Taqabbalallahu Minna Wa Minkum
Dear readers, nak mitak jasa baik uols support blog saya dengan klik & like kat SINI (sehingga 29 Feb 2012).. Thanks!
Wahh, mesti skang ni uols tengah beraya sakan kan, jelesnya.. Saya je lah yang tengah ngadap lappy sensorang..hohoho, padahal takdan gak nak ngadap lama-lama walaupun kat sini tak rasa pon feeling beraya tu..huhuhu.. Takat hari pertama ajela.. Raya kedua ni, en. suami 'beraya' kat opis, saya ngan Zahra beraya kat umah..hohoho..
Oh ya, haritu saya ada letak gambo bubur jagung, first time buat tu..ekekeke.. Memang bubur jagung ni pon one of my peberet bubur ni.. Dolu-dolu, kalau balik Kelantan, mesti singgah beli jagung, sebab nak mintak mek buatkan bubur.. Skang ni kalau nak makan, kenalah buat sendiri..hohoho.. Nasib baik sonang yo nak buatnye..hehehe.. Jom cekidout..
BAHAN-BAHAN
- 4 batang jagung diambil isinya (saya guna jagung dalam tin aje saiz 280g)
- 5-6 sudu besar gula (saya guna brown sugar)
- 1 mangkuk kecil santan (dalam 250m)
- 1 - 1 1/2 mangkuk kecil air (dalam 375ml)
- 2 helai daun pandan disimpul
- 1/4 sudu teh garam (kalau tak nak letak pon takpe..)
- segenggam sagu dibilas dan ditos (saya ganti dengan beras..ngee)
CARA-CARA
- Isi jagung dibersihkan dan direbus dengan air lebih kurang 8-10 minit
- Masukkan gula, santan, daun pandan, garam dan sagu. Biarkan sehingga mendidih dan masak.
credit : jun
My 1st Trial - Saya guna brown sugar sebab kekononnya nak bagi warna bubur tu sedikit perang, maklumlah kat sini tak jumpa lagi gula melaka, daun pandan pulak takde..hohoh.. Oleh kerana saya takde sagu, dan saya gantikan dengan beras, dan saya guna jagung dalam tin, Step 1 tu saya tukar dengan beras dan saya biarkan sampai mendidih. Lepas dah masuk gula dan sebagainya tu, bila dah nak dekat masak baru saya letak jagung.. Baru syok dan tak lembik.. Selamat mencuba uols..
Suka entri ini, meh picit button kat bawah ni: