Oleh kerana skang ni musim autumn yang sejuknya macam nak winter dah, budak-budak kat umah ni hidungnya berair dan ada batuk-batuk sket, especially, Zahra yang tiap-tiap hari kena keluar pagi.
So alang-alang search pasal petua untuk hilangkan batuk ni, saya share kat sini teruslah, senang untuk rujukan masa depan dan juga untuk uols yang tercari-cari petua ni..
Petua untuk Bayi & Kanak-kanak
1. Madu asli - hanya satu sudu kecil (gunakan sudu plastik yer..), sekiranya terlalu pekat, boleh dicampur dengan air sedikit.
2. Kunyit hidup atau bawang putih - Gosok kunyit hidup kat mana-mana permukaan kasar untuk dapatkan serbuk. Serbuk kunyit tu dicampurkan dengan minyak masak dan disapukan ke
dada bayi. Kalau nak guna bawang putih pula, bakar sikit bawang putih tu
tapi jangan sampai hangit. Then gosok atau hancur-hancurkan dan dicampur dengan minyak masak barulah disapu ke dada.
3. Daun kaduk - Ramas daun kaduk dengan kapur sirih. Kemudian sapukan pada dada dan perut.
4. Kismis - Bagi kanak-kanak yang dah boleh mengunyah, amalkan makan kismis sebanyak 21 biji setiap hari.
5. Pucuk ubi - Ambil sedikit pucuk ubi dan sedikit kapur sirih dan ramas-ramas atau digonyoh dengan kedua-dua tapak tangan
hingga keluar air. Ambil air tersebut dan sapukan dileher dan dada.
6. Daun bunga tahi ayam - Ramaskan dengan kapur sirih sampai berlendir kemuadian sapu kat tengkuk dan dada.
7. Gula melaka - Bagi kanak-kanak yang dah boleh mengunyah, ambil gula melaka, pecahkan kecil-kecil dan berikan pada anak anda dan makan seperti gula- gula.
Petua untuk Dewasa
Campurkan perahan air limau nipis bersama madu. Kemudian, bancuh
bersama secawan air suam. Amalkan setiap pagi sehingga hilang batuk dan
kahak. Antara bahan-bahan yang digunakan termasuk 3 hingga 4 biji limau
nipis, 1 sudu kecil madu dan suku cawan air suam.
Petua 2
Bahan-bahan seperti limau nipis, madu dan halia juga dipercayai
berupaya menghilangkan batuk dan kahak. Caranya, tumbuk 1 inci halia
hingga lumat. Kemudian, campurkan halia tersebut bersama madu dan
perahan limau nipis.
Petua 3
Dapatkan perahan limau nipis. Kemudian, campurkan perahan limau nipis
bersama kicap dan madu. Minum tiga kali sehari atau sehingga sembuh.
Petua 4
Ambil 8 helai daun pudina dan rebus bersama beberapa ketul gula batu.
Rebus kedua-dua bahan tadi selama 5 minit. Minum air rebusan tersebut
sekerap mungkin hingga hilang batuk.
Petua 5
Makan 2 ulas bawang putih bakar. Bakar bawang putih selama 2 minit.
Kemudian, kupas kulit bawang berkenaan dan makan 2 ulas pada waktu
malam.
Untuk petua bayi & kanak, saya ambil dari blog Ceqgu dan petua untuk dewasa, saya ambil dari Nona. Untuk anak-anak, biasanya saya amalkan petua 1, 2 dan 4. Yang 4 tu pon bawang putih sahaja, coz sini mana nak cari kunyit hidup (kalau ada pon mahal yang amat), daun kaduk dan etc..
Uols cemana, bese amalkan petua yang mana?
Nak cari handbag LV, Longchamp, souvenir? Klik SINI
Suka entri ini, meh picit button kat bawah ni: