

Macam yang saya bagitau kat entri Blog NBH sudah berCL, saya nak share ngan uols tutorial letak Facebook Like, Retweet dan G+ One Button di entri blog macam kat blog Belle ni. Dah lama kan saya tak kongsi tutorial kat blog ni kan.. Tapi kali ni saya share yang Facebook Like Button dulu yer..


Macam biasa, pi kat Dashboard > Design > Edit Html... Sebagai langkah keselamatan, sila save dulu template uols sebagai backup.. Pehtu, tick kat Expand Widget Templates, then search <data:post.body/>, copy code kat bawah ni dan paste selepas <data:post.body/>. Kalau nak letak sebelum entri, paste sebelum <data:post.body/>.
<div>
<b:if cond='data:post.isFirstPost'>
<script>(function(d){
  var js, id = 'facebook-jssdk'; if (d.getElementById(id)) {return;}
  js = d.createElement('script'); js.id = id; js.async = true;
  js.src = "//connect.facebook.net/en_US/all.js#xfbml=1";
  d.getElementsByTagName('head')[0].appendChild(js);
}(document));</script>
</b:if>
<fb:like expr:href="data:post.url" layout='button_count' send='false' show_faces='false' font="arial" action="like" colorscheme="light"></fb:like>
</div>

Then, uols cari </html> dan tukarkan kepada </html xmlns:fb="https://www.facebook.com/2008/fbml">, rujuk gambar kat bawah ni..


Dah adjust comey-comey, preview pon dah berkenan di hati, maka uols leh save dan voila!! ^_* Kalau uols nak bentuk button like lain, boleh tengok kat link credit kat bawah ni..

Credit : BloggerPlugins


Nak insentif tunai, Klik SINI

Nak menang iPad2, Klik SINI

Who wants a trip to Germany + RM10k cash? Click HERE

Nak cari handbag LV, Longchamp, souvenir? Klik SINI

Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Kliklah sini dulu.. Thanks!!

Suka entri ini, meh picit button kat bawah ni:

Dec 22, 2011

Belle of August & September

Wahh.. Dah lama betul me tak update pasal Belle of The Month kan.. Hahha.. Dah nak masuk Year of 2012 dah pon..kikiki.. Oleh kerana jumlah masa me mengadap blog dah makin kurang, maka me nak wat perubahan skit. Kalau dulu2 me akan buat entri berasingan, contohnya 1 entri mengenai Belle of The Month, satu lagi entri mengenai Senarai Bloglist of The Month

Tapi kali ni me akan combine, dan review pon tak sedetails dulu. Maklumlah, me ni seloww sikit bab2 review ni, nak kena godek2 lagi, baru besh kan review tu.. So me decide me letak gambar header blog aje bagi yang dicrown Belle Of The Month tu..ngehehe.. Yang lain cam biasalah, me akan listkan dan letakkan blog uols di special bloglist iaitu bloglist Belle of The Month..

Actually, yang kat sidebar tu adalah bloglist untuk bulan Ogos dah (sebelum hari ni la..) Skang ni me dah update untuk bulan September, October & November. Me akan kekalkan bloglist ni sampai bulan 1 lah, sebab sekejap sangat kalau sampai Dec aje kan..

Kali ni spesel skitlah, sebab me terpaksa combine Belle of August & September, sebabnya dah nak masuk tahun baru kan.. So, without further ado, meh me perkenalkan Belle of August & Belle of September, serta Senarai Bloglist Belle of August & Belle of September..

credit

Berikut adalah Top 3 bagi pengomen tegar bagi blog Notre Belle Histoire bagi bulan Ogos dan Top 3 dari carta Top Referral dari Google Analytics, dan mereka yang terkena adalah..

Carta Paling Kuat Ngomen dijuarai oleh :
  1. Puan Bee
  2. eB ezrin
  3. Aanie aka Mama Adam
 Carta Paling Kuat Skodeng dijuarai oleh :
    1. Myra Jay
    2. Ardini Humaira
    3. Puan Bee

    Kat bawah ni pulak adalah Top 3 bagi pengomen tegar bagi blog Notre Belle Histoire bagi bulan September  dan Top 3 dari carta Top Referral dari Google Analytics, dan mereka yang awesome itu adalah..

    Carta Paling Kuat Ngomen dijuarai oleh :
    1. Puan Bee
    2. Teratai aka Kak Megawati
    3. eB ezrin
     Carta Paling Kuat Skodeng dijuarai oleh :
    1. Myra Jay
    2. Ustaz Love
    3. Mama Likha

    Tahniah Puan Bee kerana berjaya dinobatkan crown of Belle of August & juga Belle of September..hihi.. Me suka betul ngan header blog Bee ni, cute je.. style flash tuuu.. Kat sini tak nampak ler gerak2, kena pi tengok kat blog Puan Bee la..


    Tahniah juga buat yang tersenarai dan jutaan terima kasih buat uols semua kerana turut memeriahkan blog Notre Belle Histoire dengan komen2 yang mampu mengukir senyuman di bibir , dan tanpa jemu melepak di blog Notre Belle Histoire.. Muahss berbijik-bijik kat uols.. Sayang uols ketat-ketat la..agagaga..

    Nak insentif tunai, Klik SINI

    Nak menang iPad2, Klik SINI

    Who wants a trip to Germany + RM10k cash? Click HERE

    Nak cari handbag LV, Longchamp, souvenir? Klik SINI

    Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

    Kliklah sini dulu.. Thanks!!

    Suka entri ini, meh picit button kat bawah ni:

    Dec 21, 2011

    Yeayy, Salji Dah Turun..

    Hihihi, inilah yang ditunggu-tunggu apabila musim Winter, salji aka snow..hehe.. Sebelum ni asyik hujan je, tapi tanggal pada 19hb iaitu hari Isnin yang lepas, snow dah mula turun kat area umah kami.. Zahralah yang paling seronok, sebab dah tak sabar main snow..

    Alang-alang kami kena pi buat permit & en. suami ambil half day off, kami pi jenjalan kat park sambil main snow.. Mula-mula snow turun tak lebat mana, tapi makin lama makin lebat..hehehe.. Tapi ramai gak yang beriadah kat park tu, ada mak2 yang bawak baby ambil angin, bawak anak main buai, malah ada yang joging tengah2 snow.. Ha, yang ni kami tak heran sangat, sebabnya tengah hujan renyai2 pon ada yang joging gaks..

    Takmo tulis pepanjang, enjoy saja pics ini.. Have a nice day everybody..

    posing sat sebelum gi main snow..
    Selamba aje Zahra gi duduk atas snow tu kat tengah2 bandar Lausanne..

    kat Parc de Milan : nampak tak snow turun agak lebat juga..
    aksi landing lagi sebelum balik..

    p/s : Kalau tak puas ngan gambar snow kat entry ni, uols boleh skodeng entri Rindunya Nak Main Sled (hahah..sled tu dah patah pon, ganaz btol en. suami main..kuikui) ngan Aksi Zahra Bermain Salji.


    Nak insentif tunai, Klik SINI

    Nak menang iPad2, Klik SINI

    Who wants a trip to Germany + RM10k cash? Click HERE

    Nak cari handbag LV, Longchamp, souvenir? Klik SINI

    Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

    Kliklah sini dulu.. Thanks!!

    Suka entri ini, meh picit button kat bawah ni:

    Dec 20, 2011

    Wihhuuu, Lagi Rezeki dalam CGL

    Alhamdulillah, masih ada rezeki lagi dalam dunia CGL ni, walaupun idokler seaktif seperti dulu.. Join pon yang senang-senang aje, yang tak ambil banyak masa..kekeke..

    1st sekali, me bertuah dalam 2nd Birthday Adha Giveaway, sekaligus memenangi hadiah berupa pakaian kanak-kanak, wahh, dapat baju barulah Zahra.. Nasib baik me perasan notis dari puan penganjur aka Mama Adha, kalau tak, melepas sudaa..hehe.. Tahniah juga buat pemenang yang lain..
    my lucky number
    Kalau uols nak tahu, puan penganjur aka Mama Adha ni ada anak twin tau, wahh.. bestkan? Me memang suka kalau budak2 twin ni, nak-nak kalau dapat sepasang, wahh.. Takyah peknen dah pastu pon takpe..haha.. Tapi tu lah kan, dapat ke me handle anak twin, yang sorang ni pon sekejap-sekejap bertukar menjadi tarzan..hohoho.. Jom berkenalan ngan Mama Adha diblognya, Kisah Anak2ku & Kehidupanku.

    Actually, me nak update pasal yang atas ni aje, tapi masa buat entry ni, terperasan pulak nama me salah seorang pemenang saguhati bagi My Great Cuti Cuti Cinta Contest, alang2 update terusla..hehe.. Hadiah boleh pilih, sapa cepat dia dapat.. So me pilih brooch rama-rama, harap2 dapatla tu..hehe.. Tahniah juga buat pemenang2 yang lain..


    Me kenal ngan puan penganjur aka Reen ni dah lama, masa ngan blog Ma Belle Histoire lagi (yang kini dah jadi blog CGL, Ma Belle Conway). Tapi belum berkesempatan untuk berjumpa lagi.. Reen ni pon gemar buat contest dan giveaway ni.. Blognya pon macam-macam ada, jom usha Reen di Dunia PuanStoberi.


    p/s : Perasan tak kat blog ni dah takde shoutmix, sebabnya shoutmix kan dah nak tutup servis free, so me buang ajelaa.. Kat blog Ma Belle Conway je ade sebab guna cbox.. Malas nak buat akaun baru untuk letak kat blog ni..huhu..

    p/s/s : Perasan jugak tak, kat blog ni dah ada ruang untuk sewa iklan? Ngehehe, jemput-jemput tengok kat sini, serendah RM3/bulan sahaja..


    Nak insentif tunai, Klik SINI

    Nak menang iPad2, Klik SINI

    Who wants a trip to Germany + RM10k cash? Click HERE

    Nak cari handbag LV, Longchamp, souvenir? Klik SINI

    Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

    Kliklah sini dulu.. Thanks!!

    Suka entri ini, meh picit button kat bawah ni:

    Dec 19, 2011

    Tot School | Letter Aa

    Hehe, sebenarnya Zahra dah mula homeschool dari bulan Nov haritu lagi, tapi beselah mood mamanya ke laoottt, baru skang nak update.. Tapi ni pon tak dapat nak full update, sebabnya ada lagi gambar dalam kamera tak transfer, kesnya tak jumpa kabel..

    Mula2 interested nak berhomeschool ni lepas terjumpa blog Mama Homeschool.. Memang bagus blog ni, banyak info yang dikongsikan bersama mengenai homeschool ni.. Tapi saya takdelah betul2 homeschool kan Zahra, saja isi masa lapang dia, sambil mengenal huruf ABC, 123 dan yang simple-simple aje.. Tapi untuk aktviti Tot School ni, saya lebih banyak merujuk pada blog 1+1+1=1, sebab gegirlnya lebih kurang sama umurnya ngan Zahra.

    Untuk Letter Aa ni, saya gunakan printables dari sini, senang keje, takyah nak reka cipta atau fikir lelebih, print aje..ngee.. Tapi ade jugak yang saya tak buat ataupun ikut, ikut mood Zahra jugak, dan tak mengikut urutan, lebih kepada yang mana Zahra nak buat dulu..ngee.. Jom nengok aksi Zahra berhomeschool..

    This week's Letter : Aa
    This week's Object : Apple
    This week's Vocab : Fruits


    Untuk mula-mula ni, saya tunjukkan cemana nak tulis huruf Aa, then Zahra akan ikut.. Dan kami akan guna banyak jenis warna marker untuk tulis huruf ni, more practice tapi jimat kertas..ngee


    Yang ni pulak saya ambil dari sini.. Patutnya sambung pada dot dot tu, tapi Zahra sambung pada huruf, takperlah nakk.. Asalkan Zahra bahagia..hehehe


    Yang tracing ni pon Zahra guna banyak jenis warna marker, jimaattt kertas..kikiki.. Kalau uols nak lagi jimat, boleh je laminate, takpon letak dalam sheet protector, leh guna berkali-kali.. Oleh kerana kami takde dua-dua, tu yang sampai guna banyak warna tu.. Perasan tak skang Zahra guna tangan kiri laks? Kat atas guna tangan kanan.. Haha, taktauler Zahra ni kidal ke tidak, sebab skang ni guna dua2 tangan.. Kalau Zahra cekap guna 2 tangan untuk menulis, itu lagi bagus..haha..


    Untuk aktiviti ni pulak, saya memperkenalkan dulu nombor 1-10 pada Zahra, then saya minta dia cari nombor yang saya sebut dan scribble that number.


    Untuk shapes pulak, macam nombor tadi, saya perkenalkan dulu bentuk-bentuk, then saya minta Zahra tracing mengikut bentuk apabila saya sebut shapes tersebut.


    Muka yang happy tunjuk hasil tangan mewarna object apple, walaupun hasilnya tak semenggah..hehe.. Tapi skang dah comey sikit skill mewarnanya.. Oh ya, masa ni takde warna ungu, tu yang tak dapat kaler..huhu.. Maklumler, on the spot homeschool, first timer pulak tu, tak prepare bebetul..

    Tapi tuler, nak berhomeschool ni nak kena dua-dua rajin, terutama maknya, anaknya suka aje sebab ada aktiviti kan.. Untuk Zahra, mama cuba merajinkan diri untuk jadi lebih kreatif agar Zahra suka ngan aktiviti sebegini.. Jom uols, kita berhomeschool, leh tukar2 pandangan dan idea..


    p.s : Bila dah demam camgini, dah slow sikit aktiviti homeschoolnya.. Ke tak jalan? Hoho..


    Nak insentif tunai, Klik SINI

    Nak menang iPad2, Klik SINI

    Who wants a trip to Germany + RM10k cash? Click HERE

    Nak cari handbag LV, Longchamp, souvenir? Klik SINI

    Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

    Kliklah sini dulu.. Thanks!!

    Suka entri ini, meh picit button kat bawah ni:

    Dec 16, 2011

    Lagi BE di bulan Disember

    Ingat lagi tak entri WW7 | Dalam Hati Ada Taman? Hehe, antara reasonnya adalah kerana blog Belle dapat BE lagi.. Tu yang berbunga-bunga dalam hati tu..hehe.. Bukan 1, tapi dua BE.. Yahuuu.. Tapinyer 1 BE untuk blog ni, 1 BE lagi untuk blog Ma Belle Shoppe yang dah lama tak berupdate tu (ataupun tak dan nak update..wuwuwu..) Takleh jadi ni, kena bagi update gak blogshop tu..

    Ha, nak tau penaja mana yang bermurah hati nak bagi BE kat blog Belle ini? Semestinya dari Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia dan juga Nuffnang. Wahh, 2 BE sekaligus dari SPR tuu.. Terima kasih kerana mempercayai blog ini, dan sememangnya saya dah pon mendaftar sebagai pemilih dan juga menjalankan tanggungjawab, daftar aje tapi tak mengundi tak jadi gak, betui dak? Hehe..


    A million thanks juga buat Belle visitors yang sering berkunjung ke sini, dan kerana memberi sokongan pada blog Belle ini. Juga kepada yang sudi klik ads di blog Belle ini, terima kasih banyak-banyak.. Muahss berbijik-bijik kat uols..


    p/s :  Bagi yang masih blur-blur lagi apa itu BE, ME, meh tengok entri Mengenai BE, CPC & ME

    p/s/s : Kalau ikutkan skang ni, hati saya dah kurang berbunga-bunga dah, sebabnya saya tak dapat nak install komen facebook kat blog ni.. Ntah nape, tutorial kat blog Anamarza tak ngam ngan template saya ni, bila save ok jer, takde error, tapi tak keluar apa-apa.. Uiss, tu yang wat lagi haru tu.. Ada sapa-sapa yang bleh tlun dak, takpon tau mana-mana tutorial untuk letak komen facebook ni..?


    Looking for mobility and connectivity on-the-go? Click HERE

    Nak menang iPad2, Klik SINI

    Who wants a trip to Germany + RM10k cash? Click HERE

    Nak cari handbag LV, Longchamp, souvenir? Klik SINI

    Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

    Kliklah sini dulu.. Thanks!!

    Suka entri ini, meh picit button kat bawah ni:

    Dec 15, 2011

    Dari CommentLuv ke Threaded Comment

    Hohoho, tak dan 2 hari saya pakai CommentLuv, dah pon bertukar balik ke comment blogspot, bezanya saya upgrade sikit ke Threaded Comment..kikiki..

    Kat entri Blog Notre Belle Histoire sudah berCommentLuv, saya ada gitau yang CommentLuv kat blog ni ada prob kan, pastu saya cuba uninstall balik, dan reinstall balik dengan install by template jugak, dan alhamdulillah jadi.. Mungkin sebab yang 1st saya install tu lupa nak klik activate CommentLuv lepas install.. Mungkinlah kot, walaupun saya rasa bukan itu penyebabnya..

    Kenapa saya tetiba pakai CommentLuv, salah satunya saya suka featurenya yang ala-ala macam chatting..hahaha.. Kita boleh reply kat komen mana yang nak direply, dan apa yang kita reply tu ada kat bawah pengomen yang kita reply..hahah.. Faham dak ni? 

    nampak tak sayanyer reply bawah MJ tu?

    Bila berblogwalking ke blog kakyong, saya notice yang threaded comment ni ala-ala CommentLuv pulak, bezanya TC ni takde direct link dan takde link latest entri blog pengomen. Kalau ada kan best? Hihi.. Tapi bila baca yang CommentLuv ni kekadang ada prob, pastu bila kita uninstall balik, akan hilang komen2 yang ada semasa menggunakan CommentLuv ini (tu yang entri Rezeki di Akhir Tahun 2011 & WW7 | Dalam Hati Ada Taman komennya 0, sebab dah uninstall CL, sumer komen hilang), jadi saya amik keputusan, better saya guna komen blogspot aje, tapi guna style TC.

    Actually, dah ramai pon yang pakai TC ni, saya je baru tahu...haha.. Maklumler, baru nak aktif berblog balik..agagaga.. Kalau uols nak pakai style TC ni, uols boleh tengok tutorial kat blog Maribinablog ni. Tapi ada lagi yang saya nak upgrade kotak komen ni, maybe esok baru siap..hahha.. Yang ni pon dah amik masa berapa jam daa..

    Kayler, semoga uols semua ceria di pagi Khamis ini..


    Looking for mobility and connectivity on-the-go? Click HERE

    Nak menang Grand Livina, Klik SINI

    Nak cari handbag LV, Longchamp, souvenir? Klik SINI

    Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

    Kliklah sini dulu.. Thanks!!

    Suka entri ini, meh picit button kat bawah ni:

    Dec 14, 2011

    Rezeki di akhir tahun 2011

    Setelah sekian lama nama me tidak muncul-muncul sebagai pemenang bertuah ataupun terpilih dalam arena CGL, akhirnya ada rezeki juga di akhir-akhir tahun 2011 ni.. Maklumlah, last 3 months kan me diserang penyakit M update blog, apetah lagi nak join contest dan GA..hohoh.. Skang ni je baru nak panaskan enjin balik..ekeeke..

    First sekali, me adalah salah seorang pemenang bagi Contest Komen & Menang anjuran PuanBee.com, sekaligus memenangi hadiah berupa pedometer. Ingatkan takde hadiah sebabnya me hanya berjaya merangkul tangga ke-4 aje (maklumlah, mula marathon mengomen pon dah nak akhir-akhir contest, sebab sebelum tu bz). Tahniah juga buat pemenang2 yang lain especially Cikgu, Puan Kutu & Ainun yang memang pecut habis sampai guna turbo..ekekek.. Hanie jugak yang kewl kannn..

     
    Semua dah kenal dengan Bee kan, kat blog Bee ni macam-macam info boleh dapat, dari segi kesihatan, kecantikan, berita terkini, pendek kata macam-macam ada..hehehe.. Kalau nak tahu, infor pasal Google Plus ni pon, saya rujuk kat blog Bee ni.. Jadi apa tunggu lagi, jom usha kat PuanBee.com.
     
    Last sekali, me adalah pemenang utama bagi Contest Pencarian Top Komen untuk Gadget Impian anjuran Myra Jay. Thanks dear coz memaklumkan pada me. Hadiahnya pula berupa barangan dari HeartBeat yang bernilai RM100 tuuu.. Hahah, yang ni me dah pening kepala nak pilih yang mana satu, sekejap crystal la, sekejap cushion la, sekejap photo rock la.. Sampaikan puzzle pon yer..agagaga.. Tahniah juga buat pemenang yang lain..


    MJ ni pon seorang yang suka join contest dan GA juga ni. Follower MJ pon dah lebih dari 1000. Cayolah MJ.. Yangg terbaru sekali, me berkenan betul ngan header MJ, comey jer.. Cuma tang gambar selamat datang ajelah nampak kurang ceria, yang lain memang menarik dah.. Jom usha Myra Jay diblognya, Celoteh MJ.


    p/s : Wish both of u all the best in Gadget Impian Contest..


    Looking for mobility and connectivity on-the-go? Click HERE

    Nak menang Grand Livina, Klik SINI

    Nak cari handbag LV, Longchamp, souvenir? Klik SINI

    Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

    Kliklah sini dulu.. Thanks!!

    Suka entri ini, meh picit button kat bawah ni:

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...