Jan 29, 2017

Our Latest Addition, Nuryn Aesya.. ๐Ÿ˜„

Assalamualaikum semua..

Hihihi.. Punyalah lama tak update kan, anak dah 3 orang uols..muahaha.. Lahirnya pada 29hb Julai 2016 lagi, iaitu tahun lepas lagi, tapi masa tu blog ni dalam "hibernation mode"..keskes..

So sajalah nak up kat sini, sambil-sambil blog terupdate, ada jugak kenangan Nuryn Aesya kat blog suam suam sejuk ni..kihkihkih..





Ketiga-tiga gegels uols..mihmih.. Alhamdulillah.. Ianya adalah rezeki dari Allah.. Mestilah disyukurikan.. Anak membesar dengan sihat pon dah satu rahmat yang besar. Semoga anak-anak kita membesar dengan sihat, kuat, cergas dan cerdas, dan menjadi anak yang soleh dan musleh..

p/s : Lepas ni kita berusaha lagi untuk boboy..muahaha.. Aminnn.. Moga diperkenankan doa.. ๐Ÿ˜‰


Anda tercari-cari tudung yang best? Klik SINI

Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Kliklah sini dulu.. Thanks!!

Suka entri ini, meh picit button kat bawah ni:

Jan 12, 2017

Bila Dah Lama Meninggalkan Dunia Blogging

Assalamualaikum dan Salam Ceria..

Hihihi.. Nak stori mori pon naik malu rasanya.. Bukan apa, bila dah lama meninggalkan arena blogging ni, nak boleh start ayat tu, berejamm duk menung komputer..muahaha.. Macam nak kena asah balik skill penulisan.. Eceh.. Macam pernah ada skill aje.. ๐Ÿ˜œ

Tu dari segi idea, dari segi teknikal pon macam blur-blur daa.. Dah lupa habis macammana nak play around dengan coding-coding blog ni..

Adoii.. Tu lah bahana meninggalkan dunia blogging hampir 3 tahun.. Rasa macam kembali newbies kubis dah dalam hal berblog ni.. kiki.. Macamlah sebelum ni terer sangat kann..

Takperla.. Kita pelan-pelan kayuh.. Muahaha.. Till then, have a nice day.. ๐Ÿ˜˜


Anda peminat Tupperware? Klik SINI
Anda pengguna Shaklee? Klik SINI

Anda tercari-cari tudung yang best? Klik SINI

Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Kliklah sini dulu.. Thanks!!

Suka entri ini, meh picit button kat bawah ni:

Jan 2, 2017

Selamat Tahun Baru 2017.. And I'm Back!! ๐Ÿ˜Š

Assalamualaikum semua..

Harap semua pembaca blog Notre Belle Histoire aka Cerita Indah Kami sihat walafiat dan ceria di samping orang tersayang..

Sedar tak sedar, dahpon tahun baru, tahun 2017.. Sekejap aje kan.. Pejam celik pejam celik, bertambah lagi umur setahun.. ngehngehngeh..

Last blog ni berupdate pon tahun 2014.. Amekkau, 3 tahun blog ni menyepi tanpa berita.. Sawang usah cakapla.. Sampaikan blog pon terpaksa bertukar dari ceritaindahkami.com kepada ceritaindahkami.blogspot.com, kes lamaaaa tak menjengah.. Sampai expired domain..kuikuikui..

Sempena tahun baru ni, saya berazam untuk pastikan blog ini berupdate, paling koman pon seminggu sekali.. Bukan apa, kadang2 kita nak tengok balik kenangan dolu2.. Dengan adanya blog, dapatlah kita baca balik kan.. So penting sebenarnya kita berkongsi di blog.. 

Uols yang ada blog dan dah bersawang juga, jom sama-sama kita berazam untuk update blog.. At least semingu sekali pon jadilah kan..

Sempena tahun baru 2017 ni juga, saya doakan agar kita semua diberikan kesihatan yang lebih baik, diperbanyakkan rezeki yang barokah, menjadi insan yang lebih baik dan sentiasa berada dalam kasih sayangNya..




Anda peminat Tupperware? Klik SINI

Anda pengguna Shaklee? Klik SINI

Anda tercari-cari tudung yang best? Klik SINI


Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Kliklah sini dulu.. Thanks!!

Suka entri ini, meh picit button kat bawah ni:

Aug 4, 2014

Selamat Hari Raya Aidil Fitri 1435H

Taqqaballahu minna wa minkum..

Walaupun dah hari raya yang ke-8, masih belum terlambat untuk kami sekeluarga mengucapkan Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin buat semua kenalan blog Notre Belle Histoire.. Maklumlah, raya kan sebulan..hihihi..

Alhamdulillah, tahun ini, kami dapat beraya bersama keluarga tercinta, sanak saudara dan teman-teman di tanah air.. Wihhhuu.. Memang seronok sangat!! Maklumlah dah 4 tahun beraya sebagai perantau kan..

Barulah lebih bermakna raya pada kali ini.. Walaupun ada rasa kekurangan juga sebab keluarga mertua tidak dapat pulang berhari raya di Malaysia, tapi paling tidak, dapat juga melepas rindu bila tengok gambar di WhatsApp kan..

Yang paling best sekali, saya dapat makan Nasi Dagang Spesel dan Ketupat Serunding, air tangan my beloved mother.. Memang makan tak hengat dunia..kikiki.. Hancuss diet ai tauu.. Tapi takpe, Set Kurus Shaklee kan ada.. Lepas ternak badan, kasi detox dan bakar balik lemak-lemak yang berlebihan tuuu..

Oh ya, bercakap pasal Set Kurus ni, saya memang dah makan sejak awal bulan 6 haritu, dan alhamdulillah, dengan takdelah diet bersungguh mana dan exercise pulak dengan naik turun tangga aje.. Tu pon bila rajennn..hihih.. Kekadang, park keta jauuuh sket sebab nak berbriskwaling, saya berjaya turun 4kg dalam masa 2 bulan.. Kira not bad lah kan, dengan kurang exercise dan makan pon takdelah berpantang mana pon, sebab saya ni penggemar kek..kikiki..

Ramai yang tegur saya semasa berhari raya di kampung haritu.. Ada yang gitau, maintain aje.. Dan ada juga yang kata, dah anak 2 pon masih macam anak dara aje..hihihi.. Hati mana yang tak kembang dan berbunga-bunga..

Diorang tak tau, yang sebelum saya amik Set Kurus ni, berat saya 51kg tauu.. Berkat join Projek Selim Melim di Pagi Raya, berjaya juga saya nyah lemak sebanyak 4kg walaupun kekadang terbabas juga.. 

Kali ni, Projek Kurus Dengan Sihat Selepas Syawal akan bermula pada 8 Ogos nanti.. Ada yang nak join? Memang best bila buat sesuatu benda secara berjemaah, nak-nak proses untuk dapatkan berat badan yang diinginkan.. Memang sentiasa perlukan sokongan, dorongan dan motivasi.. Banyak tips-tips untuk turunkan berat badan secara sihat dan efektif dikongsikan dalam group WhatsApp ini nanti.. Bagi yang berminat, boleh PM/WHATSAPP 010 901 8101.

Oh ya, sebelum saya undurkan diri, terimalah gambar kami di hari raya.. Tak silap hari raya ketiga ni.. Dengan serangkap pantun

Selamat Hari Raya
Hari untuk kita bersukaria
Selamat kami ucapkan
Untuk kita hingga sampai tahun depan.. :)



Anda peminat Tupperware? Klik SINI

Anda pengguna Shaklee? Klik SINI


Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Kliklah sini dulu.. Thanks!!


Suka entri ini, meh picit button kat bawah ni:

Mar 26, 2014

Our First Vacation.. :)

Hiihihi.. Nak habaq first vacation sejak balik, baru skang dapat pi bercuti-cuti Malaysia.. Tapi taktaulah termasuk dalam kategori bercuti ke tak, coz dalam area Kuantan jugak, bermalam kat rumah sendiri je..hihihi..

Cuma yang speselnya, bercuti secara berjemaah.. Family dari Kelantan ngan KL mai turun Kuantan, tido umah kami, then jalan-jalan bawak pusing Kuantan.. Tapi tu lah, kami pon masih blur-blur lagi kat mane area di Kuantan yang happening, yang menarik untuk dibawa pelancong..kihkih..

Sudahnya kami pi menikmati pemandangan pantai sekaligus main air kat Teluk Cempedak, selepas mencuci poket di East Coast Mall. Kata my sis, menarik pantai di TC, agak bersih, rugi pulak tak bawak baju spare untuk mandi.. Saya pon dah lamaaaa tak mandi pantai.. Makin meriah TC skang eh, macam-macam ada..hihi..

ikah (niece), me & dania, uteh (sis), kak ni (sis) & zahra

dania yang pantang btol kakinya terkena pasir.. 

babai tc.. see u soon..hihi..

Esoknya, pi main air sekali lagi kat Gambang Waterpark.. Mungkin rezeki kami dan beberapa orang lain, terjumpa seorang pengusaha homestay di Permatang Badak yang baik hati (lupa pulak nak amik nama/homestay) yang sudi bagi kupon diskaun, dapatlah beli tiket ngan harga yang lebih murah.. 

Nak bagi review pon, ni 1st vacation kat waterpark, so takleh nak compare.. Tapi okla ngan harga tiketnya dalam RM23-25. Yang best sekali adalah 6 Lane Racer, first time naik memang 'agak' ngeri, tapi bila dah 2-3 kali tu ok daa.. Takut tapi mau gituu..hahaha.. Walaupun cuti sekolah, tapi tak lama pon tunggu turn untuk main adventure slides. Cuma, lane untuk beli tiket tersangatlah panjang dan lamaaaaa.. Ada 3 je kaunter buka awal2 tu, bila nak dekat turn kami, barulah dibuka 2 kaunter lagi.. Kalau boleh untuk masa-masa hadapan, buka banyak-banyak kaunter eh..hiihi..

Ok, tu je weekend kami yang tersangatlah fun..hihih.. Sesekali berkumpul ngan family kan, memang seronok.. 

Cuti sekolah ni uols buat apa?


Anda peminat Tupperware? Anda pengguna Shaklee? Klik SINI

Mencari set pantang/bersalin, KLIK SINI

Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Kliklah sini dulu.. Thanks!!

Suka entri ini, meh picit button kat bawah ni:

Mar 11, 2014

New Water Filter in Da House

Salam semua..

Pe habaq? Harap semuanya sihat sejahtera.. Maklumla, skang ni musim jerebu, musim takde air pon yer..huhu..

Kalau kat area Kuantan skang ni, musim demam + batuk.. Kepulan asap aka jerebu akibat hutan terbakar merata-rata skang ni, dah dekat 2 minggu jugakla (ke 3 minggu eh).. Banyak tempat jugakla yang ada kebakaran.. Kesian kat ahli bomba, berkejaran ke sana-sini..

Bagi saya, agak pelik jugakla sebab sana-sini terbakar.. Tak tahu sebab apa, ada orang membakar sampah ke? Buang putung rokok ke? Pembakaran hutan/ tanaman ke?

Ok, back to the topic.. kekeke.. Masa kat Swiss dulu, walaupun boleh minum straight dari pili air, kami tetap beli penapis air.. Sebab ape eh? Mungkin sebab tak biasa minum terus dari pili kot..kekeke.. Tapi lama kelamaan hantam jugak.. So bila balik Malaysia hari tu, kitorang pon mencari lah penapis air jugak.. Nak2 air kat rumah ni boleh tahanlah karatnya (siap ada bekas kaler keorengan gitu kat kettle). Duk ushalah penapis air luar dan dalam rumah..

Perghh, boleh tahan jugak eh harga penapis air ni.. Survey punyer survey, tanya kat orang sana-sini yang pakai penapis air, akhirnya kami beli yang ni untuk dalam rumah..


Harganya memang berpatutan, nak kata lebih murah dalam pasaran pon yer kalau nak banding dengan yang seangkatan dengannya, rasa airnya pon boleh tahan, kiranya mencapai tahap piawaian suami aka Mr. Hadi yang agak particular dalam rasa air, banyak kali jugakla dia sebut. Kagumlah tu...

Nak cuci ngan tukar filter pon senang, sebijik macam kami guna kat Swiss, jenama ajelah yang berbeza.. 

Oleh kerana water filter ni jugaklah, saya register sebagai Shaklee Independant Distributor (SID : 1111613).. So, sape-sape yang berminat, leh hubungi saya 010 9018101.. Ecece, siap promot lagi tu..

Yang penapis luar rumah, saya blom amik gambar lagi, tapi saya amik yang jenis fiber eh namanya, ala.. yang tong tinggi tu.. tak sampai RM700, jenama tak ingat..kekeke.. Tu pon senang nak manage, pulas dan pulas sahaja (backwash, rinse & filter)..hihih..

Okla, tutup bab water filter, now let's have a moment and pray for MH370..


Anda peminat Tupperware? Anda pengguna Shaklee? Klik SINI

Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Kliklah sini dulu.. Thanks!!

Suka entri ini, meh picit button kat bawah ni:

Feb 18, 2014

Alhamdulillah.. Kami di Malaysia sudaahhh.. :)

Assalamualaikum semua dan salam satu Malaysia..

Ecece, mentang-mentang dah balik, dah keluar salam 1 Malaysia daa..hihihi.. bukan apa, sonok yang amattt, akhirnya dapat berpijak di tanahair yang senantiasa dirindui ni..

Sampai kat Malaysia bulan 1 haritu lagi, tapi biasalah, baru sekarang dapat bertenang, sebelum ni dalam tempoh bertendang lagi..hihih.. mana nak settle pasal rumah, kereta, sekolah & taska anak-anak.. macam-macamlah.. Rumah pon masih dalam keadaan tunggang langgang lagi, masih mencari rentak untuk aturkan kehidupan kat sini, tapi takpe, yang penting dah selamat sampai yer dak.. 

Saya pon dah masuk bekerja semula.. Perasaan? Hmmm.. Bercampur baur, sekejap excited, sekejap malasnye nak kerja..hahaha.. Maklumlah, mind set sebelum balik sini, angan-angannya nak brenti kerja, nak jadi SAHM gituuu, tapi dek kerana tuntutan kos kehidupan, terpaksa hold dulu niat di hati untuk bergelar SAHM.

Nak kata culture shock, takdelah sangat, yang sebetulnya lebih kepada cost shock..hehehe.. Selama ni ingatkan Swiss tu mahal btol living costnya, rupanya Malaysia pon boleh tahan jugak living costnya, untuk sesetengah benda tu, Malaysia lagi mahal dari Swiss..

Okla uols, sebelum saya merapu secara berlebihan, saya out dulu.. Saya pon dah lama tak jengah 'rumah' kenkawan, maklumlah 'rumah' sendiri pon terbior aje.. InsyaAllah, lepas ni saya akan 'hidupkan' kembali blog kesayangan ni, sekaligus menziarah rumah uols..hehehe..


Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Kliklah sini dulu.. Thanks!!

Suka entri ini, meh picit button kat bawah ni:

Dec 1, 2013

Attention Pemenang Double Giveaway

Wahh.. dah masuk bulan Disember sudahh.. Cepat betul kan masa berlalu.. Sedar tak sedar dah nak tahun baru, saya dan famili pon dah nak balik Malaysia daaa... Citer tu akan distory kendian, kali ni nak gitau pasal Pemenang Double GA.

Oleh kerana takde yang memilih, maka saya akan aturkan hadiah untuk pemenang.. Berikut adalah senarai hadiah & pemenang.. Untuk pastikan yang andalah pemenang tersebut, leh cekidout link entri uols kat SINI..

1x Muslimah Attire (gitau saiz yer) - lelord
1x 20 pcs Pin Shawls Cute Collection - cherosliza
1x cotton shawl & 1pc inner - natikah
1x cash RM5 - nur anisah
1x cash RM5 - nurmujahidah
1x hadiah misteri dari Just with PB - siti sifir
1x hadiah misteri dari Just with PB - norshida
1x hadiah misteri dari Just with PB - lin azlina
1x souvenir oversea - ain zuhairi
1x souvenir oversea - mutiara house
1x souvenir oversea - cik angah
1x voucher RM15 dari LLEAH AYEISA CO. - cherosliza
1x inner neck - mrs bullat
1x ruang iklan di sidebar blog ceritaindahkami.com selama sebulan - amna
1x ruang iklan di sidebar blog ceritaindahkami.com selama sebulan - che azza
1x ruang iklan di sidebar blog Ma Belle Shoppe selama sebulan - cek pipah
1x ruang iklan di sidebar blog Ma Belle Shoppe selama sebulan - mala nasohah

Yang souvenir oversea tu dari saya yer, so lambat sket saya pos, mungkin dalam bulan 2 sebab masa tu saya baru balik Malaysia, takper eh...

Yang cash tu boleh emelkan no akaun bank, preferably Maybank/ Cimb.. Hadiah yang lain2 akan dipos oleh penaja hadiah, saya akan forwardkan alamat uols ke penaja..

Untuk tujuan pengeposan hadiah, sila emelkan alamat dan no. phone uols ke notrebelle [at] gmail.com.


Suka entri ini, meh picit button kat bawah ni:

Nov 18, 2013

Hadiah bagi Pemenang Double Giveaway

Seperti yang dijanjikan, inilah list hadiah yang boleh dipilih. Ingat, sapa cepat dia yang dapat. Tapi sebelum tu, uols kena ingat uols menang kategori apa, coz hanya hadiah tertentu sahaja yang boleh dipilih..

Bagi pemenang kategori FB, uols hanya boleh pilih hadiah dari kategori hadiah Umum & FB sahaja. 

Manakala pemenang kategori Blog aka Komen hanya boleh pilih dari kategori hadiah Umum & Blog sahaja.

Bagi pemenang kategori Overall pula, uols boleh pilih hadiah dari mana-mana kategori..

Untuk ingat balik uols menang kategori apa, leh tengok kat SINI.


HADIAH UMUM
  • 1x Muslimah Attire (sapa pilih ni gitau saiz yer)
  • 1x 20 pcs Pin Shawls Cute Collection 
  • 1x cotton shawl & 1pc inner
  • 1x hadiah misteri dari Just with PB
  • 1x souvenir oversea
  • 1x souvenir oversea
  • 1x souvenir oversea

HADIAH FB GA
  • 1x cash RM5
  • 1x hadiah misteri dari Just with PB
  • 1x voucher RM15 dari LLEAH AYEISA CO.
  • 1x ruang iklan di sidebar blog ceritaindahkami.com selama sebulan
  • 1x ruang iklan di sidebar blog Ma Belle Shoppe selama sebulan

HADIAH BLOG GA
  • 1x cash RM5
  • 1x hadiah misteri dari Just with PB
  • 1x inner neck
  • 1x ruang iklan di sidebar blog ceritaindahkami.com selama sebulan
  • 1x ruang iklan di sidebar blog Ma Belle Shoppe selama sebulan

Untuk tujuan pengeposan hadiah, sila emelkan alamat dan no. phone uols ke notrebelle [at] gmail.com.

Sekiranya selepas 5 hari dari hari ini, masih ada yang tidak memilih, maka saya akan mengatur hadiah untuk para pemenang.


Nak cari handbag LV, Longchamp, souvenir? Klik SINI

Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Kliklah sini dulu.. Thanks!!

Suka entri ini, meh picit button kat bawah ni:

Nov 17, 2013

Petua Hilangkan Batuk & Kahak bagi Bayi, Kanak-kanak & Dewasa

Oleh kerana skang ni musim autumn yang sejuknya macam nak winter dah, budak-budak kat umah ni hidungnya berair dan ada batuk-batuk sket, especially, Zahra yang tiap-tiap hari kena keluar pagi.

So alang-alang search pasal petua untuk hilangkan batuk ni, saya share kat sini teruslah, senang untuk rujukan masa depan dan juga untuk uols yang tercari-cari petua ni..


Petua untuk Bayi & Kanak-kanak

1. Madu asli - hanya satu sudu kecil (gunakan sudu plastik yer..), sekiranya terlalu pekat, boleh dicampur dengan air sedikit.

2. Kunyit hidup atau bawang putih - Gosok kunyit hidup kat mana-mana permukaan kasar untuk dapatkan serbuk. Serbuk kunyit tu dicampurkan dengan minyak masak dan disapukan ke dada bayi. Kalau nak guna bawang putih pula, bakar sikit bawang putih tu tapi jangan sampai hangit. Then gosok atau hancur-hancurkan dan dicampur dengan minyak masak barulah disapu ke dada.

3. Daun kaduk -  Ramas daun kaduk dengan kapur sirih. Kemudian sapukan pada dada dan perut. 

4. Kismis -  Bagi kanak-kanak yang dah boleh mengunyah, amalkan makan kismis sebanyak 21 biji setiap hari. 

5. Pucuk ubi - Ambil sedikit pucuk ubi dan sedikit kapur sirih dan ramas-ramas atau digonyoh dengan kedua-dua tapak tangan hingga keluar air. Ambil air tersebut dan sapukan dileher dan dada.

6. Daun bunga tahi ayam -  Ramaskan dengan kapur sirih sampai berlendir kemuadian sapu kat tengkuk dan dada.

7. Gula melaka -  Bagi kanak-kanak yang dah boleh mengunyah, ambil gula melaka, pecahkan kecil-kecil dan berikan pada anak anda dan makan seperti gula- gula.


Petua untuk Dewasa

Petua 1
Campurkan perahan air limau nipis bersama madu. Kemudian, bancuh bersama secawan air suam. Amalkan setiap pagi sehingga hilang batuk dan kahak. Antara bahan-bahan yang digunakan termasuk 3 hingga 4 biji limau nipis, 1 sudu kecil madu dan suku cawan air suam.

Petua 2
Bahan-bahan seperti limau nipis, madu dan halia juga dipercayai berupaya menghilangkan batuk dan kahak. Caranya, tumbuk 1 inci halia hingga lumat. Kemudian, campurkan halia tersebut bersama madu dan perahan limau nipis.

Petua 3
Dapatkan perahan limau nipis. Kemudian, campurkan perahan limau nipis bersama kicap dan madu. Minum tiga kali sehari atau sehingga sembuh.

Petua 4
Ambil 8 helai daun pudina dan rebus bersama beberapa ketul gula batu. Rebus kedua-dua bahan tadi selama 5 minit. Minum air rebusan tersebut sekerap mungkin hingga hilang batuk.

Petua 5
Makan 2 ulas bawang putih bakar. Bakar bawang putih selama 2 minit. Kemudian, kupas kulit bawang berkenaan dan makan 2 ulas pada waktu malam.


Untuk petua bayi & kanak, saya ambil dari blog Ceqgu dan petua untuk dewasa, saya ambil dari Nona. Untuk anak-anak, biasanya saya amalkan petua 1, 2 dan 4. Yang 4 tu pon bawang putih sahaja, coz sini mana nak cari kunyit hidup (kalau ada pon mahal yang amat), daun kaduk dan etc.. 

Uols cemana, bese amalkan petua yang mana? 


Nak cari handbag LV, Longchamp, souvenir? Klik SINI

Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Kliklah sini dulu.. Thanks!!


Suka entri ini, meh picit button kat bawah ni:

Nov 11, 2013

Perhatian buat peserta Double GA

Assalamualaikum..

Terlebih dahulu saya nak minta maaf bebanyak sebab lama betul saya ambil masa untuk update mengenai GA ni, lama tak lama setahun lebih (nak dkt 2 thn pon yer..) dari tarikh tutup GA ni..
 
Tiada alasan yang boleh saya berikan selain daripada kekhilafan saya sendiri, dan saya minta maaf bebanyak sebab buat korang tertunggu-tunggu..

List nama peserta dahpon siap saya update, meh jemput tengok kat SINI, kalau ada yang silap gitau eh..

InsyaAllah, keputusan akan diumumkan dalam minggu ini juga..


Nak cari handbag LV, Longchamp, souvenir? Klik SINI

Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Kliklah sini dulu.. Thanks!!

Suka entri ini, meh picit button kat bawah ni:

Nov 7, 2013

Genap 1 tahun 27 hari

Assalamualaikum semua.. Apa khabar?

Hihi.. lamaaaaaaa betul saya tak update blog ni kan.. Lama tak lama cam tajuk kat atas tu ler.. hihihi.. Dari blogger tegar (tegarlah sangaaaattt) kepada blogger tenggelam terussss..hihi..

Bila dah lama tak update blog ni, rasa kekok pulak.. Rasa cam 1st time mula untuk berblog.. Nak-nak interface blog ni dah lain.. Mulalah eh, kat mana ek nak tulis post ni, kat ne pulak nak ni.. kat ne pulak nak tu.. Aduhai.. Rasa cam memula bertatih nak jadi blogger..

Apapun, moga-moga pasni saya dapat kekalkanlah semangat untuk berblog, nak-nak lappy dah ada ni (walaupun tak sebest lappy saya yang dulu..) Takde alasan dah untuk tak update blog, bak kata Mr. Hadi..hihuhihu..

So, untuk entri pertama di tahun baru Islam ni (Happy Maal Hijrah 1435 kenkawan..) dan juga entri pertama di tahun 2013 yang dah nak sampai ke penghujung ni (ooommmwww.. punyerlah lama tak berblog), saya tepek ajela gambar buah hati dan pengarang jantung kami..

Hihi.. ada yang beza tak?
Agak-agak dapat cam tak, mana satu Zahra & Dania.. Masa ni lebih kurang umur 1 tahun ++


p/s : Picnik dah takleh guna yer, ganti dgn iPiccy yer, tapi nape takleh save kat comp yer? Ke saya sorang je ada masalah ni..

p/s/s : Saya dah siap update list peserta Double GA.. Ingat lagi tak..huhu..


Nak cari handbag LV, Longchamp, souvenir? Klik SINI

Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Kliklah sini dulu.. Thanks!!


Suka entri ini, meh picit button kat bawah ni:

Oct 11, 2012

Memperkenalkan Nuryn Dania

Alhamdulillah.. Saya dah selamat melahirkan permata hati kami yang kedua pada 29/9/2012 (13 Zulkaedah 1433), Sabtu pada jam 6.20 pagi di CHUV Hospital.

Nuryn Dania
Berat : 3.27kg
Panjang : 48cm
Ukur lilit kepala : 35cm

Gambar kat atas ni adalah hari pertama melihat dunia, walaupun kejenya banyak tido ajee..hihihi.. Agak-agak ikut muka sape ek? Yang pasti, sebijik cam kakaknya, Zahra, bezanya mata Dania sedikit sepet. Cerita lanjut akan saya ceritakan di lain entri ek.. Semoga uols ceria di hari Khamis ni..

 Gambar time nak balik rumah setelah 3 hari bermalam di hospital.


p/s : Lama betul saya menyepi kan..kekeke.. Banyak benda yang saya berhutang ngan uols ni.. InsyaAllah, akan saya cuba tunaikan, tapi ambil masa lah sket, takper eh uols? ngeee...


 Nak cari handbag LV, Longchamp, souvenir? Klik SINI

Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Kliklah sini dulu.. Thanks!!

Suka entri ini, meh picit button kat bawah ni:

Aug 19, 2012

Salam Eid Mubarak 1433H

Ini adalah entri melekat sehingga 26 Aug. 

Selamat Hari Raya Aidil Fitri buat keluarga tercinta di Kelantan, keluarga mertua tersayang, keluarga angkat di Kuantan, sanak saudara dan sahabat handai di mana jua anda berada, jua kepada rakan-rakan blogger sekalian.. Mohon ampun dan maaf di atas segala kekurangan, salah dan silap kami bertiga.. Semoga ukhuwah di antara kita kekal berpanjangan sehingga ke akhir hayat.. Salam Aidil Fitri dari kami sekeluarga yang nun jauh di negara orang, ngan ucapan, makan kuih raya tu, ingat-ingatlah kami kat sini ek.. Terimalah pantun Hari Raya yang dibuat menggunakan bait-bait lagu-lagu raya dan diubahsuai sikit-sikit, khas untuk anda semua..
 


p/s : Dah lama betul saya tak update blog ni kan, bukannya dah melupakan blog kesayangan ni dan juga blog kenkawan, tapi entah kenapa, moodnya hilang entah ke mana.. Harap-harap, bersempena dengan bulan Syawal, bulan yang istimewa ni, semangat untuk berblog bercambah semula..


Nak cari handbag LV, Longchamp, souvenir? Klik SINI

Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Kliklah sini dulu.. Thanks!!

Suka entri ini, meh picit button kat bawah ni:

Mar 20, 2012

Kenkawan, nak mitak tolong boleh?

Hihihi, lately blog ini seakan-akan dianaktirikan oleh me, blog Ma Belle Conway dan Ma Belle Shoppe dah lama dah tak pandang..kekeke.. Bukan tu aje, emel dan fb sumer dah tak buka, tak tahuler kenapa, takde feel nak on lappy..muahaha.. Boleh gitu? 

Tapi me cuba juga adakan feel, kekadang berjaya bertahan 5 minit, kekadang sempatla juga baca komen dan baca entri kenkawan tapi tak komen ler, kekadang langsung feel tak datang..huhuhu.. So sementara ada feel ni, me nak mitak tolong kenkawan yang baik hati, yang sudi meluangkan masa untuk mengomen dan tekan sharing buttons yang ada di entri Saat Keriangan Zahra (klik aje link entri tu).

Bukannya tak rindu, rinduuuuu sangat nak bercerita kat blog ni dan mengomen kat blog kenkawan, tapi.. Cemana nak lepak kat blog, sedangkan lappy pon tak on..hihihi.. Kekadang paksa juga buka lappy, maklumlah ada kerja yang perlu disetelkan, antaranya giveaway yang dah tamat pada 15 Mac baru-baru ni.. Ampun yer para peserta kalian, me tak habis lagi senaraikan nama uols..

Harap2 mood berblog kembali dengan cepat.. Takkan sepanjang peknen hilang mood berblog kot? Parah gitewww.. Cuba jawab sikit Zie dan kenkawan yang peknen, yang alami simptom yang sama, cane nak atasi ni? Rindu nak berblog maaaa..

Suka entri ini, meh picit button kat bawah ni:

Mar 15, 2012

Joyeux 3eme Anniversaire Zahra


Allah selamatkan kamu.. Allah selamatkan kamu.. Allah selamatkan Nuryn Zahra, Allah selamatkan kamu..

Selamat Hari Lahir yang ke-3 buat anakanda yang terchenta, Nuryn Zahra.. InsyaAllah, bakal bergelar kakak tahun ni, moga-moga Zahra menjadi kakak yang penyayang, adil dan terbaik buat adik-adiknya nanti..

Mama dan abah sangat sayang ngan Zahra, Zahralah buah hati pengarang jantung kami berdua. Mama dan abah sangat bersyukur ke hadrat Illahi kerana dikurniakan Zahra sebagai permata hati kami yang comel lagi bijak, yang sentiasa menceriakan hidup kami, dan semoga kami dapat menjaga dan mendidik amanah yang diberikanNya ini dengan sebaik yang mungkin.

Buat Zahra, mama dan abah doakan agar Zahra membesar dengan sihat, kuat, cerdas dan cergas, menjadi anak yang solehah dan mencapai kejayaan di dunia dan akhirat..

Zahra di hari pertama
 Zahra ketika umur setahun
Zahra yang mencecah usia 2 tahun

Umur 3 tahun? Hihi.. Lain entri akan ditayang..kekeke.. Maklumlah skang ni Zahra kena chicken pox, habis bertompok-tompok badan dan muka, especially muka, banyak btol biji-biji chicken pox tu.. Moga cepat sembuh yer sayang, nanti bila dah sembuh kita wat birthday celebration ek.. Muahss..


Looking for trendy hijab, muslimah attire, babykids wear, Click HERE
 
Longchamp New Year Sale, Klik SINI

Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Kliklah sini dulu.. Thanks!!

Suka entri ini, meh picit button kat bawah ni:

Feb 29, 2012

Double Giveaway by ceritaindahkami.com

Salam semua.. Hari ni me nak buat giveaway, actually plannya nak buat bulan 2, tapi sebab dah tak sabar, so me lancar teruslah hari ni.. Kebetulan pulak kami sekeluarga akan pi bercuti, kot2la tak sempat update blog, sekurang-kurangnya tak sunyi sangat blog ni.. Senang aja syaratnya dan ada 15 hadiah menarik yang boleh dimenangi..

Hahaha.. simple giler, adhoc punya banner..
SYARAT-SYARAT

1. Follow/like blog Notre Belle Histoire dan Fan Page Notre Belle Histoire (boleh aja klik kat sidebar). (Kalau nak follow twitter saya pon boleh juga, coz saya akan follow balik, just tweet gitau..)

2. Follow/like blog dan fan page sponsors sebagai tanda sokongan

3. Buat entri dengan tajuk DOUBLE GIVEAWAY BY CERITAINDAHKAMI.COM, letak banner di dalam entri dan linkkan ke entri ini, serta gitau siapa referral uols (beserta link yer)

4. Di akhir entri, sertakan ayat di bawah ini

Double Giveaway by ceritaindahkami.com dianjurkan oleh Notre Belle Histoire, dengan kerjasama oleh SNUUS, Ma Belle Shoppe, LLEAH AYEISA CO., Al Shawls, Just with PB dan Kittyshawls

5. Letak permalink uols di entri ini sahaja..

6. Tarikh tutup dilanjutkan : 15 Mac 2012

7. Senarai nama peserta yang join, klik SINI..

    Nak tengok hadiah-hadiah yang menarik ni, klik kat SINI laju-laju..

    Nak tengok cara pemenang ditentukan, klik kat SINI laju-laju..
     

    Suka entri ini, meh picit button kat bawah ni:

    Feb 28, 2012

    2nd Month

    Hihihi, oleh kerana mood untuk mengadap lappy masih merudum, maka saya kopipes ajelah entri dari blog Nos Precieux.. Jangan mare ek.. Lagipon nanti saya nak wat perbandingan ngan check up kat sini nanti..hihi.. Oh ya, mind the style of language, dolu2 kan, sesedap hati je tulis..

    Hari ini (tanggal 21/08/08), saya telahpun membuat kad merah di kinik kerajaan.. Usia baby pon dah genap 8 minggu.. Alhamdulillah, so far our baby still survives and grows strongly walaupun dah 3 kali saya mengalami pendarahan.

    Dunno why, maybe because I'm too active. Pas Hari Keluarga tu, keesokkannya saya trus pi KL, ade training Robotics selama 5 hari. Then balik dari KL pada 2hb tu, bergegas plak gi Jepun, ade conference. Aii, this baby dah merata jalan, siap melancong ke Jepun laiee (dalam protla tapi..) Balik dari Jepun tu 9hb, memangla penat tapi seronot sebab dapat jugak menjejak kaki ke Kagawa, Jepun. 

    Namun, nothing unusual happened until that Monday, saya teraccidentla (sket je..kete je kemik kat hood) plak kat dlm Ump (huhu..takmo crite..wat sakit ati je..) Memang terkejutla time tuh, tapi wat keje cam besela.. Tak rasa ape2 pon. Balik umah petang tuh baru perasan ade spot kat s------, cam konpius amende laks nih. Tetibe tringat membe pernah bleeding time peknen n this is very dangerous.

    Segera saya kaborkan kat hubby then we off to kinik Al Farabi. Dia bagi cuti rehat slame 2 hari je, we don't satisfied! (Coz M--- dpt cuti 1 wik sebab bleeding, tapi dari HTAA) So we off to HTAA plak. Bukan ape, coz my fren said kalau bleeding kena rehat btol2 at least 1 wik, klu tak leh lead to continuous bleeding then miscarriage. Skali pi HTAA pon dapat cuti 2 ari je (hampeh btol, dahle sket punyer lame nunggu giliran) Pelik btol, M--- siap kena warded lagi, tapi saya takla plak.. My hubby pon tak jadi balik Johor aritu (dalam hati beh jugak..hihihi..)

    However, keesokkannya dah takde spot, alhamdulillah.. Sepatutnya saya kena pi KL ari khamis tuh, ade training Matlab.. Cam konpius2 laks, yerla tak pi cam rugi, kalau pi plak kena travel.. Hmm, at last i've decided to go gaks (lagipon sebab dah tak bleed).. Kat sana saya bleed lagi (malam Sabtu), sib baik keesokkannya dah nak balik umah.. Dalam hati nih dah riso gle, rasa cam tak sabar nak cepat sampai. 

    Sesampai je kat umah, gitau kat hubby, tapi sebab dah malam n saya plak penat, we plan to go to clinic tomorrow morning.. Tapi cam bese la, jupe doc hanya leh suh rehat + bagi ubat hormon (dapat cuti lagi 2 hari..hehe) Masa scan tu doc notice saya ade cyst, tapi tak besau mane but still kena pantau. So doc suh wat buku merah & bagi appointment untuk pantau saiz cyst tuh.. Cyst ni tak effect baby tapi kalau besau sangat sayala yang akan merasa sakit nanti.. Hmm.. harap2nye cyst nih akan menghilangla nanti (coz doc gitau cyst nih leh ilang sendiri bile baby dah besau..)

    Keesokkannya, spot tuh masih ade, tapi tiny je la cam dot.. Saya tny I---, dia gitau kalau kaler merah bahaye.. Hmm.. Masa 1st time tu warna ke arah coklat, yang 2nd time kat KL tu memang kaler merah.. Skang nih dot choc je.. Hopefully it'll stop laa.. Alhamdulillah, dapat rehat 2 hari (mmg rehat btol.. baring atas katil je.. hihihi.. my hubby yang do all the things!! Tq my ayang..) And that was the last time saya bleed..

    Bout today, huhuhu.. untuk 1st time check up nih, kena amik darah.. Oleh kerana saya ni tersangatlah RAJIN buat kerja2 rumah..hehe.. maka urat kat lengan saya nih susah benor nak timbul.. 4 kali nurse cucuk jarum nak amik darah, tak dapat2 jugak (even senior nurse try jugak!) Depa kata memang mcm ni la kalau tangan org keje opis.. Huhu.. Saya sampai rasa nak muntah + loya (rasa bukan sebab peknen tapi sebab phobia dah kena cucuk banyak kali) Sampai saya kata, takperla.. take a break dulu, bior sy gi makmal untuk urusan seterusnya.. 

    Kat sana saya kena amik darah gak, tapi kali nih kat jari je, so saya gitaula pakcik tu yg darah saya tak berjaya di ambil lagi, bleh tak amik skali harung je (padahal dah perit nak kena cucuk 2-3 kali..) So, dia pon amik kat lengan, and u know what, skali amik je.. fuhh.. terorla pakcik tuh.. Kan bagus kalau dari awal pakcik tu yang wat.. Alhamdulillah, blood test, sugar level, air kencing sumer di tahap yang bagus.. Harap2nyer takdek masalah laa.. Maklumla perjalanan masih jauh lagi, anything can happen.. Hopefully, i and our baby sihat sokmolaa..

    semoga Zahra membesar dengan sihat, kuat, cergas dan cerdas..

    p/s : Nanti saya share pengalaman 1st check up 2nd pregnancy ni, ada kes juga..hahaha..


    Looking for authentic branded miniature perfume, click banner;
    Nak difeaturekan kat sini, Klik SINI

    Jom join Double GA & menangi 15 hadiah menarik, Klik SINI

    Looking for trendy hijab, muslimah attire, babykids wear, Click HERE

     Longchamp New Year Sale, Klik SINI

    Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

    Kliklah sini dulu.. Thanks!!

    Suka entri ini, meh picit button kat bawah ni:

    Feb 27, 2012

    Kenkawan, meh support blog saya..

    Assalamualaikum semua.. Perghh, hampir-hampir nak berabuk blog ni, dah seminggu tanpa update.. kikiki.. Nak buat cemana, mood asyik ke laottt je, walaupon kat sini hanya ada tasik..hehehe..

    Banyak benda nak cerita, tapi banyak lagi besar cabaran nak buka lappy..hohoho.. Ni pon sekadar quick update.. Tak dapat nak cerite lama-lama..

    Saya ada join contest Mahu Menangi RM150?, jadi saya nak mitak tulun kenkawan untuk support blog saya dengan klik like, tweet dan/atau g+ kat entri Notre Belle Histoire.

    Jasa kalian amatlah dihargai..


    Nak pi melancong? Dapatkan tips penting ini :
    Tips Melancong
    Nak difeaturekan kat sini, Klik SINI

    Jom join Double GA & menangi 15 hadiah menarik, Klik SINI

    Looking for trendy hijab, muslimah attire, babykids wear, Click HERE

     Longchamp New Year Sale, Klik SINI

    Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

    Kliklah sini dulu.. Thanks!!

    Suka entri ini, meh picit button kat bawah ni:

    Feb 20, 2012

    Jom sama-sama membantu adik Faris

    Kenkawan, nak mitak jasa baik uols support blog saya dengan klik & like kat SINI.. Thanks!

    Update : Allah lebih menyayangi adik Faris, adik Faris telah pergi buat selama-lamanya pada 23hb yang lepas.. Al-Fatihah dan salam takziah buat keluarga arwah..

    Semasa berblogwalking, terserempak dengan kisah yang dialami oleh adik Faris, yang kini terlantar di ICU, Sime Darby Medical Center, Subang Jaya, kerana menghidap penyakit barah darah yang juga dikenali sebagai HLH.


    Jom sama-sama kita membantu meringankan tanggungan kos rawatan adik Faris yang kini mencecah RM75000, dan sama-sama kita doakan agar adik Faris cepat sembuh. Setiap sumbangan dari kita, walaupun RM1 amat besar nilainya bagi adik Faris, dan sumbangan boleh dilakukan terus ke akaun Maybank ayah Faris, Maybank 1140-1115-2218 (Shamrulismawi Ismail).


    Untuk makluman lanjut, uols boleh baca entri-entri mengenai adik Faris di blog Bersama Mazidul..


    Suka berspa tapi tiada masa utk ke spa? Info lanjut, sila klik banner :
    Corset Kesihatan
    Nak difeaturekan kat sini, Klik SINI

    Jom join Double GA & menangi 15 hadiah menarik, Klik SINI

    Nak pi bercuti ke Australia secara percuma? Klik SINI

    Nak menangi Acer's Aspire? Klik SINI

    Looking for trendy hijab, muslimah attire, babykids wear, Click HERE

     Longchamp New Year Sale, Klik SINI

    Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

    Kliklah sini dulu.. Thanks!!

    Suka entri ini, meh picit button kat bawah ni:

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...