Nov 18, 2013

Hadiah bagi Pemenang Double Giveaway

Seperti yang dijanjikan, inilah list hadiah yang boleh dipilih. Ingat, sapa cepat dia yang dapat. Tapi sebelum tu, uols kena ingat uols menang kategori apa, coz hanya hadiah tertentu sahaja yang boleh dipilih..

Bagi pemenang kategori FB, uols hanya boleh pilih hadiah dari kategori hadiah Umum & FB sahaja. 

Manakala pemenang kategori Blog aka Komen hanya boleh pilih dari kategori hadiah Umum & Blog sahaja.

Bagi pemenang kategori Overall pula, uols boleh pilih hadiah dari mana-mana kategori..

Untuk ingat balik uols menang kategori apa, leh tengok kat SINI.


HADIAH UMUM
  • 1x Muslimah Attire (sapa pilih ni gitau saiz yer)
  • 1x 20 pcs Pin Shawls Cute Collection 
  • 1x cotton shawl & 1pc inner
  • 1x hadiah misteri dari Just with PB
  • 1x souvenir oversea
  • 1x souvenir oversea
  • 1x souvenir oversea

HADIAH FB GA
  • 1x cash RM5
  • 1x hadiah misteri dari Just with PB
  • 1x voucher RM15 dari LLEAH AYEISA CO.
  • 1x ruang iklan di sidebar blog ceritaindahkami.com selama sebulan
  • 1x ruang iklan di sidebar blog Ma Belle Shoppe selama sebulan

HADIAH BLOG GA
  • 1x cash RM5
  • 1x hadiah misteri dari Just with PB
  • 1x inner neck
  • 1x ruang iklan di sidebar blog ceritaindahkami.com selama sebulan
  • 1x ruang iklan di sidebar blog Ma Belle Shoppe selama sebulan

Untuk tujuan pengeposan hadiah, sila emelkan alamat dan no. phone uols ke notrebelle [at] gmail.com.

Sekiranya selepas 5 hari dari hari ini, masih ada yang tidak memilih, maka saya akan mengatur hadiah untuk para pemenang.


Nak cari handbag LV, Longchamp, souvenir? Klik SINI

Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Kliklah sini dulu.. Thanks!!

Suka entri ini, meh picit button kat bawah ni:

Nov 17, 2013

Petua Hilangkan Batuk & Kahak bagi Bayi, Kanak-kanak & Dewasa

Oleh kerana skang ni musim autumn yang sejuknya macam nak winter dah, budak-budak kat umah ni hidungnya berair dan ada batuk-batuk sket, especially, Zahra yang tiap-tiap hari kena keluar pagi.

So alang-alang search pasal petua untuk hilangkan batuk ni, saya share kat sini teruslah, senang untuk rujukan masa depan dan juga untuk uols yang tercari-cari petua ni..


Petua untuk Bayi & Kanak-kanak

1. Madu asli - hanya satu sudu kecil (gunakan sudu plastik yer..), sekiranya terlalu pekat, boleh dicampur dengan air sedikit.

2. Kunyit hidup atau bawang putih - Gosok kunyit hidup kat mana-mana permukaan kasar untuk dapatkan serbuk. Serbuk kunyit tu dicampurkan dengan minyak masak dan disapukan ke dada bayi. Kalau nak guna bawang putih pula, bakar sikit bawang putih tu tapi jangan sampai hangit. Then gosok atau hancur-hancurkan dan dicampur dengan minyak masak barulah disapu ke dada.

3. Daun kaduk -  Ramas daun kaduk dengan kapur sirih. Kemudian sapukan pada dada dan perut. 

4. Kismis -  Bagi kanak-kanak yang dah boleh mengunyah, amalkan makan kismis sebanyak 21 biji setiap hari. 

5. Pucuk ubi - Ambil sedikit pucuk ubi dan sedikit kapur sirih dan ramas-ramas atau digonyoh dengan kedua-dua tapak tangan hingga keluar air. Ambil air tersebut dan sapukan dileher dan dada.

6. Daun bunga tahi ayam -  Ramaskan dengan kapur sirih sampai berlendir kemuadian sapu kat tengkuk dan dada.

7. Gula melaka -  Bagi kanak-kanak yang dah boleh mengunyah, ambil gula melaka, pecahkan kecil-kecil dan berikan pada anak anda dan makan seperti gula- gula.


Petua untuk Dewasa

Petua 1
Campurkan perahan air limau nipis bersama madu. Kemudian, bancuh bersama secawan air suam. Amalkan setiap pagi sehingga hilang batuk dan kahak. Antara bahan-bahan yang digunakan termasuk 3 hingga 4 biji limau nipis, 1 sudu kecil madu dan suku cawan air suam.

Petua 2
Bahan-bahan seperti limau nipis, madu dan halia juga dipercayai berupaya menghilangkan batuk dan kahak. Caranya, tumbuk 1 inci halia hingga lumat. Kemudian, campurkan halia tersebut bersama madu dan perahan limau nipis.

Petua 3
Dapatkan perahan limau nipis. Kemudian, campurkan perahan limau nipis bersama kicap dan madu. Minum tiga kali sehari atau sehingga sembuh.

Petua 4
Ambil 8 helai daun pudina dan rebus bersama beberapa ketul gula batu. Rebus kedua-dua bahan tadi selama 5 minit. Minum air rebusan tersebut sekerap mungkin hingga hilang batuk.

Petua 5
Makan 2 ulas bawang putih bakar. Bakar bawang putih selama 2 minit. Kemudian, kupas kulit bawang berkenaan dan makan 2 ulas pada waktu malam.


Untuk petua bayi & kanak, saya ambil dari blog Ceqgu dan petua untuk dewasa, saya ambil dari Nona. Untuk anak-anak, biasanya saya amalkan petua 1, 2 dan 4. Yang 4 tu pon bawang putih sahaja, coz sini mana nak cari kunyit hidup (kalau ada pon mahal yang amat), daun kaduk dan etc.. 

Uols cemana, bese amalkan petua yang mana? 


Nak cari handbag LV, Longchamp, souvenir? Klik SINI

Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Kliklah sini dulu.. Thanks!!


Suka entri ini, meh picit button kat bawah ni:

Nov 11, 2013

Perhatian buat peserta Double GA

Assalamualaikum..

Terlebih dahulu saya nak minta maaf bebanyak sebab lama betul saya ambil masa untuk update mengenai GA ni, lama tak lama setahun lebih (nak dkt 2 thn pon yer..) dari tarikh tutup GA ni..
 
Tiada alasan yang boleh saya berikan selain daripada kekhilafan saya sendiri, dan saya minta maaf bebanyak sebab buat korang tertunggu-tunggu..

List nama peserta dahpon siap saya update, meh jemput tengok kat SINI, kalau ada yang silap gitau eh..

InsyaAllah, keputusan akan diumumkan dalam minggu ini juga..


Nak cari handbag LV, Longchamp, souvenir? Klik SINI

Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Kliklah sini dulu.. Thanks!!

Suka entri ini, meh picit button kat bawah ni:

Nov 7, 2013

Genap 1 tahun 27 hari

Assalamualaikum semua.. Apa khabar?

Hihi.. lamaaaaaaa betul saya tak update blog ni kan.. Lama tak lama cam tajuk kat atas tu ler.. hihihi.. Dari blogger tegar (tegarlah sangaaaattt) kepada blogger tenggelam terussss..hihi..

Bila dah lama tak update blog ni, rasa kekok pulak.. Rasa cam 1st time mula untuk berblog.. Nak-nak interface blog ni dah lain.. Mulalah eh, kat mana ek nak tulis post ni, kat ne pulak nak ni.. kat ne pulak nak tu.. Aduhai.. Rasa cam memula bertatih nak jadi blogger..

Apapun, moga-moga pasni saya dapat kekalkanlah semangat untuk berblog, nak-nak lappy dah ada ni (walaupun tak sebest lappy saya yang dulu..) Takde alasan dah untuk tak update blog, bak kata Mr. Hadi..hihuhihu..

So, untuk entri pertama di tahun baru Islam ni (Happy Maal Hijrah 1435 kenkawan..) dan juga entri pertama di tahun 2013 yang dah nak sampai ke penghujung ni (ooommmwww.. punyerlah lama tak berblog), saya tepek ajela gambar buah hati dan pengarang jantung kami..

Hihi.. ada yang beza tak?
Agak-agak dapat cam tak, mana satu Zahra & Dania.. Masa ni lebih kurang umur 1 tahun ++


p/s : Picnik dah takleh guna yer, ganti dgn iPiccy yer, tapi nape takleh save kat comp yer? Ke saya sorang je ada masalah ni..

p/s/s : Saya dah siap update list peserta Double GA.. Ingat lagi tak..huhu..


Nak cari handbag LV, Longchamp, souvenir? Klik SINI

Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Kliklah sini dulu.. Thanks!!


Suka entri ini, meh picit button kat bawah ni:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...