Dec 2, 2011

Home » , , » Budu dan Khasiatnya

Budu dan Khasiatnya

Hehe, tetiba arini sentuh pasal makanan tradisional yang terkenal, terutamanya di sebelah Pantai Timur Malaysia, iaitu budu dan khasiatnya. Almaklumlah, baru beberapa hari yang lepas dapat makan nasi dengan budu.. Thanks Zana, kerana menjamu kami dengan budu, terubatlah jugak rindu kat kampung halaman.

Ha, kalau nak tahu, saya ni makan budu ni pon sebab sedap,  terutamanya dengan sesetengah masakan, bukan sebab khasiatnya (kesnya pasal tak tahupun khasiat budu ni..) Sekali 2-3 hari lepas, saya terjumpa artikel mengenai khasiat budu, memang nak share terus ngan uols, tapi baru skang dapat share..hehehe.. Maklumler, blog pon baru dapat update..kuikui..

Jarang saya makan budu cenggini, biasanya kosong aje, lagi best kalau budu + sambal tempoyak/durian

Ha, nak tau dak khasiat ape ada pada budu ni? Ha, banyak khasiatnya, bukan saya yang cakap, tapi ini adalah kajian para ahli pemakanan berkhasiat Jepun, Amerika Syarikat, Australia, New Zealand dan Jerman. Katanya, kandungan budu memiliki glutathione sebagai bahan antioksidan, mengeluarkan sisa toxic dan meningkatkan daya tahan tubuh (immune) yang dapat memerangi pelbagai penyakit merbahaya dan menghalang kanser. Info kat bawah ni semua saya kopipes dari sini.

Budu didapati berpotensi untuk melawan radikal bebas dan dipercayai mampu menghalang proses penuaan dan mencegah terjadinya penyakit degeneratif pada peringkat lebih awal. Kajian mendalam juga mendapati budu turut mengandungi zat antibakteria penyebab cirit (diarrhoea), penurunan kolestrol darah, pencegah penyakit jantung dan hipertensi.

Budu memiliki zat gizi yang lebih mudah dicerna, diserap dan dimanfaatkan oleh tubuh berbanding jenis protein yang lain. Dengan pengambilan budu sebagai makanan sampingan, ia mampu menggalakkan pertumbuhan berat badan bagi golongan yang menderita penyakit diarrhoea kronik ini serta menyembuhkannya dalam waktu singkat.

Ia juga dapat mempertingkatkan IQ kepada sesiapa yang memakannya, kerana ia merangsangkan sel-sel otak dan akan memperkukuhkan ikatan di antara neuron-neuron serta menguatkan neuron-neuron yang lemah. Pemakanan budu turut bertindak membantutkan pertumbuhan bakteria raffinosa dan stokiosa, penyebab utama gejala flatulensi dan masalah kembung perut bagi kanak-kanak dan orang dewasa. 2 kelompok vitamin yang terdapat pada budu iaitu, vitamin larut air (vitamin B kompleks) dan vitamin larut lemak (vitamin A, D, E dan K). 

Budu merupakan sumber vitamin B yang paling banyak, budu juga merupakan penyumbang utama vitamin B12 yang dihasilkan oleh bakteria klebsiella pneumoniae dan Citrobacter frundiin, yang mana vitamin B12 ini tidak dimiliki dari mana-mana sumber makanan laut, ikan-ikan dan daging-daging lain. vitamin B12 ini perlu untuk pembentukan sel darah merah, di mana kekurangan vitamin ini mengakibatkan terjadinya penyakit anemia perisiosa (pucat), sakit perut dan berat badan menurun.

Saya kopipes sikit aje ni, kalau nak tahu lebih lanjut leh tengok kat Wiki/Budu. Seriyes, saya taktau pon yang budu ni banyak betul kebaikannya, maklumlah, rasanya yang agak masin tu kan, macam tak berani pulak nak bagi Zahra try. Tapi kat situ, ada tulis bagus untuk kanak-kanak, tapi dari umur berapa ek boleh bagi? Because kopi dan teh tak elok kan bagi kat kanak-kanak, kan? Ke untuk bayi je? Hahaha.. Oh ya, stail saya aka my family, takdela makan budu sampai banjir nasi ngan budu, tu over,..agagaga.. Ke ada yang sampai minum/hirup je budu tu? Hehhe.. Oh ya, budu ni ada jugak kekurangannya, oleh kerana kandungan asid urik yang agak tinggi, ianya tidak sesuai bagi mereka yang menderita sakit gaut, kencing manis, darah tinggi, jerawat batu, barah payudara dan keguguran rambut kronik.


p/s : Saya takdela makan budu sokmo, tapi cukup suka makan budu dengan kuah singgang (kelate) dan gulai lemak. Uols suka makan budu? Or pernah makan budu, apa kata uols, besh ke tak?


Nak cari handbag LV, Longchamp, souvenir? Klik SINI

Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Kliklah sini dulu.. Thanks!!

Suka entri ini, meh picit button kat bawah ni:

12 Comments
Comments

12 comments

Anonymous
Dec 2, 2011, 10:32:00 AM

nyum, saya pun baru belajar makan budu, aritu try goreng nasi letak budu, sedap jugak rasanya

Dec 2, 2011, 1:59:00 PM

terliur nana ngk budu tu..hehe...suka3x!mak nana selalu letak mcm dlm gmbr tu:)

Dec 2, 2011, 4:04:00 PM

memang sedap makan budu.kalo ada ulam2 mcm pucuk gajus ker.ikan panggang ker.alahai..menjejes air liur.

Dec 2, 2011, 4:55:00 PM

kalo buat cicah ikan bakar.. memang mabeles..


lama tak singgah sini.. header pun dah comel..

ada hutang dgn Has yg masih belum selesai..

& blog personal kakyong dah berpindah ke http://ibualiya.blogspot.com/

Dec 2, 2011, 10:21:00 PM

Myra dulu tak makan Budu tapi sekarang dah suka :)


*Kak, komen akak ok takde masuk SPAM**

Kalau boleh tolong jugak sama2 klik Like FB dan Twitter

Terima kasih..

Dec 3, 2011, 1:26:00 AM

ada masuk kosmik hari tu budu dijadikan kosmetik ;)

jom join GA ni pulak untuk dapatkan kalendar peribadi kalis air + 5kping gambar bersaiz A4

http://naman0807.blogspot.com/2011/11/giveaway-personal-kalendar-2012-kalis.html

Dec 3, 2011, 10:56:00 AM

Datang sini nak makan Budu..


**Kak, TQ kak support dengan komen2 akak tu, tak terbalas myra ha dengan komen2 dari akak :)

Dec 3, 2011, 10:56:00 AM

Datang sini nak makan Budu..


**Kak, TQ kak support dengan komen2 akak tu, tak terbalas myra ha dengan komen2 dari akak :)

Dec 3, 2011, 10:13:00 PM

Terima kasih krn join bloglist anastasyea =)

www.anastasyea.com

Dec 5, 2011, 8:39:00 AM

Singgah nak makan Budu :)

Kak Sihat?? Myra tak kemana pun semalam, dok rumah je ;)

Dec 6, 2011, 11:40:00 AM

ooo jarang makan budu ehehe org perak tk reti makan budu kot

Dec 15, 2011, 1:52:00 AM

@tina : sedap ek? tak pernah cuba lagi tu nasi goreng taruk budu..

@nana, eliss : sedap kan..

@kakyong : tulah..say faham..saya pon br nak aktif berblog balik ni..

@mj, aida : sama-sama

@naman : thanks jemput, insyaAllah join..

@bee : trylah dulu..mana tau suka..kiki..

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...