Jun 30, 2011

Kembali kepada rutin dan rezeki berconway di bulan Jun

Hehehe.. Akhirnya, setelah sekian lama berjoli, lalu terpaksa menyepikan diri dari alam blogging, akhirnya ada juga ruang dan kesempatan untuk me kembali aktif..cheewaahh..ayat tak hengat punyer..agagaga.. 

Alhamdulillah, kami sekeluarga selamat sampai pada malam Jumaat yang lalu.. Memang rasa tak puas, tapi nak buat cemana, cuti lulus setakat itu aje.. Story mory pasal percutian pada kali ni di lain entri ek (bila nak mengarang tak tau ler..agagaga), ni pon rasa dah tak sabar nak berkunjung ke 'rumah' kenkawan yang lain.. Banyak yang me terlepas ni..

Ribuan terima kasih buat Myra Jay yang sudi memaklumkan pada me akan kemenangan dalam Love You Mom Contest by Amieylee & Shamzaini. Wahh, sungguh tak sangka yang me bertuah dalam lucky draw..hehe.. Agaknya, apalah hadiah yang dimenangi ek? Thanks coz cabut nama me tu..hehe.. Tahniah juga buat pemenang-pemenang yang lain..


Amiey memang tidak asing lagi dalam alam blogging, tambah-tambah lagi Amiey pon suka join contest dan giveaway. Malah, kerap juga menganjurkan conway.. Kalau tak caya, jom jengah blog akuamiey..pheewiitt..

Keduanya, me salah seorang pemenang bagi giveaway Are U Lucky Enough? Adakah ini bermakna me seorang yang lucky..agagaga.. Takdelah, yang bertuahnya adalah no. 76 ni..heheh.. Thanks buat cik penganjur dan harap-harapnya cik penganjur masih sudi terima, maklumlah lama me bercuti dari blogging ni.. Tahniah juga buat pemenang2 yang lain..


Ha, kalau nak tau, cik penganjur aka Ros ni ada blogshop.. Memang chanteq bangat tudung-tudung yang ada kat blogshop ni, adakah me akan menerima tudung, takpon baju yang comel tu? Agagaga.. Jom cuci mata di blog Rosie..

Ketiganya, thanks buat cik penganjur aka Miera yang sudi memaklumkan kemenangan me dalam 1st GA I Lurve My Mum So Much. Sungguh tak sangka me berjaya merangkul tempat kedua, sekaligus memenangi RM80..uwaaa..beshhnyaa.. Tahniah juga buat pemenang ketiga dan yang bakal memenangi tempat pertama..


Terima kasih buat Miera yang memilih my entry tu.. Sapa tak sayang mak kan? Tanpa mereka, tiadalah kita di dunia ini.. Oh ya, kat blog Miera ni, ada dikongsikan bersama mengenai Peristiwa Israk & Mikraj, jom sama-sama baca di LurvelyAmiera..


p/s : Untuk kemenangan yang lain, me buat di entri yang lain yo.. Jangan kecik ati yo.. Bukan takmo buat, tapi tak sempat lagi..huhuh.. Berjela lagi ni, entri yang bulan lepas ada yang belum dikarang, masa dan idea je yang nak kena cari dulu..hehehe..


Nak cari handbag LV, Longchamp, souvenir? Klik SINI

Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Kliklah sini dulu.. Thanks!!

Suka entri ini, meh picit button kat bawah ni:

Jun 26, 2011

Video Maharaja Lawak Minggu 13 (Final) Round 2 | Yang Ada Ummphh Sepah, Jambu, Nabil dan Jozan

Untuk Maharaja Lawak Minggu 13 aka Final ni, bagi Round 2, Sepah, Jambu, Nabil dan Jozan diberi task berbentuk Muzikal Komedi. Kalau uols ingat, masa Minggu 3 pon derang pernah buat Muzikal Komedi.

Kalau diikutkan, untuk Round 2 ni, semuanya kelakar habis, saya tak dapat nak decide sapa yang paling best, sebabnya masing-masing banyak part yang ada ummphh gitu.. Meh layan komedi mereka yang berbentuk muzikal ni..





Yang mana lagi uols suka, Minggu 3 ke Minggu 13 ni? Hehehe.. Bagi saya, Nabil, Sepah dan Jozan lagi best masa Minggu 3.. Jambu pula, yang ni lagi best dari Minggu 3..ngee.. Apapun, tahniah buat semua peserta Maharaja Lawak, terutamanya Sepah, Jozan, Nabil dan Jambu, memang beshlaaa..


Nak cari handbag LV, Longchamp, souvenir? Klik SINI

Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Kliklah sini dulu.. Thanks!!

Suka entri ini, meh picit button kat bawah ni:

Jun 25, 2011

Video Maharaja Lawak Minggu 13 (Final) Round 1 | Juaranya Sepah, diikuti Jozan, Nabil dan Jambu

Hohoho, akhirnya Maharaja Lawak sudahpun tiba ke penghujungnya, rasa cam tak puaslah pulak.. Maklumlah setiap minggu, pasti tertunggu-tunggu aksi mereka. Lepas ni, mesti duk ulang tayang yang minggu-minggu sebelumnya. Apapun, meh tengok persembahan Sepah, Jozan, Nabil dan Jambu pada Final Maharaja Lawak, Minggu 13, Round 1..






Bagi saya, Round 1 ni yang paling best sekali adalah Sepah..hohoho.. Tak sangka diorang kaitkan ngan lawak minggu lepas iaitu Minggu 12. Nanti saya update yang Round 2 pula yang bertemakan Muzikal Komedi..


Nak cari handbag LV, Longchamp, souvenir? Klik SINI

Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Kliklah sini dulu.. Thanks!!

Suka entri ini, meh picit button kat bawah ni:

Jun 21, 2011

Video Maharaja Lawak Minggu 12 Round 2 | Sepah, Jozan, Nabil yang Ngetops, dan R2 terkeluar?

Hehehe, setelah melayan Round 1, meh layan pula Maharaja Lawak Minggu 12 Round 2. Bagi saya, untuk round kedua ni, yang paling ngetops dan kelakar sekali adalah Sepah dan Jozan. Kali ni saya tak dapat nak decide siapa yang paling best, coz dua-dua berjaya menegangkat urat perut dan otot pipi..hehehe.. Bagi saya lawak R2 bagi pusingan kedua beshla jugak, tapi nak wat cemana, bukan rezeki mereka untuk beradu pada Final Maharaja Lawak nanti.. Apapun, meh layan lawak diorang yang besh ni..






Agak-agak uols siapakah yang bakal bergelar Maharaja Lawak nanti, adakah Sepah, ataupun Jozan, mungkinkah Nabil ataupun Jambu?


p/s : Lagi 1 hari je lagi sebelum berangkat..awww.. Tak puas, tak puas..


Nak cari handbag LV, Longchamp, souvenir? Klik SINI

Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Kliklah sini dulu.. Thanks!!

Suka entri ini, meh picit button kat bawah ni:

Jun 19, 2011

Video Maharaja Lawak Minggu 12 Round 1 | Yang Mana Lagi Best antara Sepah, Jozan, Nabil, Jambu dan R2?

Hehehe, alang-alang ada internet ni, apa lagi layan Maharaja Lawak Minggu 12 lerr.. Astro kat umah memang takde ler channel Warna ni.. Mengharapkan youtube ajeler.. Tapi sayang betul la, time kami kat JB, depa wat kat Penang. Time kami kat KL, depa wat kat Kuantan. Ni time kami kat Kuantan, depa wat kat JB pulak..memang takde rezki nak tengok live..ngee..

Oh ya, untuk minggu ni yang mana pilihan uols? Saya tak dapat nak decide tempat pertama siapa, antara Sepah dan Jozan. Tempat kedua pulak konpius antara Nabil dengan Jambu. Seterusnya adalah R2. Meh layan lawak diorang bagi Minggu 12 pusingan pertama..






Untuk Round 2, akan diupload kemudian, maklumler nak berjimba-jimba di Kuantan pula..hehehe.. Lepas dah khatam Round 2, akan diuplod yang paling meletopss..hehehe.. Choww..


p/s : Oh ya, depa wat kat JB ni, area mana ek? Ada sapa-sapa tau..ngee..


Nak cari handbag LV, Longchamp, souvenir? Klik SINI

Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Kliklah sini dulu.. Thanks!!

Suka entri ini, meh picit button kat bawah ni:

Jun 18, 2011

What, 4 More Days???

Hanya update ringkas.. Alang-alang lepak di rumah kakak yang ada internet ni, saya ambil peluang ni untuk menjengok sekejap blog yang sekian lama terpaksa diabaikan..ngee.. 

Banyak yang meninggalkan komen, memberi link dan juga ada yang bertanya.. Ribuan kemaafan dipinta kerana buat masa ni saya tak sempat untuk menjengah ke blog uols, terutamanya membalas pertanyaan uols sebab masa yang agak mencemburui.

InsyaAllah, sebaik sahaja kami sampai di Swiss nanti, dah ilang penat dan jetlag, saya akan kembali aktif berblog, sekaligus menjawab pertanyaan uols tu.. Till then, have a nice day..


p/s : Rasa cam baru je semalam kami sekeluarga menjejak kaki ke tanah air yang dicintai, sedar tak sedar cepat betul masa berlalu, lagi 5 hari kami akan berangkat pulang. Rasa macam sekejap sangat, banyak benda yang tak sempat nak buat..huhuhu.. Takpelah, ada rezeki kita akan berjumpa lagi..


Nak cari handbag LV, Longchamp, souvenir? Klik SINI

Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Kliklah sini dulu.. Thanks!!

Suka entri ini, meh picit button kat bawah ni:

Jun 14, 2011

Video Maharaja Lawak Minggu 11 Round 2 | Sepah, Jozan dan Nabil antara yang Terbaik

Kalau Round 1, saya tak dapat nak decide yang mana tersenarai dalam Top 3, tapi bagi Round 2, agak senang untuk memilih Top 3, dan inilah senarai Top 3 saya iaitu Sepah, Jozan dan Nabil. Memula agak konpius juga antara Sepah dan Jozan, siapakah yang paling kelakar dan kreatif sekali, sebab dua-dua memang best giler, tapi akhirnya saya memilih Sepah..ngee.. Jom layan lawak mereka yang boleh menegangkan urat dan otot perut ni..




Macam minggu lepas, minggu ni pon takde penyingkiran...hohoho.. Dan untuk minggu depan, depa buat kat JB pulak..aduyaii.. Sayang betul masa tu kami kat Kelantan pulak..silap perancanganlah.. Agak-agaknya minggu depan ada penyingkiran dak?


p/s : Oleh kerana kami akan berangkat pulang ke Kelantan pada hari ini, jawabnya blog ini tak dapekla nak berupdate sebabnya takde internet (ni yang ada inet pon tak sempat nak update sebab bz + inet slow banget).. Yang pasti, memang best bercuti di KL kali ni, antaranya dapat berjumpa ngan mummy bloggers..


Nak cari handbag LV, Longchamp, souvenir? Klik SINI

Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Kliklah sini dulu.. Thanks!!

Suka entri ini, meh picit button kat bawah ni:

Jun 12, 2011

Video Maharaja Lawak Minggu 11 Round 1 | Yang Paling Mantop antara Jozan, Sepah, Nabil, Jambu dan R2

Setelah berhempas pulas nak tengok Maharaja Lawak Minggu 11 ni kat youtube, tapi tak berjaya jugak sebab internet terlalu slow, saya cuba buka channel Astro Warna, sekali baru nak tayang, jadi apa lagi, terus layan lorrr..

Bagi saya, untuk Minggu 11 bagi Round 1 ni yang paling mantop sekali adalah Jozan. Diikuti Sepah, Nabil, Jambu dan R2. Terpaksa letak semua sebab semuanya best.. Tapi Jozan memang gelak paling tak tahan. Meh layan, konfirm tak kering gusi..






Jangan taktau minggu ni ada dua round, dan Round 2 ni tak semuanya best.. Akan dikongsikan yang meletops aje untuk Round 2 ni di entri seterusnya..


p/s : Saya dah layan movie Fast Furious 5 dan Kung Fu Panda 3D (orang lain dah lama layan, hang baru nak kecoh..agagaga..tak kira nak habaq gak..) Memang best gilerss.. Rugi tak tengok wooo.. Fully update akan di story mory nanti..ngee..


Nak cari handbag LV, Longchamp, souvenir? Klik SINI

Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Kliklah sini dulu.. Thanks!!

Suka entri ini, meh picit button kat bawah ni:

Jun 11, 2011

Jom Dating di Taman KLCC Esok Petang

Wahhh..sekian lama tak berupdate, tak menjengok blog sebab tak sempat, nak-nak pulak line internet yang slow (nak tengok Maharaja Lawak pon tak lepas lagi ni..huhu)..

Tapi dek kerana esok ada plan baik punyer, nak kena bukak jugakla blog..heheh.. Mengenai gathering santai yang diusulkan, telah diputuskan akan diadakan pada jam 4 petang 12hb Jun 2011, iaitu esok hari di Taman KLCC.

Untuk maklumat lanjut, uols boleh pi ke blog Cute Mum, kat entri Mari Beramah Mesra ada dinyatakan details yang lengkap.. See uols kat sana nanti, leh beramah mesra kat offline pula..ngee..


p/s : Uols tengah layan Piala FA ke? Hoho.. Kat rumah skang ni ada penyokong Qelate, ada penyokong Ganu..


Nak cari handbag LV, Longchamp, souvenir? Klik SINI

Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Kliklah sini dulu.. Thanks!!

Suka entri ini, meh picit button kat bawah ni:

Jun 7, 2011

Day 3: Hop On Hop Off around The London City

Uwaa..masih tak sempat nak belek lelama blog ni.. Ni pon jengah sekejap untuk setelkan sneak peek jenjalan London haritu.. Cemana ngan gathering kat KL nanti? Kat JB ni pon tak sempat nak kontek kenkawan lagi.. Apapun, meh layan gambar kami semasa menaiki Hop On Hop Off The Big Bus Original Tour, tour yang paling murah tapi banyak jugak tempat menarik yang dicover..

di area National Art Gallery & Trafalgar Square
sempadan antara Westminster dan London.. Sebelah kiri tu jenis bas hop on hop off yang kami naik..
salah satu tempat menarik yang tak dapat pi, Zahra tak lepas syarat.. Pon panjang jugak line beratur..
di Tower of London
Tower Bridge ataupun lebih dikenali sebagai London Bridge..
di Shakespear's Globe
di Piccadily Circus

Sebenarnya, ada tempat lain lagi yang kami pi, iaitu ke Planet Hollywood dan Hard Rock Cafe.. Tapi yang tu lain entry ler, ni pon dah banyak gambar, padahal sneak peek je..ngee..


p/s : Macam tak sempat lagi nak gi KL esok hari..ngee.. Kenkawan blogger kat JB pon tak sempat nak kontek..


Nak cari handbag LV, Longchamp, souvenir? Klik SINI

Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Kliklah sini dulu.. Thanks!!

Suka entri ini, meh picit button kat bawah ni:

Jun 6, 2011

Video Maharaja Lawak Minggu 10 | Sepah yang best, Jozan, Jambu dan Nabil cemana?

Feels good to be back at home.. Sesampai je, dah lepas borak-borak semua, cepat-cepat buka internet nak tengok Maharaja Lawak Minggu 10..heheh..

Dan bagi Minggu 10 ini, antara lima peserta, yang paling best dan terbaik bagi saya adalah Sepah. Jozan, Jambu dan Nabil gelak terbantut-bantut sikit..hehe.. Meh kita layan video Sepah, Jozan, Jambu dan Nabil bagi minggu ini.. R2 tak dapek masuk senarai..ngee





Minggu ni takde penyingkiran..hoho.. Ni yang buat tak sabar nak tunggu Minggu ke 11.. Apa tugasan diorang ek? Agak-agak kali ni siapa  pulak yang menyerlah dan siapa pula yang keluar? Ngee..


p/s : Kalau ikutkan kami sampai Sabtu malam, jam 7.30 malam kat LCCT, pastu flight ke JB jam  8.45 malam. Tapi dek kerana flight KL-JB delay dekat 3 jam (hohoho, sakit muntot kena tunggu) sampai umah dekat kul 1 pagi Ahad..perghh.. Tapi takdan nak update semalam, jet lag lagi maa..ekeke.. 


Nak cari handbag LV, Longchamp, souvenir? Klik SINI

Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Kliklah sini dulu.. Thanks!!

Suka entri ini, meh picit button kat bawah ni:

Jun 3, 2011

Day 2: A Quick Glance at The Largest Inhabited Castle in The World

Meh tengok gambar jenjalan pada hari kedua. Tapi kali ni banyak gambar kat Windsor Castle, the largest inhabited castle in the world ni.. Memang luas pon, penat nak menapak..hehe.. Cam biasa, takleh nak story-mory lebey2, kita layan aje piccas ni.. Zass..

di sebahagian Windsor Castle
Tu dia.. sampai hujung sana castlenya..
Mak aii.. panjang nih line untuk beli tiket..hoho..
sebahagian view dalam castle
alahai.. Mr Hadi segan-segan nak bergambar ngan pak guard
hehe..ni bukan kat area castle dah ni..

Hehehe..gambar yang last tu, adalah tempat kedua kami meronda pada hari kedua, iaitu di Westfield Mall, antara the largest shopping mall kat London juga..hehehe.. Tapi itu je gambar yang kami ambil (rasanya..) kesnya, sebab terlalu ghalik tengok kedai aka window shopping sampai lupa nak ambil gambar..ekekek.. InsyaAllah, kalau berkesempatan hari ni, ingat nak singgah sekali lagi..


Nak cari handbag LV, Longchamp, souvenir? Klik SINI

Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Kliklah sini dulu.. Thanks!!

Suka entri ini, meh picit button kat bawah ni:

Jun 2, 2011

Day 1: Sneak Peek at the City of London

Takmo citer2 panjang, hanya nak gitau kami dah selamat sampai di Kota London!!! Perjalanan amik masa selama 2 jam lebey dengan easyJet, kami turun di Luton Airport.. Jom layan piccas ini!!!

di Buckingham Palace
di St. James Park
di Westminster Abby, tempat William & Kate kahwin ni..
on the way ke The Clock Tower aka The Big Ben
on the way ke The London Eye

Stori-mori yang lebey details, kena tunggu sampai aii balik dulu, tak sure bila dah balik ke Malaysia ke, atau balik ke Swiss nanti baru akan update..ngeh..ngeh..ngeh.. Yang pasti London memang best.. Choww!!!

Nak cari handbag LV, Longchamp, souvenir? Klik SINI

Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Kliklah sini dulu.. Thanks!!

Suka entri ini, meh picit button kat bawah ni:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...