Nov 25, 2011

Kemenangan dalam CGL

Kalau nak kira, kemenangan dalam CGL ni yang lepas-lepas, kalau tak silap yang bulan September rasanya..kikiki.. Nak buat cemana, last 2 months kan me diserang penyakit M update blog, tu yang baru terhegeh-hegeh nak update walaupun menangnya 2 bulan yang lepas, sebahagiannya, hadiah pon dah selamat sampai..kikiki..

1st sekali, me menang dalam Kontest Menang Duit Raya dan thanks buat  penganjur aka Bee coz sudi memaklumkan. Me menang 2 hadiah, iaitu pendrive dan pakej Agent A topup bernilai RM100. Ha, sape2 yang nak topup, meh topup ngan den..ekekeke.. Tahniah juga buat pemenang2 yang lain..


Semua dah kenal dengan Bee kan, kat blog Bee ni macam-macam info boleh dapat, dari segi kesihatan, kecantikan, berita terkini, pendek kata macam-macam ada..hehehe.. Oh ya, skang ni Bee ada anjurkan contest terbaru, hadiahnya memang menarik, jom usha kat PuanBee.com.

Keduanya, me antara salah seorang pemenang dalam GA Pertama dari cik May, dan me telah memenangi shawls Norjuma.. Wahh, cemanalah rupa shawls Norjuma ek, lehlah me bergaya nanti.. Yang ni me tak ingat, siapa yang maklumkan.. Ya ampunn, sori dehh.. Short term memory betul..ngee.. Tahniah juga buat pemenang2 yang lain..

my lucky number

Kalau nak tahu, cik May ni single but not available dah..hehhe.. Or lagi tepat cik May ni bride to be, sedang menunggu saat-saat diijab kabul aje ni.. Wahh, tahniah yer cik May.. Agak-agak kenduri nanti, ajak tak kenkawan blogger? Hehe.. Jom berkenalan ngan bride to be ni di blognya, cik May.

Last sekali, me juga salah seorang pemenang bertuah dalam Win LC Clutch from BabyIbu Shoppe. Thanks buat Ifa yang sudi gitau, kalau tak memang me tak alert, sebab masa tu jarang bebenau dapat buka blog. Lapor diri dekat penganjur pon lambat bebenau, sib baik penganjur masih terima, thanks yer yana.. Tahniah juga buat Ifa dan pemenang2 yang lain..


Empunya blog BabyIbu aka Yana ni suka buat giveaway dan juga contest, dan me pernah juga menang salah satu contest kat blog BabyIbu ni.. Kiranya ni kali kedualah..hehe.. Oh ya, tahniah Yana sebab dah 'berisi'. Jaga diri bebaik.. Jom kenkawan skodeng Yana diblognya, BabyIbu..


Nak cari handbag LV, Longchamp, souvenir? Klik SINI

Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Kliklah sini dulu.. Thanks!!

Suka entri ini, meh picit button kat bawah ni:

Nov 24, 2011

Bestnya kalau dapat makan Macaron

Hihihi, ada sapa-sapa nak belanja tak? Ekeke.. Sesuka hati jek minta dibelanjakan.. Mana tahu kan, kot2 ada orang nak belanja.. Kalau takde pon takpe, saya join cabutan bertuah yang kak Yanmie anjur, mana tahu kot-kot bertuahkan, dapatler sekotak macaron yang besh ni..


“Inilah masanya untuk merasai makanan paling sedap dari negara Perancis, makanan yang menjadi fenomena sejak akhir-akhir ini di Malaysia, iaitu Macaron, Yanmieonline.com dengan berbesar hati ingin memberikan kepada 5 orang pemenang bertuah untuk merasai keenakan Macaron tersebut, tunggu apa lagi?, sertainya sekarang, secara tidak langsung membantu beliau untuk untuk mendapatkan gadget idamannya!!!!”


p/s : Kalau uols nak join, klik aje link kak Yanmie tu ek.. 


Nak cari handbag LV, Longchamp, souvenir? Klik SINI

Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Kliklah sini dulu.. Thanks!!

Suka entri ini, meh picit button kat bawah ni:

Comey tak header blog kami ni? ^_*

Kikiki.. Nak jugek masuk bakul angkat sendiri kannn..kekeke.. Yerla, nak suh sapa lagi tulun angkatkan, kan? Hehehe.. Setelah sekian lama blog Notre Belle Histoire aka cerita indah kami ni tidak berheader, akhirnya bersolek jugak muka blog kami ni..

Nak buat sendiri, saya tak reti plus kompom tak comey, tu belum kira dengan jumlah masa aka hari  (silap-silap berbulan) yang diambil untuk buat header ni, jadi baiklah saya minta yang lebih profesional yang buatkan.. Kalau uols nak tahu, Eliss, empunya blog Dear Diary yang tulun buatkan, dengan percuma pulak tu.. Amacam comey dak?

untuk blog ni
untuk blog Ma Belle Conway

So, bagi yang takde header lagi, ataupun yang dah bosan ngan header yang ada, boleh minta Eliss buatkan, nak tempah pon boleh.. Kalau uols nak tengok hasil tangan Eliss, boleh aje ke blog Eliss ni, Dear Diary, bukan setakat header, watermark dan blog badge pon Eliss boleh buatkan..


p/s : Ada yang nak tulun buatkan secara percuma badge blog ni tak? Kalau ada, meh offer diri kat saya..ekekek.. Nak yang free aje..lalalalariksss..


Nak cari handbag LV, Longchamp, souvenir? Klik SINI

Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Kliklah sini dulu.. Thanks!!

Suka entri ini, meh picit button kat bawah ni:

Nov 23, 2011

Senyum sampai ke telinga sudaaa..

Yeayyy, akhirnya menjadi sudah, header blog ni dan blog Ma Belle Conway sudah terletak comey di tengah-tengah.. Thanks buat mumui dan eliss yang gitau solutionnya, kalau dak, mahuler masih ke tepi header blog ni..

Ha, baru dapat bernafas dengan tenangnya (ecece, bunyi macam kalut bebenor..).. Baruler dapat tanya kome semua, amacam, comey dak header blog ni ngan blog Ma Belle Conway, mana lagi comey? Kuikuikui.. Ha, nak tau dari mana me dapat header ni, sapa yang tlun buatkan, sok me story penuh kay.. Hari ni tak dapek nak story pepanjang..

Alang-alang buat entri ni, me nak tanya uols, hujung minggu ni wat pe? Kalau takde perancangan, mohler ke Midvalley Megamall, silap-silap dapat makeover free kat Maybelline NY Fashion Week, kalau nak  tahu lebih lanjut, leh tengok sini atau klik aje link kat bawah ni..


Bagi peminat K-Pop pulak, group 2PM ada buat show kat Stadium Negara, nak tau lebih lanjut leh tengok details kat sini atau klik aje link kat bawah ni..


Kalau tak dapat nak ke mana-mana, boleh juga layan Twisties Superstarz kat rumah, sambil-sambil makan twisties... ngehehe..



p/s : Cakap pasal Twisties Superstarz, tetiba teringat kat twisties, dah lama bebenor tak makan.. Kalau tak silap me suka Hot Spicy ngan Cheese flavor (ado ke ek.. skali takde..ye ye jer..kekke..) Uols suka makan twisties dak, flavor ape?


Nak cari handbag LV, Longchamp, souvenir? Klik SINI

Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Kliklah sini dulu.. Thanks!!

Suka entri ini, meh picit button kat bawah ni:

Help.. Help Me!!!

Taktau nak buat cemana lagi dah, puas me godek-godek, sampaikan sesuka hati menambah, menolak, menokok, pendek kata semualah me try untuk bagi header tu center, nak adjust kat mana ek?

Me upload header tu guna gadget yang ada kat tab page elements tu, bukan melalui edit html. Bila me search kat edit html, untuk adjust, puas me tambah img-align = center, or align = center kat header1, tak jadik jugek... Me salah tempat ke? Coz kat page elements header tu takde button untuk bagi dia center kan? 

Kenkawan, ada idea tak?


Nak cari handbag LV, Longchamp, souvenir? Klik SINI

Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Kliklah sini dulu.. Thanks!!

Suka entri ini, meh picit button kat bawah ni:

Nov 21, 2011

Ada Apa Dengan 20112011?

Nak jugak selit nombor yang cun melecun ni, walaupun dah lewat satu hari..kikiki.. Ada apa dengan 20112011? Actually, takdela benda bersejarah sangat pon, tapi agak sentimental value lah jugak..hehe.. Maklumlah, kat Lausanne ni, bukan senang nak jumpa orang Malaysia, apatah lagi nak berkunjung ke rumah orang Malaysia..

Actually, dah 2 bulan lebih dah ada geng dari Malaysia, mai duduk kat Lausanne ni sebab depa sambung study kat UNIL, sebelah aje ngan EPFL, dan the only geng yang ada kat Lausanne ni setelah Waheeda dah balik Malaysia..hoho..

Izzah (3 yrs), Zahra (2 yrs) & Yasmin (4 yrs)

Seronok sangat bila ada geng, dapatler jugak borak-borak kan, bertukar-tukar cerita, kalau dak, asik pandang muka ngan borak ngan en. suami aje ler..kikiki.. Kalau nak kira, semalam adalah kali kedua kami gi jenjalan ke rumah mereka.. Zahra pon seronok sebab dapat main ngan kawan yang ala-ala sama rupa, sama bahasa..

Tapi tiap kali gi rumah Zana & Aziz, tiap kali tulah jugak tak ambil gambar, kesnya, kamera dah bawak, tapi tertinggal dalam kereta pulak, langsung tak dapat amik gambar. Yang kat atas ni pon, sib baik Zana yang ambil. Tapi ni masa depa mai umah kami (apartment oren yang kat blkg tulah apartment kami)..  Jadi terpaksalah saya cilok gambar mereka berempat dari fb (mitak izin yo Zana), nak perkenalkan jiran jauh kami di Lausanne ni..kekeke



p/s : Harap-harap menjadilah plan kita this weekend..ngehehe..



Nak cari handbag LV, Longchamp, souvenir? Klik SINI

Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Kliklah sini dulu.. Thanks!!

Suka entri ini, meh picit button kat bawah ni:

Nov 17, 2011

Rezeki dalam Berblogging

Hehe, oleh kerana otak dah jammed, penin nak update pasal apa, sebab terlalu banyak cerita yang terkumpul, otak pulak dah tepu, masa pulak tak cukup banyak untuk type pepanjang, so saya story pasal rezeki dalam berblogging aka pendapatan bersama Exabytes dan Nuffnang..hehe

Uols perasan tak ada banner Exabytes kat atas tu? Hehehe, alhamdulillah, dapat gaklah menempek banner Exabytes kat blog ni, insyaAllah bulan 1 nanti dapatler RM50..hihihi.. Okla tu kan, sapa nak bagi RM50 untuk 3 bulan? Kalau uols nak mencuba, emailkan marketing@exabytes.com.my, sertakan sekali trafik uols, yang penting atas 150 ke 200 UV, alahai.. Saya dah lupa la.. Cumanya, yang saya tak puas hati, nape jadi camgitu ek? Cuba uols tengok tu, ada gap besor tu antara banner ngan blog ni? Huduhh pulok tengoknyerr.. Gatal tangan saya nak mengejas, tapi taktau cane nak ejas, coz saya copy aje coding yang depa bagi tu kat HTML Gadget, tapi jadi camgini pulok. Kenkawan yang pasang banner exabytes jadi camgini gaks tak? Saya cuba gaks paste kat coding ni kat template, langsung tak keluar.. Aishh.. Pening dibuatnya..

Ha, yang pasal Nuffnang ni pulak, ya ampunnn, dah lama betul saya tak update, ada sampai BE dah jadi ME..kuikukui.. Nak buat cemana, mood nak update blog ke laoottt.. Actually, saya dah pon cash out buat kali kedua.. Kalau nak tahu story cash out pertama, leh klik entri Akibat Gatal Tangan, Akaun Nuffnang Menjadi 0!. Ha, yang ni ngan blog lama yang dah jadi blog untuk CGL aka Ma Belle Conway

Cash out kali kedua ni tak sebanyak yang pertama, kurang RM4,  yang berjaya dikumpul selama 6 bulan sampai tangan dah gatal sangat, tak tahan untuk cash out. Padahal mula-mula budget nak tunggu sampai tahun 2013..hohooh.. Walaupun tak sebanyak dulu, tapi okla.. Saya tetap bersyukur gaks.. Kalau nak kira ada 20 ME (sebab ada dua blog kan, termasuk ngan blog bizz, Ma Belle Shoppe yang dah lama tak berupdate gaks..kuikuikui) Paling sikit adalah ME Prudential Are You Ready SS, iaitu sebanyak RM0.02 (hoho..ni mesti blog Ma Belle Shoppe ) dan paling banyak kutipan adalah ME SKII Heritage, iaitu sebanyak RM25.32. Kalau nak tahu bila blog ni mula dapat BE, boleh tengok entri Triple Plus One BE.

Skang ni ada 1 BE tengah running, terima kasih buat Maybelline dan Nuffnang kerana mempercayai blog ini dan sudi beriklan di blog Belle ini.. Muahss.. One of my fav lipstick is Maybelline..


A million thanks juga buat Belle visitors yang sering berkunjung ke sini, dan kerana memberi sokongan pada blog Belle ini, walaupun blog ini dah tak berupdate seperti dolu-dolu yang dalam 1 hari ada 2-3 entri..huhu.. Juga kepada yang sudi klik ads di blog Belle ini, terima kasih banyak-banyak.. Muahss berbijik-bijik kat uols..

Nak cari handbag LV, Longchamp, souvenir? Klik SINI

Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Kliklah sini dulu.. Thanks!!

Suka entri ini, meh picit button kat bawah ni:

Nov 15, 2011

Tips Potty Training versi Cik Puan Hady

Yeayyy, akhirnya Zahra dah pon diaperless, totally diaperless and dah nak 2 bulan pon free diaper.. Alhamdulillah,  akhirnya Zahra berani juga untuk poo poo kat toilet, sekaligus no need for diaper at all, jimat duit en. suami..kekeke.. Oh ya, berikutan dengan entri Zahra dah tak pakai diaper, tapi.., ada yang bertanyakan cemana nak latih anak supaya diaperless.. Kalau ikutkan saya takdelah train beria sangat, dan takdelah rutin yang tetap pon.. Kebetulan Zahra yang takmo pakai diaper, dan dari situ saya hanya dorong dan galakkan untuk membuang di toilet..

Kalau ikutkan, saya mulakan pendedahan penggunaan toilet dari umur setahun lebey, sejak dari dia dah mula faham apa yang kita gitau, cuma tak pandai nak respond aje lagi.. Setiap kali saya nak pee pee ke, atau poo poo ke, saya akan gitau Zahra yang saya nak pee pee kat toilet. So that dia tahu, toilet untuk pee pee dan poo poo..

Cuma sayang, saya tak dedahkan dengan penggunaan potty training bowl tu, kalau tak, mungkin lebih awal.. Mungkinlah kan, benda camgini bergantung kepada penerimaan kanak-kanak gaks.. Mungkin anak kedua nanti saya nak try guna potty bowl pulak..

1st trip tanpa diaper (tapi belum total diaperless lagi), Sept 2011

Selain tu, tiap kali saya bawa dia mandi, saya akan try dudukkan dia kat toilet bowl untuk bagi feel. Tapi disebabkan masa awal-awal, kami tak beli lagi potty seat, Zahra tak berani nak duduk lelama. Then saya akan bagi dia try pee pee kat bath tub, besekan dia pee pee secara duduk, coz kanak-kanak intend untuk berdiri. Kekadang dia akan pee pee, kekadang tak. Kalau dia pee pee, pujilah dia, kerana berjaya pee pee kat toilet (although bukan kat bowl) dan juga sebagai tanda bagi sokongan untuk terus pee pee kat toilet.

Lagi, apa yang saya buat,  tiap kali dia takmo pakai diaper, saya takdelah duk suruh kena pakai gak, saya biar je dia pakai seluar tanpa diaper (bulan Jul lepas, masa ni dah 2 tahun 4 bulan) tapi saya akan gitau kalau rasa nak pee pee, gitau mama untuk bawak ke toilet.. Pastu sentiasa tanya dia nak pee pee ke tak.. Besenya bila dah umur camgini dia dah tau rasa nak pee pee or poo poo, cumanya bila dah  khusyuk bermain tu kekadang yang boleh tereksiden.. And normally, selang masa antara 1st pee pee dengan 2nd pee pee pon dah tetap, boleh agaklah, macam Zahra selang dalam 3 jam.. So takdelah perlu tanya every 5 mins ke ape.. Dan juga bergantung kepada pengambilan susu or air, kalau nampak cam dia minum lebih dari biasa, tu kena tanya kerap sikit. 

Dan setiap kali dia gitau yang dia nak pee pee, and kita bawak pi toilet, samada berjaya pee pee atau tidak, pujilah dia kerana usahanya gitau, kalau berjaya pee pee, lagilah mau puji lebih sikit, dengan tepuk tangan lagi...hehehe.. Jikalau tereksiden pon, takmo marah-marah, nanti takut2 dia tak berani mencuba diaperless. Ingatkan dia untuk gitau cepat-cepat bila terasa nak pee pee or poo poo.

Lagi, bila bacakan buku cerita ke, atau tengok tv ke, saya akan gitau yang kakak dah tak pakai diaper, kalau kakak nak pee pee or poo poo, dia akan pi toilet.. Ni juga satu dorongan untuk dia sebab saya biasa gitau yang Zahra dah besar, dah kakak, bukan baby lagi.. Zahra juga dari kecil lagi suka tonton nursery song pasal potty training tu.. Sedikit sebanyak ada pengaruh jugaklah kot..

Totally diaperless at 30 months ++..

Bila Zahra dah menunjukkan yang dia boleh pee pee kat toilet sepanjang kat umah, saya biasakan dia tanpa diaper bila pi park (masa awal-awal hanya dalam rumah je diaperless). Then tengok bila di park pon dia tak terkucil, saya biasakan dia tanpa diaperless bila jenjalan gi shopping dan bila dah berjaya pee pee kat toilet luar, akhirnya bila pi travel pon Zahra diaperless. Yang ni semua saya pastikan dia pee pee dulu sebelum keluar rumah. Kat luar pon, bila tengok dia minum lebey, atau dah sampai masa untuk pee pee, saya akan tanya dan bawa dia ke toilet. Tapi masa awal-awal dia tanpa diaper bila keluar jenjalan, adalah jugak bila bawak gi toilet, dia tak pee pee sebab belum biasa pee pee kat toilet selain rumah, lama kelamaan dia akan biasa dan akan pee pee kat toilet luar..

Belah malam, pastikan dia pee pee dulu sebelum tidur. Kekadang ada gak Zahra terkucil walaupun dah pee pee sebelum tidur, tapi sangat jarangla.. Pastikan tilam dialas dengan kain kalis air, tapi besenya bab terkucil malam ni pon hanya 2-3 kali ajelah (kesnya Zahra dah tak bangun malam, dan mamanya pon malas nak kejutkan), lama-kelamaan dia akan biasa dan tak terkucil.

Based on entri Zahra dah tak pakai diaper, tapi.., bab poo poo Zahra susah nak lepas diaper..hehhe.. Tapi dengan dorongan dan sokongan, akhirnya Zahra berani juga mencuba untuk push, sekaligus berjaya poo poo kat toilet (lebih kurang lepas 2 minggu saya buat entri tu), memang puji habis2 dan tepuk tangan bagai. Sejak dari tu, dia akan poo poo kat toilet.. Yang penting, kita sentiasa bagi dorongan dan sokongan untuk dia diaperless, dan jagan sekali-kali marah-marah atau stress dia untuk diaperless, tapi kita boleh rangsang secara halus..hihihi..

Rasanya itu ajerlah kot tips2 dari saya, hehe, banyaknya kemahuan Zahra sendiri yang tak nak pakai diaper dah..kikiki.. Selebihnya saya hanya rangsang, dorong bagi menambahkan keyakinan dan bagi galakkan serta tunjukkan cara untuk diaperless.. Harap tips ni membantu uols untuk train anak-anak uols.. Chaiyok, chaiyok, yang penting kena banyak sabar..hoho..


p/s : Bila pi shopping, mungkin boleh juga dorong anak-anak untuk diaperless, dengan gitau kalau dah tak pakai diaper nanti, boleh belikan dan pakai spender yang kiut miut yang anak-anak suka dan berkenan..hehe..


Nak cari handbag LV, Longchamp, souvenir? Klik SINI

Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Kliklah sini dulu.. Thanks!!

Suka entri ini, meh picit button kat bawah ni:

Nov 12, 2011

Buat Penyewa Ruang Iklan ceritaindahkami.com

Terlebih dahulu saya ucapkan ribuan terima kasih kerana beriklan di blog Notre Belle Histoire ini, dan berharap agar berpuas hati dengan perkhidmatan yang diberikan, beroleh trafik yang baik dari blog Belle ini, dan semoga mendapat pelanggan yang ramai serta murah rezeki..

Berikut adalah campaign period aka tempoh uols beriklan di blog Belle ini..

PAKEJ STANDARD
1. Wangian Di Hati  - 22/12/2011 - 21/3/2012

2. Kina Blogshop - 12/2/2012 - 11/5/2012


PAKEJ PREMIUM 1
1. Admie Shuhada - 5/1/2012 - 4/5/2012

Entri Promosi 1 - 12/1
Entri Promosi 2 - 16/2
Entri Promosi 3 - 15/3
Entri Promosi 4 - 12/4

2. My Set Bersalin - 18/2/2012 - 17/6/2012

Entri Promosi 1 - 1/3/2012
Entri Promosi 2 - 5/4/2012
Entri Promosi 3 - 3/5/2012
Entri Promosi 4 - 7/6/2012

Suka entri ini, meh picit button kat bawah ni:

Nov 11, 2011

Bersawang sudah blog kesayangan kami ini..

Fuhyooo, nak dekat dua bulan jugaklah blog ini tak berupdate..kuikuikui.. Boleh tahan gak ni, nasib tak dua tahun ke, kalau tak, tak tahulah nak sental cemano nanti blog ni..ekekek.. Rindu tu memang rindu nak berblog, tapi tiap kali je nak berblog, samada takdan ataupun mood ke laut.. Ater, cemana mood tak ke laut, baru je nak feeling-feeling dengan blog, anak kesayangan memanggil pulok, ajak main sama..

Actually, banyak sangat cerita nak dikongsi, banyak sangat benda yang nak diberitahu, banyak sangat komen yang tak terreply lagi, dan sudah lama saya tak ngomen kat blog kenkawan juga.. Hanya sempat usha kat dashboard aje, tu pon kalau dashboard tak meragam..

Tapi insyaAllah, mulai hari ini, blog ini akan dijaga dengan rapi, diupdate dan dihias, paling tidak pon  ada entri baru seminggu sekali..ekekek.. Aci dak? Banyak sangat yang saya hutang ngan uols, entri Belle of The Month dan juga Belle Amies of The Day, segmen lagi.. Takpe, akan saya langsaikan juga sedikit demi sedikit.. Apapun, it feels great dapat mencoret juga akhirnya kat blog kesayangan kami ni (nama je blog kami, tapi banyak saya yang tulis, maklumlah encik suami busy memanjang tapi dia yang sibuk suh saya update blog ni, duk tanya bila mahu update..hoho..)


p/s : Kalau nak tahu, entri ni didraft sebulan yang lalu dengan hanya satu perenggan, akhirnya hari ni dapat juga publish..ekeke..punyalah lama nak tambah 2 perenggan..hehe


Wanna win trip to UEFA 2012, Click HERE

Nak cari handbag LV, Longchamp, souvenir? Klik SINI

Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Kliklah sini dulu.. Thanks!!

Suka entri ini, meh picit button kat bawah ni:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...