Feb 18, 2014

Home » Alhamdulillah.. Kami di Malaysia sudaahhh.. :)

Alhamdulillah.. Kami di Malaysia sudaahhh.. :)

Assalamualaikum semua dan salam satu Malaysia..

Ecece, mentang-mentang dah balik, dah keluar salam 1 Malaysia daa..hihihi.. bukan apa, sonok yang amattt, akhirnya dapat berpijak di tanahair yang senantiasa dirindui ni..

Sampai kat Malaysia bulan 1 haritu lagi, tapi biasalah, baru sekarang dapat bertenang, sebelum ni dalam tempoh bertendang lagi..hihih.. mana nak settle pasal rumah, kereta, sekolah & taska anak-anak.. macam-macamlah.. Rumah pon masih dalam keadaan tunggang langgang lagi, masih mencari rentak untuk aturkan kehidupan kat sini, tapi takpe, yang penting dah selamat sampai yer dak.. 

Saya pon dah masuk bekerja semula.. Perasaan? Hmmm.. Bercampur baur, sekejap excited, sekejap malasnye nak kerja..hahaha.. Maklumlah, mind set sebelum balik sini, angan-angannya nak brenti kerja, nak jadi SAHM gituuu, tapi dek kerana tuntutan kos kehidupan, terpaksa hold dulu niat di hati untuk bergelar SAHM.

Nak kata culture shock, takdelah sangat, yang sebetulnya lebih kepada cost shock..hehehe.. Selama ni ingatkan Swiss tu mahal btol living costnya, rupanya Malaysia pon boleh tahan jugak living costnya, untuk sesetengah benda tu, Malaysia lagi mahal dari Swiss..

Okla uols, sebelum saya merapu secara berlebihan, saya out dulu.. Saya pon dah lama tak jengah 'rumah' kenkawan, maklumlah 'rumah' sendiri pon terbior aje.. InsyaAllah, lepas ni saya akan 'hidupkan' kembali blog kesayangan ni, sekaligus menziarah rumah uols..hehehe..


Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Kliklah sini dulu.. Thanks!!

Suka entri ini, meh picit button kat bawah ni:

3 Comments
Comments

3 comments

Feb 27, 2014, 1:49:00 PM

Yeayyy!! akak dah balik sini ye..

Takpe la kak, insyaAllah ada rezeki boleh pegang title SAHM/WAHM

Mar 2, 2014, 7:46:00 AM

Selamat kembali ke tanah air :)

Mar 4, 2014, 12:21:00 AM

Selamat kembali! Cost shock? Hehe..itu lah malaysia kita yg di cintai...ngalahkan negara omputih dah..

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...