Dec 26, 2010

Home » , , » Edisi II : Jalan-jalan Sempena Cuti Chrismas

Edisi II : Jalan-jalan Sempena Cuti Chrismas

Hihihihi..tak sangka ada yang meneka juga.. Maklumlah, saya tak berani nak war-warkan, sebab utamanya hadiah tu hanya dapat dipos apabila kami pulang ke Malaysia nanti, paling awal pon dalam bulan 6 camtu.. Coz nak pos dari sini mahal sangat!!!

Sambungan dari entri semalam,  sesampai je kt Madrid, kami cek in kt Agumar Hotel, 4 star dan ratenya jauh lg murah dr 1 star hotel kt Swiss, tapi tak sebest hotel kt Barcelona. Stafnya tak brape friendly dan bilik dia tak seluas dan seluxury hotel Torre. Kami bagi 3*. Then we off to Santiago Bernabeu stadium, ape laiee stadium football.. Tapi kali ni tak masuk eventhough entry fee EU15. Pada pandangan saya, stadium ni nampak lagi modern dan canggih buildingnya compared to Campnou stadium..

Depan Stadium Santiago Bernabeu..
Di The Cibeles Square

Pas puas Mr. Hadi menatap stadium nih, kami pi makan kat tempat yg tak plan, sedap gak,tapi dah lupe amende, yg ingatnyer ade california..hihih..nama makanan yg kami amik pon tak ingat tapi memang sodappla.. Then we went to Prado Museum (nak tau ape dia tgk link ni..!) Punyerla ramai org beratur, sket punyer panjang lane dia, tapi sebab esok dah ade plan lain, nak tak nak beratur jugak.. Sib baik sbb ada Zahra, kami dpt skip lane.. Bila nak bayar rega tiket, skali dia kata arini free.. Patutla ramai bebenor, memang rezeki btollaa.. Museum ni tersangatla besau, even dah sampai nak tutup pon, kami tak abih lagi jelajah museum nih.. Pastu kami gi makan paella kat tempat yg disyor kat inet, namanya tak ingat dah, tapi bagi kami takdela sedap mane pon, nasi dia agak masin sedikit..huhuhu..ke memang paella camgini?

Di Parque del Retiro yang tersangatlah luas..
show puppet yang digemari ramai ni..
Itu adalah Prado Museum.. Tak abih jelajah nih!!

Soknya kami jenjalan kt bandar Madrid, pi park yg luas gler (walaupun ari Ahad ramai betul orang, siap banyak performance laie.. antaranya puppet show, magic show pon ade..) Pastu kami gi Plaza del Mayor. Kat sini lagi macam-macam performance ade, siap ade org lumpur lagi.. Yang paling tak tahan skali ialah kat Plaza del Sol, kat sini klu tak pegang anak or bdak kecik btol2 (mak bdak pon leh gak) skali terlepas mau tak dpt cari dah.. Memang sesak btol sampai berlaga bahu, nak jalan pon cam pakai kimono.. Malamnya kami cadang nak makan restoran Siam, tapi tak jumpa. Last2 makan dekat The Wok, bes banget!! Tapi sayang, kt Madrid je ade..huhuhu..

Di Plaza del Sol, yang tersangatlah ramai orang.. Kena bersesak-sesak..
ada orang lumpur di Plaza del Mayor..
Di The World's Oldest Restaurant..

Last day, kami gi soping, Mr. Hadi nak cari jeans kt El Corte Inglais, tapi mak aii bapok mahal. Yang agak tak mahal takdek size la plak.. Oleh kerana dah penat berjalan, so kami ronda2 dalam bas sahaja.. Hehehe.. Tapi menarik gak, leh tengok pelbagai tempat.. Kalau nak tengok video orang menyanyi Mexico yang sempat kami rakam, leh tengok kat sini..

some sort of palace..lupe dah.. Tapi ramai pelancong kat sini..


p/s : Setakat ni belum ada yang meneka dengan betul.. Saya bagi klu, negara yang kami nak pi sempena Chrismas Holiday ni weathernya untuk Winter ni tak sesejuk macam kat sini, dan kami tak pernah jejak lagi ke negara tersebut.. Kalau nak tau negara yang kami pernah pi, leh godek-godek kat blog ni.. Tekaan hendaklah dijawab di kotak komen entri ini ek.. Dalam satu masa (means dalam tempoh satu jam) hanya boleh teka 2 kali.. Kalau nak teka lagi, kena tunggu lagi sejam..hohoho..

Suka entri ini, meh picit button kat bawah ni:

2 Comments
Comments

2 comments

Dec 27, 2010, 3:33:00 AM

akak! puppet show tu best tak? budak2 mesti teruja kan, kalau kat malaysia ni ada, enna rasa mahu tak femes kan, aha

btw, akak sudah tukar templates! OEMMGEE!
akak sudah tukar nama blog! OEMMGEE!
akak sudah tukar display name juga! OEMMGEE
banyak perubahan baru noooo. haha

Jan 4, 2011, 10:51:00 PM

@enna : bestt, menarik jugak..hihihi, dah nama pon blog baru..agaga

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...