Jul 24, 2011

Happy Birthday July Girl!

Err.. girl lagi ke? Ekekeke.. Tak kisahlah, walaupun secara officialnya pada saat dan jam ini, umur dahpon melepasi era 20an,  tapi hati masih muda belasan tahun, dak gitew? ekekek..

Di hari yang berbahagia ini hanya mampu mengucapkan syukur alhamdulillah ke hadrat Illahi di atas segala nikmat yang diberikanNya, sangat merindui kedua ibu bapa, Ishak & Hamidah yang sememangnya bertuah bergelar anak mereka, dan berbangga menjadi isteri kepada Hadi & mama kepada Zahra yang sangat disayangi.. Tanpa mereka, siapalah saya dan tidak lengkaplah hidup saya..

Oww..takmo touche-touche (nak-nak lagi ala-ala dah ngantuk..ekeke) Meh kita tengok personaliti orang yang lahir pada bulan Julai ni.. Mari kita tengok berapa banyak yang mengena..


Hehehe..ada yang mengena dengan tepat, ada yang mengena dengan sipi-sipi..hihihi.. Yang tak kena mengena pon ada..

Ada yang share bulan kelahiran yang sama? Setahu saya ramai jugak.. Hari yang sama? Ekekeke.. Saya doakan semoga dengan pertambahan umur ini, kita menjadi insan yang lebih baik, dan segalanya lebih baik.. Aminnn..


Nak mitak tlun kenkawan komen entri Saya Bertudung, KLIK SINI

Nak cari handbag LV, Longchamp, souvenir? Klik SINI

Nak menang brand new SUZUKI Alto dan hadiah bernilai RM80K? KLIK SINI

Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Kliklah sini dulu.. Thanks!!

Suka entri ini, meh picit button kat bawah ni:

Jul 22, 2011

Antara Strawberry, Blueberry dan Marble Cheesecake

Hohohoho..semuanya cheesecake, takdek kek lain ke? Ekekeke.. Nak buat cemana, hantu cheesecake katakan.. Semestinyalah cheesecake menjadi pilihan hati, nak-nak lagi hari spesel bakal menjelang tiba, tak lama, lagi 2 hari je lagi..ekekek.. Nak buat ketiga-tiga tak laratlah eden, walaupun dalam hati ni sedap jugak kalau dapat makan Strawberry Cheesecake, Blueberry Cheesecake dan Marble Cheesecake..ekeke..

nyum..nyum..

Sape tak suka strawberi kan, ke ada yang tak suka gak? Ekekeke.. Memang menarik kalau buat strawberry cheesecake ni, nak-nak Zahra memang suka bebenau ngan strawberi ni.. Pantang nampak.. Kompom hilang segala hiasan strawberi kat atas kek tu nanti..hoho

perghh..meleleh ayaq liuq.. credit

Blueberry pon sedap gak, tapi skang ni macam bukan musim je, so tak dapekla nak hias camgini, nak kena ganti dengan blueberry filling lah pulak, tapi kat sini, taktau nak cari kat mana..hohoho.. Menarik ke kalau hias guna blueberry jam? hahaa..

waahh..cantiknyer kek ni..

Kek marble pon saya suka, apatah lagi kalau digabung dengan cheesecake, double suka ni..ekekek.. Memang menarik kalau buat marble cheesecake ni, tapinyer, tak dapeklah nak jadi camgini coz saya memang fail bab nak menghias, nak-nak lagi nak bagi cantik corak marble tu..huhuhu..

Antara strawberry, blueberry dan marble cheesecake ni, yang mana paling uols suka? Wah..wah..sedap tanya orang lain, sendiri tak dapat nak decide..ekeke.. Kalau uols ada resepi mana-mana antara ketiga-tiga cheesecake ni, mehla share link kat sini..ekeke.. Mana tahu, tengok simple dan sedap, pasti rasa nak cuba..hehehe..


Nak mitak tlun kenkawan komen entri Saya Bertudung, KLIK SINI

Nak cari handbag LV, Longchamp, souvenir? Klik SINI

Nak menang brand new SUZUKI Alto dan hadiah bernilai RM80K? KLIK SINI

Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Kliklah sini dulu.. Thanks!!

Suka entri ini, meh picit button kat bawah ni:

Jul 21, 2011

Golf, Sukan untuk Orang Kaya?

Berapa ramai yang setuju kalau dikatakan golf adalah sukan untuk orang yang kaya? Berapa ramai pula yang tak setuju dengan pernyataan tersebut? Hehehe, kalau tanya saya pulak, hmm.. Tak dapatlah pulak saya nak jawab secara tepat, ekekek.. Boleh gitu?

Satunya, sebab saya tak pernah pon main golf, ataupun lebih tepat lagi, tak ambil tahu pasal golf ni, sebab dulunya saya tak minat pon ngan golf ni..hahaha.. Tak silap saya dulu, UTM ada port untuk training golf (tak sure untuk student ke staf), maklumlah zaman dulu tak pandang pon..ekekeke..

credit

Tapi lately, minat pada sukan golf ni makin bercambah pulak..ekeke.. Ingat lagi tak dengan entri Blog Tidak Berupdate Gara-gara.., haa, kalau uols nak tahu, sport terbaru yang saya suka adalah golf laa.. Dari game ni lah, baru saya faham tentang selok belok golf, tak banyak pon sikitlah dari segi pengiraan mata.. Kalau dulu, main game kat komputer, seriyes saya tak faham motif golf dan pengiraan..hahaha..

hehe..senang je dalam Wii, berapa banyak guide da..ekeke.. credit

Walaupun gaya saya pukul tu tak boleh apply kat alam realiti (bak kata en. Hadi, memang salah teknik, janji straight saya pukul..agagaga..), tapi memang enjoylah main golf ni, membuatkan saya teringin nak try main golf kat alam realiti..hohoho.. Tapi confirm tak semudah main game kan..hehehe.. But yeah, melalui Wii ni, golfing is interesting, yang penting fokus dan teknik..kikiki.. Tapi takdelah berjaya mempengaruhi saya untuk layan tournament golf kat tv..ekekee..


p/s : Oh ya, mengenai pertanyaan entri ni, kalau uols google, ramai yang gitau sukan ni bukan untuk orang kaya sahaja, itu hanya dolu-dolu je.. Skang ni sapa-sapa yang berminat boleh aja belajar..


Nak mitak tlun kenkawan komen entri Saya Bertudung, KLIK SINI

Nak cari handbag LV, Longchamp, souvenir? Klik SINI

Nak menang brand new SUZUKI Alto dan hadiah bernilai RM80K? KLIK SINI

Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Kliklah sini dulu.. Thanks!!

Suka entri ini, meh picit button kat bawah ni:

Jul 20, 2011

Me Menang Top Up!

Hehehe, setelah sekian lama blog ini tidak berupdate, rindu pon dah tak dapat ditahan lagi, maka me gagahkan jua untuk buat entri ini..ecece.. Poyo je.. Tapi tu lah, bukan senang nak jadi blogger tegar ni kan..hohoho.. Bukannya takde idea, ataupun tak rindu ngan dunia blogging, tapi masa tu yang tak berapa nak ada..huhuhu.. Apapun, akan me cuba curi masa, demi blog kesayangan ini..agagaga..

Oh ya, berbalik kepada tajuk, sebenarnya dah lama Syu aka cik penganjur Syu90's 1st Giveaway memaklumkan yang me bertuah sekaligus memenangi hadiah top up RM5. Malah top up tu dah dapat dah pon, ekekek, tapi baru sempat untuk buat entri..hehehe.. Tahniah juga buat kak Atie..
my lucky number

Rasanya uols semua dah kenal dengan Syu kan, salah seorang yang tegar join contest dan giveaway juga ni.. Malah, selalu jugak menang ni.. Kalau nak tahu contest apa yang terbaru, boleh skodeng blog Syu90 & Contest.


p/s : Rindu kat kenkawan bloggers yang lain, mesti banyak cerita me dah terlepas..hohoh.. Tapi takpe, akan me singgah ke blog uols pelan-pelan, janji dapat tahu jugak kan walaupun lambat..hehe..


Nak mitak tlun kenkawan komen entri Saya Bertudung, KLIK SINI

Nak cari handbag LV, Longchamp, souvenir? Klik SINI

Nak menang brand new SUZUKI Alto dan hadiah bernilai RM80K? KLIK SINI

Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Kliklah sini dulu.. Thanks!!

Suka entri ini, meh picit button kat bawah ni:

Jul 19, 2011

Segmen Terjah bersama ceritaindahkami.com kembali lagi

Wihhhuu, setelah berjaya menyiapkan tugasan (tugasanlah sangat..agaga) mereview peserta bagi Segmen Terjah bersama ceritaindahkami.com sesi 1, kali ni saya nak buka kembali segmen terjah ini. Tapi kali ini, agak berbeza dengan sesi 1, kalau dulu saya akan review dari segi appearance blog, tapi kali ini saya mungkin akan review dari segi appearance entri pula..ngee..

Selain tu, tujuan segmen ini adalah untuk memperkenalkan uols dan blog uols, di samping mewar-warkan entri-entri uols yang besshh dan berinfomasi itu..

Jadi, mehla join Segmen Terjah bersama ceritaindahkami.com ini.. Untuk join, senang aje caranya, uols hanya perlu buat entri seperti berikut ;

1. Buat tajuk seperti di atas, letak banner  dalam entri uols, dan pastikan ada link ke entri segmen ini.


2. Letak gambar uols, yang paling cun melecun dan ensem sekali..heheh.. Takdelah, gambar yang paling uols suka sekali dan ceritakan serba sedikit mengenai diri uols dan juga mengenai blog uols, contohnya blog uols pasal apa. Nak panjang boleh, nak ringkas pon boleh. Bukan apa, boleh kita kenal lebih mesra lagi kan.. Tapi kalau uols takmo letak pon takpe, lagi besh kalau ada..ngee..

3. Sertakan sekali 3 entri uols yang terbaik, takpon yang uols rasa ingin berkongsi untuk semua blogger dan kalau boleh, uols nak semua orang baca entri tersebut. Kalau nak letak 1 pon boleh, kalau takmo letak pon takpe, tapi lagi bagus letak. Kan ke nak promote blog? Ekekeke.. Maksimum 3 ek., pastikan ada link ke entri uols tu yer.. Selepas 3 entri terbaik uols (beserta link),  copy dan paste 3 entri terbaik ceritaindahkami.com berserta link.

3 entri terbaik ceritaindahkami.com adalah :


4. Tinggalkan link entry uols di kotak komen entri ini sahaja. Tarikh tutup pada 24 Julai 2011 jam 11.59 malam waktu Malaysia..

Untuk semua peserta yang join segmen ini, blog uols akan diletak dalam bloglist khas selama sebulan, dan kemudian akan diletak secara kekal di Belle Bloglist.

(Optional) Tapi sekiranya uols juga letak blog Notre Belle Histoire di bloglist uols, link blog uols aka kekal blog ini juga.. Kiranya link exchangelah.. Nyatakan nak join bloglist wanita atau lelaki ek..


Nak cari handbag LV, Longchamp, souvenir? Klik SINI

Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Kliklah sini dulu.. Thanks!!

Suka entri ini, meh picit button kat bawah ni:

Nak mitak tulun kenkawan, boleh?

Oleh kerana kekangan masa, pulak tu idea nak mengarang takde, dari dibiarkan blog ini tak berupdate, maka, dengan muka tak malunya saya nak minta jasa baik uols untuk meninggalkan komen sepatah dua kata di entri Saya Bertudung, KLIK SINI.

Bagi yang nak tukar-tukar komen pon boleh, tinggalkan saja link entri uols kat sini.. Segala jasa baik uols saya dahulukan dengan ribuan terima kasih.. Muahhss!!


Nak cari handbag LV, Longchamp, souvenir? Klik SINI

Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Kliklah sini dulu.. Thanks!!

Suka entri ini, meh picit button kat bawah ni:

Jul 14, 2011

Blog tidak berupdate gara-gara..

Bukan setakat tak berupdate, bukak pon sekejap aje, setakat publish komen pastu dah tak sempat nak usha lelama..hohoho..

Rindu memang rindu, tapi nak buat cemana.. Cerita pon memang banyak nak di share kat sini, tapi nak buat cemana, tengok je hati terus tergoda..ekeke.. Tengok apa tu? Ni ha.. Penangan Nintendo Wii..ekekeke..


Hehehe.. Masa jenjalan kat London hari tu, ada ternampak promosi Wii ni GBP129, memang murahlah berbanding dengan harga kat Swiss, masa tu around CHF200++.. Tapi takat tengok jerlah, takkan nak sambar kan, sebabnya otw balik ke Malaysia, lagipun luggage kami pon cukup-cukup maksimum berat..

Alih-alih, bila kami balik sini, tengok-tengok kat sini pon ada promosi Wii jugak, tapi kaler black aje lah, CHF149 (yang kaler putih harga CHF199), maklumlah skang ni tengah sakan Summer Sale kan.. 

Memang seronok gak layan Wii ni, maklumlah saya memang suka main tenis, ping pong dan bowling. Tak dapat main real life, main games pon jadi lah..ekeke.. Dan Zahra pon suka gak main Wii ni, tapi satu game aje lah dia dapat main, iaitu Swords Play, terer pulak tu, asyik menang je.. (jangan jadi ganas dekat real life sudahla..)


Dan reason lagi satu kenapa blog Belle tidak berupdate selama 3 hari, Zahra skang ni dah tak tido siang. Jadi masa untuk berblog waktu siang memang susah nak cari. Waktu malam pulak, skang ni banyak cerita best (Summer kan..), mana nak tengok tv lagi, main Wii (waktu malam je dapat main ngan Mr. Hadi), mana nak berblog lagi.. Ni pon sebab Mr. Hadi tengah layan bola, dapatlah jenguk blog sekejap..hohoho..

Oh ya, sejak main Wii ni, saya ada jatuh cinta ngan satu sport lagi.. Nak tau ape dia, saya story di lain entri..ngeee.. Uols suka main game? Game apa yang uols suka?


Nak mitak tlun kenkawan komen entri Saya Bertudung, KLIK SINI

Nak cari handbag LV, Longchamp, souvenir? Klik SINI

Nak menang iPad 2, Canon EOS 550D, HTC Desire? Klik SINI

Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Kliklah sini dulu.. Thanks!!

Suka entri ini, meh picit button kat bawah ni:

Jul 10, 2011

Angan-angan, mungkinkah menjadi kenyataan?

Hakhak.. Kalau berangan memang sodap, maklumlah takyah keluar sesen pon..ekekek.. Memula saya nak letak tajuk Mehla Kita Memasang Angan-angan, tapi ntah cemana boleh bertukar kepada Angan-angan, Mungkinkah menjadi Kenyataan..hihihi.. Mana tahu kan..kekeke.. koya lagi..

Angan-angan pasai apa ni? Hehhe.. Lately, saya suka duk usha-usha kereta, maklumlah dah banyak model-model kereta yang baru keluar.. Salah satu darinya adalah, Toyota Vios TRD Sportivo.. Ingat lagi tak entri Kereta Idaman, ha agak-agaknya sama tak Vios yang saya berkenan tu ngan Vios TRD Sportivo ni..hehe..

haii..kalau dapat sebijik Vios TRD Sportivo, besh ni...

Uols ada terserempak ke dengan roadshow Vios ni (kalau nak tahu kat mana ada roadshow Vios, klik SINI), dah try test drive? Ekekeke.. Dapat test drive pon jadilah kan..kekeke..

Lagi satu, saya suka berangan pasal travel..kekekke.. Nak-nak lagi kat tempat yang sememangnya terkenal dengan pusat pelancongan yang beshh gitew.. Dan yang lagi best bila berangan,  apabila dapat travel dengan kapal gitew.. Waaahh, tak dapat nak imagine cemana, mesti excited giler, maklumlah tak pernah lagi bercruise dan bermalam atas kapal. 

cantiknya beach kat Phuket ni..

Mesti best kan, bangun-bangun dapat tengok laut yang menenangkan, memalam pulak didodoi dengan bunyi laut..waahh.. Dan skang ni Milkadeal ada buat promotion, RM715 instead of RM2060 for 3N Penang-Phuket-Krabi-Penang Holiday aboard Superstar Libra Star Cruise including Meals & Entertainment. Tak ke best tu? Tapi sayang, duit dalam poket tak cukup best..hohoho.. 

Sekian sahaja entri berangan buat kali ini.. Nanti kita sambung di lain entri..ekeke.. Maklumlah berangan ni memang takkan habis punyer..hihihii.. Oh ya, uols suka berangan pasal apa yer? Ce citer.. ce citer..


Nak mitak tlun kenkawan komen entri Saya Bertudung, KLIK SINI

Nak cari handbag LV, Longchamp, souvenir? Klik SINI

Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Kliklah sini dulu.. Thanks!!

Suka entri ini, meh picit button kat bawah ni:

Jul 9, 2011

BE Pertama bagi bulan Julai

Wihhuu.. Blog Belle dapat BE lagi.. Suka..suka..suka.. Sape tak suka kan kalau blognya dapat BE kan..hehehe.. Permulaan yang memberangsangkan bagi bulan 7 bulan yang special ini, harap-harapnya rezeki akan terus mencurah-curah sampai ke hujung tahunla..ekeke..

Ha, kali ni BE untuk blog personal Belle pula.. Tu yang besh tu, bukan pe, blog ni boleh tahan sikit UVnyer, compare dengan blogshop kami iaitu Ma Belle Shoppe. Maklumlah blog tu tak dapat nak berupdate sekerap blog ini..ekeke.. Walaupun, banyak juga yang boleh diupdate, kesnya tak pandai lagi nak manage masa dengan sebaik mungkin..huhuh..

Apapun, terima kasih buat Nuffnang dan Unilever Vaseline kerana mempercayai blog ini dan sudi beriklan di blog Belle ini.. Muahss.. Saya memang suka pakai vaseline ni, tapi sayang, kat Swiss ni choicenya tak sebanyak kat Malaysia..


A million thanks juga buat Belle visitors yang sering berkunjung ke sini, dan memberi sokongan pada blog Belle ini.. Juga kepada yang sudi klik ads di blog Belle ini, terima kasih banyak-banyak.. Muahss berbijik-bijik kat uols..


p/s : Uols buat ape hari ni, duk rumah ke keluar jenjalan? Kesian kat orang KL dan Selangor, jalan jammed teruk ek?


Nak mitak tlun kenkawan komen entri Saya Bertudung, KLIK SINI

Nak cari handbag LV, Longchamp, souvenir? Klik SINI

Wanna win cash prizes RM75k, Click HERE 

Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Kliklah sini dulu.. Thanks!!

Suka entri ini, meh picit button kat bawah ni:

Jul 7, 2011

Bro, Kasi Kritik Blog Gua Skit, Bleh?

Yiihaaa, kali ni dengan sepantas kilatnya saya mahu menyertai segmen review aka kritik yang dianjurkan oleh Ben Ashaari.
 
Dari segmen review nilah kita boleh tahu kelebihan dan kekurangan blog kita.. Jadi buat semua yang berkunjung, feel free untuk puji (ececece..agak perasan di siteww) dan menghentam yang mana patut dan yang perlu diperbaiki..ngee.. Aii tak kisah uols..

Ok, kalau uols juga mahu join, klik sini laju-laju kay.. Oh ya, alang-alang mengomen di sini, komenla sekali entri Saya Bertudung (Klik SINI) ek.. Nak komen sikit boleh, komen banyak boleh, nak komen dan komen dan komen lagi pon boleh.. Amat-amat dialukan..



Nak mitak tlun kenkawan komen entri Saya Bertudung, KLIK SINI

Nak cari handbag LV, Longchamp, souvenir? Klik SINI

Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Kliklah sini dulu.. Thanks!!

Suka entri ini, meh picit button kat bawah ni:

Jul 6, 2011

Meh tinggalkan link uols..

Akhirnya dah siap juga saya mereply komen kenkawan bagi entri bulan Mei, sekaligus menfollow blog-blog yang meninggalkan jejak di kotak komen.. Pasni tinggal untuk marathon reply komen bulan Jun dan entri bulan ini pula..

Tapi masalahnya, kalau ada yang tinggalkan komen pada bulan-bulan sebelum Mei, yang tu mesti saya terlepas pandang..hohoho.. Nak-nak yang bertanya pasal tutorial tu.. Tapi takpe, akan saya cek nanti, cumanya ambil masa lah sikit..hehehe..

Oh ya, sedar tak sedar dah 403  Belle Amies aka follower blog ini.. Ingat nak buat entri masa cukup-cukup 400, tapi takdan..hehehe.. Terima kasih uols yang sudi menfollow blog ini.. Kalau saya belum follow blog uols, sudilah kiranya tinggalkan link uols kat sini, senang untuk saya pi skodeng dan follow.. Maklumlah, saya hanya manusia biasa yang serba kekurangan, mesti ada yang terlepas pandang..


Ada yang gitau jangan letak kat bawah sebab nanti orang tak perasan..hohoho.. Better letak kat tepi. Memang betul, tapi saya letak kat bawah tu supaya banyak gambar Belle Amies terpapar berbanding kalau letak tepi nanti sikit je gambar Belle Amies yang nampak..hehhe.. Boleh gitu? Nak letak kat atas sekali, orang kata melambatkan loading blog, nak tak nak kena letak kat bawah supaya sama cam kat atas, leh nampak banyak gambar Belle Amies ni tanpa affect loading blog..hehehe..


p/s : Kalau ada yang tinggalkan pertanyaan, tapi saya tak jawab2 lagi, boleh juga ingatkan saya di kotak komen ini supaya saya boleh membantu dengan kadar segera, terutamanya bab tutorial tu.. Yang mana saya boleh bantu, saya bantu..


Nak mitak tlun kenkawan komen entri Saya Bertudung, KLIK SINI

Nak cari handbag LV, Longchamp, souvenir? Klik SINI

Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Kliklah sini dulu.. Thanks!!

Suka entri ini, meh picit button kat bawah ni:

Me, Lucky Follower?

Hohohoho..sila abaikan tajuk di atas.. Kesnya taktau nak letak tajuk apa, otak pon dah jammed, mata dah ngantuk, tu yang nak update cepat-cepat..ekekek..

Sebenarnya, me adalah salah seorang daripada pemenang bertuah dalam Lucky Followers by Meoww Cat. Terima kasih kepada cik penganjur yang sudi mencabut nama me.. Menang hadiah apa me tak pastilah pulak..ekeke.. Tahniah juga buat pemenang2 yang lain..


Adakah cik penganjur ni seorang yang sukakan kucing? Ha, kalau nak tahu kenapa nama glamer dalam alam bloggingnya adalah meoww cat, kenalah tanya pada empunya diri.. Dan jangan taktau, cik meoww cat ni ada anjurkan GA yang terbaru, kalau nak tahu, jom pi blognya, Teratak si Kucing.


p/s : Kalau sudi, mehla komen sebarang dua patah kat entri Saya Bertudung, nak komen banyak kali pon boleh, lagi saya suka..ekekek.. Thankss..


Nak mitak tlun kenkawan komen entri Saya Bertudung, KLIK SINI

Nak cari handbag LV, Longchamp, souvenir? Klik SINI

Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Kliklah sini dulu.. Thanks!!

Suka entri ini, meh picit button kat bawah ni:

Resepi Cheesecake menggunakan Slice Cheese

Hehehe.. oleh kerana mood blogging masih ke laut (kes tak puas balik Malaysia hari tu + idea nak ngarang cerita ceriti semasa bercuti takde), jadi kali ni saya nak sharelah resepi cheesecake yang menggunakan slice cheese, menjimatkan tapi tetap sedap.

Cheesecake ni adalah salah satu kek favorite saya..nyum..nyum.. Kalau dolu-dolu, taksah kalau pergi Tesco tu tak beli cheesecake ni..hehehe.. Balik hari tu pon beli, tapi tak puas.. Masih teringat sampai skang ni.. Oh ya, sebelum saya berstory panjang, meh kita tengok resepi cheesecake yang diperbuat dari slice cheese aje..

aiyarkhh..setting kamera tak betui..maklumlah amatur lagi..ekeke

BAHAN-BAHAN
  • 4-5 keping slice cheese
  • 200 ml susu segar
  • 70 gram butter atau marjerin
  • 70 gram tepung gandum (diayak dahulu)
  • 70 gram gula
  • 4 biji telur saiz M
  • beberapa titik esen vanila

CARA-CARA
  1. Potong atau siat slice cheese kecil-kecil dan campurkan dengan susu segar, kemudian masukkan ke dalam periuk.
  2. Dengan menggunakan api perlahan, kacau mixture tadi dan biarkan slice cheese tadi cair. Pastikan uols sentiasa kacau mixture tadi yer.
  3. Masukkan butter dan kacau hingga larut, tutup api dan sejukkan sebentar.
  4. Di tempat yang lain, asingkan putih telur dan kuning telur, pukul putih telur bersama gula hingga menjadi meringue (ni uols boleh google utk maksud yg tepat, tapi pemahaman saya kembang yang macam krim tu).
  5. Di dalam bekas lain, pukul kuning telur hingga kembang dan masukkan ke dalam adunan cheese tadi, masukkan tepung sedikit demi sedikit dan pukul lagi, dan pastikan adunan tidak berketul.
  6. Akhir sekali campurkan merigue ke dalam adunan tadi dan beberapa titik esen vanila, gunakan cara kaup balik supaya adunan menjadi rata. 
  7. Glis acuan kek dengan marjerin dan alaskan dengan kertas, dan masukkan adunan kek di dalam acuan tersebut.
  8. Bakar pada suhu 170 darjah selama 20 minit dan turunkan suhu 140 darjah selama 40 minit, gunakan acuan kek berukuran 20cm dan letakkan sedikit air di bawah dulang pembakar, cara bain marie (kalau nak tahu boleh rujuk entri Resepi Oreo Cheesecake), untuk mendapatkan kek yang elok teksturnya.

My 1st Trial - Rasanya memang sedap, tapi taktaulah silap kat mana, bagi saya kek tu kurang cheesy, terlebih tepung gitu rasanya. Rupa dah sebijik, rasa je tak macam cheesecake Tesco yang lemak berkrim.. Mungkin silap saya yang 1st time buat kek ni, ataupun suami saya tersilap measure tepung (hahaha..kantoi..yer, bab-bab measure bahan, saya serah pada encik suami). Kalau ada yang buat kek ni mengikut resepi ni, nanti sharelah ngan saya hasil kek uols, mana tahu yang uols punya menjadi, maknanya suami saya silap measurelah tu..ekeke

My 2nd Trial - Hikhik, silap saya pada 1st trial tu, untuk step 6 tu, saya pi pukul, patutnya guna kaedah kaup balik.. Maklumlah, 'terlebih' rajin..hihi.. Untuk kali kedua ni, saya guna kaup balik & saya gunakan gula halus, menjadi seperti kek cheese Tesco.. nyum..nyum..


credit : perutkenyang

Nak mitak jasa baik klik like kat SINI.. Thanks ^_* 

Longchamp New Year Sale, Klik SINI

Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Kliklah sini dulu.. Thanks!!

Suka entri ini, meh picit button kat bawah ni:

Jul 5, 2011

Yeayy.. Me Dapat US Polo Purse!

Sambungan dari entri Kemenangan dalam CGL semasa bercuti, yang me tak sempat nak habiskan dalam 1 entri je..hehehe, kesnya dah tak larat nak menaip + mengantuk..agagaga.. Patutnya pagi ni nak publish entri mengenai last day kat London, tapi baru me perasan, dari Day 1 sehinggalah ke Day 3, me baru wat sneak peek, tak cerita details lagi..hohoh.. Takkan tetiba nak wat penutup dah, isi pon takdek lagi..ekeke.. So, yang tu on hold dulu..ekeke..

Berbalik pada tajuk, terima kasih buat Shuhada aka puan penganjur You Pick, You Tell, You Win Contest yang sudi memaklumkan yang me memenangi tempat ketiga, sekaligus membawa pulang US Polo Purse yang berwarna merah gelap (ke ala-ala brown?)..awww.. I loike.. Tahniah juga buat kak Atie dan Nisa Azman.


Ha, kalau uols nak tahu, Shuhada adalah pengguna Premium Beautiful dan merupakan SSM dalam business ni.. Me memang teringin jugak nak tahu pasal PB ni, tapi sebab duk sini kan, jadi on hold dulu lah..hehehe.. Kalau nak tahu apa-apa pasal PB, takpon nak berkenalan ngan Shuhada, jom usha blognya, Just with Premium Beautiful..


p/s : Kenkawan kat sini ada yang pakai PB tak, mehla share experience korang.. Best tak?


Nak mitak tlun kenkawan komen entri Saya Bertudung, KLIK SINI

Nak cari handbag LV, Longchamp, souvenir? Klik SINI

Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Kliklah sini dulu.. Thanks!!

Suka entri ini, meh picit button kat bawah ni:

Jul 4, 2011

Sesi Perkenalan Antara Semua Ahli KSRS

Hehehe, walaupun Kelab Suri Rumah Sedunia ni dah lama ditubuhkan, saya baru nak join.. Maklumlah, baru dapat tahu ni.. Kalau tak, dah lama saya join dari awal-awal lagi..ekeke.. Jom kenkawan, kita meriahkan KSRS ni.. Rasanya KSRS ni terbuka untuk suri rumah sepenuh masa mahupun separuh masa..ekeke.. Tak gitu Pengetua Kelab aka Puan Bee? Kalau nak join, cepat-cepat klik SINI..

Dah join kelab, mestilah ada sesi suai kenal kan.. Ha, inilah biodata yang diminta oleh Puan Pengetua..


Nama : 
Kalau dalam alam blogging ni dikenali as cikpuanhady, tapi nak panggil has pon ok je..

Umur :
Tak lama lagi akan menginjak ke era 30 an.. Lagi 20 hari je lagi..awww

Tempat tinggal :
Kalau nak kira, saya ore Kelate, dolu-dolu menetap di Kuantan, tapi buat sementara ni kat Lausanne

Email :
sz_ishak[at]yahoo.com

Status :
Dah kahwin, ada anak sorang..gegerl..ngee

Bekerja atau tidak :
Buat masa ni, suri rumah sepenuh masa

Facebook/twitter :
Kalau sudi, mehla add FB saya dan twitter saya..


Banner blog saya ni takde lagi, kalau sudi, Puan Pengetua boleh buatkan? Hehehe.. Salam perkenalan dan ukhuwah buat semua ahli KSRS..

Ahli baru,
cikpuanhady


Nak mitak tlun kenkawan komen entri Saya Bertudung, KLIK SINI

Nak cari handbag LV, Longchamp, souvenir? Klik SINI

Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Kliklah sini dulu.. Thanks!!

Suka entri ini, meh picit button kat bawah ni:

Kemenangan dalam CGL Semasa Bercuti

Kali ni me nak update kemenangan hasil dari berkecimpung dalam dunia CGL semasa me offline hari tu..ekekek.. Maklumlah, bila dah bercuti memang tak sempat nak berblogging, dapat tau menang ni pon hasil jasa baik kenkawa yang maklumkan..

Firstly, terima kasih buat Qienah aka penganjur eLe Design 1st Giveaway yang sudi memaklumkan yang me bertuah dalam GAnyer, sekaligus memenangi hadiah yang kiut miut hasil kraftangan dari Qienah sendiri.. Tahniah juga buat pemenang2 yang lain..


Ha, kat eLe Design ni macam-macam ada, nak keychain, hair clip, pencil case, hp case, pendek kata semuanya ada.. Me berkenan betul dengan frame dan bantal tu..hehehe.. Dan harganya memang berpatutan.. Jom mencuci mata di blog Qienah, eLe Design..

Keduanya, terima kasih buat Mama Leen aka puan penganjur Ms Ladybee 1st Giveaway yang sudi memaklumkan yang me menang dalam GAnyer sekaligus memenangi hadiah yang kiut miut juga.. Me dah dapat pon hadiahnya, nanti me upload gambarnya di lain entri..heheh..takdan nak transfer lagi.. Tahniah juga buat pemenang2 yang lain.. Actually, semua yang join dapat gift tau..hehhe..


Sebenarnya, Mama Leen ni adalah salah seorang daripada GHMB atau juga dikenali sebagai Nyonya Mansor.. Tapi sejak me bercuti hari tu sampaila skang ni, takdan nak lepak lelama kat FB, takdan nak beramah mesra ngan ahli GHMB.. Apapun, jom berkenalan dengan Mama Leen di blognya, Ini Citer Ms Ladybee..

Ketiga, terima kasih buat kak Mega kerana sudi memaklumkan yang me dapat hadiah saguhati dalam Adyshariz Lucky Draw. Actually, me bukannya salah seorang daripada pemenang GA ni, tapi oleh kerana puan penganjur aka Aisha ni baik hati orangnya, dia bagi hadiah saguhati kat me..wawawa, thanks dear..suka sangat..hehehe.. Tahniah buat kesemua pemenang..


Hehhe, rasanya semua dah kenal ngan Aisha kan, tak perlu diperkenalkan lagi..ehehhe.. Maklumlah, Aisha ni salah seorang yang tegar join CGL juga, malah banyak menang ni.. Siapa yang nak menuntut ilmu CGL, leh gi bertapa ngan Aisha, especially bab-bab kreatif CGL..ngee.. Jom skodeng Aisha di blognya, A Story to Remember..


p/s : Patutnya ada satu lagi kemenangan dalam CGL semasa bercuti, tapi sebab jari me dah semputttt.. Maka me sambung lain kalilah yer.. Haa.. semputttt!!

Nak mitak tlun kenkawan komen entri Saya Bertudung, KLIK SINI

Nak cari handbag LV, Longchamp, souvenir? Klik SINI

Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Kliklah sini dulu.. Thanks!!

Suka entri ini, meh picit button kat bawah ni:

Mencuci Mata di Planet Hollywood dan Hard Rock Cafe London..^_*

Hehehe..baru dapat sambung balik cerita ceriti jenjalan kat Kota London hari tu. Last sekali baru story mory pasal Day 3 : Hop On Hop Off Around The London City, pada hari tersebut, kami juga singgah ke Planet Hollywood dan Hard Rock Cafe London kerana ingin memenuhi pesanan daripada salah seorang customer Ma Belle Shoppe yang mahukan t-shirt dan cap.

Di depan Planet Hollywood..
Ramai ni yang beratur nak makan kat sini..
alamak..gelaplah pulak..tersalah setting..hehe
banyak lagi merchandise kat sini..

Oleh kerana kami naik bus Hop On Hop Off, kami turun kat Piccadily Circus. Rasanya kalau guna tube pon boleh turun kat stesen Piccadily. Tapi kena jalan sikitla..hohoho, ke banyak jugak? Agagaga.. Ramai yang tengah beratur untuk lunch kat sini, tapi sebab kami nak beli merchandise, so kami leh skip the queue..ngee.. Kat PH ni macam-macam ada, tshirt, cap, keyrings dan lain-lain, uols boleh juga cuci mata di website PH.

Then, kami ke Hard Rock Cafe yang terletak di Old Park Lane. Luckily, bus Hop On Hop Off yang kami naik ni ada melalui HRC ni dan nama stopnya pon HRC. Bus tempatan pon ada, tapi tak pastila no berapa..ekekek.. Tak silap saya ada dua HRC kat London ni, satu lagi tak sure pulak kat mana, rasanya boleh google aje.. Oh ya, HRC ada dua kedai kat sini, satu restaurant, satu lagi merchandise shop, dua-dua kedai ni berdepan antara satu sama lain. Dan kedua-dua HRC ni kena beratur, panjang pulak tu.. Ramai betul peminat HRC ni.. Jom layan gambar kat bawah ni..

Perasan tak kat depan tu pon ramai orang? Kat depan tu orang beratur untuk masuk HRC Restaurant
Ramai yang tengah syok memilih..
View dari luar..

Dah habis pon aktiviti hari ketiga.. Untuk hari keempat, iaitu hari terakhir kami di London ni, akan saya sambung di lain entri..hehehe.. Till then, have a nice day..


p/s : Ada yang dilanda Monday blues ke, hohoho.. Saya yang duk kat umah ni pon mengalami simpton yang sama..ekekeke..

Nak mitak tlun kenkawan komen entri Saya Bertudung, KLIK SINI

Nak cari handbag LV, Longchamp, souvenir? Klik SINI

Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Kliklah sini dulu.. Thanks!!

Suka entri ini, meh picit button kat bawah ni:

Jul 3, 2011

Senarai Bloglist Belle of June

Tahniah buat Aisha coz berjaya dinobatkan sebagai Belle of June.. Kali ni meh kita tengok pula siapa yang berjaya tersenarai dalam bloglist Belle of the Month dan bakal menyertai Aisha selama sebulan di bloglist khas ini.. Oh ya, oleh kerana skang ni dahpon bulan Julai, maka senarai bloglist kali ini saya combinekan dengan bloglist Belle of May..
credit

Berikut adalah Top 3 bagi pengomen tegar bagi blog Notre Belle Histoire bagi bulan Jun yang uols boleh cekidout sendiri di tepi sidebar blog ini under Belle Reporters.. Klik aje Bulan Jun..

Carta Paling Kuat Ngomen dijuarai oleh :

1. Aisha aka Adyshariz
2. Myra Jay
3.  PuanBee

Oleh kerana tiada perubahan pada data Belle Buddies (maklumlah untuk dikira uols kena pastikan uols sign in bila masuk blog ni..), maka saya membuat keputusan untuk mengambil Top 3 Referral dari Google Analytics, dan mereka yang terkena adalah..

Carta Paling Kuat Skodeng dijuarai oleh :

1. Myra Jay
2. Cute Mum
3. Dahlia

Tahniah buat uols dan terima kasih kerana turut memeriahkan blog Notre Belle Histoire dengan komen2 yang memang de' best lah, dan tanpa jemu melepak di blog Notre Belle Histoire.. Muahss berbijik-bijik kat uols.. Sayang uols ketat-ketat la..agagaga..


p/s : Oh ya, bagi yang keliru kenapa ada bloglist khas ini, dan kenapa mereka ini yang terpilih, tak lain tak bukan sebagai salah satu cara menghargai Belle Amies. Bagi yang ingin tersenarai dalam bloglist blog Belle ini, saya ada 2 lagi bloglist untuk Wanita dan Lelaki, khas bagi yang link exchange dengan blog Belle ini, yang penting my blog kat main blog uols sebagaimana ur blog tersenarai kat my main blog..

Nak cari handbag LV, Longchamp, souvenir? Klik SINI

Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Kliklah sini dulu.. Thanks!!

Suka entri ini, meh picit button kat bawah ni:

Belle of June

Kali ni, tiba giliran untuk me announce siapakah yang bakal dianugerahkan Belle of The Month bagi bulan Jun.. Sebelum ni kita dah tau yang Mama Adam adalah Belle of May. Kali ni, meh kita tengok siapa yang kena..ngeee..

credit

AISHA aka ADYSHARIZ


Kalau nak kira, nama Aisha ni dah lama saya kenal, masa tu di awal saya menceburkan diri dalam dunia contest dan giveaway, maklumlah Aisha ni pon kaki contest juga..ekekeke.. Tapi Aisha lagi rajin dari saya..hehehe.. Terror pulak tu bab-bab contest kreatif ni, dah banyak pon menang hasil daripada join contest dan giveaway..heheh.. Dan kami sama-sama ada seorang anak yang lahir pada tahun yang sama, pada tahun 2009, bezanya Zahra lahir awal sebulan dari Hariz, kira boleh genglah tu..hehehe.. Sayang sekali, masa kat KL haritu tak dapat jumpa, takpelah, ada rezeki akan dapat berjumpa juga nanti..


Ha, inilah header blog Aisha.. Comel je, nak-nak lagi ngan gambar Hariz yang terleleh ayaq liuq tu..hehe.. Follower Aisha pon semakin hari semakin bertambah, dah nak cecah 1000.. Tahniah.. Ada entri menarik di blog Aisha, mengenai Wanita Melayu Akhir Zaman.. Jadi apa tunggu lagi, jom skodeng Aisha di blognya, A Story to Remember..

Nak cari handbag LV, Longchamp, souvenir? Klik SINI

Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Kliklah sini dulu.. Thanks!!

Suka entri ini, meh picit button kat bawah ni:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...