Untuk makluman semua pengguna jalan raya, berikutan dengan Perhimpunan 901 pada 9/1/2012 di Mahkamah Kuala Lumpur, Jalan Duta, berikut adalah jalan-jalan raya yang dijangka sesak iaitu di sekitar jalan-jalan menuju ke Kompleks Mahkamah Jalan Duta, Matrade, Bangunan Kompleks Kerajaan, Hentian Bas Jalan Duta, Masjid Wilayah dan sekitarnya mulai jam 7 pagi. Jalan-jalan yang terlibat adalah :
1. Jalan Duta dari kedua-dua arah
2. Jalan Kuching
3. Bulatan Segambut
4. Jalan Khidmat Usaha
5. Jalan Ibadah
6. Jalan Dutamas
7. Jalan Persiaran Dutamas
8. Jalan Hikmat Usaha
Oleh itu, Ketua Trafik Kuala Lumpur menasihatkan kepada semua penguna jalan raya supaya mengambil langkah berikut :-
1. Elak dari menggunakan jalan -jalan tersebut jika tiada sebarang urusan penting.
2. Kakitangan pejabat yang bertugas dan orang ramai yang mempunyai urusan di sekitar kawasan tersebut dinasihatkan supaya menggunakan Pengangkutan Awam.
3. Patuhi arahan dan beri kerjasama sepenuhnya kepada anggota polis yang bertugas.
4. Pastikan kenderaan yang diletakkan tidak menghalang lalulintas.
sumber : MyNews Hub
p/s : Uiss.. one of the route yang terlibat tu jalan ke tempat kerja my sis, cemanalah dia nak gi kerja nanti, mahu sampai kul 10..hohoho..
Suka entri ini, meh picit button kat bawah ni: