Sebenarnya, saya pernah membuat entri mengenai mempunyai blog lebih dari satu ni, kalau nak baca, leh klik
sini..
Akhirnya saya pasrah, saya perlu membuat satu lagi blog, tapi kali ni blog ini akan dijadikan blog utama kami.. Kat sini akan diceritakan mengenai semua yang berlaku sekitar kehidupan kami dan juga a little bit about the world.. Termasuklah cerita ceriti mengenai anak-anak kami akan turut dimuatkan di sini.. Pendek kata semualah kat sini kecuali entri join conway, yang tu akan dibuat di blog lama iaitu di
Ma Belle Conway (yang dulu dikenali as Ma Belle Histoire)..
Persoalannya, mampukah untuk handle banyak blog nih? Hehehe..soalan cepu mas tu.. Oleh kerana entri2 dalam blog
my precious dan blog
parenting (yang mana sesuai dan perlu) akan dimuatkan dalam blog ni, insyaAllah, rasanya dapatlah handle 2 blog ni saja, cumanya kekerapan tu tak pastilah.. Ikut mood dan idea yang datang..
Cumernya, saya tidak dapat nak berblogwalking sampai lebam dan kaw-kaw macam dolu-dolu, yang pasti, yang mana meninggalkan jejak di kotak komen, dapatlah saya membalas kunjungan bezanya cepat atau lambat sahaja, sebabnya mesej tu kekal di situ.. Yang mana tinggal jejak di shoutbox tu, kalau berkesempatan dan tidak terlepas pandang, saya akan memberi kunjungan balas.. Kalau terlepas tu, saya minta maaf banyak-banyak kay..
Kalau ikutkan saya takmo letak kotak shoutbox (padahal skang tak letak lagi..hehehehe), coz saya takut kalau-kalau saya tak dapat membalas setiap kunjungan.. Maklumlah, rasa cam tak best dan serba salah pulak kalau tak dapat membalas kunjungan.. Tapi, oleh kerana saya dah maklumkan awal2 sekiranya mahu saya membalas kunjungan uols, tinggal aje jejak uols di kotak komen, akhirnya saya buat keputusan untuk letak juga.. Coz pada saya, kotak shoutbox tu bukan setakat untuk mendapat trafik dari empunya blog, tapi mungkin pengunjung2 yang lain..
Berbalik pada topik, (hehehe..termelencong sekejap..), cemana uols handle banyak blog ek? Kalau ikutkan, saya buat blog khas untuk join conway ni, supaya dapat join banyak2 conway, walaupun duenya lambat lagi. Takdelah macam sebelum ni, bila nak dekat due, baru dapat join sebab nak seimbangkan entri conway dengan entri repekan.. Kekononnya takmolah bagi nampak banyak sangat entri conway.. Tapi setelah 2 hari buat blog baru ni, still tak sempat juga nak buat entri join conway sebab duk busy godek-godek blog baru.. Mana nak buat entri kat blog repekan lagi.. Uols buat cemana ek?
Suka entri ini, meh picit button kat bawah ni: