Sep 15, 2011

Spontaneous Thursday | Nice is Nice.. ^_*

Hehe, kalau diikutkan dah 5 hari kami berada di South of France, antara tempat yang kami dah lawati adalah Nice, France.. Tak sempat nak tulis pepanjang, nama pon spontaneous kan, hihi.. Layan ajelah antara gambar yang kami ambil di Nice, memang tersangatlah nice pantainya..

Beach di sepanjang Promenade des Anglais
View di Villefranche Port

p/s : Baru dapat online, maklumlah internet ada kat lobby aje.. Ni pon sekejap aje, untuk melepas rindu kat blog kesayangan ni..hehehe..


Nak cari handbag LV, Longchamp, souvenir? Klik SINI

Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Kliklah sini dulu.. Thanks!!

Suka entri ini, meh picit button kat bawah ni:

Sep 9, 2011

Zahra dah tak pakai diaper, tapi..

Ha, memang skang ni sebelah siang mahupun malam, Zahra dah tak pakai diaper dah. Kalau diikutkan, yang belah siang tu sejak dari start puasa hari tu lagi, mula-mula hanya kat rumah je tak pakai diaper, bila keluar masih pakai lagi. Lepas tu, biasakan tak pakai diaper bila keluar pi taman, which is yang keluar rumah takdela 2-3 jam.. Kalau keluar shopping tu tetap pakai.

Lepas tu, kami try tak pakaikan Zahra diaper bila pi shopping, alhamdulillah, setakat ni takde insiden lagi kat luar..hehe.. Hanya kat rumah aje, tu pun dalam 2-3 kali rasanya masa awal-awal diaperless..Yang belah malam, tetiba Zahra nak tidur tanpa diaper, bila nak dipakaikan jugak takmo, so kami ikutkan aje, coz Zahra yang mula-mula sekali beria-ia takmo pakai diaper. Keesokkan, tengok seluar Zahra basah, hoho, nasib baik dah prepare awal-awal, dah lapik dulu.. Silapnya, sebelum tidur, Zahra tak pee pee dulu.. Keesokkannya, Zahra takmo pakai diaper lagi, dan alhamdulillah, sejak tu dah tak pee pee malam lagi, sehinggalah malam tadi, padahal dah pee pee dulu sebelum tidor..huhu.. Adakah kerana sejuk?

Cumanya, bila time untuk poo poo je, Zahra akan minta dipakaikan diaper.. Ha, yang ni saya mati akal, cemana nak pujuk dia poo poo kat toilet eh.. Yang herannya, kalau dolu-dolu time pakai diaper, mesti tiap-tiap pagi akan poo poo. Tapi skang ni, sejak dah tak pakai diaper, mesti 2-3 hari baru nak poo poo, risau jugak.. 


Yang lawaknya, bila rasa nak poo poo, Zahra akan cepat-cepat berlari untuk duduk atas sofa, sambil cakap nak duduk, nak duduk.. Padahal masa tu tengah main kat bawah, pastu bila tak rasa, dia akan sambung main, bila rasa lagi akan berlari ke kerusi untuk duduk, mungkin untuk tahan. Bila ditanya, nak poo poo kat toilet dak, tak nak.. Bila ditanya nak diaper, terus cakap nak.. Bila dipujuk try dulu kat toilet, kalau tak poo poo gak, baru pakai diaper, Zahra akan try tapi biasanya tak berjaya kat toilet, pastu barulah akan dipakaikan diaper.. Tapi kekadang Zahra hilang feel untuk poo poo even dah dipakaikan diaper..hoho, tu yang sampai hari ketiga baru poo poo, tu pon dalam diaper..hoho..

Apa teknik yang uols guna ek, nak yakinkan anak-anak uols untuk poo poo kat toilet? Nak kata Zahra tak biasa ngan toilet, tak jugak sebab skang ni memang pee pee kat toilet. Ke sebab feeling pee pee ngan poo poo kat toilet tu lain, tu yang buat dia masih tak konpiden untuk poo poo tu.. Patutkah saya secara muktamadnya tak bagi diaper terus bila Zahra nak poo poo supaya dia akan biasa poo poo kat toilet, walaupun dia menangis nak dipakaikan diaper dan dah tiga hari tak poo poo?


Nak cari handbag LV, Longchamp, souvenir? Klik SINI

Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Kliklah sini dulu.. Thanks!!

Suka entri ini, meh picit button kat bawah ni:

Sep 7, 2011

WW5 | Antara Pantai Tercantik di Perancis

Meh cuci mata kat pantai yang cantik dan terkenal iaitu di Nice, France yang juga lebih dikenali sebagai Beautiful Mediterranean Coast.. Subhanallah, Mashallah..

credit
credit
credit

p/s : Dah lama rasanya tak mandi pantai.. Last time pi pantai pon masa balik Malaysia hari tu, kat Pahang (lupe pulak nama tempat tu..hoho), tapi tak sempat nak jamah pon sebab hari nak ujan..hoho.. Bila last time uols pi pantai, mandi tak?


Nak cari handbag LV, Longchamp, souvenir? Klik SINI

Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Kliklah sini dulu.. Thanks!!

Suka entri ini, meh picit button kat bawah ni:

Sep 6, 2011

Salam Aidil Fitri

Ini adalah entri melekat sehingga 7 Sept. 

Selamat Hari Raya Aidil Fitri buat keluarga tercinta di Kelantan, keluarga mertua tersayang, keluarga angkat di Kuantan, sanak saudara dan sahabat handai di mana jua anda berada, jua kepada rakan-rakan blogger sekalian.. Mohon ampun dan maaf di atas segala kekurangan, salah dan silap kami bertiga.. Semoga ukhuwah di antara kita kekal berpanjangan sehingga ke akhir hayat.. Salam Aidil Fitri dari kami sekeluarga yang nun jauh di negara orang, ngan ucapan, makan kuih raya tu, ingat-ingatlah kami kat sini ek.. Terimalah e-card dan pantun Hari Raya yang dibuat menggunakan bait-bait lagu-lagu raya dan diubahsuai sikit-sikit, khas untuk anda semua..


Selamat Hari Raya hari mulia
Dari hati ke hati kutujukan kata
Untuk ayah bonda, keluarga dan keluarga mertua
Yang berada di nun jauh di sana

Selamat Berhari Raya
Ucapanku untuk semua
Sahabat handai dan sanak saudara
Yang jauh di mata

Maafkanlah jika ada terlanjur perkataan
Diharap supaya jangan disimpan
Kuberdoa selamat panjang umur murah rezeki
Semoga Allah akan memberkati

Selamat Hari Raya
Hari untuk kita bersuka ria
Selamat kuucapkan
Untuk kita hingga sampai tahun depan


p/s : Oleh kerana skang ni, en. Suami busy dengan kelasnya, saya pon tak berapa reti nak beradobe photoshop, maka tahun ni tak dapek nak tepek gambar kad raya macam tahun lepas (walaupun takdela comey mana..hehe) Jadi untuk tahun ni, kad raya paling sempoi untuk abad ini, tapi ikhlas dibuat untuk uols semua.. Sudilah kiranya kenkawan blogger sekalian, terutamanya Belle Amies menerima e-card Raya ini..
Nak cari handbag LV, Longchamp, souvenir? Klik SINI

Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Kliklah sini dulu.. Thanks!!

Suka entri ini, meh picit button kat bawah ni:

Kemenangan Dalam CGL Sebelum 1 Syawal

Hehehe, baru sempat nak update pasal kemenangan dalam CGL, padahal taunyer sebelum raya hari tu lagi.. Tapi nak buat cemana, dah nak dekat raya tu, mood untuk berblog pon ke laoottt aje.. Jadi, ni yang baru terhegeh-hegeh nak buat entri ni..ekekeke..

First sekali, me adalah salah seorang pemenang saguhati bagi Doa Giveaway, sekaligus memenangi pelekat 18 doa-doa harian.. Wahh, me suka bangat ni.. Tahniah juga buat pemenang utama dan saguhati yang lain..


Kat blog puan penganjur ni aka Aishah, ada banyak informasi mengenai breastfeeding dan baby wearing.. Bukan tu aje, banyak lagi yang ada kat blog puan penganjur ni, jadi apa tunggu lagi, jom skodeng Aishah di blognya, Aishah Megahasz.

Keduanya, me adalah pemenang kedua bagi Contest Beraya Bersama Gadis Butterfly, sekaligus memenangi hadiah berupa penyepit rambut dan brooch butterfly yang sangat comel.. I loike.. Tahniah juga buat pemenang-pemenang yang lain..

Memang tak sangka me menang ni.. Thanks buat puan penganjur aka gadis butterfly dan juri-juri yang lain coz sudi pilih my entry especially gambar butterfly tu.. Mesti puan blog suka ngan butterfly kan.. Jom berkenalan dengan puan penganjur di blognya, Gadis Butterfly..

Yang last sekali, akan me update kemudian..hohoho.. Dah tak larat, mata pon dah berpinar je tengok lappy ni..hehehe.. Apapun, dengar-dengarnya dah ramai yer yang dah mula masuk kerja..hoho, takperla, boleh sambung beraya pada hujung minggu.. Ada lagikah yang masih cuti beraya di kampung, mesti bestkan?


Nak cari handbag LV, Longchamp, souvenir? Klik SINI

Layan MYFMCashTracks & nak menang wang tunai RM70,000, Klik SINI

Dengar Hitz.Fm & nak menangi wang tunai RM60000, Klik SINI

Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Kliklah sini dulu.. Thanks!!

Suka entri ini, meh picit button kat bawah ni:

Sep 5, 2011

Senarai Bloglist Belle of July

Congrats to Aanie aka Mama Adam yang berjaya dinobatkan sebagai Belle of July. Actually, kalau uols perasan, bloglist khas ni me dah update awal bulan Ogos haritu lagi, untuk Bloglist Belle of July, tapi entrinyer tak terbuat..hehehe.. Jom kita tengok pula siapa yang berjaya tersenarai dalam bloglist Belle of the Month dan yang telah menyertai Mama Adam selama sebulan di bloglist khas ini..

Berikut adalah Top 3 bagi pengomen tegar bagi blog Notre Belle Histoire bagi bulan July yang uols boleh cekidout sendiri di tepi sidebar blog ini under Belle Reporters.. Klik aje Bulan July..

Carta Paling Kuat Ngomen dijuarai oleh :

1. Aanie aka Mama Adam
2. eB ezrin
3. PuanBee

Oleh kerana tiada perubahan pada data Belle Buddies (maklumlah untuk dikira uols kena pastikan uols sign in bila masuk blog ni..), maka saya membuat keputusan untuk mengambil Top 3 Referral dari Google Analytics, dan mereka yang terkena adalah..

Carta Paling Kuat Skodeng dijuarai oleh :

1. LailyQaisyirah
2. Myra Jay
3. Cute Mum

Tahniah buat uols dan jutaan terima kasih kerana turut memeriahkan blog Notre Belle Histoire dengan komen2 yang mampu mengukir senyuman di bibir , dan tanpa jemu melepak di blog Notre Belle Histoire.. Muahss berbijik-bijik kat uols.. Sayang uols ketat-ketat la..agagaga..


Nak cari handbag LV, Longchamp, souvenir? Klik SINI

Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Kliklah sini dulu.. Thanks!!

Suka entri ini, meh picit button kat bawah ni:

Belle of July

Hehehe, baru nak update pasal Belle of July, padahal dah masuk bulan Sept pon..ngee.. Ni lah orang kata lemauu sebab berhari raya..kikiki.. Takpe kan? Ekeke.. Tanpa membuang masa, siapakah yang berjaya memegang title Belle of The Month bagi bulan July, bulan yang spesel bagi me ni, yang jatuh kepada... trumm..trumm..trumm....



MAMA ADAM


Wahh, tak silap dah dua kali Aanie dianugerahkan Belle of The Month, tahniah dear.. hehehe.. Harap Aanie tak kisah me cilok gambo kawin yang merah mengancam ni.. I loikee, comey je pose ni.. Walaupun anniversary Aanie pada bulan Jun yang lepas, harap tak terlambat lagi nak wish Happy 2nd Anniversary..ngee.. Semoga kekal berbahagia hingga sepanjang hayat dan dikurniakan anak yang soleh dan solehah..


Yang ni pulak header blog Mama Adam..  Nice kan? Sweet dan ceria aje, so cute!! Inilah buah hati Mama Adam, encem kan? Ada ura-ura nak bagi adik kat Adam ke? Hehehe.. Kalau nak tahu cerita pasal buah hati Mama Adam ni, meh terjah Mama Adam di blognya, It's All About Us..
 

Nak cari handbag LV, Longchamp, souvenir? Klik SINI

Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Kliklah sini dulu.. Thanks!!

Suka entri ini, meh picit button kat bawah ni:

Sep 1, 2011

Resepi Bubur Jagung yang Sedap

Taqabbalallahu Minna Wa Minkum

Dear readers, nak mitak jasa baik uols support blog saya dengan klik & like kat SINI (sehingga 29 Feb 2012).. Thanks!

Wahh, mesti skang ni uols tengah beraya sakan kan, jelesnya.. Saya je lah yang tengah ngadap lappy sensorang..hohoho, padahal takdan gak nak ngadap lama-lama walaupun kat sini tak rasa pon feeling beraya tu..huhuhu.. Takat hari pertama ajela.. Raya kedua ni, en. suami 'beraya' kat opis, saya ngan Zahra beraya kat umah..hohoho..

Oh ya, haritu saya ada letak gambo bubur jagung, first time buat tu..ekekeke.. Memang bubur jagung ni pon one of my peberet bubur ni.. Dolu-dolu, kalau balik Kelantan, mesti singgah beli jagung, sebab nak mintak mek buatkan bubur.. Skang ni kalau nak makan, kenalah buat sendiri..hohoho.. Nasib baik sonang yo nak buatnye..hehehe.. Jom cekidout..



BAHAN-BAHAN
  • 4 batang jagung diambil isinya (saya guna jagung dalam tin aje saiz 280g)
  • 5-6 sudu besar gula (saya guna brown sugar)
  • 1 mangkuk kecil santan (dalam 250m)
  • 1 - 1 1/2 mangkuk kecil air (dalam 375ml)
  • 2 helai daun pandan disimpul
  • 1/4 sudu teh garam (kalau tak nak letak pon takpe..)
  • segenggam sagu dibilas dan ditos (saya ganti dengan beras..ngee)
 
CARA-CARA
  1. Isi jagung dibersihkan dan direbus dengan air lebih kurang 8-10 minit
  2. Masukkan gula, santan, daun pandan, garam dan sagu. Biarkan sehingga mendidih dan masak.
credit : jun

My 1st Trial - Saya guna brown sugar sebab kekononnya nak bagi warna bubur tu sedikit perang, maklumlah kat sini tak jumpa lagi gula melaka, daun pandan pulak takde..hohoh.. Oleh kerana saya takde sagu, dan saya gantikan dengan beras, dan saya guna jagung dalam tin, Step 1 tu saya tukar dengan beras dan saya biarkan sampai mendidih. Lepas dah masuk gula dan sebagainya tu, bila dah nak dekat masak baru saya letak jagung.. Baru syok dan tak lembik.. Selamat mencuba uols..


Nak mitak jasa baik klik like kat SINI.. Thanks ^_*

Longchamp New Year Sale, Klik SINI

Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Kliklah sini dulu.. Thanks!!

Suka entri ini, meh picit button kat bawah ni:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...