Feb 9, 2012

Home » , » Resepi Cheesy Meatball

Resepi Cheesy Meatball

Kenkawan, nak mitak jasa baik uols klik & like kat SINI dan support blog saya dengan klik & like kat SINI.. Thanks!


Hehe.. Hari ni baru berkesempatan untuk update blog, dan share ngan uols resepi Cheesy Meatball yang spesel ni.. Dapat resepi ni dah lama, tapi mood untuk mengadap lappy tu yang takde, taktaulah nape.. Hari ni kuatkan semangat untuk on lappy..hihi..

BAHAN-BAHAN
  • 400g daging hancur (untuk 13-15 meatball)
  • 4 sudu besar cream cheese Philadelphia
  • 2 biji tomato
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 biji bawang besar
  • segenggam daun parsley
  • 1/2 sudu teh garam

CARA-CARA

a) untuk meatball
  1. Bawang putih dicincang halus. Kemudian, gaulkan garam, bawang putih yang dicincang tadi bersama dengan daging hancur.
  2. Ambil sedikit daging hancur (dalam 1.5 inci diameter) dan bentukkan menjadi bebola.
  3. Leperkan bebola tadi dan masukkan sedikit cream cheese di bahagian tengah dan bentukkan semula agar menjadi bebola.
  4. Langkah 2-3 diulangi sehingga habis daging hancur tadi.
  5. Goreng meatball (dengan sedikit minyak) sehingga garing di setiap bahagian. Susun meatball yang telah dimasak ke atas pinggan.
b) untuk hiasan
  1. Belah tomato kepada 4 bahagian.
  2. Dalam kuali yang sama (setelah meatball diangkat), goreng tomato selama 1 minit dengan api sederhana.
  3. Hiris halus bawang besar dan goreng (setelah tomato diangkat) sehingga garing.
  4. Hiris halus daun parsley.
  5. Tabur bawang goreng, tomato dan daun parsley ke atas meatball dan siap dimakan begitu sahaja bersama dengan potato atau bersama dengan spagetti bolognese.

Our 1st Trial :  Oleh kerana tengok omputih yang masak (depa kan suka makan ala-ala separuh masak gitu), meatball yang digoreng tadi, sesetengahnya kat dalam tu ada yang masih berwarna merah, so kalau nak fully masak, mungkin boleh rebus dulu, takpon buat saiz kecil sedikit. Dan kalau ada yang tak makan daging lembu, boleh juga gunakan daging ayam. Dan hasilnya, voila..



Jom join Double GA, ada 15 hadiah menarik, Klik SINI

Nak tau cantik ke tak artwork dari Budak Nakal, Klik SINI

Nak tengok Jazeman Jaafar menemuramah Michael Schumacher, Klik SINI 

Nak menangi trip ke Hong Kong atau Samsung Tab, Klik SINI

Nak cari trendy hijab, muslimah attire, babykids wear, Klik SINI

Longchamp New Year Sale,  Click HERE

Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Kliklah sini dulu.. Thanks!!

Suka entri ini, meh picit button kat bawah ni:

18 Comments
Comments

18 comments

Feb 9, 2012, 11:22:00 PM

sedapnyer..

Feb 9, 2012, 11:50:00 PM

mintak resepi ye..nak try ^^

Feb 10, 2012, 3:22:00 PM

nampak sedap.. boleh try buat..

Feb 10, 2012, 3:48:00 PM

sedap sedap..yummy..

Feb 10, 2012, 7:47:00 PM

sedap..meleh air liur tgk...

Feb 12, 2012, 9:48:00 AM

Nampak sedap.. boleh masuk list menunggu utk dicuba ni.. :D

Feb 13, 2012, 10:52:00 AM

saya jenis rajin try resepi dessert...lauk pauk ni kureng cket..al maklumler bujang lagi...mak jer yg masak..hihi

Feb 13, 2012, 9:17:00 PM

Very nice and yes I need to change to chicken or lamb maybe.

Feb 13, 2012, 11:26:00 PM

@fieda hihi..mmg sodapp..

Feb 13, 2012, 11:26:00 PM

@Kathy Tuah boleh, takde masalah..

Feb 13, 2012, 11:49:00 PM

@kakyong hihi..tryla kakyong..

Feb 13, 2012, 11:49:00 PM
Feb 14, 2012, 12:44:00 AM

@Zie Fauzi hihi..jgn mengidam suda..keke..

Feb 14, 2012, 12:45:00 AM

@Zefa NorAsmara cubalah, manatau jadi peberet nanti..

Feb 14, 2012, 1:16:00 AM

@Lin Azlina hihi,samolah kita, lebih berminat ngan desserts..

Feb 14, 2012, 1:18:00 AM

@Nava.K yup, you can try chicken and lamb, and don't forget to share the outcome..

Feb 14, 2012, 2:05:00 AM

terliur sudah. nak sikit. pos pos

Feb 16, 2012, 3:16:00 AM

@Sya Isya hihi, takut basi aje nanti..

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...