Jan 6, 2012

Home » , , , » Panduan Menceraikan Susu Badan

Panduan Menceraikan Susu Badan

Di entri yang lepas, saya ada kongsikan pengalaman pertama saya dalam proses menceraikan Zahra dari susu badan, kali ni saya nak kongsikan pula panduan untuk menceraikan susu badan yang saya ambil dari sini, khas untuk kanak-kanak 2 tahun ke atas..

1. Kurangkan Dahulu Sebelum Bercerai Sepenuhnya
- Seeloknya, elakkan dari berhenti secara tiba-tiba (unless terpaksa & atas nasihat doktor), takut2 emosinya terganggu
- Kurangkan 1 sesi penyusuan pada setiap minggu, contohnya biasanya di belah siang jumlah sesinyanya adalah 7, minggu depannya sebanyak 6 sesi, dan untuk minggu depan pula 4 sesi sahaja
- Sebaliknya, uols boleh gantikan dengan minuman ataupun makanan yang berkalsium seperti air yogurt, susu segar ataupun susu soya
- Kenyangkan dengan makan lain dahulu sebelum anak2 meminta susu badan dan jangan menyusukan terlalu lama pada tiap2 sesi penyusuan
- Elakkan menawarkan susu badan jika tidak diminta, dan jangan menolak jika diminta
- Gunakan kaedah ansuran, uols boleh alihkan perhatiannya pada aktivti/benda lain dan proses ini mungkin mengambil masa sehingga beberapa bulan 
- Jangan terburu-buru untuk memberhentikan susu pada waktu malam & jangan salin baju di depan anak bagi mengelakkan dia ternampak lalu teringat

2. Bagitahu dan Terangkan Kenapa Kena Berhenti
- Terangkan kepada anak2 uols kenapa mahu memberhentikan penyusuan
- Uols boleh bagitau yang dia hanya boleh menyusu jika dia nak tidur ataupun pada waktu malam sahaja
- Jika uols hamil ataupun mengalami kesakitan pada puting, uols boleh bagitau kepadanya, yang penting jangan marah @ stress

3. Memberhentikan Penyusuan Pada Waktu Malam
- Sebolehnya, elakkan menjadikan penyusuan sebagai cara untuk menidurkannya. Sebaliknya, gantikan dengan aktiviti membaca buku, mendodoi, berzikir, menepuk perlahan atau menggosok belakangnya
- Jika anak tetap mahu menyusu, susukan di tempat lain, selain dari tempat kebiasaanya menyusu malam sebelum tidur. Mungkin di bilik lain ataupun ruang tamu
- Jika anak terjaga pada waktu malam, biar suami uols yang menenangkannya. Sekiranya anak uols mahukan susu, perah dan biar suami uols yang bagi

4. Mengurangkan Bengkak Susu
- Jangan makan makanan atau minuman yang memperbanyakkan susu, contohnya oat masa proses menceraikan susu
- Mandi dengan air suam & tumpukan air suam tersebut pada bahagian yang bengkak. Takpun, uols boleh tuam-tuam ngan air suam
- Letakkan helaian kobis antara payudara dengan coli uols. Potong urat kobis yang keras agar lebih selesa dan biarkan selama 20 minit, 2 kali sehari.

5. Perubahan Tingkah Laku
- Tambahkan belaian, pelukan dan ciuman sebagai gantian kepada 'manjaan' penyusuan badan
-Anak uols mungkin berubah sikap seketika walaupun dia sendiri yang mahu berhenti susu. Dia mungkin mengekori anda ke mana sahaja & kadang2 lebih nakal
- Anak uols juga perlukan masa untuk menyesuaikan diri, sebagaimana uols juga perlukan masa dengan perubahan ini
- Uols juga mungkin berasa sedih, sunyi dan tertekan selepas kali terakhir anak uols menyusu, terutamanya jika uols berhenti secara tiba-tiba

Kalau nak tengok video mengenai proses cerai susu badan, boleh klik sini..

gambar selingan..ngee..

Nak menang wang tunai RM50K, Klik SINI

Nak tahu kat mana tempat makan yang best, Klik SINI

Nak insentif tunai, Klik SINI 

Nak cari trendy hijab, muslimah attire, babykids wear, Klik SINI

Nak cari handbag LV, Longchamp, souvenir? Klik SINI

Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Kliklah sini dulu.. Thanks!!

Suka entri ini, meh picit button kat bawah ni:

8 Comments
Comments

8 comments

Jan 6, 2012, 11:12:00 AM

bagus tips ni.. dulu masa nak pisah susu dgn ank yg 1st sedih sgt, tp terpaksa sebab dah mengandungkan.. lgpun masa tu dia dah 1thn 8 bln so terangkan la sakit bila dia menyusu ++ lumur serbuk kopi & asam jawa kat situ bila so rase pahit dia kurang la nk mintak susu hihihi agak kejam kan...tp terpaksa

Jan 6, 2012, 1:08:00 PM

Aliya skrg ni ngempeng belah malam jer..

kalo tak bagi memang dia dok mengaruk jer.. sampai org lain seme x leh tidur.. kalo nak tunggu dia tidur sendiri, hmmm, memang dia akan tunggu la ibunya masuk tidur..

Jan 6, 2012, 2:03:00 PM

alahai, mcm x sanggop plk. hu3

Jan 9, 2012, 7:34:00 AM

@LiErOSe~QiEmi hihi..me pon letak asam jawa gak, bila dah 2-3 bulan takde tanda nak lepas sendiri..

Jan 9, 2012, 7:52:00 AM

@kakyong hehe, payah jugak tu, kalau kakyong sanggup, tunggu sampai dia takmo sendiri..

Jan 9, 2012, 7:52:00 AM

@eB ezrin mula2 mmg rasa cam tak sampai hati, tp sbb dah tekad nak ceraikan, terpaksa wat hati kering..huhu..

Anonymous
Sep 2, 2012, 10:05:00 AM

saya masih menyusukan anak lelaki saya (2thn 6bln) w/pun dia dh ada adik(girl, 4bln). awal2 ada bb tu dulu rasa ok. tp bila bb dh makin besar, rasa susah dh. x tau cemana nk stopkan si abg BF sbb dia x minum susu botol. mkn pun kurang sgt.

Oct 26, 2012, 12:22:00 PM

anak i dah nak masuk 3 tahun, tapi still lg nak menyusu tp tak kerap mcm masa dia kecik2 tu.. dah mcm2 sapu kat situ, dari kopi, nescafe, sirap, bawang putih sampai ke akar bakawali yang pahit sgt2 tu.. xmaunye dia stop.. dah tak tau nak buat mcm mana..

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...