Hehe, sebenarnya Zahra dah mula homeschool dari bulan Nov haritu lagi, tapi beselah mood mamanya ke laoottt, baru skang nak update.. Tapi ni pon tak dapat nak full update, sebabnya ada lagi gambar dalam kamera tak transfer, kesnya tak jumpa kabel..
Mula2 interested nak berhomeschool ni lepas terjumpa blog Mama Homeschool.. Memang bagus blog ni, banyak info yang dikongsikan bersama mengenai homeschool ni.. Tapi saya takdelah betul2 homeschool kan Zahra, saja isi masa lapang dia, sambil mengenal huruf ABC, 123 dan yang simple-simple aje.. Tapi untuk aktviti Tot School ni, saya lebih banyak merujuk pada blog 1+1+1=1, sebab gegirlnya lebih kurang sama umurnya ngan Zahra.
Untuk Letter Aa ni, saya gunakan printables dari sini, senang keje, takyah nak reka cipta atau fikir lelebih, print aje..ngee.. Tapi ade jugak yang saya tak buat ataupun ikut, ikut mood Zahra jugak, dan tak mengikut urutan, lebih kepada yang mana Zahra nak buat dulu..ngee.. Jom nengok aksi Zahra berhomeschool..
This week's Letter : Aa
This week's Object : Apple
This week's Vocab : Fruits
Untuk mula-mula ni, saya tunjukkan cemana nak tulis huruf Aa, then Zahra akan ikut.. Dan kami akan guna banyak jenis warna marker untuk tulis huruf ni, more practice tapi jimat kertas..ngee
Yang ni pulak saya ambil dari sini.. Patutnya sambung pada dot dot tu, tapi Zahra sambung pada huruf, takperlah nakk.. Asalkan Zahra bahagia..hehehe
Yang tracing ni pon Zahra guna banyak jenis warna marker, jimaattt kertas..kikiki.. Kalau uols nak lagi jimat, boleh je laminate, takpon letak dalam sheet protector, leh guna berkali-kali.. Oleh kerana kami takde dua-dua, tu yang sampai guna banyak warna tu.. Perasan tak skang Zahra guna tangan kiri laks? Kat atas guna tangan kanan.. Haha, taktauler Zahra ni kidal ke tidak, sebab skang ni guna dua2 tangan.. Kalau Zahra cekap guna 2 tangan untuk menulis, itu lagi bagus..haha..
Untuk aktiviti ni pulak, saya memperkenalkan dulu nombor 1-10 pada Zahra, then saya minta dia cari nombor yang saya sebut dan scribble that number.
Untuk shapes pulak, macam nombor tadi, saya perkenalkan dulu bentuk-bentuk, then saya minta Zahra tracing mengikut bentuk apabila saya sebut shapes tersebut.
Muka yang happy tunjuk hasil tangan mewarna object apple, walaupun hasilnya tak semenggah..hehe.. Tapi skang dah comey sikit skill mewarnanya.. Oh ya, masa ni takde warna ungu, tu yang tak dapat kaler..huhu.. Maklumler, on the spot homeschool, first timer pulak tu, tak prepare bebetul..
Tapi tuler, nak berhomeschool ni nak kena dua-dua rajin, terutama maknya, anaknya suka aje sebab ada aktiviti kan.. Untuk Zahra, mama cuba merajinkan diri untuk jadi lebih kreatif agar Zahra suka ngan aktiviti sebegini.. Jom uols, kita berhomeschool, leh tukar2 pandangan dan idea..
p.s : Bila dah demam camgini, dah slow sikit aktiviti homeschoolnya.. Ke tak jalan? Hoho..
Nak insentif tunai, Klik SINI
Suka entri ini, meh picit button kat bawah ni: