Feb 18, 2014

Alhamdulillah.. Kami di Malaysia sudaahhh.. :)

Assalamualaikum semua dan salam satu Malaysia..

Ecece, mentang-mentang dah balik, dah keluar salam 1 Malaysia daa..hihihi.. bukan apa, sonok yang amattt, akhirnya dapat berpijak di tanahair yang senantiasa dirindui ni..

Sampai kat Malaysia bulan 1 haritu lagi, tapi biasalah, baru sekarang dapat bertenang, sebelum ni dalam tempoh bertendang lagi..hihih.. mana nak settle pasal rumah, kereta, sekolah & taska anak-anak.. macam-macamlah.. Rumah pon masih dalam keadaan tunggang langgang lagi, masih mencari rentak untuk aturkan kehidupan kat sini, tapi takpe, yang penting dah selamat sampai yer dak.. 

Saya pon dah masuk bekerja semula.. Perasaan? Hmmm.. Bercampur baur, sekejap excited, sekejap malasnye nak kerja..hahaha.. Maklumlah, mind set sebelum balik sini, angan-angannya nak brenti kerja, nak jadi SAHM gituuu, tapi dek kerana tuntutan kos kehidupan, terpaksa hold dulu niat di hati untuk bergelar SAHM.

Nak kata culture shock, takdelah sangat, yang sebetulnya lebih kepada cost shock..hehehe.. Selama ni ingatkan Swiss tu mahal btol living costnya, rupanya Malaysia pon boleh tahan jugak living costnya, untuk sesetengah benda tu, Malaysia lagi mahal dari Swiss..

Okla uols, sebelum saya merapu secara berlebihan, saya out dulu.. Saya pon dah lama tak jengah 'rumah' kenkawan, maklumlah 'rumah' sendiri pon terbior aje.. InsyaAllah, lepas ni saya akan 'hidupkan' kembali blog kesayangan ni, sekaligus menziarah rumah uols..hehehe..


Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Kliklah sini dulu.. Thanks!!

Suka entri ini, meh picit button kat bawah ni:

Dec 1, 2013

Attention Pemenang Double Giveaway

Wahh.. dah masuk bulan Disember sudahh.. Cepat betul kan masa berlalu.. Sedar tak sedar dah nak tahun baru, saya dan famili pon dah nak balik Malaysia daaa... Citer tu akan distory kendian, kali ni nak gitau pasal Pemenang Double GA.

Oleh kerana takde yang memilih, maka saya akan aturkan hadiah untuk pemenang.. Berikut adalah senarai hadiah & pemenang.. Untuk pastikan yang andalah pemenang tersebut, leh cekidout link entri uols kat SINI..

1x Muslimah Attire (gitau saiz yer) - lelord
1x 20 pcs Pin Shawls Cute Collection - cherosliza
1x cotton shawl & 1pc inner - natikah
1x cash RM5 - nur anisah
1x cash RM5 - nurmujahidah
1x hadiah misteri dari Just with PB - siti sifir
1x hadiah misteri dari Just with PB - norshida
1x hadiah misteri dari Just with PB - lin azlina
1x souvenir oversea - ain zuhairi
1x souvenir oversea - mutiara house
1x souvenir oversea - cik angah
1x voucher RM15 dari LLEAH AYEISA CO. - cherosliza
1x inner neck - mrs bullat
1x ruang iklan di sidebar blog ceritaindahkami.com selama sebulan - amna
1x ruang iklan di sidebar blog ceritaindahkami.com selama sebulan - che azza
1x ruang iklan di sidebar blog Ma Belle Shoppe selama sebulan - cek pipah
1x ruang iklan di sidebar blog Ma Belle Shoppe selama sebulan - mala nasohah

Yang souvenir oversea tu dari saya yer, so lambat sket saya pos, mungkin dalam bulan 2 sebab masa tu saya baru balik Malaysia, takper eh...

Yang cash tu boleh emelkan no akaun bank, preferably Maybank/ Cimb.. Hadiah yang lain2 akan dipos oleh penaja hadiah, saya akan forwardkan alamat uols ke penaja..

Untuk tujuan pengeposan hadiah, sila emelkan alamat dan no. phone uols ke notrebelle [at] gmail.com.


Suka entri ini, meh picit button kat bawah ni:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...