Dec 13, 2011

Home » , , , , , , » Pengalaman Pertama Menceraikan Susu Badan

Pengalaman Pertama Menceraikan Susu Badan

Kali ni saya nak berkongsi pula pengalaman saya yang pertama dalam proses menceraikan susu badan, maklumlah Zahra dahpun stop  menyusu badan pada bulan.. err.. bulan berapa ek.. Ni yang payah ni bila tak keep record..ekeke.. Tak silap pada bulan September, iaitu pada umur 2 tahun 6 bulan..

Kalau ikutkan, saya dah campur dengan fresh milk, sejak dari 2 tahun rasanya (hahaha..tak ingat sudaa..), tapi banyaknyer breastfeed ler, especially bila nak tido je mesti nak mamam dulu (breastfeed), tak kiralah siang atau malam. Tapi bermula dari 2 tahun 3 bulan tu, saya cuba kurangkan jumlah breastfeeding secara berperingkat, dan saya cuba lebihkan fresh milk ataupun makanan yang lain. Hasilnya, bila time gi jalan2 ataupun shopping, Zahra jarang minta breastfeed, unless kalau duk rumah berdua-duaan, memang kejenya mengempeng ajela..hehehe..

Sambil-sambil tu, bila saya bacakan buku cerita ke, atau tengok tv ke, saya akan gitau yang kakak dah tak mamam, kakak minum susu. Ni juga satu dorongan untuk dia sebab saya biasa gitau yang Zahra dah besar, dah kakak, bukan baby lagi.. 

Tapi biasalah, godaan B tu lagi hebat, takkan dia berhenti hanya kerana itu. Tapi usaha tetap kena usaha kan, mana tau dengan cara itu dia akan berhenti. Lain kanak-kanak, lain caranya. Saya cuba untuk ceraikan dengan cara perlahan-lahan pada awalnya, sebab saya pernah terbaca yang proses menceraikan susu badan ni seeloknya dibuat secara perlahan-lahan, dan sebolehnya biarlah anak itu bersedia (ataupun dimaklumkan) untuk mengalami proses cerai susu. Kat bawah ni ada video pasal proses cerai susu.
 

Selain tu, saya juga amalkan konsep hanya menawarkan susu bila diminta sahaja, dan tidak menolak apabila diminta, tetapi kekadang saya akan cuba melengahkan dengan mengalih perhatiannya kepada benda lain.

Tapi setelah 3 bulan tetap tidak berjaya untuk bagi Zahra stop breastfeeding dan takde nampak tanda2 untuk stop pun dengan sendirinya, saya mengambil langkah drastik dengan amalkan satu petua ni, iaitu dengan meletakkan asam jawa di sekitar B pada hari Zahra lahir (hari Ahad, ni hari pertama untuk sapu) sambil berniat dan berdoa agar Zahra dapat stop menyusu dengan mudahnya. Bila Zahra tengok ada kesan hitam akibat asam jawa tu, saya gitau dia, mamam dah basi, dah hitam dah, dah takleh mamam. Pada mulanya Zahra try untuk mamam, tapi sebab ada rasa dan bau lain, tak jadi ler dia nak mamam. Rasanya dalam dua minggu jugakla Zahra duk tanya mamam, dan dalam tempoh tersebut 3-4 kali juga saya kena sapu asam jawa.
 
Lepas 2 minggu tu, saya tak perlu sapu lagi, tapi Zahra kekadang akan tanya B, dan minta untuk kiss (sebabnya saya gitau boleh kiss aje..haha) Kekadang dia akan masukkan mulutnya juga, tapi tidakler menghisap. Sehinggalah pada awal bulan Nov rasanya, Zahra terus lupakan B (takdela totally lupakan, tapi takdela aksi kiss lagi). Tapi sebaik saja saya stopkan susu badan ni, cara saya untuk ambil hati Zahra dan bagi dia lupa kat B, adalah dengan kiss dia bebanyak, peluk bebanyak dan bila sahaja Zahra sebut pasal mamam, saya akan gitau kakak dah tak mamam, kakak minum susu, baby je mamam sebab baby tak makan nasi, tak minum susu.. Dan perubahan lepas stop susu tu, Zahra lebih melekat dengan saya, kalau boleh takmo berpisah..ekekeke.. Tapi skang dah ok..

si manja yang dah takleh mamam..hohoh

Memang agak mencabar untuk stop susu badan ni, sebab bagi Zahra, bila jatuh, luka, sakit, demam, mesti akan cari B, kiranya B ni adalah ubat untuk kurangkan/hilangkan rasa sakit. Tapi itulah, sebab saya dah nak stopkan Zahra dari nyusu badan sebelum ada 'adik', terpaksalah buat hati kering. Nak stopkan susu badan ni, hati kena cekal, takleh lembut hati lalu menyerah kalah, sebab kekadang kita yang rindukan saat breastfeed tu.. Sebab tu, sebelum nak stop, kena fikir betul2 samaada uols dah bersedia dan kena nekad, tapi sebelum tu uols kena perlahan-lahan kurangkan jumlah breastfeeding dulu, kang kesian pulak kat dia, terkejut tetiba takleh mamam dah..heheh..

Biasalah, bila dah stop menyusu, B akan membengkak. Tak silap seminggu lebey jugaklah baru hilang bengkak, tapi masa awal-awal je sakit, dalam 3-4 hari kalau tak silap. Yang penting, uols jangan pam untuk kurangkan bengkak, nanti susu akan tetap produce, nanti tetap bengkak jugak.. Ada yang kata tuam ngan air suam nak bagi kurang bengkak dan sakit, tapi saya tak buat pon, sebabnya kadar kesakitannya boleh tahan lagi..hehehe..

Cemana ngan uols pulak, apa petua yang uols pakai? Meh kongsi kat sini pengalaman uols dalam proses untuk cerai susu badan ni..


Looking for mobility and connectivity on-the-go? Click HERE

Nak menang Grand Livina, Klik SINI

Nak cari handbag LV, Longchamp, souvenir? Klik SINI

Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Kliklah sini dulu.. Thanks!!

Suka entri ini, meh picit button kat bawah ni:

9 Comments
Comments

9 comments

Dec 13, 2011, 1:25:00 PM

eB nnages sbb x thn tgk aerish annges. aed blom lagi sbb baru sthn:)

Dec 13, 2011, 1:37:00 PM

Comel Zahra nie.. :)

Kak, tahniah jadi pemenang blog Myra, nanti bg details ye :)

http://normj1001.blogspot.com/2011/12/pemenang-bagi-contest-top-komen.html

Dec 13, 2011, 1:48:00 PM

Tengah memikir gaks cara untuk stop BF ni sebab anak dah masuk dua tahun...

Dec 13, 2011, 8:37:00 PM

tahniah.. buat Has & Zahra..

Aliya sudah 3 tahun 5 bulan.. mlm2 masih ngempeng.. dah sapu mcm2, tp dia cerdik, cari sapu tangann, basahkan sapu tangan & lap B... huwaaa.. kalo x ngempeng memang x leh tidur lah dia.. kdg2 berjaya dera dia sampai lewat malam.. last2 tertidur sendiri.. tp kalo terjaga jam 3-4 pagi, dia cari B dulu...

masalahnya , dia mungkin x kan ade adik.. next year kakyong pun dah 40's.. x sampai 3 minggu jer lagi..

tu yg jd susah nak wean off..

kena cari daun pahit jugak gayanya nih..

Dec 14, 2011, 11:48:00 PM

@eb : tu lah kan, memang tak sampai hati..tapi nak buat cemana..

@mj : thanks dear gitau..

@maria : kalau nak stopkan nanti, cubala slow2 jumlah intake..

@kakyong : kalau dpt yg panjang akal camgini mmg kena lagi kreatif..hoho..takpon tunggu dia brenti sendiri..kalau kakyong sanggup susukan sampai 4-5 tahun, on je kakyong..sebab bagus kan breastfeed ni..

Assalamualaikum puan..tahniah kerana berjaya stopkan susu badan ..nak tanya anak saya berhenti menyusu sendiri dan sekarang buah dada saya mengbengkak , ke saya hanya biarkan mcm puan..saya takut makin lama makin sakit...nak buat mcana? tuam dgn air sejuk ke?

Assalamualaikum puan..tahniah kerana berjaya stopkan susu badan ..nak tanya anak saya berhenti menyusu sendiri dan sekarang buah dada saya mengbengkak , ke saya hanya biarkan mcm puan..saya takut makin lama makin sakit...nak buat mcana? tuam dgn air sejuk ke?

Aug 27, 2015, 8:19:00 PM

Sedang dalam proses cerai susu. .hehe

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...