Sep 9, 2011

Home » , , » Zahra dah tak pakai diaper, tapi..

Zahra dah tak pakai diaper, tapi..

Ha, memang skang ni sebelah siang mahupun malam, Zahra dah tak pakai diaper dah. Kalau diikutkan, yang belah siang tu sejak dari start puasa hari tu lagi, mula-mula hanya kat rumah je tak pakai diaper, bila keluar masih pakai lagi. Lepas tu, biasakan tak pakai diaper bila keluar pi taman, which is yang keluar rumah takdela 2-3 jam.. Kalau keluar shopping tu tetap pakai.

Lepas tu, kami try tak pakaikan Zahra diaper bila pi shopping, alhamdulillah, setakat ni takde insiden lagi kat luar..hehe.. Hanya kat rumah aje, tu pun dalam 2-3 kali rasanya masa awal-awal diaperless..Yang belah malam, tetiba Zahra nak tidur tanpa diaper, bila nak dipakaikan jugak takmo, so kami ikutkan aje, coz Zahra yang mula-mula sekali beria-ia takmo pakai diaper. Keesokkan, tengok seluar Zahra basah, hoho, nasib baik dah prepare awal-awal, dah lapik dulu.. Silapnya, sebelum tidur, Zahra tak pee pee dulu.. Keesokkannya, Zahra takmo pakai diaper lagi, dan alhamdulillah, sejak tu dah tak pee pee malam lagi, sehinggalah malam tadi, padahal dah pee pee dulu sebelum tidor..huhu.. Adakah kerana sejuk?

Cumanya, bila time untuk poo poo je, Zahra akan minta dipakaikan diaper.. Ha, yang ni saya mati akal, cemana nak pujuk dia poo poo kat toilet eh.. Yang herannya, kalau dolu-dolu time pakai diaper, mesti tiap-tiap pagi akan poo poo. Tapi skang ni, sejak dah tak pakai diaper, mesti 2-3 hari baru nak poo poo, risau jugak.. 


Yang lawaknya, bila rasa nak poo poo, Zahra akan cepat-cepat berlari untuk duduk atas sofa, sambil cakap nak duduk, nak duduk.. Padahal masa tu tengah main kat bawah, pastu bila tak rasa, dia akan sambung main, bila rasa lagi akan berlari ke kerusi untuk duduk, mungkin untuk tahan. Bila ditanya, nak poo poo kat toilet dak, tak nak.. Bila ditanya nak diaper, terus cakap nak.. Bila dipujuk try dulu kat toilet, kalau tak poo poo gak, baru pakai diaper, Zahra akan try tapi biasanya tak berjaya kat toilet, pastu barulah akan dipakaikan diaper.. Tapi kekadang Zahra hilang feel untuk poo poo even dah dipakaikan diaper..hoho, tu yang sampai hari ketiga baru poo poo, tu pon dalam diaper..hoho..

Apa teknik yang uols guna ek, nak yakinkan anak-anak uols untuk poo poo kat toilet? Nak kata Zahra tak biasa ngan toilet, tak jugak sebab skang ni memang pee pee kat toilet. Ke sebab feeling pee pee ngan poo poo kat toilet tu lain, tu yang buat dia masih tak konpiden untuk poo poo tu.. Patutkah saya secara muktamadnya tak bagi diaper terus bila Zahra nak poo poo supaya dia akan biasa poo poo kat toilet, walaupun dia menangis nak dipakaikan diaper dan dah tiga hari tak poo poo?


Nak cari handbag LV, Longchamp, souvenir? Klik SINI

Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Kliklah sini dulu.. Thanks!!

Suka entri ini, meh picit button kat bawah ni:

10 Comments
Comments

10 comments

Sep 9, 2011, 10:35:00 AM

mungkin kena buat suasana toilet lebih ceria...gunakan toilet bowl kanak2 ke?

hurm...tak de pengalaman lg ni. anak sulung sy dah 2 tahun 8 bulan...tp masih ber diaper :(

Sep 9, 2011, 11:52:00 AM

aduh, susah gak nak potty train baby ni kan....kena biasakan dulu...xpe, lama2 nanti zahra biasa la...

Sep 9, 2011, 12:47:00 PM

camana nk latih eh?

Sep 12, 2011, 11:13:00 PM

aku takde pengalaman..hehe, tunggu hang punya pengalaman la..

cpt gak zahra takmo pempers ye..aku tak brani nk try lagik..

Sep 27, 2011, 1:24:00 PM

anak sulung dulu mcm zahra nih lah memang susah sikit tp bila dah anak ke dua dan ketiga senang sikit .. ada demo dr akaknya kan ..so senang boleh ckp tengok kakak poo poo kat toilet .dia pun ikut je ..

Dec 17, 2011, 3:02:00 AM

@Aku Ibu Mudame guna alas bowl aje ni..hmm..thanks bagi idea..

Dec 17, 2011, 3:10:00 AM

@aanietu la..kena ikut rentak dialah..takleh nak paksa2..

Dec 17, 2011, 3:10:00 AM

@eB ezrinnanti me share ek..eb dah train aerish?

Dec 17, 2011, 3:11:00 AM

@Adysharizaku sebab duk rumah kan, tak keje..senang la nak monitor..heheh..

Dec 17, 2011, 3:12:00 AM

@puanbeetu lah, takka maknyer nak demo pulak kan..hoho..

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...